Abu Dubeis sentiasa ingin bertawaf sehampir kaabah. Pusingan lebih cepat habis. Bermakna ibadah tawaf boleh dilakukan banyak kali. Abu Dubeis pernah bertawaf ditingkat atas, terasa berbeza jauhnya jarak untuk menghabiskan 1 pusingan. Jarak satu pusingan lengkap di atas mungkin memerlukan lebih dari 3 kali pusingan lengkap di bawah. Kalau 7 pusingan? Tentulah, bertawaf di bawah lebih menguntungkan dari sudut hasil bilangan. Namun ingat, adanya sudut kiraan berbeza. Bahawa pahala mengikut juga kadar susah payah dalam melakukannya. Adilnya Allah Yang Maha adil.
1 way to kiss |
Selama musim haji, dan sepanjang bertawaf entah berapa banyak
kali, Abu Dubeis telah mengalami dan menyaksikan beberapa perkara pelik.
Mungkin tak pelik sangat, tapi perlu juga diceritakan. Hai! ini semua gara-gara
si hitam manis yang menawan.
Kisah Cinta 1
Semasa bertawaf melepasi Rukun Yamani, sambil merenung ke arah
Hajar Aswad, Abu Dubeis pernah di tawarkan perkhidmatan untuk membantu Abu
Dubeis mencium Hajar Aswad. Tawaran ini bukan sekali bahkan tiga kali. Ketiga-tiga tawaran ditolak oleh Abu Dubeis
secara terus, tanpa membuka peluang untuk mereka mengusulkan terma-terma
rundingan. Masih diingati salah seorang di antara mereka, yang susuk tubuhnya
sedikit gempal dan tidak tinggi. Orang Indonesia. “Mau cium pak”. Dia
dapat mengesan Abu Dubeis orang Malaysia, serumpun dengannya. “Walaupun aku
berjubah arab, tak pakai beg atau lencana tabung haji, namun muka melayu aku ni
tak boleh nak sorok,” bisik Abu Dubeis bergurau dengan diri sendiri.
Sebenarnya mungkin kita hairan, bagaimana susuk tubuh yang tidak besar itu
mampu membantu kita. Mereka bergerak dalam kumpulan kecil 2-3 orang dalam
membantu pelanggan mencapai hasrat untuk mencium Hajar Aswad. Bayangkanlah
sampai ke peringkat ini, ada ‘business deal’.
Tidak tahulah berapa banyak kali tawaran ini telah dibuat? Tidak
tahulah juga berapa banyak kali tawaran ini telah disambut, diterima. Tidak
diketahui juga jumlah sebenar ‘nilai dagangan’ transaksi perniagaan ini dalam
setahun. Pastinya bernilai jutaan, jika dalam rupiah.
Siapa yang tidak jatuh hati kepadanya. Siapa yang tidak menaruh
hasrat untuk menciumnya. Biarpun hitam, tarikannya menggamit perasaan. Siapa
yang lalu, pasti tidak dapat tidak, akan tertoleh, biar sekilas pandang. Namun
bukan semua berani menghampiri untuk meluahkan rasa di hati. Cabarannya sukar
sekali. Ia idaman setiap lelaki.
Mulanya terasa hairan, kenapa sampai 3 kali dia ditawarkan.
Perkhidmatan untuk ciuman. Barulah
Abu Dubeis sedar dan perasan. Semasa
bertawaf, setiap kali tiba dipenjuru itu,
pandangan pasti terarah ke situ, lidah menjadi kelu, mata merenung sayu.
Hati dilanda rindu. Rindu yang bukan sebarangan. Rindu bayangan.
Mungkin ketika itulah geng indon ini perasaan. Melihat Abu
Dubies seperti kepinginan. Rasanya inilah yang mereka fikirkan; “Wah! ini
bapak dari Malaysia bisa jadi pelanggan. Ongkosnya pasti lumayan. Tengok muka,
begitu kasihan, kesayuan. Begitu dahagakan ciuman. Tapi enggak ada keberanian.
Sekadar menaruh hati dari kejauhan. Bagai pungguk rindukan bulan”.
Bagi Abu Dubeis. Dia cinta tapi dia tak tergamak membayar. Dia
yakin itu salah. Itu cinta yang ternoda. Jika dapat mencium pun, apalah
ertinya. Dia akan berusaha sendiri, tak kisahlah kalau perlu berkali-kali.
Sekadar terdaya, dengan ingatan untuk tidak menyakiti sesiapa. Dia memohon Allah agar dia tidak menyakiti, juga
tidak disakiti. Dia akan berdoa dan merintih selalu dan sentiasa. Dia yakin,
jika Allah mengkehendaki, ia pasti berlaku. Dia memohon agar ia berlaku. Jika
dapat sekali.
Dia mahu meminta lagi. Lagi dan lagi.
Kisah cinta bahagian 2 dan 3 akan
dipaparkan dalam blog bila timba masanya. Artikel ini juga dipinda dari artikel
asal yang terdapat dalam buku haji yang berbeza yang ada dipasaran sekarang. bertajuk Baitullah
Aku Datang, Terbitan Karangkraf .- karya seorang berlatarbelakang guaman
sivil, syariah dan quran & sunnah. Terdapat
kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan
semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu
kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang,
kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain
lagi. (Ingin membeli sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my). Anda juga
boleh melihat iklan buku ini di akhibar Sinar Online.
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment