3 jejaka botak dan 1 dara camelia , who to save first? |
kes kanak-kanak terbakar dalam rumah sering terpapar dalam dada akhbar. Sedih, bukan. Ini ada satu lagi kes untuk kita hayati.
5-8-2013. Pagi yang tenang. Semasa Faruq memandu ke tempat kerja, tiba-tiba dia ternampak rumah salah satu jiran baiknya di taman perumahan Taman Bukit Perdana sedang terbakar. Faruq nampak hanya ada satu (1) atau dua (2) orang sedang membantu sebab masa itu kebanyakan orang telah pergi kerja. Kereta bomba belum kelihatan. Setahu Faruq, jiran itu mempunyai seorang ibu lumpuh dan beberapa orang anak. Rumah dua tingkat juga tentunya mewujudkan risiko berbahaya lebih tinggi.
Lalu apa tindakan Faruq?
Faruq secara serta merta memutuskan untuk membantu jirannya. Mereka perlu diselamatkan dari terbakar. Begitulah lumrahnya bagi kira semua orang-orang baik. Dalam situasi yang sama, secara serta-merta fikiran kita akan terus memutuskan untuk membantu. Kita akan menghentikan kereta untuk bergegas membantu semampu yang dapat seperti menyelamatkan nyawa orang-orang dalam rumah itu, tolong panggil bomba, padamkan api, selamatkan harta.
Kes tadi adalah kes andaian sahaja. Saya simpulkan sebagai Kajian kes A. Persoalannya, kenapa kita sanggup menolong begitu? Rasa tanggungjawab untuk menolong? Hari ini hari dia, entah esok hari kita. Kita nak selamatkan dia, ahli keluarga dan hartanya dari terbakar dan musnah. Kehilangan nyawa dan harta benda adalah kesakitan dan penderitaan yang berat.
Bagaimana kalau yang menjadi mangsa ialah sahabat kita, apalagi jika saudara mara kita, keluarga kita, anak-anak kita atau ibu bapa kita? Tak payah tanya, kita sudah tahu jawapannya. Pasti kita akan tolong semampu-mampunya. Kita akan berusaha sesungguhnya untuk selamatkan orang tersayang kita dan hartanya dari terbakar dan musnah.
Kajian Kes B: Kita tahu bahawa seseorang atau kawan yang kita kenali telah terlibat dengan Riba. Pinjaman rumahnya Riba. Pinjaman keretanya Riba. Pinjaman peribadinya Riba. Akaun banknya Riba. Kita tahu Riba Dosa Besar yang membawa ke neraka. Jika tak bertaubat dan tak membebaskan diri dari Riba, dia akan dibakar di neraka Allah untuk suatu tempoh yang terlalu lama tanpa diketahui bila penghujung kesengsaraannya;
TAPI :- Pernahkan tuan terfikir logik dan tak logiknya dua (2) situasi di atas.
Persoalan:
(i) adakah kita berusaha untuk selamatkannya sebelum dia dibakar di neraka Allah?
(ii) Tidakkah kita rasa lebih bertanggungjawab untuk selamatkan iman dia yang sedang ’terbakar’?
(iii) Bukankah kita tahu, kehidupan dunia hanya sementara dengan tempoh yang pendek sedangkan kehidupan akhirat kekal abadi... 1 hari di sana ibarat 1000 tahun didunia? (iv)
Bagaimana kalau mereka itu adalah dari kalangan orang yang kita sayangi?
Justeru,
sekali lagi dan entah yang keberapa kali, saya menyeru semua anak muda
di luar sana, marilah kita berdakwah. Anda hanya perlu menyampaikan
atau menimbulkan persoalan untuk manusia berfikir. Tolong bagi sesiapa
yang ada kawan dan saudara yang berurusan dengan kes-kes pinjaman
konvensional , nasihatkanlah. Mulai cuba memahami dan mengkaji dan
buatlah keputusan terbaik untuk akhirat kita.
“71. dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya Yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat
kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta
taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh
Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
”Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan
beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka
kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga
Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan)
yang demikian itulah kejayaan yang besar.” (At Taubah 9: 71-72)”
Sesungguhnya
ketahuilah! Bahawa mereka yang berdakwah dengan menyeru manusia kepada
maaruf (kebaikan) dan menegah kepada mungkar (maksiat dan dosa) adalah
golongan umat terbaik di sisi Allah.
Ganjarannya boleh menjadi setimpal dengan pahala sahabat!
Apabila kita mati, percayalah kesan kebaikan dan manfaat agama yang berterusan di dunia kerana bersebabkan usaha dakwah kita adalah saham-saham akhirat kita yang terus naik tinggi harganya di pasaran (akhirat) sebagai sekuriti, jaminan dan cagaran semasa timbangan amal di yaumul mahsyar. Memetik kata ulama terbilang masa kini, Dr. Yusuf Qaradawi,
”sesungguhnya
dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya,
kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan
manfaat dan faedah samaada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara
itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput,
kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan
perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat
ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid
yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan
atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah
ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama
dikandung tanah”.
Bersambung .... dengan izin-Nya ... jika ada daya dan masa
Nak lebih maklumat tanpa kos ... layarilah blog saya. Jika ia baik untuk anda, ia terlebih baik untuk saya....
(sebahagian daripada isikandung buku yang telah dipinda - tulisan seorang peguam sivil dan syarie bertajuk ‘Riba, Dosa Perang Dengan Allah’ terbitan Kemilau Publika. Sila cari dipasaran atau berminat -sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)
http://hisham-ahmad.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment