pelayan istimewa |
Malanglah pemangsa-pemangsa yang dirakamkan aksinya.
Hakikatnya diluar sana, terdapat banyak kes pukul memukul dan dera mendera sebegini. Tapi kita tidak begitu terasa. Hanya apabila menyaksikan secara pandangan 2 biji mata barulah kecoh satu negara. Sememangnya mendengar tidak sama (kesannya) dengan menyaksikan sendiri.
Kes-kes seperti di atas adalah terbit dari rasa benci. Namun jangan kita lupa, asalnya ia bermula dari rasa cinta. Pasangan suami isteri itu tentulah bertemu dan bersatu dahulunya atas nama cinta. Begitu juga wanita yang ditukulkan itu , asalnya pernah ditiduri atas nama cinta.
Apa masalahnya, di mana silapnya? Kalau dah nak berpisah atau bercerai pun kenapa tidak secara baik? Salah wanitakah kerana gagal memahami atau melayani lelaki?
Saya tidak di sini untuk memberi jawapannya.
Cuma
marilah kita sorot kembali, suatu ketika tidak lama dahulu, tentang
adanya saranan daripada sekumpulan wanita melayu Islam dari sebuah
perkumpulan dipanggil Kelab Taat Suami (“KTS”) yang berkempen sesuatu
mengenai kepentingan memberi layanan seks kepada suami secara ‘special’. Mereka
yang membantah termasuklah kalangan yang terdiri daripada ilmuan agama,
peguam syarie dan sebagainya. Pada mulanya, hairan juga memikirkan.
‘Apahal
pula nak dibangkang, baguslah tu, kan untuk kebaikan lelaki, para
suami. Apa salah kalau layanan seks kepada suami ditingkatkan,
dipelbagaikan. Kepuasan suami digandakan. Takkan, taknak, kan..”
“Bagi saya, selagi cara halal. By all means, please do it....’
“Mungkin juga KTS ini memahami tanggungjawab isteri berdasarkan hadith ini. Hebat wanita-wanita KTS ini!”
“...dari
Abdurrahman bin Sabit berkata; saya menemui Hafshah binti Abdurrahman,
saya berkata; "Sesungguhnya aku ingin bertanya kepadamu mengenai suatu
perkara, tapi aku malu untukmenanyakannya kepadamu." Dia berkata; "Wahai
anak saudaraku! jangan engkau malu." Dia bertanya; "Mengenai menggauli
wanita dari dubur-dubur mereka." Dia menjawab; "Telah menceritakan
kepadaku Ummu Salamah bahwa orang-orang Ansar tidak suka menggauli
isterinya dari belakang. Orang-orang Yahudi mengatakan; 'Sesungguhnya
orang yang menggauli isterinya dari belakangnya maka anaknya akan
juling. Lalu tatkala orang-orang Muhajirin datang ke Madinah dan mereka
menikahi wanita-wanita Ansar, mereka ingin menggauli para isterinya dari
belakang, tapi isterinya menolak untuk mentaati suaminya. Lantas dia
berkata kepada suaminya; 'Engkau jangan melakukan hal itu hingga aku
datang kepada Rasulullah s.a.w.' Dia pun lantas menemui Ummu Salamah dan
menceritakan hal itu kepadanya. Dia berkata; 'Duduklah hingga
Rasulullah s.a.w datang.' Ketika Rasulullah s.a.w. datang, wanita ansar
tersebut malu untuk bertanya kepadanya. Dia pun lantas keluar dan Ummu
Salamah menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda lantas
bersabda: "Panggilkan wanita Ansar tersebut." Dia pun dipanggil dan
beliau membacakan kepadanya ayat berikut ini: NISA UKUM HARTSUL LAKUM
FA'TU HARTSAKUM ANNA SYI'TUM (Para isteri kalian adalah ladang-ladang
kamu, maka datangilah ladang kamu sesuka kamu- tapi dari lubang yang
satu[1] )."[2]
“Mmm. Bagus juga kalau suruh isteri ‘join’ kelab ni....”
Malangnya,
ada sesuatu perkara yang merisaukan daripada tujuan, kempen dan
aktiviti KTS itu. Antara kata-kata sensasi lagi kontroversi yang didakwa
keluar dari wakil KTS ini:-
“Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama... ”
Walaupun
segala perbincangan adalah mengenai seks bersifat halal namun bila
dikempen secara terbuka dengan penggunaan ayat yang terlalu terbuka,
ramailah yang tidak dapat menerima.
Kita juga merasakan tidak wajar kempen ini dilariskan dengan kata-kata “Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama... ”
Siapayang
berani menjelaskan bagaimana layanan pelacur kelas pertama? Kecuali
ada yang berpengalaman melanggan. Jika tiada, sekadar dengar cerita atau
agakan sahaja bahawa layanan pelacur kelas pertama adalah hebat. Itu
adalah perspektif sahaja. Anggapan sahaja.
Apalah
bijaknya mengaitkan layanan yang halal dengan yang haram. Sebenarnya
bukan layanan pelacur itu yang digila, tetapi lelaki yang telah menjadi
separuh gila, meletakkan diri pada darkat[3]binatang,
merasakan perlakuan yang berdosa dan haram itu satu kenikmatan.
Hembusan bisikan syaitan menggoda berterusan sehingga berlaku penzinaan
sama ada oleh yang lelaki bujang atau yang muhsan[4] Bagi mereka;
‘forbidden fruit tastes sweeter’[5]
Saya
berani mengatakan bahawa para ustaz yang soleh, tidak akan menjamah
bunga yang berduri, sekalipun layanan isteri umpama tunggul mati. Bagi
lelaki pelahap benda haram, hebat mana isteri melayan, sampai
tertonggeng, terlentang, tunggang langgang, suami tetap juga kepingin
menjamah daging haram. Sudah lah tidak ‘fresh’, entah berapa banyak ‘super-virus’ penyakit di dalam.
Bagi kami, para suami, kepuasan seks ‘extra’‘double’ atau ‘multiple’,walau
diingini dan dihargai, tidaklah, kalau tidak dapat, menjadikan kami
lupa diri atau hilang kawalan diri. Kami beriman dengan hadis nabi.
Hadith sahih yang tidak tergamak kami ingkari. Hukuman rejam penzina
muhsan .. uh! cukup menakutkan. Walaupun hudud tidak dilaksanakan,
gambaran hukuman sudah mampu mendatangkan pencegahan.
Bayangkan!
suami yang mendatangi perempuan selain isteri, anda ibarat telah
direjam mati. Umpama tiada lagi hak berada di dunia ini. Seolah-olah
jasad tanpa roh untuk mengemudi. Laksana mayat hidup atau ‘zombie’.
....
baiklah, mungkin sebahagian kecil kami menagih layanan istimewa, kalau
tidak dapat selalu, memadailah sekali-sekala. Kalau si isteri masih
malas atau enggan, asyik sibuk bekerja, tidak mahu untuk melebihkan aksi
ketika bersama, ada jalan keluar disediakan agama. Kahwinlah dua atau
tiga. Empat kalau terlarat.
Jangan marah....
(to be continued.. (maaf tidak sempat untuk dihabiskan ... bagi sikit masa ya) )
Nantikan juga tulisan terbaru tentang poligami, petunjuk dari 2 selebriti. Hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment