a fat fan of zakir naik |
Saya kemudian menulis isu katam Quran 60 kali dalam sebulan Ramadan secara perbahasan ilmiah .. berlogik dan berdalil . Kemudiaan isu beribadah 30 tahun tanpa tidur. (Sila rujuk blog atau artikel sebelum ini – Kisah (1) ajaib bukan Ramadan dan (2) Superman, Superhuman).
Isu-isu
ini nampak macam kecil dan remeh, tapi percayalah (kepentingan) ia lebih besar
dari apa yang kita rasakan. Saya bawa kisah-kisah ini kerana ia telah disampai
dikhalayak ramai. Ramai juga tunduk pasrah dalam mempercayai dengan ketaatan,
apalagi yang berkata itu ustaz atau yang dipetik itu adalah daripada kitab. Itulah mentaliti melayu kita.
(Sebab
ia bukan ayat Quran dan hadith sahih) Saya sekadar mengajak kita semua
mengunakan fikiran untuk menganalisa dan meneliti dulu daripada sudut dalil dan
logik. Inilah yang disarankan oleh Allah dalam begitu banyak ayat Quran.
Kita
bukan menolak (terus) tetapi sekiranya
sesuatu dakwaan itu luarbiasa, pelik atau perkara baru yang belum jelas (tidak
kisahlah ia kisah pada agama, sains , teknologi dan apa jua bidang) maka kita
perlu diyakinkan daripada segi hujah dan bukti. Apalah lagi kalau kita
mempunyai hujah, dalil dan bukti yang menunjukkan keadaan yang berbeza.
Kita
takuti mentaliti inilah (kurang mahu berfikir- menerima begitu sahaja) yang
menyukarkan perubahan dari yang buruk kepada baik, yang baik kepada lebih baik,
yang susah kepada senang, yang lemah
kepada yang kuat, yang mundur kepada yang maju dan sebagainya.
Mentaliti
begini mungkin akhirnya memberi kesan kepada pemikiran ekonomi, politik dan sosial
kita. Kita susah bersaing dengan kaum lain dalam ekonomi sebab kita kekal
dengan kemalasan dan pelbagai dalihan. Kita masih kekal dalam nostalgia jasa
silam lalu menolak impian besar bagi
perubahan akibatnya menggigit jarilah
kepada janji-janji yang tidak dapat rasai.
Lihatlah kepada kualiti solat dan solat jemaah yang telah 40-50 tahun
masih ditakuk yang sama, kuantiti dah tidak bertambah, kualiti tidak berubah.
Sedangkan prinsip penting dalam beramal penting ialah ‘ahsanu amala’ mengatasi
‘aksaru amala’ Tengoklah solat tarawih
disebahagian taman atau kampung… macam
naik bas express.
Kita
makmun disuruh bersaing secara tidak adil, antara fatihah dengan inna a’toina.
Kita bawa bas terpaksa pecut kelajuan Ferrari , takpelah kalau dia bawa Ferrari
dengan kelajuan bas, sebab tunggu kita, tapi dia bawa Ferrari dengan kelajuan
Ferari pada maximum speed. Kul 9.45 malam, selesai tarawih ngan witir sekali.
Tak tahulah bagaimana dengan pemandu wanita tua yang baru sekali-sekali nak
join race ini. Berpuluh tahun, begitulah. Tidak pernah berbincang untuk
memperbaiki ibadah ini.
Mentaliti
begini juga ditakuti juga terdedah kepada pengaruh ajaran tidak betul,
ketaksuban dan sebagainya.
\Bila
kita berfikir dan bersikap adil, segalanya menjadi betul dan mudah. Prinsip
kita jelas. Kita mudah berubah. Kita akan setuju kepada pernyataan atau konsep
di bawah ini:-
Kalau
betul dan baik, ubahlah. Kalau solat itu lebih baik kaki ditegaklurus, ngapa
susah sangat nak buat? Kalau bahu itu perlu dirapat dalam solat jemaah, apalagi
yang digelikan? Kalau banyak bertanya itu untuk tujuan analisa dan mencari
kebenaran, mengapa dihalang? Kalau
dakwaan itu tidak logik, mengapa tidak boleh dipertikaikan? Lihatlah dialog seorang atok dan cucunya ini.
\\“Logik-logik
, bukan semua benda perlu logik”, kata seorang atok .
“Memanglah,
siapa kata semua perlu logik”, jawab cucunya. “Kalau perkara Ghaib itu
ada yang tak logik, kita kena percaya walau tanpa bukti“ syarah atok lagi.
“Memanglah
kalau ia bersumber al Quran dan hadith sahih” cucu bersetuju dengan sedikit ketidak setujuan.
“apa
maksud kau” atok membuat gerakan isymam pada mulutnya tanda meluat.
“Kalau
dakwaan pelik dan luarbiasa itu sumbernya hanya daripada atok punya atok, kita
nak ia dibuktikan!”. Cucu menjelaskan,
tegas dalam kelembutan.
“Kau
ni asyik logik-logik, bahaya pd iman, sebab itulah ada orang pertikai israk
mikraj.. nabi s.a.w!.” Atok cuba alih topik.
“Atok,
sumber riwayat israk dan mikraj… adalah sahih dari Quran dan hadith” Ia perkara
ghaib yang kita beriman, itu kita setuju- tiada pertikaian” Cucu cuba
menjelaskan lagi.
“Tahu,
takpe. Asyik logik, logik” atok cepat mencelah, terasa menang.
“Tapi,
saya percaya kejadian israk mikraj itu juga logik pada akal..” cucu tiba-tiba memulakan serangan, setelah
diam strategi seketika.
“Dah
pulak ,cucu aku ni buang tebiat. Takut banyak sangat berfalsafah, biol pula”
atok berbisik dalam hati .
Melihat
espresi ke’boringan’ yang menyerlahkan
bentuk artistic kedutan muka atuk, cucu tidak tertahan lagi lalu
membetangkan hujahnya:
“
Saya tak biol, atok!, ini hujah saya…” serangan cucu diteruskan…
“Atokk!
Israk mikraj terbukti logik pd hari ini. Kita tengok tu, dengan teknologi,
pertandingan bola sepak piala dunia di German atau England kita boleh lihat
secara langsung di (tv) rumah kita. Berapa saat, kita buka siaran di Tv… ‘poof’
… kita dapat saksikan ‘live’… beribu batu jauhnya. Dulu, gila tak logik boleh
berlaku. Orang main bola jauh beribu batu, kita boleh tengok kat kampung kita.
Ini belum lagi teknologi internet. …Kini boleh sebab kemajuan teknologi.
…
Dengan ‘teknologi’ yg lebih canggih yang disediakan Allah sendiri, tentulah ia lebih
logik..” cucu mengakhirkan
serangannya… seperti atomic bomb digugurkan di Horoshima.
“ah
kau ni macam-macamlah, atok belah dulu. Asyik fikir-fikir, bosanlah. Baik ajak
nenek kau tengok wayang cerita puntianak main facebook. ” Atok berlalu pergi.
Adakah ini masalah sebahagian ramai orang
melayu Islam? Masalah mentaliti seperti ini?
Saya
mengharapkan penggemar laman web ini (Tranungkite) ialah orang yang adil dan
terbuka fikiran dalam mencari kebenaran dan menerima pendekatan atau metodologi
‘berikan hujah munasabah, dalil dan bukti’
bagi isu dibahaskan. Di atas
semua itu, apabila kita menyakini bahawa kebenaran adalah berada dipihak yang
berbeza bukan apa yang kita pegang atau fahami sekian lama, maka berubahlah …
tidak kisahlah ia dikatakan proses transformasi atau reformasi. Itulah prinsip
saya juga.
Terdapat
sebahagian daripada kita apabila
diyakinkan akan suatu kebenaran (berdalil dan berbukti) dan kita bersetuju atau
tidak mampu untuk membantah (dan tidak pula merujuk bagi mendapatkan pengesahan
daripapada pihak lain), namun kita masih terlalu sukar untuk berubah kepada
kebenaran itu. Sama ada dpd perkara yang kecil dan mudah kepada yang besar dan
tidak mudah.
Kita
mesti mempunyai mentaliti meneliti dakwaan dengan hujah, dalil dan bukti.
Setakat mana keperluan kepentingan hujah dalil dan bukti, bergantung keseriusan
dan keluarbiasaan dakwaan atau pernyataan.
Kita juga mesti mempunyai mentaliti bersedia berubah.
Terbukti
baik dan betul, berubahlah. Terbukti lebih tepat pada sunnah, berubahlah
(walaupun terpaksa adjust sedikit dalam hal mazhab). Terbukti lebih pahala,
berubahlah. Terbukti lebih adil, berubahlah. Terbukti lebih munasabah, lebih
logik berubahlah. Terbukti cara kerja ini lebih cepat hasilnya, berubahlah.
Terbukti belajar kuat, lebih tinggi peluang kejayaannya berbanding makan kismis
jampi, berubahlah. Terbukti solat jemaah
lebih untung, berubahlah. Terbukti merokok merosakkan, berubahlah. . Terbukti
lebih adil, telus dan cekap, berubahlah. Terbukti apa lagi…. Banyak kan
Senaraikanlah sendiri.
Janganlah
keras hati sangat , jangan lah fanatik sangat, janganlah ekstrem sangat.
Janganlah taksub sangat, banyak lagi.
Janganlah lagi asyik beri alasan dan dalihan; sayanglah, malaslah, letihlah, biarlah, nantilah dulu, lain kalilah, takpelah, sabarlah dulu, dari dulu lagi, ini tradisi nenek moyang ini, cukuplah apa yang ada, ni pun ok juga, apa nak lagi, lah apa susah-susah belajar tinggi esok ke dapur juga, silakan ambillah saf pertama ni… esok ada lagi saf ini tak lari, saya memang suka orang lain dapat pahala lebih tapi bab makan saya nak dulu…, aku dah tua dah, aku memang dah gini nak buat macam mana, kalau semua pandai susah juga….
….
dan paling teruk dan zalim pernah saya dengar dari seorang lelaki yang
menuturkan (mungkin maksud dia untuk bergurau)… ‘ kau semua orang nak masuk
syurga masuklah , biar aku masuk neraka” .
Ah, dah
lari jauh sangat, Ada satu lagi kisah benar. saya gagahkan juga untuk
menulisnya. Saya percaya segolongan ramai
akan merasai ia relevan untuk
diketahui, maka saya gagahkan juga menyatakannya disini, sekurang-kurangnya
penyeri dan penyelit kepada kisah-kisah
politik yang pelbagai rencam yang mungkin takkan habis sampai sampai ditiup
sangkakala.
Kisah
ini masih baru, masih segar!
Seorang
ustaz muda menuturkan adanya tok guru yang datang dari Syria (ada di Melaka) dan
ustaz muda ini mengatakan tok guru itu adalah seorang Mujadid!.
Semasa
dengar kuliah ustaz muda itu , saya ingat mungkin maksud ustaz itu merujuk
kepada
\Mujadid umum dari sekian ramai tokoh Islam yang ada sekarang, tapi dari
huraian ustaz ini, seperti tokoh mujadid abad ini, 100 tahun seorang.
(Seorang
ustaz kawan saya juga ada mendengar dakwaan ini- mungkin ramai orang disebelah
Melaka Tengah ni tahu)
Tokoh
ulama Syria ini memang hebat, tidak dinafikan. Tapi saya kata kalau untuk
dikatakan ‘the one and only’ Mujadid abad ini, apakah kelebihan dia yang
membezakan beliau daripada sekian ramai tokoh yang lain. Ustaz itu kata dia
ulama besar (ok) dia ahli majlis fawa dunia
bersama Dr Yusuf Qardawi (ok), dia menghidupkan amalan sunnah seperti
bersugi, solat malam dan lain-lain.
(Saya kata di dalam hati takkan ini sahaja, jemaah tabligh pun sentiasa
tekankan amalan bersugi.. Saya bersangka baik mungkin ustaz ini yang gagal
jelaskan).
Saya
tanya lagi ustaz muda itu, sekiranya Dr. Yusuf Qardawi tahukah dakwaan ini?
Adakah Dr Yusuf Qardawi terima ? (Sebab mereka satu jawatankuasa) Ustaz muda kata itu dia tidak pasti.
Saya
tidak bermaksud untuk pertikaikan tapi mahukan lebih maklumat dan bukti sebab
ini dakwaan besar… Akhirnya disebabkan tiada penjelasan memuaskan hati, saya
anggap ustaz ini yang salah terima/faham pernyataan dari Syeikh Besar itu.
Mungkin Mujaddid kategori umum. Itupun
dah hebat.
Bagi
saya kalau nak terima sebagai Mujadid yang ‘the One and Only’ bagi abad ini
tentulah perlukan bukti yang jauh lebih besar. Saya sendiri tentulah menganggap
Dr Yusuf Qaradawi lebih besar peranannya dalam dunia islam, dan membawa banyak
kebaikan dalam perjuangan agama Islam di peringkat dunia.
Ulama-ulama
lain kurang pula kedengaran. Tapi kalaupun terbukti benar dakwaan ustaz muda
itu, saya pun suka sebab beliau ada di Melaka… tentu saya pun tidak mahu
lepaskan peluang untuk berjumpa, belajar atau jika perlu… berbaiah? Sebagai pengikutnya.
-
Mujadid From India
Tapi
bagi saya, kalau kita nak mencari calon mujadid abad ini … patut tak kita beri
pertimbangan kepada tokoh kontemporari yang akan saya sebutkan ini sesuai dengan
zaman kecanggihan IT dan teknologi, zaman facebook dan youtube.
Selalu
kita ukur daripada kesarjanaan dan segi keilmuan tetapi bagaimana kalaau faktor
hasil kejayaan yang besar merupakan merit penting untuk dinilai. Beliau yang
dimaksudkan ialah Dr ZN.
Dr.
Zakir Naik. From Mumbai, India.
Sebagai
Tokoh mujadid kontemporari … abad ini. Setuju?
Sedikit daripada penelitian saya :- Beliau ialah
pakar dalam perbandingan agama. Ilmu kedoktoran dan sains. Memahami isikandung
al Quran dan berpegang kuat pada hadith sahih, dan mampu memetik rujukan secara
tepat pada surah dan no. ayat. Aktif berdakwah. Punyai siaran tv sendiri.
Dakwahnya menjaungkaui puluhan jutaan manusia. Punyai team penceramah yang
ramai. Syarikat yang didokong ratusan/ribuan kakitangan. Mengasaskan sekolah
ISIS yang istimewa.
Yang
paling utama ialah dakwah kepada non-muslim
dari pelbagai agama dan melalui syarahan dan programnya …. Jutaan orang; bukan islam dan islam telah
melihat melalui mata mereka kebenaran logik atas kebenaran agama Islam (di atas
semua agama lain), kebenaran al-Quran dan keesaan Allah dan kenabian Muhammad,
Rasulullah s.a.w. – dan daripada begitu ramai yang menyerah diri kepada agama
Islam (SAya tiada rekod atau data statistik.. ada siapa ada maklumat?)
Saya
masih ingat lagi antara poin penting katanya pada intipati dakwah terpenting
hari ini iaitu menyingkirkan kesyirikan dalam diri manusia dan menyerah
pengbdian kepada Tuhan Yang Esa (Allah) …
sekaligus menerima kenabian Muhammad sebaga rasul allah .
Dalam
menekan kepentingan dakwah kepada non muslim … sebab itu beliau bertukar
kerjaya:-
-
… “from doctor of body
to doctor of soul…”
Akhir
kata, kalau sekalipun beliau masih jauh dari memenuhi kriteria untuk diterima
sebagai Mujaddid abad ini…
sekurang-kurangnya menyedarkan kita
bahawa betapa ketinggalannya kita dalam aspek dakwah kepada non-muslim …
yang ada di mana-mana di sekeliling kita; jiran kita, kawan sepejabat kita,
apek yang jual buah depan taman kita, amoi seksi yang selalu jogging yang kita
jelling, towkey kedai runcit yang sejak beberapa keturunan meniaga dikampung
kita, yang kita support bisnesnya sampai maju jaya… seperti di Kampung Kandang,
Melaka dan banyak lagi lah.. ye.
.
Nota hadith :-
Ini rekod yang saya temui. Di antara hadith-hadith sahih
yang masyhur adalah apa yang diriwayatkan oleh Sahabat yang mulia Abu Hurairah
ra., dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda:
«إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ
الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا»
Sesungguhnya Allah mengutuskan untuk umat ini, pada
setiap akhir seratus tahun, orang yang memperbaharui untuk umat agama mereka (HR Abu
Dawud no. 4291, Disahihkan oleh as-Sakhawi di al-Maqâshid al-Hasanah (149) dan
al-Albani di as-Silsilah as-Sahîhah no. 599)
Saya maklum dengan maklumat yang saudara sampai, tak silap saya ustaz pun bekerja dengan sebuah pondok di melaka.Saya dulu berminat bersedekah kepada pondok tersebut setelah ustaz itu bercerita...namun perkara yang saya terkilan apabila salah seorang ustaz tersebut bercakap dengan saya...bila menderma tak boleh banyak lagi ke...cuba sahabat faham..kita bersedekah seikhlas yang mungkin...tapi ustaz ni berfikiran lain..sepatutnya mereka terima seadanya..ini perangai ustaz pun tak betul....walaupun duduk dalam pondok tersebut...jadi sekarang saya sedekah setiap bulan di sebuah mahad tahfiz di Kedah yang tidak banyak kerenahnya...
ReplyDeleteya buatlah ikut keikhlasan kita ... agar hati tidak terganggu
ReplyDeletebiasalah ustaz muda , ada yg kurang sabar, lum matang, tergesa-gesa ... niat baik..
saya dulu pun begitu juga... sekarang struggle juga...