betulke lintasi org solat dianggap setan & | boleh di__? |
Hakikatnya,
seminggu selepas raya ini, hatiku merasa semakin pedih dan sakit. Aku
percaya rasa ini dikongsi bersama. Kisah berdarah di Syria belum
berakhir dan entah bila akan berakhir, kini tragedi di Mesir telah
bermula. Foto yang ditatap, video yang ditonton…..tiada kata dapat
menggambarkan! Apa lagi yang tidak disaksikan, semuanya ada.
Macam-macam ada.
Bagaimana
manusia boleh menjadi sebegitu jahat dan kejam… Ah, itu tidak
luarbiasa! yang luarbiasa ialah bagaimana begitu ramai manusia biasa
boleh menjadi sebegitu luarbiasa. Begitu berani… mencari mati. Pasti
ada suatu motivasi tertinggi yang memberi harapan… yang tiada manusia
dapat berikan… Apakah ia?
Di
Syria, tubuh-tubuh mayat kanak-kanak dalam pelbagai keadaan yang
menyayat hati. Tempurung kepala yang pecah sehinga terkeluar sebahagian
otak, perut terburai menampak isi dalamannya, tubuh tanpa kepala atau
lain-lain anggota badan dan sebagainya. Manakala yang cedera atau cedera
parah dalam keadaan berlumuran darah dengan kesakitan yang tidak
terbayang. Ketidakcukupan bekalan ubatan, kekurangan doktor untuk
memberi rawatan, kemudahan tempat rawatan yang daif dan tidak dapat
menangani kebanjiran pesakit; menambah-burukkan situasi malang yang
ditanggungi.
Sebahagian video memapar rakaman imej kanak-kanak itu dalam situasi sakaratul maut[1].
Manakala wanita, selain dibunuh kejam, mereka juga menjadi mangsa
penderaan fizikal dan emosi dan pemerkosaan yang berulangan sampai
disengajakan agar mengandung benih keturunan penzalim. Bayangkanlah,
pada satu tahap, (dikatakan) satu noktah diseludup keluar dari tahanan
pemenjaraan, di mana ada sebahagian wanita-wanita ini meminta fatwa dari
ulama mereka sama ada bolehkah mereka[2]
mencabut nyawa sendiri kerana bukan sahaja tidak tertahan menangung
penderaan fizikal berulang tetapi derita emosi mengandungkan anak-anak
haram dari kejahatan golongan berjiwa syaitan. Bayangkah tahap
penderitaan ini?
Kemudian
di Mesir pula, kematian-kematian menyusul. Gambar-gambar foto ‘speak
for itself’. Yang terbaru saya menyaksikan video seorang wanita muda
yang sedang merakam … alih-alih jatuh terkulai (ditembak sniper),
seorang lelaki kepala telah berlubang menakung darah, yang saya ingat
telah mati, tiba-tiba ada pergerakan kecil pada mulutnya… masih hidup
seperti diajar menyebut ‘Allah’. Kelihatan dia dalam sakaratul maut.
Kemudian
hati ini dilanda rasa kecemburuan pula. Cemburu yang amat sangat.
Cemburu melihat pemuda dan pemudi yang diberi anugerah kematian sebagai
syuhada’ Mereka tersenyum, tersingai indah dalam keadaan jasad yang
telah kaku. Adakah bayangan bidadari atau syurga telah disingkapkan
kepada penglihatan mereka di saat hembusan nafas terakhir…. Imej pemuda
melayu di Syria itu kembali diingati. Semoga dia mendapat syahid… jika
itulah impian dia ke situ.
Motivasi
tertinggi apa yang saya katakana tadi? Ia, tidak lain ialah tawaran
ganjaran syahid. Motivasi untuk meraih title syahid, syuhada’-
menjadikan mereka rela nyawa dipertaruhkan.. demi islam dipertahankan.
Aku
hanya disini … menjadi penonton. Berapa banyak sumbangan wang yang
dapat kuhulurkan… sedikit sahaja. Berapa banyak doa yang telah
kupohonkan ke hadrat-Nya, kejap ingat kejap lupa.
Kekadang
terasa nak ikut golongan sukarelawan ke sana membantu yang terdaya…
tapi rasa takut sentiasa melanda jiwa, nak turut serta berjuang… melihat
anak kecil yang comel terbaring disebelah… hati menjadi lemah, jiwa
mengalah. Belum berjuang sudah kalah.
Itulah aku, .Ingin syahid, impikan syahid. … tapi tidak berani, penakut, bacul!.
Semoga
kita diberikan kekuatan oleh –Nya untuk bercita-cita mati syahid,
mencari syahid… bersedia menghadapinya… bila sampai masa dan tikanya.
Bicara kematian & ingin mati syahid
Dalam
bicara soal kematian, kita sentiasa berdoa agar diberikan pengakhiran
hidup yang baik, dan tidak diakhirkan dengan kesudahan yang buruk. Umat
Islam di negara ini meninggal dengan pelbagai musabab kematian. Kita
sendiri tidak tahu musabab kematian apa yang akan kita lalui bagi menuju
alam barzah. Asalkan ia kematian yang baik (dengan keampunan), itu yang
penting.
Namun kita sedar sebolehnya kita tidak mahu melalui kematian yang memenderitakan atau kelihatan ngeri dan memenderitakan melalui pandangan luaran. Sepertimana sering tersiar dan terpapar di t.v. dan akhbar. Tidak perlu saya memberikan contoh dan perincian. Kemalangan kenderaan dan penyakit yang membawa kesakitan antara musabab yang dianggap lazim bagi kematian. Bila sahaja, ketika kita memandu kereta, sama ada kita tercuai atau pemandu lain yang tercuai, risiko sentiasa ada antara minima hingga maksima. Cedera ringgan, parah, koma atau kematian.
Sedangkan
di atas semua itu, kita tahu betapa tingginya nilai kematian seorang
syuhada. Syahid di sisi Allah. Syahid yang sebenar. Sebagaimana
sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang terkorban di medan perang melawan
kuffar. Sahabat seperti Umar, Ali, Uthman yang dibunuh. Sebahagian
sahabat ini meminta syahid dalam medan perang, lalu Allah mentakdirkan.
Kisah Syahid Atas Permintaan
(1) Demi Allah, Bukan Untuk Ini Aku Mengikutimu [3]
Setelah diberi bahagian rampasan Perang Khaibar, seseorang sahabat bergegas menemui Nabi s.a.w. Dia berkata, “Apa ini, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Itu adalah bahagianmu.” Dia berkat , “Wahai
Rasulullah, demi Allah bukan untuk ini aku mengikutimu. Tetapi, aku
mengikutimu agar busur panah mengenai ini (sambil menunjukkan ke
lehernya), sehingga aku mati dan masuk syurga.” Nabi s.a.w. memandangnya sambil berkata, “Jika engkau jujur kepada Allah, pasti dia memberikan kepadamu.” [4]
Lalu
lelaki tersebut menyertai satu peperangan dan gugur sebagai syahid. Ini
bukan suatu yang pelik dan aneh. Anehnya ialah panah musuh itu
betul-betul mengenai tempat yang dia tunjukkan kepada Rasulullah (iaitu
lehernya). Mereka membawa jenazahnya kepada Nabi s.a.w. Baginda
mengembalikan telapak tangannya dengan rasa terkejut sambil berkata, “Betulkah dia? Dia telah jujur kepada Allah sehingga Allah memberikan kepadanya.”
(2) Demi Allah Sungguh Menakjubkan!
Sebelum
Perang Uhud berlangsung, setiap sahabat berdoa kepada Allah dengan
pelbagai doa. Namun yang menakjubkan adalah doa Abdullah ibn Jahsy.
Beliau berdoa,
“Ya Allah, aku meminta kepadamu agar esok ada salah satu pasukan kafir yang betul-betul kuat. Aku dan dia saling bertarung hingga aku dapat membunuhnya. Lalu kau berikan kepadaku salah satu pasukan kafir yang betul-betul kuat, yang aku dan dia saling bertarung hingga dia membunuhku, merobek perutku, memutuskan telingaku, dan memotong hidungku. Dengan begitu, aku akan menemui-Mu pada hari kiamat dalam keadaan demikian. Dan ketika engkau bertanya kepadaku, “Mengapa hal ini boleh terjadi padamu, Abdullah? Akan aku jawab, ‘Demi Engkaulah wahai Tuhan. Sehingga dia pun berkata, Engkau telah jujur.”
“Ya Allah, aku meminta kepadamu agar esok ada salah satu pasukan kafir yang betul-betul kuat. Aku dan dia saling bertarung hingga aku dapat membunuhnya. Lalu kau berikan kepadaku salah satu pasukan kafir yang betul-betul kuat, yang aku dan dia saling bertarung hingga dia membunuhku, merobek perutku, memutuskan telingaku, dan memotong hidungku. Dengan begitu, aku akan menemui-Mu pada hari kiamat dalam keadaan demikian. Dan ketika engkau bertanya kepadaku, “Mengapa hal ini boleh terjadi padamu, Abdullah? Akan aku jawab, ‘Demi Engkaulah wahai Tuhan. Sehingga dia pun berkata, Engkau telah jujur.”
satu lubang kubur di Baqi. Siapa dpt untung! |
Apa yang lebih menakjubkan lagi adalah apa yang diucapkan oleh Sa’d ibn Abi Waqqas. Beliau bercerita, “Aku terus mencarinya (Abdullah). Demi Allah, aku lihat sesuatu yang menakjubkan. Kulihat perutnya robek, telinganya putus, hidungnya terpotong, dan disampingnya ada dua orang kafir yang terbunuh.”
Ketahuilah, jika engkau jujur kepada Allah, pasti Allah akan memberikannya kepadamu. Sanggup?
3. Bagaimana Caranya, Ibn Al-Khattab?
Perhatikan kejujuran Umar ibn al-Khatab yang telah memanjatkan sebuah doa diluar jangkauan fikiran kita. Beliau berdoa, “Ya Allah, berika padaku mati syahid di kota Nabimu.”
Bagaimana
mungkin ia berlaku kerana Madinah ketika itu merupakan pusat
pentadbiran dan pertahanan Islam? Tetapi siapa yang berdoa? Beliau
adalah Amirul Mukminin. Subhanallah! ternyata beliau betul-betul mati
syahid di Kota Nabi.
Benarlah. Ianya adalah ungkapan rahsia. Jujurlah kepada Allah, pasti Dia akan memberikannya kepadamu.
Syahid.
Kita juga ingin meminta syahid…
Kita juga ingin meminta yang sama, tetapi hati merasa gundah gelana. Kalau benar-benar berlaku macammana. Menggigil dan berpeluh tubuh, terasa.
Kita
yang belum sanggup dan belum berani ini, berilah perhatian kepada
keberanian sukarelawan dan petugas dari Malaysia yang menyertai misi ke
Palestin demi memberi bantuan kemaknusiaan. Pemergian tanpa kepentingan
dunia melainkan untuk membantu saudara seagama, kerana Allah, melayakkan
mereka insya Allah kepada ‘title’ syuhada sekiranya terkorban di sana oleh kejahatan iblis Zionis Israel.
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan
juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid)
yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan
berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang islam yang sedang
berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum )
sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak
pula berdukacita”.[5]
Doa Mati Syahid
Berdoalah untuk mati syahid. Berdoalah bagi kematian seorang syuhada. Usah kita gentar dan berbelah bagi. Berdoalah. Mintalah sejujur rasa dan hati.
Untuk
mengurangkan rasa ngeri dalam diri, kita juga memohon agar Allah s.w.t
mentakdirkan ia berlaku ke atas kita, ketika dan saat itu kita bersedia.
Benar-benar bersedia. Kita juga berdoa agar ia dipermudahkan bagi kita,
dan kita diberi kekuatan untuk mengharunginya.
Bagaimana ia akan berlaku, tentulah kita tidak tahu. Sekiranya Allah mengkehendaki, pasti ianya terjadi.
Walaupun begitu wahai saudara-saudaraku…
Ada suatu rahsia indah untuk dikongsi.
Sekiranya mati syahid itu tidak tercapai pada realiti, martabat seumpama masih boleh perolehi.
Bagaimana begitu? Apakah aku permainkan perasaan mu? Tidak. Sabarlah dahulu.
Hadith Sahih.
الرابع
:عن أبي ثابت، وقيل: أبي سعيد، وَقيل :أبي الو ليد، سهل ابن حُنَيْفٍ
وَهُوَ بدريٌّ – رضي الله علنه – أنَّ النَّبي – صلى الله عليه وسلم
-،قَالَ:"مَنْ سَأَلَ الله تَعَالَى الشَّهَدةَ بِصِدْقِ بلَّغَهُ
مَنَازِلَ الشَّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ". رواه
مسلم.
Daripada Abu Tsabit, ada yang mengatakan, Abu Said, dan ada pula yang mengatakan : Abu al-Walid, Sahal ibn Hunaif, iaitu seorang sahabat yang pernah menyertai Perang Badar (r.a), bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa memohon kepada Allah Ta’ala kematian secara syahid dengan benar dan jujur, maka dia disampaikannya kepada kedudukan para syuhada’, meskipun dia meninggal dunia di atas katil tidurnya.” [6]
Hadith ini menyatakan bahawa ketulusan niat membolehkan seseorang mencapai apa yang telah dicita-citakan dan seseorang yang berniat untuk mengerjakan suatu amal kebaikan, maka dia diberi ganjaran pahala, meskipun dia tidak berpeluang mengerjakannya. Begitu juga jika dia mengimpikan mati syahid…
- Lalu apa lagi yang melekakan kita?
Berminat: sebahagian isi artikel ini juga adalah daripada isi kandung buku haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf - Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain. (Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)
[1] Saat- saat akhir kehidupan sebelum menghembus nafas terakhir
[2] Tidak berdosa
[3] Buku Pintar Akhlak; Dr. Amr Khaled (m/s 112-115)
[4]
HR al –Nasai, al Sughra (hadis 4/60), al-Hakim, al-Mustadrak. (Hadis
3/595), al-Thabrani, al-Mujam al-Kabir (hadis no. 7108) Buku Pintar
Akhlak.
[5] Surah Ali Imran ayat 169-170.
[6] HR Muslim dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment