Social Icons

Pages

Tuesday, August 6, 2013

ZN. Mujaddid Abad Ini?. Menu Fikir Hari Raya -Part 1


 Kisah benar, ni! Nak cerita atau tak cerita. Cerita macam ni, kalau dicerita, akan sentiasa menjemput respon orang yang suka dan yang tidak suka. Kadangkala yang  tidak suka menyakitkan hati dalam pernyataan ketidaksetujuan sedangkan kita mengharapkan ia diserta dengan hujah atau bukti yang dapat untuk kita menghargai ketidaksetujuannya. Antaranya, penulisan saya dlm  web ini juga,  tentang isu batal tidak batal wuduk masa haji … saya bawa hujah dalil dan bukti.  Betapa sebagai insan saya sendiri mengalami isu ini maka saya bahaskan secara ilmiah dan praktikal (sesuai dengan apa saya alami –sila rujuk buku haji –Baitullah aku datang –Karangkraf atau blog saya).

Semuanya kerana saya mengutamakan sandaran pandangan mazhab lain (bukan mazhab tapi hujah dan dalilnya) di atas pandangan lazim mazhab kita atas keyakinan ia lebih dekat kepada kehendak sunnah rasul s.a.w. (satu pengecualian daripada kesetiaan). 


Saya kemudian menulis isu katam Quran 60 kali dalam sebulan Ramadan secara perbahasan ilmiah .. berlogik dan berdalil . Kemudiaan isu beribadah 30 tahun tanpa tidur.   (Sila rujuk blog atau artikel sebelum ini – Kisah (1) ajaib bukan Ramadan dan (2) Superman, Superhuman).

Isu-isu ini nampak macam kecil dan remeh, tapi percayalah (kepentingan) ia lebih besar dari apa yang kita rasakan. Saya bawa kisah-kisah ini kerana ia telah disampai dikhalayak ramai. Ramai juga tunduk pasrah dalam mempercayai dengan ketaatan, apalagi yang berkata itu ustaz atau yang dipetik itu adalah daripada kitab.  Itulah mentaliti melayu kita.

(Sebab ia bukan ayat Quran dan hadith sahih) Saya sekadar mengajak kita semua mengunakan fikiran untuk menganalisa dan meneliti dulu daripada sudut dalil dan logik. Inilah yang disarankan oleh Allah dalam begitu banyak ayat Quran.

Kita bukan menolak  (terus) tetapi sekiranya sesuatu dakwaan itu luarbiasa, pelik atau perkara baru yang belum jelas (tidak kisahlah ia kisah pada agama, sains , teknologi dan apa jua bidang) maka kita perlu diyakinkan daripada segi hujah dan bukti. Apalah lagi kalau kita mempunyai hujah, dalil dan bukti yang menunjukkan keadaan yang berbeza.

Kita takuti mentaliti inilah (kurang mahu berfikir- menerima begitu sahaja) yang menyukarkan perubahan dari yang buruk kepada baik, yang baik kepada lebih baik, yang susah kepada senang,  yang lemah kepada yang kuat, yang mundur kepada yang maju dan sebagainya.

Mentaliti begini mungkin akhirnya memberi kesan kepada pemikiran ekonomi, politik dan sosial kita. Kita susah bersaing dengan kaum lain dalam ekonomi sebab kita kekal dengan kemalasan dan pelbagai dalihan. Kita masih kekal dalam nostalgia jasa silam lalu menolak  impian besar bagi perubahan  akibatnya menggigit jarilah kepada janji-janji yang tidak dapat rasai.  

Lihatlah kepada kualiti solat dan solat jemaah yang telah 40-50 tahun masih ditakuk yang sama, kuantiti dah tidak bertambah, kualiti tidak berubah. Sedangkan prinsip penting dalam beramal penting ialah ‘ahsanu amala’ mengatasi ‘aksaru amala’   Tengoklah solat tarawih disebahagian taman atau kampung…  macam naik bas express.

Kita makmun disuruh bersaing secara tidak adil, antara fatihah dengan inna a’toina. Kita bawa bas terpaksa pecut kelajuan Ferrari , takpelah kalau dia bawa Ferrari dengan kelajuan bas, sebab tunggu kita, tapi dia bawa Ferrari dengan kelajuan Ferari pada maximum speed. Kul 9.45 malam, selesai tarawih ngan witir sekali. Tak tahulah bagaimana dengan pemandu wanita tua yang baru sekali-sekali nak join race ini. Berpuluh tahun, begitulah. Tidak pernah berbincang untuk memperbaiki ibadah ini.  

Mentaliti begini juga ditakuti juga terdedah kepada pengaruh ajaran tidak betul, ketaksuban dan sebagainya.

Bila kita berfikir dan bersikap adil, segalanya menjadi betul dan mudah. Prinsip kita jelas. Kita mudah berubah. Kita akan setuju kepada pernyataan atau konsep di bawah ini:-

Kalau betul dan baik, ubahlah. Kalau solat itu lebih baik kaki ditegaklurus, ngapa susah sangat nak buat? Kalau bahu itu perlu dirapat dalam solat jemaah, apalagi yang digelikan? Kalau banyak bertanya itu untuk tujuan analisa dan mencari kebenaran, mengapa dihalang?  Kalau dakwaan itu tidak logik, mengapa tidak boleh dipertikaikan?  Lihatlah dialog seorang atok dan cucunya ini.

“Logik-logik , bukan semua benda perlu logik”, kata seorang atok . 

“Memanglah, siapa kata semua perlu logik”, jawab cucunya. “Kalau perkara Ghaib itu ada 
yang tak logik, kita kena percaya walau tanpa bukti“ syarah atok lagi.

“Memanglah kalau ia bersumber al Quran dan hadith sahih”  cucu bersetuju  dengan sedikit ketidak setujuan.

apa maksud kau” atok membuat gerakan isymam pada mulutnya tanda meluat.
“Kalau dakwaan pelik dan luarbiasa itu sumbernya hanya daripada atok punya atok, kita nak ia dibuktikan!”.  Cucu menjelaskan, tegas dalam kelembutan.

“Kau ni asyik logik-logik, bahaya pd iman, sebab itulah ada orang pertikai israk mikraj.. nabi s.a.w!.” Atok cuba alih topik.

“Atok, sumber riwayat israk dan mikraj… adalah sahih dari Quran dan hadith” Ia perkara ghaib yang kita beriman, itu kita setuju- tiada pertikaian” Cucu cuba menjelaskan lagi.

“Tahu, takpe. Asyik logik, logik” atok cepat mencelah, terasa menang.

“Tapi, saya percaya kejadian israk mikraj itu juga logik pada akal..”  cucu tiba-tiba memulakan serangan, setelah diam strategi seketika.

“Dah pulak ,cucu aku ni buang tebiat. Takut banyak sangat berfalsafah, biol pula” atok berbisik dalam hati .

Melihat espresi ke’boringan’ yang menyerlahkan  bentuk artistic kedutan muka atuk, cucu tidak tertahan lagi lalu membetangkan hujahnya:

“ Saya tak biol, atok!, ini hujah saya…” serangan cucu diteruskan…

“Atokk! Israk mikraj terbukti logik pd hari ini. Kita tengok tu, dengan teknologi, pertandingan bola sepak piala dunia di German atau England kita boleh lihat secara langsung di (tv) rumah kita. Berapa saat, kita buka siaran di Tv… ‘poof’ … kita dapat saksikan ‘live’… beribu batu jauhnya. Dulu, gila tak logik boleh berlaku. Orang main bola jauh beribu batu, kita boleh tengok kat kampung kita. Ini belum lagi teknologi internet. …Kini boleh sebab kemajuan teknologi.

… Dengan ‘teknologi’ yg lebih canggih yang disediakan Allah sendiri, tentulah ia lebih logik..”  cucu mengakhirkan serangannya… seperti atomic bomb digugurkan di Horoshima.

“ah kau ni macam-macamlah, atok belah dulu. Asyik fikir-fikir, bosanlah. Baik ajak nenek kau tengok wayang cerita puntianak main facebook. ”  Atok berlalu pergi.    

 Adakah ini masalah sebahagian ramai orang melayu Islam? Masalah mentaliti seperti ini?

Saya mengharapkan penggemar laman web ini (Tranungkite) ialah orang yang adil dan terbuka fikiran dalam mencari kebenaran dan menerima pendekatan atau metodologi ‘berikan hujah munasabah, dalil dan bukti’  bagi isu dibahaskan.  Di atas semua itu, apabila kita menyakini bahawa kebenaran adalah berada dipihak yang berbeza bukan apa yang kita pegang atau fahami sekian lama, maka berubahlah … tidak kisahlah ia dikatakan proses transformasi atau reformasi. Itulah prinsip saya juga.


Belum habis- bersambung… (Part 2 akan menyusul) Sila rujuk blog dari masa ke semasa untuk perkembangan kemaskini dan sambungan artikel. 

Terimakasih kepada pembaca2 laman ini yang sudi memesan dan membeli buku saya. Tujuan penghantaran  artikel saya secara kerap di laman web hebat ini adalah kerana untuk berkongsi ilmu dan maklumat bermanfaat supaya menimbulkan kebaikan dan mengisi satu aspek kecil saya dari segi tanggungjawab dakwah. Promosi buku hanya sampingan, ada atau tiada pembeli, ia tiada menjadi hal bagi saya … sebab saya berniat untuk terus menulis , in sya Allah. 

Hisham-ahmad.blogspot.com










No comments:

Post a Comment