Doakan laknat atas Basyar! |
Dia terus mengucap “Tiada tuhan melainkan Allah!”
Setelah enggan menungkap kata
kufur walaupun dipaksa beberapa kali, akhirnya kepala lelaki muslim Syria itu dicurah
dan ditimbuskan tanah dengan penyodok sehingga kepalanya tidak kelihatan lagi.
Tertimbus sepenuhnya. Matilah dia. Persoalannya,
(1) Tahap apa kezaliman ini? (2) tahap apa kesesatan syiah ini? Jawapannya jelas pada kita. Mereka penzalim itu
berada dalam kesesatan dan tiada had batasan kreativiti kekejaman mereka.
Apa yang hebat itu dan bangga
untuk kita bicarakan ialah persoalan yang ketiga (3) iaitu tahap apa kehebatan
muslim Syria itu yang mempertahankan akidah hingga ke pernafasan yang akhir?
Tidak dia melafazkan kata kufur hingga nyawa bercerai dari badan, walaupun di
dalam paksaan dan penyeksaan sebegitu kejam, ada kelonggaran agama berikan,
asalkan akidah suci dalam hati masih dikekalkan.
Seksaan seumpama ini dan
paksaan agar kembali sesat atau paksaan kekufuran ini pernah berlaku dalam
sejarah awal kedatangan Islam, ketika keluarga Yasir iaitu Yasir Bin Amir, isterinya
Sumaiyyah bintu Khubath dan anak mereka dipaksa kembali kufur yang jika tidak
riwayat mereka akan ditamatkan secara yang zalim dan sadis. Yasir Bin Amir dan
Sumaiyyah memilih kematian lalu meraih title syuhada, antara yang terawal.
KISAH SYAHIDAH
PERTAMA
Sumayyah adalah wanita pertama yang menampakkan keIslamannya, di samping menjadi syahid pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah. Dalam peristiwa kesyahidannya itu, terkandung pelajaran-pelajaran berharga bagi sesiapa yang memiliki hati atau mempunyai pendengaran. Beliau menjadi sosok syahid yang sebenarnya dan mempamerkan hakikat sabar kepada para generasi seterusnya.
Setelah suaminya, Yasir meninggal dunia kerana penyeksaan yang sangat berat, Sumayyah diserahkan pula oleh Abu Hudzaifah kepada Abu Jahal, sehingga si jahat itu dapat menyeksa dengan segala cara yang diinginkannya.
Keangkuhan Abu
Jahal terbukti apabila beliau menikamkan tombak ke tubuh Sumayyah sehingga
menyebabkan Sumayyah meninggal dunia sebagai syahid, rohnya naik kepada
Penciptanya dalam keadaan redha dan diredhai, kerana telah memberikan kesaksian
tidak berbelahbagi bahawa tiada Ilah selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad
adalah Rasul Allah.
Mujahid Rahimahullah berkata, “Syahid yang pertama di dalam Islam ialah ibu Ammar, Sumayyah yang ditikam Abu Jahal dengan menggunakan tombak, tepat di ulu hatinya” .(Al-Bidayah Wan-Nihayah, 3/59)
Mujahid Rahimahullah berkata, “Syahid yang pertama di dalam Islam ialah ibu Ammar, Sumayyah yang ditikam Abu Jahal dengan menggunakan tombak, tepat di ulu hatinya” .(Al-Bidayah Wan-Nihayah, 3/59)
Ibnul Jauzy Rahimahullah berkata,” Dia adalah syahid pertama di dalam Islam. Semoga Allah redha kepadanya sebagaimana Allah membuatkannya redha”.
Rasulullah saw juga sering menyebutkan nama Sumayyah dengan keutamaan dan kebaikan. Sewaktu Perang Badar, baginda menyampaikan khabar gembira bagi “orang baik yang mendapat kebaikan”. (Julukan untuk Ammar, kerana Rasulullah saw pernah bersabda kepadanya, ‘Selamat datang wahai orang baik yang mendapat kebaikan’). Di dalamnya disebutkan juga nama Sumayyah. Peristiwa ini dikisahkan ketika musuh Allah, Abu Jahal terbunuh di dalam Perang Badar. Ketika itu Rasulullah menggembirakan Ammar dengan berkata “Allah telah membunuh orang yang membunuh ibumu”.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah: 111)
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment