Please
–baca ni sebab aku kupas baik dan panjang.
thank you v much media krn sifat adil mu dlm m'benarkan penzalim m'bohongi rakyat |
Baca
punya baca, hinggalah ketemu tajuk “Dalang Konflik Mesir didedahkan”. Aku pun baca hingga habis. Tapi baru
pertengahan cerita, aku dah rasa semacam. Rasa menggelegak kat dalam badan.
Gigil tangan aku masa tu, kalaulah Prof tu ada depan aku, mungkin tanpa aku
sedar tak sedar, aku sepuk dia dengan roti tampal. Aku siap imaginasi lakonan menyepuk roti
tampal tu ke mukanya.
‘Bang,
kuah kari takda, kuah dal je ada!”.
Tersentak
aku. “dal pun ok!” kata aku kat mamat
kedai tu. Kacau daun betul. Rupanya roti aku baru sampai. Nasib baik. Takut
sedar-sedar muka mamat kedai ni pulak yang kena sepuk dengan rotinya yang
digubahnya sendiri.
Aku
gagahkan juga menghabiskan roti tampal tu dalam mood yang tidak baik. Aku juga
tidak sabar untuk memberi respon bertulis terhadap temubual wartawan Sinar
Harian tu dengan Prob Selim tu. Namun
biasalah, ada je gangguan keje lain. Tangguh, tangguh, semangat pun lendur dan
luntur. Tup-tup dah malam, dah tengah malam.
Aku pun .. ingat sebelum tidur, jengah jap
tranungkite via Tab 2 aku. Tengok juga respon pembaca kepada artikel aku
tentang ‘Bersih dan Haji’.
Surprise!
Ada 3 artikel tentang temubual wartawan Sinar Harian tu dengan Prob Selim tu.
Ya aku dah jangka. Pasti ada insan sehati sejiwa … yang merasa sakit hati sama.
Fastabiqul khairat… siapa cepat… dia dapat pahala berlipat … Nampaknya dua saudara
kita dah mendahului saya.
Bagaimanapun
saya tidak dapat baca artikel lain secara sempurna. Bateri dah nak kiok.
Cuma
saya berminat nak mengulas kenyataan akhbar wartawan Sinar Harian di lamaan Tranungkite ini [Kenapa kami
siar kenyataan Prof Dr Mohammad Salim?] dan beginilah ulasan saya kepada
Wartawan tu:-
1. Simpan
dulu terimakasih anda.. kami tak mahu.
2. Alasan
untuk beri ruang dari sudut pandangan berbeza tentang krisis … dah dijangka …
tapi tak cukup untuk mewajarkan apa yang anda siar kerana :-
(1) Isu
kezaliman ini terlalu serius … fakta kebenaran adalah sejelas Kristal atau
seterang matahari sehingga semua mata hati dan mata akal dapat membezakan dan
memutuskan antara penzalim dan mangsa kezaliman.
(2) Memberi
ruang kepada kepada wakil jurucakap penzalim yang nyata adalah tidak patut …
kerana kesannya pasti ada sebahagian masyarakat yang akan terkeliru, yang
mengambil kesempatan (bg pro Fatah sisi) dan mereka yang menjadikan hujah yang
batil ini untuk menegakkan yang batil..
(3) Mengapa kita harus menjadi ‘dalang’nya.
Tidakkah kita boleh jatuh berdosa (besar) jika ada yang insan yang terpedaya ..
tertipu .. bahkan ada yang kemudian menghukumkan bahawa kematian rakyat itu adalah
bukan syahid tapi sia-sia (kerana bersetuju dengan hujah Prob Salim tu)
(4) Etika
kewartawanan tetap tertakluk hukum agama…
ayat Quran ada mengatakan … tolong menolong dalam perkara kebaikan dan
takwa.. jangan bekerjasama atas dosa dan permusuhan..
(5) Ini
bukan kes debate atas sesuatu isu.. ada peratus mungkin dia betul, mungkin
pihak satu lagi betul, spt 54% 46% ,
50%-50%, 60%-40%. - Ini kes yang 100% - 0%. Yang salah jelas, yang betul jelas.
(6) Apakah stand anda wahai wartawan , wahai
akhbar sinar Harian? Adakah masih ada keraguan pada fikir atau naluri akan
siapa yang zalim dan siapa yang teraniaya … bahawa … mangsa yang bergelimpangan
itu … siapa... bagaimana kalau ibu atau
anak kita…
(7) Anda
ingat Asma – remaja yang dibunuh di tembak curi oleh sang bacul .. adakah dia bersenjata… adakah dia berbahaya…
atau sebenarnyan dia telah menjadi target sniper kerana ingin mematahkan jiwa
ayahnya… antara pemimpin Ikhwan..
(8) Suatu
yang sukar.. untuk saya terima .. ialah tajuk temubual anda … “DALANG KONFLIK
MESIR DIDEDAH” … SANGAT PROVOKATIF..
apabila dibaca habis… bukan kah maksud tajuk itu menunjukkan bahawa
dalang itu adalah ikhwanul muslimin dan mursi dan penyokongnya
(9) Saya
sangat faham tektik tajuk ala provakatif –sbb ia juga style saya.. tapi saya ..
non commercial basis ..dan ia untuk
menarik rakyat kita menyokong ikhwan dan rakyat mesir (Rujuk semua artikel saya
tentang mesir dan Syria (blog saya) dan di web ini)
(10) Tapi
tajuk provokatif “DALANG KONFLIK MESIR DIDEDAH” itu jelas umpanan terbaik bagi
menarik ikan untuk menyambar umpan itu yang akhirnya terbukti beracuun…
3. Maafkan
kerana emosi ini di atas. Tapi kali ini saya berikan secara fakta logic atas
saya rasakan kesilapan anda dari sudut temubual itu menjadikan hasil temubual
itu tidak pada tahap kewartawanan yang professional dan hebat , yang saya
fikirkan..harapkan
(1) Anda
membiarkan Prob Selim itu dengan version kisah merapunya.. padahal terdapat
banyak kemusykilan daripada ceritanya itu..
(2) Bermakna
sebagai wartawan hebat anda patut bertanya soalan =soalan yang mencabar
sekurang-kurang meimbangi kemerapuannya. Sekiranya soalan anda bagus… apapun
jawapannya … pembaca akan dapati dia gagal menjawab secara memuaskan hati.
(3)
Merujuk sebahagian isi
kandung temubual itu pada tulisan yg dikuningkan khusus pada bergaris.
(4)
Satu ayat ‘sakit’ yang
digunakan : Bagi mendapatkan gambaran jelas konflik yang berlaku di
negara itu, Sinar Harian (SH) mengadakan wawancara eksklusif bersama
saintis politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Dr Mohammad Selim (MS)
dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Ikuti wawancara bersama Ketua Meja
Global, Liza Hasan.
(5) Soalan
anda dalam satu ayat membuka peluang untuk dia bercerita berterusan. Tolong
tanyakan Prob Selim itu antaranya:-
(a) Dr Mursi
telah menang secara demokrasi dan adil. Jika ada kelemahan mengapa tidak boleh
sabar sampai pilihanraya yang akan datang? Diganti secara proses demokrasi?
(b) Kalau
boleh bersabar 30 tahun dengan Hosni Muhapak kenapa tidak boleh bersabar dengan
Mursi – 1 tahun? Come on .. 1 tahun ! pasti Prob itu bingung kerana 1 tahun
terlalu singkat tempoh pemulihan.
(c) anda
patut ada maklumat tentang banyak perkara baik pada ekonomi yang dibuat oleh
Mursi dan anda cabarkan Prob itu dengan data dan bukti.
(d) kalaupun
kumpulan pencarot.. upss Tamarod tu rakyat Mesir ada hak .. kenapa pula Tentera Zalim itu nak rampas
kuasa?
(e) Bagaimanapun, kami dan polis dapati mereka ada
senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka
acu kepada polis. Mereka gunakan kawasan ini sebagai sasaran di Kaherah. Kami … maknanya sahih dia wakil
kepada regim Fatah sisi. Logik ke rakyat
bawa semua senjata (yg didongengkan itu.)
lepas itu yang banyak mati ..rakyat itu sendiri. Kalau ada pun 1-2 orang
itupun agen barua fatah sisi untuk buat kacau ini yang logic.
(f) Patut
wartawan tanya.. .Rakyat Malaysia susah nak percaya kata-kata Prof macam ini
sebab ‘sound illogical’ … sbb yang
mati, masjid yang dibakar, hospital yang
dibakar, tengok kalau Prob Selim itu ternganga.
Kenapa pula sniper hanya target orang tertentu ? Dan antaranya gadis
remaja?
(g) Sebahagian
daripada mereka bersurai secara aman tetapi sebahagian lagi memulakan serangan
tembak, membakar jalan, menggunakan molotov cocktail dan dalam keadaan ini
polis terpaksa mempertahankan diri dalam usaha menamatkan keadaan itu. Dalam
serang balas itu, pastinya ada yang maut daripada kedua-dua pihak, 25
peratus yang terkorban adalah polis. -Merepek dan mudah dipatahkan .. sikit pun dia
tak nak sebut yang beribu mati ialah rakyat.. dia pakai peratus aje itupun
peratus polis… makna peratus rakyat 75%.
(h) Mereka mahu
membunuh sesama sendiri kerana mahu syahid. Mereka mahu dibunuh “Kami mahu
syahid dan kami mahu anda bunuh kami,”. Amaran ini dilakukan untuk memalukan
polis dan kerajaan. bunuh
semasa sendiri! Manusia kalau nak menipu berterusan …. Asal boleh nak dalih ..
merapulah jadinya!
(i) Oleh itu,
polis memberi tempoh tiga minggu untuk berunding tetapi perkara itu tidak
berlaku. Keadaan semakin parah dan Mesir lumpur. Persoalannya, adakah polis
menggunakan kekerasan, jawapannya adalah tidak. Pandai dia pusing cakap.. dia
kata polis.. tak sebut pun askar.. sbb dia tahu askar fatah sisi yang bunuh
habis rakyat……
(6) Saya
dapati soalan anda masih soft dan kurang efektif sedangkan banyak soalan adil
yang patut ditanya … sebagai seorang menjunjung kewartawanan yang berani dan
berkualiti.., fikir sayalah.
4. Akhir
sekali saya tidak perasan jika ada catitan minta maaf. Yalah, kalau tidak
salah, apa perlu minta maaf. Kadangkala kita rasa kita tak salah, tapi bagi
orang lain, kita telah melakukan kesalahan, sebab kesan perlakuan kita hati
orang telah terluka… saya yakin majoriti rakyat terluka dengan luka yang
teruk.
5. Jadi biarkan saya minta maaf kepada anda atas apa yang telah terpaksa saya katakan ini. Tiada sebab komersial, melainkan ikhlas atas prinsip keadilan dan kebenaran.
6. Namun,
siapapun tidak lepas dari kesilapan… walau terasa geram ingin sahaja
mengisytiharkan kempen boikot .. tapi tak jadilah… bak kata dia… artikel dan
laporan sebelum ini masih banyak sokong ikhwan. Harap mereka ambil iktibar…
7. Nasihat
saya..
(1) saya
faham etika wartawan… beri ruang kepada dua pihak … beri keadilan bersuara
kepada kedua pihak yang bersengketa. Itu tugas utama media yang adil… sebab pembaca yang memutuskan .. ini hak asasi akhbar.
(2) tapi itu
etika moral berdasarkan pandangan manusia … secara lazim samalah pada syarak
tapi .. tetapi ada sedikit berbeza pada syarak –rujuk panel syariah anda.
Kerana syarak lebih halus … ada unsur
dosa dan pahala.. dan jika ada
percanggahan antara hak (asasi) manusia dan ketetapan al-Quran dan sunnah ,
maka terbatallah hak asasi manusia.
(3) Maksud
saya prinsip buka ruang kepada 2 pihak adalah betul tetapi secara 80-% to
90% atau even 99% tetapi bukan secara
100%. Iaitu tidak pada semua perkara atau kes.
(4) Kes
Syria dan Mesir adalah pengecualiannya, ia adalah termasuk pada 1% yang anda
tidak boleh langsung beri ruang dan peluang
kepada pihak yang telah jelas salah .. dan jahat dan kejam dan zalim dan
terlalu kejam dan terlalu zalimmmmmmm.
(5) Bagaimana
kita nak menjawab nanti… bila ada manusia di Malaysia yang terkeliru lalu
menyifatkan kematian ribuan rakyat itu kematian khawarij atau sia-sia..
Cukuplah
jika ada ustaz sorang tu and the geng yang
diberi ruang untuk mengeluarkan kenyataan bingung dan membingungkan tentang
Mesir. !
Mesir. !
Hisham-ahmad.blogspot.
https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420?ref=tn_tnmn
terbaikkk...^^
ReplyDelete