Social Icons

Pages

Tuesday, August 20, 2013

Extremekah saya! kerana Syria dan Mesir?


bagaimana kalau anak ...?
Anak saya yang akan mengambil UPSR tahun 2013 ini diberi tawaran mengikut rombongan untuk ke Legoland di Johor Bahru. Harganya jauh lebih murah bila pergi secara rombongan sekolah.

Saya kata kepada isteri, tidak adillah. Kalau dia seorang yang pergi, bagaimana dengan 3 anak lelaki yang lain yang juga mengerti keseronokan yang bakal mereka kecapi di Legoland itu nanti.

Kebetulan pula semasa ziarahi raya ni, makcik long saya telah dibawa anak perempuan bujangnya ke tempat hiburan itu. Ada flyer atau brochure besar mengenai menu pelbagai hidangan nafsu yang ada di Legoland itu. Sekali lagi saya tak sebut sebab tidak mahu mempromosinya. Makcik long saya pun tak pun ‘enjoy’ mana. Bingkisan kenangan yang dibawa balik ialah satu gambar foto yang berharga RM50-00. Mahal tu.

“Abah, nenek pun boleh pergi, takkan kita tak boleh?,” kata salah seorang anak saya.  Saya pun jawab “Tengok tu, nenek dan umur berapa baru dapat pergi! Banyak masa lagi.  

Isteri kata, rugilah kalau tidak pergi. Saya kata kalau pergi, lagi rugi. Wang sayalah, hehehe. Kalau seorang, katakanlah RM100-00, 4 orang, 5 orang, 6 orang. Isteri kata kita bawa kereta sendiri tapi masuk ikut rombongan sekolah. Untung, ‘save’ banyak. Saya kata itu bukan untung, itu cuma kurang rugi. Guna bahasa yang tepat.

Saya berhujah lagi… “lihat tempat itu besar… memang kita tak larat nak habiskan. Kalau orang muda pergi mungkin boleh habiskan. Nilai tiket kita patut untuk semua ‘enjoyment’ yang ada dalam tu. (Ini ada macam promosi sikit).

“So, bila budak-budak dah besar, mungkin boleh pertimbangkan semula”.

Isteri saya masih tidak berpuashati. Muka dia yang cantik menjadi berkerut memikirkan hujah bidasan.  Lalu sekoyong-koyong isteri saya mendatang hujah atau cadangan yang bernas dan hebat yang hampir membuatkan saya kecundang.

“Bagaimana kalau dinda yakni bonda kepada anak-anak tuanku ni.. .yang menanggung kos tiket tu semua termasuk kanda punya?” Soalan berbaur sindiran diformat secara perlian tapi tulen dari hati yang ikhlas.

“Emm.. bagus idea tu?, tapi…. Nanti dulu ada satu rahsia besar… kalau lepas rahsia ini didedahkan kepada kita semua…  I  akan bagi jawapan”

Apa rahsia itu?

atau yang ini....?
Malam itu , saya mengambil lattop dan memanggil semuala ahli keluarga untuk menonton  rakaman video paling menyentuh perasaan dan membakar jiwa makhluk yang bernama manusia. Jika ia tidak sentuhan, status ‘manusia’ itu  perlu dikaji semula.

Ia adalah video … yang memaparkan kezaliman rejim Basyar Asad di Syria dan kezaliman  kerajaan haram tentera (Patah Sisi) di Mesir.

Apa yang turut disaksikan ialah mengenai begitu ramai kanak-kanak yang ditembak dan dibunuh yang diratapi kematian oleh kelaurga mereka.

Maka … diakhir tayangan … saya menimbulkan soalan…

“Sanggupkah kamu wahai anak-anak ku untuk kamu bergembira, bersuka-ria  dengan kos yang mahal  ditempat yang melekakan … dalam keadaan saudara-saudara korang,  yang sebaya, seumur  menderita dengan derita yang begitu hebat???


Mesej & Maklumat :-

1.  1. saya memohon semua pihak di sekolah , guru-guru  dan ibubapa agar melancarkan tabung bantuan bagi mereka yang dizalimi di Mesir, Syria dan Mesir.Salurkan melalui NGO dipercayai. 

2.      Kongsikan rasa prihatin dan kesedihan kita dengan anak-anak dan pastikan ada perbezaan atas kesedihan dan ada tindakan membuktikan keprihatinan itu.

3.      Rakaman 2-3 video terbaik ada pada facebook saya dan ada kisah syahid dalam blog saya.percayalah , kalau anda tengok... tak tahu nak kata. isteri saya, dah tak ungkit -ungkit lagi pasal legoland ... 

Facebook :- https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420?ref=tn_tnmn
Blog : hisham-ahmad.blogspot.com (invite mankind to Allah’s  paradise)
 
Ps- ada sikit tokok tambah dan pindaan pada dialog di atas bagi kesedapan membaca. Namun kisah dialog diatas adalah berasaskan kisah benar.

No comments:

Post a Comment