pertahan kan dia dari keZaliman |
Ini
sangat penting di baca hingga habis oleh setiap orang awam bagi
kefahaman yang baik. Jadi tolong baca. Saya terpaksa tolak tepi kerja
lain dulu sebab nak type ini pagi jumaat agar (harap) semua dapat baca
di hari jumaat ini juga.
Kes Demonstrasi di Malaysia yang telah lalu memperlihatkan kepada kita (orang awam) bagaimana perbezaan pandangan ustaz-ustaz dalam hal boleh- tidak boleh, halal dan haram.
Perbezaan ini tidak lagi menjadi rahmah apabila ia menjadi perselisihan
yang buruk dikala terdapat ustaz-ustaz yang menghukum ketahap sesat dan
khawarij. Golongan Ustaz Pertama ini ada yang disebut sebagai
(cenderung/pro) Wahabi? Sebahagian daripada mereka dikatakan dari
pertubuhan/kumpulan yang bernaung dibawa parti kerajaan.
Manakala
golongan kedua , ustaz-ustaz dari parti pembangkang tentulah
membenarkannya. Ini logik mudah. [Namun, kita make it crytal clear di
sini bahawa kita tidak menilai dari sudut politik kepartian!]
Ok, sambung. Golongan Ustaz ketiga, yang bebas dari kepartian seperti Dr Asri dan kumpulan yang dipengerusi Dr Zaharuddin[1] (dan dibarisi panel ustaz bersifat wasatiy termasuk Dr. Zulkifli al Bakri (Mursyid), Dr Basit dll) membenarkannya.
Setelah meneliti hujah-hujah ketiga kumpulan[2],
hati nuraini yang jujur dan telus kita sebagai orang awam begitu
percaya bahawa kebenaran ialah ‘demonstrasi aman adalah harus atau
dibolehkan’. Kepercayaan kita ini menuruti didepan kita segolongan
ustaz Melayu Islam yang keilmuannya tinggi, akhlaknya tidak diragui
serta pendekatannya murni.
Lalu
kita, minta maaf kerana tidak dapat menerima pendekatan golongan
pertama walaupun sebahagian mereka ada menjenamakan dengan salafi.. atau
mendakwa sebagai pendokong sunnah. Dakwaan ke tahap khawarij sangat
melampau dan tidak dapat walaupun bagaimana ikhlas pandangan diberi.
Walau muka baik, janggut lebat, tanda kesungguhan menjaga sunnah
tertentu dan walaupun dia lulusan bidang Quran dan hadith, bekerja
sebagai pengkaji dalam institusi hebatpun tetapi sayangnya, dalam
kebijaksaan memahami sunnah yang lebih mencabar (dalam politik semasa)
ustaz baik ini gagal teruk (failed). Teringat saya ayat hikmah, yang
benarlah ia bahawa ‘boleh jadi orang yang disampaikan itu, lebih
memahami daripada orang yang menyampaikan!) (Betulkan ia sabda
Rasulullah s.a.w. dalam kutbah haji wada’).
Paling
saya tidak tahan (marah, kecewa dan nak gelak pun ada) sampai saya
katakan dalam hati saya “Inikah cara berfikir, berhujah dan cara
menilai! Teruknya!” iaitu apabila saya menonton rakaman seorang ustaz
(yang memufliskan ikhwanul muslimin dalam bukunya) apabila menyuruh
sokong parti kerajaan kerana sokong parti pembangkang adalah berisiko
khawarij (dalam blog/web yang dibarisi geng ulama muda yang dikatakan
pro wahabi ini). Janganlah berhujah begini…
Kini
isu yang lebih besar. Isu yang meruntun jiwa. Isu yang menguji bukan
sahaja mereka yang di sana tetapi kita disini. Isu Mesir dan Syria.
Baiklah kita bicara isu Mesir je sebab ada konflik berbeza.
Kita
lihat sekali lagi perbezaan pandangan tiga golongan ustaz. Adakah
hasil 3 pandangan itu sama macam dalam kes demo di Malaysia? Kalau sama ,
tak tahulah nak dikata. Makin teruklah keadaan kita.
Kalau
tadi ditahap percaya pada isu (demo) yang boleh jadi ada poin yang kita
terlepas pandangan , namun kali ini atas isu yang lebih berat
pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir oleh tentera.
Seperti biasa style saya, mari kita buat sikit analisa.
Fakta
mudah,
(1) Selepas sizalim Hosni Mubarak digulingkan melalui demo
(haram atau harus tidak lagi jadi isu) sebab Dr Morsi dan kabinetnya
menang pilihanraya secara sah dan adil dan dilantik secara sah ikut
perlembagaan melalui sistem demokrasi (Bayangkanlah setelah lebih 30
tahun)
(2) kemudian berlaku demo juga oleh geng pencarot, sorry Tamarod
(yang dibelakangnya dikatakan geng secular, Israel dan Amerika) oklah
kalau kita kata demo itu harus kalau aman sebab Tamarod pun rakyat Mesir
(3) tapi faktanya, yang gulingkan kerajaan sah dan adil Dr Morsi yang
baru setahun ialah tenteran yang zalim.
(4) kemudian berlaku demo yang
harus oleh rakyat yang membantah tentera
(5) akibatnya mereka dibunuh
beramai secara kejam.
Semua
setuju fakta di atas termasuk geng yang saya percaya termasuk golongan
ustaz pertama tadi. Tentu semua juga percaya Dr Morsi tentulah beribu
kali lebih baik daripada Hosni Mubarak. Saya percaya golongan hafiz
seluruh dunia akan bersetuju. Cuma kalau ada isu pun, pada keharusan
pada setiap demo.
Baiklah
sekarang faktanya. Atas penilaian hujah golongan ustaz kedua dan
ketiga, kita kita bukan lagi percaya tetapi yakin bahawa:-
1.
Kita bukan lagi percaya bahkan kita yakin bahawa Demo oleh rakyat
mesir dan golongan pro Dr Morsi dan ikhwanul muslimin adalah sah, harus
pada syarak dan wajar.
2.
Pembunuhan mereka adalah satu kezaliman yang besar dan kekejaman
manusia pada tahap tertinggi. Dan kita mendoakan dan mengharapkan mereka
mendapat syahid. (sila lihat hujah pandangan kedua dalan web al-ahkam). Sedangkan seperti diajar Dr Arif UKM kepada saya, akan satu hadith nabi
yang sahih, bahawa intinya ‘ orang yang ikhlas meminta syahid boleh
sampai kepada martabat syahid walau dia mati atas katil’. Ini kan pula
rakyat yang ikhlas pergi tangan kosong di tempat awam menyatakan
bantahan atas penggulingan satu kerajaan yang sah dan islamik tiba-tiba
ditembak dari belakang seperti asmah, gadis muda yang cantik anak salah
seorang pemimpin ikhwan. Bayangkan dia berdiri dibelakang orang ramai …
tiba-tiba bunyi sesuatu, ,, dan tidak semena-mena dia tumbang layu dan
kaku. Takpayah lah bagi contoh yang lain.
3.
Perlakuan Jenderal Fatah Sisi tu sama dahsyat ngan Firaun dan
tenteranya di zaman gelap Mesir. Kalau zaman dulu memerlukan tenaga yang
banyak dan masa yang panjang untuk membunuh ramai orang. Bezanya
sekarang, pembunuhan kejam secara beramai boleh dilakukan dengan
mengebom dari jauh.
4.
Justeru, Kita tolak semua padangan yang menghukum demo itu haram,
apalagi yang menghukum mereka khawarij tak kita pandangan ini datang
daripada ustaz atau ulama dari Al-Azhar, Arab Saudi atau pengikut mereka
di Malaysia. Sehingga saya terpaksa katakana terharu melihat ustaz
Zamihan dalam satu ralam video dalam al ahkam bagaimana tegas dan jelas
sokongannya kepada Dr. Mursi dan Ikhwanul Muslim.
We love you Ustaz Zamihan atas pandangan anda itu dalam isu Mesir ini!
5.
Justeru, dengarkan sini semua orang awam, rakyat negara kita yang tercinta:-
i. biarpun anda sokong parti pemerintah atau pembangkang
ii.
biarpun andah pengikut dengan golongan sufi geng salafi, pro wahabi,
tariqat nasyabandi,..dan kumpulan jemaah tabligh walaupun anda sedang
keluar 40 hari,
iii. iarpun anda dari pertubuhan dan NGO mana khususnya melayu perkasa
iv.
biarpun anda bukan dari grup mana, atau biasanya tak ambil kisah pasal
hal dunia, atau anda hanya peduli tentang wang dan harta, atau hiburan
dan berpeleseran tetapidisudut hati anda masih tidak suka pada kezaliman
dan kekejaman
v.
biarpun mugkin anda golongan LGBT yang kita benci bukan kerana anda
tetapi kerana sifat dan pilihan anda yang kita berdoa dan kita mahu anda
berubah
vi.
tetapi jika anda syiah melayu, keluarlah dari tipudaya. Lihatlah
bagaimana syiah diluarsana (Iran) menyokong Rejim Basyar Asad membantai
rakyatnya. Tidakkah itu bukti syiah itu tidak benar dan salah walaupun
dia menggunakan jenama Hizbullah. Sekalipun kita golongan ahlul sunnah
wal jamaah kita tidak akan sokong kerajaan ahlul sunnah yang membunuh,
merogol dan menyeksa orang syiah
vii.
tetapi jika anda syiah melayu, fikirkan bahawa sesiapa pun anda selagi
anda berakal dan berfikiran manusia yang memahami definisi istilah
kejam, zalim, aniaya dan seksa dan anda dapat bezakan antara jahat dan
baik mengikut logik fikiran manusia dan selari dengan kehendak agama
yang anda didalamnya..
viii.
tetapi jika anda syiah melayu, fikirkan bahawa bagaimana manusia boleh
menyiksa kanak-kanak, merogol kejam wanita dan membunuh orang tua yang
tentu salah pada akal biasa manusia sekalipun kanak-kanak mumayiz boleh
memahaminya. Dan agama anda juga menghukum yang sama sesuai dengan akan
manusia sebab hanya agama/mazhab yang sesat menghukumkan ia perbuatan
baik dan halal apalagi dikata boleh masuk syurga tanpa hisab. Agama atau
mazhab yang membenarkan Basyar dibantu tentulah agama yang bermasalah
dan tidak betul padanya. Apalah beza dengan cara mat Hitler dan Kitab
Yahudi apa namanya… saya dah lupa… yang menganggap manusia selain bangsa
yahudi itu kelas kedua, yang darahnya halal dan nyawa tiada harga.
Marilah, Marilah, Marilah
kita bersatu dan berjemaah dalam kebenaran yang pasti dan hakiki untuk
sama-sama meyokong dan mendoakan keselamatan dan kejayaan Dr Morsi,
Ikhawanul Muslimin, rakyat Mesir yang pro kerajaan sah Dr Morsi, rakyat
dan keluarga mereka yang terbunuh, maaf … dibunuh (termasuk kerana
demo). Marilah kita mengharapkan, bersangka baik dan mempercayai
kesyahidan mereka dan mendoakannya. Marilah kita doakan kekalahan dan
kehancuran Rejim tentera zalim Mesir dan kepala tokannya (Fatah sisi).
Mari kita bantu dan tolong dalam apa cara jua yang kita terdaya
sedaya-dayanya… sumbang tenaga, wang, doa, qunut nazilah, ilmu,
kefahaman dan penyebaran kebenaran ini. Marilah kita doakan dan
fahamkan ustaz dan pengikut yang berpandangan mengecewakan.
Akhir kata:-
Terdapat beberapa pengajaran yang sangat besar atas peristiwa Mesir kepada kita di Malaysia:-
1.
Jika masih ada saki baki ustaz kita dari yang dikatakan pro wahabi,
atau menyesatkan ikhwan dari al Banna hingga Qardawi, mengkhawarij kan
mereka, atau ketahap mengkafirkan mereka, atau yang menyesatkan semua
pendemo di Mesir sana dan menghukumkan mati sia-sia mereka, maka semua
orang awam hendaklah menolak pandangan mereka atau jangan jadikan mereka
tempat rujukan dalam hal isu semasa atau politik semasa. Terimalah
bacaan hadith sahih mereka, tetapi berhati-hatilah atau jangan dengar
pada pentafsiran dan kefahaman mereka. Jika dah dengar dan macam nak
percaya, jumpalah dan dapatkan penjernihan ataub pencerahan daripada
geng golongan ustaz ketiga iaitu Dr Zaharuddin, Di Zulkifli al Bakri, Do
Abdul Basit, atau antara paling faqih hal semasa Dr Asri.
2.
Bagi Dr Fadlan, pengerusi ILMU yang saya kenali dan sayangi, please
pertimbangkan apa yang saya katakan ini. Saya masih ingat ajaran Dr,
dalam membicarakan hadith-hadith relevan dalam sahih muslim soal
ketaatan kepada pemerintah. Saya dapat rasakan bahawa kita disuruh
cenderung kepada ketaatan kepada pemerintah dalam isu-isu berat
(walaupun ada unsur zalim keterlaluan) saya hargai segala hujah Dr, tapi
saya masih ingat lagi ketika saya membawa satu soalan tentang ulama
besar Izzudin Abdul Salam yang tidak mahu mentaati Gabenor yang sah
dilantik Khalifah, sehingga dia protes dan keluar dari (Mesir kot) dan
ramai rakyat mengikutnya… maka Khalifah akhirnya mengalah… ringkaskan
cerita. Saya kemudian menambah saya katakana “takkan Ulama besar ini
tak tahu hadith-hadith sahih rasul s.a.w. (dalam sahih Muslim)”, Maka
Dr (membenarkan kisah saya), lalu Dr. cuba beri jawapan antaranya,
kedudukan ulama ini lain, dia mempunyai pengaruh tersendiri.. ..
Maka ulasan balas saya ketika itu ialah (kerana saya memang menantikan
jawapan dr itu) iaitu bermakna (saya ringkaskan sini):-
Itu
adalah bukti (1) adanya keadaan yang membawa pengecualian (kepada soal
ketaatan) itu (2) ia dilakukan oleh ulama yang hebat (disebut sultan
ulama yang tentu mengetahui hadith-hadith itu) –( bukti dikuat) (3)
penjelasan Doktor tadi atas perbuatan Ulama itu adalah satu pentafsiran
dan pentakwilan (pendapat sendiri atau rujukan ulama)
3.
… maka begitulah … dalam hal isu semasa hari ini yang begitu kompleks
khusus dalam politik hari ini … dalam suasana cengkaman dan pengaruh
Amerika dibelakang maka seperti kata Dr Asri , kita perlu bijak dalam
membaca dan memahami soal politik , dan kata Maulana Asri betapa
perlunya takwil dalam kefahaman hadith – hukum jika tidak kita terikat
(tak boleh kawal tak takwil dalam hal-hal tertentu –takleh nak pergi
dah) maka dalam soal politik semasa yang menuntut kebijaksaan yang
tinggi … khususnya dalam usaha memahami hadith-hadith sahih nabi yang
relevan dengan politik maka lihatlah dan terimalah hujah Dr Yusuf
Qardawi yang begitu cantik kefahaman dan begitu dekat dengan jiwa-jiwa
manusia biasa yang mencintai keadilan dan membenci kezaliman.. Kita
orang awam akan kata – inilah jawapannya.. wahai syeikh yang kami
kasihi. Inilah yang kami yakini adil dan benar dari agama kami.
4.
Wahai golongan yang didakwa pro wahabi … janganlah ketat pada yang
tidak patut ketat… janganlah keras sampai kita tidak dapat nak bernafas
khusus dalam isu semasa. Perdengarkan hujah mereka-mereka seperti Dr.
Tariq Ramadan, syeikh Yasir Qadi dan ramai lagi khususnya mereka yang
terpaksa hidup dalam masyarakat Eropah dan Amerika, lihatlah pandangan
dan hujah mereka, tidak mesti terima tapi In sya Allah pasti mengimbangi
pemikiran dan perspektif kita.
5.
Ketahui ramai antara kami masih mencintai pendekatan Pro Wahabi dalam
hal sunnah khusus pada ibadah (khusus) seperti solat dan haji. Kamu
mengajarkan kami erti keterbukaan pandangan dalam hal amalan ibadah asal
mengutamakan hadith sahih. Saya benar jatuh cinta dalam hal ini … sbb
saya yakin bahawa apabila kita memilih pandangan terbaik antara 4
mazhab, kita sebenarnya melihat kepada hadith sahih yang menjadi dalil
dan rujukan… sbb yang utama untuk dituruti adalah Rasul yang amat kita
cintai. Ah, banyak lagi kalau nak cerita bab ini… tapi saya tidak sempat
… kena hantar web tranungkite sebelum solat jumaat hari ini. Ejaan pun
tak sempat nak teliti. Namun, dalam masyarakat hari ini … perlukan
proses lama… Cuma saya berharap ustaz-ustaz yang keras dan pro- mazhab
kita juga berlapang dada, banyak benda hasil semakan saya, perlu
perubahan dalam masyarakat untuk asingkan agama dan kurang soal adat,
untuk utamakan sahih, yang daif dan takda asal-asul , kita ketepikan,
pinggirkan. Mudahkanlah ustaz 2 pro mazhab, jangan jadi batu
penghalang. Mari diskusi ilmiah kita antara 2 kumpulan yang dalam diam
bersengketa, mari kita ‘list out’ semua amalan hadith sahih dari yang
utama kepada yang kurang utama, comtoh dalam soal ibadah dan solat
jemaah yang mana takda khilaf kita jadikan amalan .
6.
Pejabat agama … please.. be fair. Bak kata, Dr Basit, dunia sekarang
global, maklumat dihujung jari saya tambahnya nyawapun dihujung peluru,
segala fatwa ada dalam internet , Islam online lah macam-macam, malah
tokoh ilmuan tersohor dalam hal agama islam paling sering dirujuk secara
ironinya ialah Profesor Google. Saya ulangi G o o g l e. Tak gigil kita
mendengarnya. Pada muslim professional seperti doktor jurutera,
lawyer dan apa jua bidang sebenarnya asalkan mereka orang moden yang
sibuk dalam urusan dunia tetapi masih mencintai agama …mereka ini akan
menyesuaikan logik pada agama, dan logik menyatakan bahawa kalau yang
sahih itu mengikut nabi pada amalan, cukuplah. Apa nak lagi … mereka
utamakan yang essence , yang penting pada ibadah khususiah. Sebab itu
golongan cina yang masuk Islam mungkin tentu mereka tidak cenderung
untuk berzanji apalagi makna tidak difahami. Apalagi bercukur jambul.
Mereka tentu suka pada pandangan yang berdalil sahih tetapi memudahkan
daripada pandangan tak begitu sahih atau kalau sahihpun tapi
memberatkan. (Rujuk tulisan saya dalam hal haji atau buku haji saya …
isu sentuhan, wuduk dan lain-lain. Ada dalam blog). Maaf saya bercakap
dalam maksud baik. To much time have been wasted… kita kembali kepada
amalan utama dan perjuangan utama).
7.
Kita kini telah dan masih meyaksikan pertembungan pandangan antara
ustaz-ustaz dalam isu Mesir ini walaupun mereka bersatu dalam isu lain.
Kita lihat kekelam kabutan dan kebingunan yang berlaku antara golongan
yang didakwa pro wahabi, golongan di dakwa pro ahbash, dan golongan yang
ditolak iaitu golongan syiah. Dulu ada golongan ustaz tertentu
melabelkan banyak ustaz pro wahabi tapi akhirnya terbukti sebahagian
mereka menyokong ikhwanul muslim dan dr morsi. Dulu ada golongan ustaz
bersama membenci wahabi tapi dalam dalam hal Yusuf Qardawi, ada kata dia
pejuang sebenar ada kata dia penyebab kehancuran umah. Dulu ada orang
labelkan dia bapa Wahabi tapi kini dialah menegur dengan mengecam
rakan-rakan yang dikatakan Pro wahabi. Dulu ada golongan pro wahabi yang
mengatakan ustaz itu pro ahbash tapi ustaz itu membuktikan dia
penyokong Ikhwan dan Yusuf Qardawi. Apa nak jadi?
8.
Kita orang awam tidak mahu ada ustaz yang menghukumkan murtad ustaz
lain dalam facebook atau sebagai melainkan membuat aduan dan adanya
pendakwaan. Apalagi ustaz yang didakwa itu diketahui ilmu. Kita juga
tidak mahu ada ustaz mengkafirkan, menyesatkan lagi akidah ustaz lain
dalam isu di mana Allah?. Begitu juga dalam isu tauhid tiga, isu sifat
20 sedangkan saya melihat ia boleh diharmonikan. Apakah tauhid perempuan
pelacur yang memberi minum anjing sehingga diampunkan dosanya dan
(dimasukkan atau dijanjikan syurga) , apakah jenis akidah lelaki yang
membunuh 100 orang lalu diampunkan? Apakah akidah Tukang sihir firaun,
melainkan mereka baru peringkat asas mengakui keesaan allah dan kenabian
Musa. Begitu juga dalam sekian contoh yang lebih terkini.
9.
Justeru, ustaz yang extreme dalam pandangan jika masih ada lagi dengan
gaya lamanya, mesti ditolak. Saya pohon agar mereka tidak harus
dibenarkan masuk TV Hijrah, Asto dan Radio IKIM. Sebagaimana saudara
Amin Rais, ikhlas saya begitu kecewa apabila Syeikh hebat, Ust. Nurudin
Banjari mengulas tentang wahabi dengan cara yang tidak dapat diterima.
Ia tidak patut berlaku. Akibatnya, gendang perang di palu… maka tidak
hairan kalau nanti ada serangan balas! Si Muhammad Abdul Wahab telah
lama meninggal dunia… dah lah tutuplah cerita.
10.
Golongan yang didakwa Pro Wahabi kita mungkin sedang pening kepala,
apakah cara untuk menjustifikasikan tindakan pemerintah Arab Saudi
(keluarga Saud) yang kaya-raya yang menyokong rejim tentera Mesir yang
durjana. Billion dolar bakal disalurkan sekalipun negara kafir Amerika
dan Eropah sendiri menghentikan sokongan dana kerana tak tak tergamak
lagi melihat kezaliman penzalim yang zalim.
11.
Memadailah, sampai di Amerika, berlaku juga perselisihan antara mereka
yang masuk Islam spt Billal Philip dan golongan pro sufi. Susahlah,
setiap kali ada orang bukan islam masuk islam mereka terpaksa pilih nak
masuk group mana? Ironinya, walaupun mereka masuk islam, kalau sah
pilih, boleh sesat semula… gara-gara salah pilih kumpulan.
12.
Untuk , kita ambil golongan ustaz ketiga tadi atau yang bersifat sama
dengannya menjadi Dr. Asri atau golongan Hakim atau Timbangtara dalam
soal menangani perbezaan pandangan dalam isu akidah, ibadah atau apa jua
isu penting dalam agama. Perlu penubuhan satu badan legal
berbidangkuasa.. yang bertindak dibawah parlimen. Harap pejabat agama,
mufti dan sesiapa sahaja menyokongnya. Jika ada ustaz ekstrem masih tak
puashati, lantakkan mereka, asal orang awam sekarang clear .. dan jelas ,
boleh rujuk tempat rujuk paling wibawa dan dipercayai. Sebagai awalan,
tiada unsur politik partisan dibenar.
Akhir
kata, saya teringat kata tokoh dakwah abad ini (calon Mujadid abad ini ,
sila rujuk blog saya. Beliau bukan arab, bukan parsi, bukan turki,
bukan suri, bukan misri… dan bukan juga melayuwi. Beliau dari Mumbai,
India. Dr Zakir Naik…
1.
Beliau juga membawa analogi bagaimana seorang mualaf ( baru masuk
islam) harus memilih ikut mazhab mana? Katalah seorang wanita bukan
muhrim tersentuh tangan cina Islam ini adalah batal wuduknya? Kalau ikut
mazhab syafie, batal, kalau iku Hanafi, tak batal . Kita mazhab syafie
sebab makbapa kita mazhab syafie. Tapi cina ni , mak bapa dia kafir.
Lalu… tentulah jalan paling tepat ialah dia mengikut pandangan berdalil
paling kuat mengikut sunnah nabi saw. Jika hujah dalil mazhab hanafi
lebih kuat dalam hal ini (di mana sentuhan tidak sengaja tidak
membatalkan ,.. maka tunduklah pada kebenaran sunnah …)
2.
Beliau tidak bersetuju dengan jenama salafi yang diseru tokoh hadith,
albani walaupun albani adalah rujukan kuat beliau dalam bidang hadith.
Jika saya tidak salah menyimpulkan, bahawa beliau menolak semua
pelabelan dan penjenamaan wahabi, salafi, sufi (khusus bagi tujuan
membezakan kefahaman atau pegangan akidah atau cara ibadah)..….
3. Memadailah kita semua dikenali dengan jenama “ORANG ISLAM” atau “MUSLIMIN”.
Ali imran (3): 63-bermaksud:
Inilah jenama yang disebut dalam al-Quran. Jenama yang tidak dipertikaikan.
Setuju?
Inilah kefahaman saya setakat ini. Saya mengalukan pandangan balas yang ikhlas dan bernas.
Segala
silap harap maafkan dan perbetulkan. Berikan hujah dalil bagi
memudahkan pertimbangan. Segala pernyataan di atas adalah dengan niat
baik semoga mendapat respon baik. Tiada pernyataan di atas yang
bermaksud atau bersifat memburukkan difokuskan atau ditujukan kepada
individu atau kumpulan atau insitusi tertentu, jika ada persamaan atau
kaitan, ia sekadar satu kebetulan.
Mungkin
ada bahasa keras dan sinis , jika ada, mungkin kerana ada dipengaruhi
rasa marah dan kecewa… tapi masih dalam pemikiran rasional kerana masih
percaya ada harapan … untuk perselisihan pendapat yang melukakan ummat
… menjadi perbezaan pendapat yang
mendapat rahmat..
No comments:
Post a Comment