ini penilaian luaran memadai. Please donate.. |
Tidak
berapa lama yang lalu, saya ada dengar kuliah Dr Abdul Basit, Ilmuan
Sunnah terkenal Malaysia berkisar tentang doa dan zikir sebagai perisai
orang muslim. Isi kuliah itu memang bagus tetapi saya tidak dapat beri
tumpuan penuh masa itu.
Dalam
kuliah itu ada disebut tentang buku beliau bertajuk lebih kurang yang
sama ‘Perisai Muslim’ tentang kumpulan doa dan zikir yang sahih menurut
Quran dan Sunnah. Saya pun mencari di kedai dan terjumpalah buku Perisai
Muslim itu lalu membelinya.
Setelah
pulang ke rumah, belek punya belek, baca punya baca, saya terasa macam
pernah terbaca isikandungnya. Macam dah ada buku macam ni. Kalau tidak
sebijik pun lebih kurang macam sama. Macam terbayang lagi gambaran buku
lama itu.
Lalu
saya pun mencari buku lama itu yang dipercayai mempunyai persamaan
isikandung. Alhamdulillah, akhirnya terjumpa dicelah antara
himpitan-himpitan buku-buku lain yang lebih besar daripadanya. Bertajuk
‘Doa & Zikir (Dari al-Quran dan Al-Sunnah) Said Bin Ali Bin Wahf
al-Qahtani terbitan Jahabersa’ (Disebut selepas ini “Buku Pertama”).
Saya bandingkan keduanya, mula isi dan akhir isinya sama.
“Adui, isinya memang sebijik atau hampir sebijik!”
Bahkan
pada Buku Pertama ini, pada bahagian tertentu lebih lengkap pada lafaz
hadith (dalam bahasa arab). Keduanya adalah sama sebab ia berasaskan
terjemahan kepada kitab Syeikh Dr Said Bin Ali Wahf Al-Qahtani.
Barulah
saya teringat bahawa buku itu direkomen kepada saya untuk dibeli oleh
seorang Pensyarah Kanan Jbtn Quran dan Sunnah UKM, (ilmuan sunnah juga)
beberapa tahun sebelum itu. Katanya dia tolong jualkan untuk kawannya.
Saya percaya seorang ustaz hebat juga yang menterjemahkan buku ini.
Bahkan saya tolong jual lagi kepada member-member di taman perumahan di
Batu Pahat. Bahkan pada saya masih ada baki 2 buah lagi.
Jangan salah faham…. Saya tidaklah menggangap diri tertipu seperti Tipah yang tertipu dalam filem Azura tu.
Silap saya sendiri, kan.
Saya
juga tidaklah menyesal, cuma ‘boring’ dan bengang sendiri. Kalau saya
tahu tentulah saya tak beli buku “Perisai muslim’ tu. ‘Excited’ pula
masa nak cari itu, terpaksa keluar dari kampung bukit kecil ke bandar
Melaka untuk mencarinya. Bazir masa dan kos.
Bagaimanapun sesiapa yang tiada buku itu, belilah, memang bagus!
Cuma ada mesej penting untuk saya kongsikan
bersama anda semua tentang 2 buku yang isikandungnya sama atau hampir sama:-
1. Buku Pertama tu
simple, cover biasa dan kualiti kertasnya juga biasa tetapi ia masih baik untuk
dibaca sampai sekarang. Harganya- RM7-90
2. Buku kedua (Perisai
Muslim) cover cantik, hiasan dalaman cantik Harga RM17-00
3. Apa ertinya….? Baca
analisis di bawah.
Benarkan berlaku peningkatan pembaca buku
agama di Malaysia? Jika benar, adakah ia benar-benar begitu?
Kini, kita selalu diperdengarkan akan
kata-kata yang memuji pertambahan generasi pembaca buku termasuk buku-buku
agama. Jualan buku agama laris. Pameran jualan buku begitu kerap diadakan
sepanjang tahun di peringkat kebangsaan atau negeri. Semuanya menunjukkan
bahawa generasi muda sekarang minat membaca.
Benarkan berlaku peningkatan pembaca buku
agama di Malaysia? Jika benarpun, adakah ia benar-benar begitu? Maksudnya
benar-benar mencapai maksud yang dikehendaki. Objektif dan matlamat sebenar.
Melahirkan dan memupuk generasi pembaca berkualiti yang mengutamakan kualiti.
Mari kita analisa sikit. Perhatikan lambakan
buku-buku agama penerbit tempatan, hampir kesemuanya mempamerkan kulit buku
yang bergrafik hebat. Pada mulanya strategi dan pendekatan ini dirintis oleh
syarikat penerbit-penerbit tertentu yang biasanya lebih besar dan utuh.
Kemudiannya diikuti oleh yang lain dan akhirnya
turut dilakukan hampir semua
penerbit.
Kulit buku-buku agama yang kini berkertas
licin, begitu indah berwarna-warni bak pelangi, dihiasi dengan kata-kata memikat
hati walaupun kekadang macam tak relevan dengan isi, diletakkan tajuk yang
hebat bergaya walaupun kekadang isinya hampa, berfoto cun melecun ustazah
ranggi dengan baju berlabuci.
Bukan pada kulit buku sahaja, kini sebahagian
buku, isi dalamnya siap ada lukisan, hiasan- atas bawah kiri kanan, semuanya
sebagai penyeri yang kadangkala bila diperhatikan lebih banyak ‘gimmick’
daripada isi.
Kekadang tu disokong dengan pelbagai
testimoni- harap-harap bukan disediakan sendiri.
Bahkan ada dikatakan, penulis yang tidak
diketahui atau belum dikenali yang tulisannya bagus untuk dihayati tetapi
digabungkan oleh penerbit dengan nama tokoh glamor atau dikenali? Betukah ni? Bolehkah
macam ni, pada syarie?
Tidak salah rasa hati. Kalau salah takkan lah
dibuat begini. Tapi janganlah sampai secuit pun tak sumbang kepada isi.
Namun dengar cerita, ada juga dikatakan yang touch
up sana touch up sini.
Kira oklah tu, dikira ada menyumbang walau peratusannya
ibarat beza peratusan ‘Islamic financial products dengan riba products dalam
Malaysian financial market’.
“Ala bro, lu bising, apasal!? Asal tak salah
pada syarak tak mengapalah, kan ada pandangan (fuqaha) yang membenarkan!”, kata
mat glamor kepada mat tawaduk. Lalu Mat Tawaduk menjawab; “itukan fuqaha luar
mazhab kita, yalah kalau bab duit-kewangan, zakat atau komersil memang takda
hal pinjam mazhab lain … kalau bab lain susah pulak nak ‘adjust’ mazhab”.
“Ala, bro lu ni makin ngarut, lah. Ni nak
cerita apa sebenarnya ni!”
Ok maaf. Kita serius
semula. Maksud saya:-
Penerbit tidak salah.
Bahkan bijak. Ia strategi mereka dalam promosi khusus.. Apabila berjaya dan
berkesan, tentulah patut diteruskan. Bila syarikat penerbit untung, buku makin
banyak, penulis pun dapatlah lebih sikit.
Sila teruskan wahai
penerbit. Gunalah apa strategipun selagi
halal dan boleh bawa untung.
Namun bagi pengguna,
sebagai pembeli juga pembaca (bila dan beli, kenalah baca) saya minta fikirkan
sedikit hasil penelitian saya:-
1. Sebahagian buku begitu
cantik pada penampilan tapi isinya tidak seberapa. Harganya tinggi dibandingkan
buku lain bersifat isi yang sama. Mungkin
anda telah membeli buku yang cantik pada harga RM22-00 padahal kualiti isinya
patut pada nilaian harga RM10-00, yang boleh anda dapat dari buku yang lain.
2. Bandingkan buku-buku
luarnegeri. Penampilan begitu simple,
kertas dalaman pun macam kertas surat khabar lama tapi tebal dengan isi yang
padat dan berkualiti.
3. Sebahagian buku
berpenampilan terlalu cantik (mungkin kerana faktor kos) , harganya tinggi sedangkan kalau kita banding dengan
buku yang berpenampilan sederhana, isinya lebih baik dengan harga yang lebih
rendah.
4. Sebahagian buku,
diletak nama dan gambar tokok agama, contoh pendidikan anak tetapi didalamnya
biasa sahaja. Kadangkala timbul keraguan, adakah tokoh ini menulis atau
menyumbang sebab isinya ala-kadar sahaja. Sedangkan dengan harga yang serupa,
buku terjemahan pendidikan anak oleh ulama Nasir Ulwan yang sarat dengan isi
boleh dibeli.
5. Sebahagian buku begitu
cantik dan harga begitu tinggi sampai hampir atau lebih RM100-00. Bergambarlah,
berfoto atau macam berkamus. Umpana Sebagai contoh buku kompilasi yang
menyentuh banyak bab agama bagi membincangkan banyak perkara tetapi bila
diteliti, isinya sikit, ringkas dan
biasa. Maksud saya, kita boleh dapat maklumat itu dengan mudah dan murah dari
sumber yang berbeza.
6. Sebahagian buku
berisikandung yang sama tapi diterbitkan semula dalam penambilan yang berbeza, tapi
harga tinggi jauh berbeza. Antara yang saya temui buku terjemahan fiqh
awlawwiyah –Dr Yusuf Qaradhawi yang harga jauh lebih tinggi dari yang dulu saya
beli sedangkan isinya sama.
7. Utamakan buku terjemahan
tokoh besar seperti Dr Yusuf Qardawi (walaupunada ustaz-ustaz pelik yang tidak
sukai) biasanya isi sangat padat dan bagus harga lebih patut daripada buku
tempatan.
8. Utamakan isi, jangan
terpedaya dengan persembahan dan kecantikan luaran. Buku bukan untuk kita
renungi macam potret kekasih kita, ia hanya untuk dibaca… difahami dan diambil
manfaat. Lepas itu simpan, atau bagi orang lain baca.
9. Banyak buku agama
memberikan maklumat dan ilmu agama yang baik dan pelbagai tetapi maklumat dan ilmu yang sama boleh didapati dalam internet
secara begitu banyak dari laman web yang boleh dipercayai. Ini menyebabkan anda
dapat jimatkan banyak wang… lalu wang yang dijimatkan itu dapat dibeli buku
yang benar-benar berkualiti.
10. Banyak maklumat dan ilmu
agama yang boleh didapati secara murah
dan percuma… apa yang perlu anda utamakan ialah buku-buku yang dapat
menggalakkan berfikir, menilai, menganalisa, dan yang memberi idea –idea dan
pandangan yang baik.
11. Ubah minda dan sikap. Beli buku terbaik pada isi. Tunjukkan
benci pada kecantikan luaran yang dibuat-buat. Biar kali ini semua buku-buku dipasaran tidak lagi
cantik pada luaran tapi hanya cantik
pada isi dan dengan itu kos kurang, maka harga buku diturunkan kerana muka dah tak
cantik tapi isi masih baik.
Macam
hiburan melalui filem. Ramai orang suka filem ringan yang mudah dan tidak suka
filem yang berat dengan idea-idea kritikal kerana bagi mereka, menonton filem
untuk kerehatan minda bukan untuk berfikir. Sebab itu filem cinta, jiwang, hantu.
gaduh lebih digemari dan menjadi ‘box office’ tapi perlu ingat, filem yang
memenangi award sebagai filem terbaik adalah dari filem yang mempunyai kualiti
pada isi walaupun ia mungkin tidak popular.
Tidak
seperti menonton filem, semoga dalam membaca, pendekatan dan kefahaman kita berbeza…
Jika tidak , apa yang kita rasa … bahawa generasi
masa kini adalah generasi yang semakin gemar membaca tidaklah begitu
bermakna jika membacanya mereka itu tidak menjadikan mereka pembaca yang
berfikir dan pengguna yang bijak …
Saya tidak akan kata “don’t judge the book by
its cover..” sebab ia boleh jadi betul…
Saya akan kata “judge lah the book by its cover’ … kalau cover terlebih cantik, tentu harga pun naik atau mungkin nak ‘cover up’ isi yang sengkek
atau cetek.
Puisi Tipah Tertipu:-
Sebagai pengguna, pembeli dan pembaca buku.,,,
kita
janganlah lagi tertipu…
Bukan sebab ada yang menipu…
Tetapi kita sendiri tertipu
tertipu dengan menipu diri sendiri
masih ber metallica, maaf … bermentaliti
suka yang cantik, cun yang memberahi
Janganlah lagi tertipu
dengan kecantikan luaran … singkaplah apa yang
ada didalam
baca isi dulu puas-puas , jangan malas..
kalau plastik tidak dibenarkan buka,
bagi tahu pekedai tu.. “lu simpanlah sampai
tua”,
kalau dia kata “once open.. considered sold”
kita kata… “apa ke punya samdol”
Juga ingat
wahai pembeli buku
kalau antum berada di pesta buku
jangan bijik mata tu jadi kelabu
syok membeli, ini dan itu
sampai pesta buku tahun berikutnya
satu buku pun belum habis dibaca
Janganlah lagi tertipu
Biarlah Tipah sahaja yang tertipu…
Ps- ada siapa berhajat nak beli buku saya,
sila bgtahu. Bacalah sinopsis isikandung
dalam blog saya. Buku Riba saya, Syurga lebih hampir tanpa Riba di beli banyak oleh
perpustakaan negara untuk diagihkan di cawangan perpustakaan di merata tempat.
Itu bukti berkualiti kot!
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment