Social Icons

Pages

Saturday, March 8, 2014

Tuhan Bersikap Tidak Adil Sejak Kelahiran Manusia?



Catatan dialog terbaik pernah berlaku antara pendakwah terbaik dan seorang bukan Islam yang terpelajar yang dikemukakan di bawah ini adalah sebagai rasa penghargaan kepada golongan non-malay muslims yang lebih terkehadapan dalam usaha dakwah dan sebagai teguran kepada pejuang-pejuang malay-muslims yang mahu menghak-milik penuh penggunaan kalimah Allah tetapi terkebelakang dalam usaha dakwah.   

Catatan dialog ini adalah terjemahan sederhana atas soalan yang dikemukakan oleh seorang bukan Islam, jurutera dari UK. Beliau adalah seorang yang telah mengkaji Islam tetapi belum bersedia lagi untuk memasuki Islam. Soalan ditujukan kepada Dr. Zakir Naik dalam satu conference dakwah yang besar dihadiri puluhan ribu dan disiarkan secara ‘live’ di peace TV channel.  Inilah ringkasan dialognya:-

Rahul : Mengapa Tuhan membuat pilihan dengan menentukan kelahiran awak dalam agama Islam sedangkan saya dan orang lain dilahirkan dalam keluarga bukan Islam? Seolah olah Tuhan bersikap tidak adil dari awal kelahiran manusia? Mengapa Tuhan tidak menentukan semua manusia lahir dalam Islam ? 

ZN: Seorang yang lahir dalam keluarga Islam, lazimnya menjadi Islam dan begitulah sebaliknya. Itu logik.  Tapi kriteria untuk memasuki syurga, bukanlah kerana semata-mata dilahirkan Islam. Rasul sa.w. berkata; setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci–fitrah (muslim) (submit to the will of one God), kemudian ibubapanya yang mencorakkannya.

Kriteria untuk ke syurga bukan kerana lahir dalam keluarga Islam tetapi seperti disebut dalam surah al-Asr. (Demi masa, sesungguh manusia dalam kerugian , kecuali orang yang beriman , beramal salleh, menyeru kepada kebenaran dan kesabaran).

Rahul : Tapi awak dapat Islam dengan cara mudah. Itu kelebihan yang besar?

ZN: Mudah tak mudah, ianya subjektif. Awak juga dapat (maklumat Islam) mudah. Awak sekarang berada di depan saya, dapat tanya soalan kepada saya. Banyak org lain tidak dapat peluang seperti ini.  Benar?

Rahul : Ya benar. Tapi lahir dalam keluarga Islam beri kelebihan yang besar. Ia tetap satu isu yang besar?

ZN: Kalau awak hendak jadikan ia isu besar, maka ia jadi besar, kalau awak beratkan ia, ia jadi berat… tapi kalau awak permudahkan, ia mudah. Semua orang menerima maklumat dengan cara yang pelbagai.

ZN:Sebagai bukan Islam, awak lebih banyak tahu tentang Islam daripada ramai orang Islam sendiri. Tapi ramai orang pilih Islam walaupun mereka sendiri punyai banyak soalan yang tidak dijawab.

Rahul: Saya percaya  (Islam) 90% tapi masih ada keraguan sekitar 10%?

ZN: Bagi 10% itu, awak boleh tanya saya apa awak tak puashati atau apa lagi keraguan awak tentang Islam, saya boleh jawab.

Rahul : Sekarang belum ada lagi ..

ZN: aha, kalau begitu, ini lah yang dipanggil ‘escapism..’ (cubaan melarikan diri dpd menerima kenyataan) awak ego…

Rahul: tidak saya tidak begitu…. Saya tidak ego (bengang…)

ZN: Sebagai bukan Islam, awak lebih banyak tahu tentang Islam daripada ramai orang Islam sendiri. Tapi ramai orang pilih Islam walaupun mereka sendiri banyak soalan yang tidak dijawab.

 Saya doakan agar awak tidak terlambat.

Rahul : Saya masih buat kajian (tentang Islam).

ZN : Harap awak tidak terlambat ….

Rahul : (maksudnya ) Adakah jika saya mati (sekarang) saya kafir, masuk neraka?

ZN:  Ya, awak belum ambil syahadah lagi..

Rahul: Tapi saya dalam kajian … lebih baik dpd orang lain.. .terdapat perkara yang saya masih tidak jelas tentang Islam…

ZN: Berapa banyak perkara yang kita lakukan sedangkan kita tidak pasti seratus peratus…  tapi kita buat juga.. ..

Asalkan awak yakin Allah itu Tuhan yang Esa,  Tiada tuhan melainkan Dia dan Muhammad itu rasul-Nya yang akhir. Cukup .

Rahul .. .. ??????  (tak terkata apa... )   

 

“Ya, Allah berilah kami petunjukm hidayah dan rahmat-Mu,
sentiasa, setiap masa. Amin”

Wallahu alam.
Hisham-ahmad.blogspot.com

Thursday, March 6, 2014

Kekeliruan Kita Hari Ini dan Kemunculan Dajjal



Dunia hari ini mungkin berada dalam keadaan kebenaran yang diselaputi asap seperti ada disebut dalam satu hadith nabi. Apakah maknanya? 

Adakah ia bermaksud bahawa kebenaran dan kebaikan tidak dapat dilihat jelas kerana sering dikaburi dengan keburukan dan kejahatan. Antara persepsi negatif yang tinggi dan realiti negatif yang tinggi, saling menyaingi, mana sebenar lebih tinggi. Dahulu suatu perkara yang jelas salah, kini dah tak nampak sangat macam salah kerana semakin dilakukan oleh ramai orang. Bahkan ia mungkin diterima sebagai suatu keadaan yang biasa. Akhirnya yang salah dilihat sebagai betul, yang betul dilihat sebagai salah. Apa yang mungkar dilihat sebagai makruf, manakala yang makruf dilihat sebagai mungkar.

Sebagai contoh berkaitan generasi muda ialah budaya ‘ber-couple’ iaitu berdua-duan, membonceng motor bersama, belajar berdua,  tonton wayang dan lain-lain yang seumpamanya di mana kesemua itu adalah siri-siri perlakuan mukadimah ke arah dosa besar zina. Ia amalan kotor tetapi dianggap perkara biasa dan diterima masyarakat. Akhirnya ia menjadi budaya kita.

Manakala jika ada anak gadis dan teruna yang tidak melakukan perkara yang sama, mereka pula yang merasa terasing, pelik dan seperti ‘kera sumbang’. Inilah apabila yang salah dan dosa dianggap betul dan baik manakala yang baik dan betul dianggap salah dan pelik.  

Perkara yang sama menimpa alam pekerjaan, apabila yang tidak mematuhi masa kerja dianggap perkara biasa manakala yang patuh pula dianggap pelik. Manakala dalam bab rasuah pula, saya tidak pasti jika ia telah samapai ke peringkat menjadi budaya kita tetapi apa yang jelas ia diberi jenama, label atau ‘nafas’ baru seperti politik wang, duit kopi dan lain-lain.

 Dulu Kassim Selamat dihina oleh ‘ibu mertua’ kerana tidak layak atas status ahli musiknya tetapi hari ini berduyun-duyun muda mudi mencuba nasib menguji bakat untuk menjadi penyanyi, pelakon dan pelawak.  3 bidang idaman masa kini. Tanyalah mana-mana mufti setakat mana bidang mereka ini dalam keadaan realiti hari ini, memberi manfaat kepada agama dan umat. 

Terdapat banyak lagi kekeliruan yang membingungkan. Fikirkanlah sendiri. Dalam keadaan begini, siapa pula yang masyarakat jadikan tempat rujukan; adakah golongan Ruwaibidah atau ilmuwan yang benar? 

Melihat kepada sekian macam pendapat dan pandangan yang bodoh, pelik, tidak masuk akal, tidak rasional dan/atau menyakitkan hati yang dilontarkan di tengah masyarakat pada hari ini atas pelbagai isu, adakah golongan Ruwaibidah boleh ditafsirkan sebagai wujud juga dikalangan pemimpin politik, golongan ustaz, penjawat jawatan tinggi atau bagaimana? 

Semua kekeliruan ini berpunca kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kita berfikir, melihat dan menilai sesuatu. Faktor utamanya ialah:-

Apa yang penting di sisi Allah, tidak lagi penting di sisi kita.

hisham-ahmad.blogspot.com

Tuesday, March 4, 2014

Syurga Berlari



Pada satu hari, ketika itu aku sedang menulis untuk buku terbaru. Sebenarnya ia sebuah novel. Sementara tunggu anak-anakku selesai kelas tahfiz mereka, aku melepak di restoran mamak di dalam supermarket. Kalau aku lapar, aku makan roti canai dengan teh halia. Kalau tidak, memadai dengan teh halia. Tak tergamak untuk aku menumpang di meja pelanggan tanpa memberi sedikit ‘bisnes’ kepada mamak restauran ini. Seperti biasa setelah pesanan dibuat, aku membentangkan laptop dan mulai menaip.

Tidak jauh dari meja ku, terdapat seorang bapa dalam lingkungan umur aku bersama seorang anak lelakinya. Bapa itu lebih kurus daripada ku dan tampak lebih tangkas pada pergerakan. Anaknya pula berumur sekitar 5-6 tahun, rasa aku. Dari raut wajah si anak, aku percaya dia menghidap down syndrome.

Sifatnya agresif, sukar duduk diam. Sekali-sekali mengeluarkan suara agak kuat seperti menjerit. Mungkin tidak suka kekangan yang dilakukan bapanya. Pelanggan –pelanggan lain yang kebanyakan melayu dan cina memerhatikan dengan persepsi masing–masing. 

Aku terhayal seketika membayangkan aku mempunyai ‘power’ untuk masuk ke dalam fikiran mereka dan membaca fikiran mereka yang memerhatikan itu. Tentulah pelbagai perkara menarik yang akan diketahui.

Pada mata kasar, aku bersyukur, rat-rata, semua melihat dengan simpati, tiada yang menjuih mulut walaupun hati didalam, tiada siapa yang tahu. Kesedaran awam dalam hal ini mengurang fenomena ketidak selesaaan pada  diri mereka sendiri.

Kesedaran awam berkaitan dengan anak autisme adalah lebih perlu dan penting.  Ini kerana dalam hal anak autisme yang pada wajah dan fizikal mereka tidak dapat dibezakan daripada kanak-kanak normal, menyebabkan lebih mudah menarik persepsi negatif pada fikiran orang awam kepada ibubapa dan anak itu apabila anak itu bersikap keterlaluan daripada anak yang biasa, atau yang kelihatan pada mereka tidak patut dilakukan oleh kanak-kanak biasa yang dapat dikawal ibubapanya.

Kembali pada kisah anak tadi. Pantang lepa, anak itu akan berlari dari bapanya. Dikejar dan ditangkap segera oleh bapanya. Ketika hendak membayar makanan dikaunter juruwang, si bapa mendokong mantap, memegang kuat anaknya dengan sebelah tangan, manakala tangan yang satu lagi untuk melakukan urusan pembayaran.

Anak itu…

Dialah ‘syurga yang berlari….

Dialah anak yang berlari ke ‘syurga’…

Siapa yang menjaga dengan baik, tentulah dia layak untuk terus bersama dengan anak ini di mana sahaja. Apabila anak ini memasuki Syurga, adakah si penjaga dibiarkan diluarnya?

Siapa yang memandang dengan ihsan… tentulah dia memandang dengan pandangan ahli syurga, adakah nanti dia tidak boleh meneruskan pandangan demikian di dalam syurga?

Siapa yang membantu dengan ikhlas… adakah si anak tadi akan melupakan mereka, mungkin bertanyalah dia di dalam Syurga “dimanakah orang-orang baik yang membantu saya, carilah mereka , bawalah mereka, saya ingin bertemu semuanya?”

hisham-ahmad.blogspot.com