Social Icons

Pages

Tuesday, November 26, 2013

Be Brave Dato Mufti Kedah!



Bila perang dilancarkan ...siapakah paling bnyk terkorban?

Isu terbaru Mufti Kedah vs. Dr Asri, mengecohkan suasana. Saya percaya semua yang peka isu semasa semasa telah ketahui, maka tidak perlu saya menceritakan faktanya lagi. Kesan logik isu ini ialah pihak yang anti ‘Wahabi’, kemungkinan munasabahnya akan menyebelahi pihak Mufti manakala pihak yang pro- “Wahabi’ akan menyebelahi Dr Asri. 

Persoalannya, bagaimana dengan pihak yang berprinsip menyebelahi kebenaran dan keadilan?

Definisi istilah ‘Wahabi’ saya gunakan bagi maksud semasa yang kita fahami, walaupun jika ditanya diantara semua lapisan penyokong dan pembencinya pasti pelbagai jawapan berbeza diterima. Kita juga sedar akan dakwaan berat dan serius golongan anti ‘Wahabi’ terhadap ‘Wahabi’ khususnya dalam isu sifat –sifat Allah SWT. dan begitu juga begitu dakwaan berat dan serius pro-‘Wahabi’ pula terhadap golongan anti ‘Wahabi”, termasuklah dalam isu fiqh, mazhab dan sebagainya. 

Oleh kerana semua dakwaan-dakwaan antara 2 puak ini tidak pernah berakhir kepada keputusan mahkamah (syariah) diperingkat Malaysia atau dunia, maka kita tidak tahu siapa yang benar-benar berada di pihak yang benar, mengikut  undang-undang dunia. Jadi dakwaan kekal sebagai dakwaan, dan apa yang benar itu mengikut kebenaran yang dikehendaki sendiri oleh diri atau kecendrungan kumpulan masing-masing.

Apa yang nyata juga ,di antara 2 ekstrem, fanatik dan keterlampauan pro dan anti wahabi...  jika di antara skala 1 hingga 100. Maka terdapat sekian ramap manusia yang berlegar antara skala no. 2-99. Secara tempatan, kita boleh membaca pelbagai blog ustaz-ustaz melayu kita yang darinya kita sebagai orang awam yang menggunakan akal dalam mencari kebenaran boleh menyenaraikan ustaz-ustaz itu pada skala yang kita rasa wajar buat mereka. Bagi yang mencari, tidak susah menjumpai ustaz-ustaz melayu yang terkenal atau kurang terkenal yang menyesatkan, menbidaahkan, membodohkan, menghinakan, menyindir dan sebagainya (seperti dilakukan ke atas ikhwanul muslimin dan Dr Yusuf Qaradhawi). Mereka juga kekadang mengutuk,. membodoh, membidaahkan sesama mereka. Paling susah bagi kita, mereka ini semua mendatangkan hujah dan meyakini kebenaran mereka.  

Walaupun diantara 2 skala extreme itu, kita yakin masih ramai ustaz-ustaz berprinsip wasatiyah... seperti golongan kumpulan ustaz liga Murshid (lupa pulak namanya) yang dipengerusikan oleh Dr Zaharuddin itu. Melalui mereka, kita berharap perseteruan antara 2 extreme itu dapat ditamatkan dan perbezaaan dapat diharmonikan lalu bersatulah kita menjadi ummatan wahidah.

Berbalik pada kes Mufti tadi. Saya telah melihat rakaman video Mufti Kedah dari blog seorang ustaz muda yang saya fikir, mempertahankannya. Saya mendengar isi kuliahnya tentang keberbahayaan ‘wahabi’ khususnya dalam isu akidah. Kemudian, ada disebut nama Dr Asri.

Walaupun pihak yang Dato Mufti (Kedah) boleh mendatangkan pembelaan yang bersesuaian, saya percaya terdapat elemen-unsur fitnah dalam pernyataan itu;

(1) Seperti saya sebut tadi, dakwa-mendakwa tentang pro&anti wahabi  tidak pernah dibuktikan atau disabitkan dalam mahkamah, kalau adapun ia daripada kitab-kitab lama namun ia begitu terdedah kepada cabaran kebenaran dan ketulinannya? Mereka yang merupakan saksi-saksi utama dan terbaik telah tiada lagi di atas muka bumi ini (mati), termasuklah dari kumpulan pertama yang memburukan tokoh ‘Wahabi’ itu dan diri tokoh ‘Wahabi’ itu sendiri. Kesesatan ‘Wahabi’ sukar dibuktikan. Terlaku sukar untuk mana-mana hakim yang adil di mana-mana bahagian dunia ini untuk membenarkan dakwaan tanpa bukti yang mencukupi!

(2) Kejahatan, keburukan dan kengerian ‘Wahabi” secara jelas disebut oleh Mufti Kedah khusus dalam isu sifat Allah. Itu tidak mengapa kerana ia suatu dakwaan terhadap Wahabi sedangkan istilah Wahabi itu juga tertakluk kepada tafsiran. Siapakah aku, dia dan mereka yang dimaksudkan oleh Mufti itu? Generasi dulu atau sekarang, di luar atau di dalam Malaysia ini? (melainkan ada pertubuhan berdaftar). Pada peringkat itu, hanya mereka yang makan cili terasa pedas.

(3) Adalah logik yang jelas, dakwaan tentang keburukan ‘Wahabi’ Mufti itu jika dirujuk khusus kepada seseorang, maka akan terasa kehinaan yang sangat pada diri orang itu, akan buruklah dia pada tanggapan umat Islam tentang status agamanya. Kesan khas penjejasan reputasi agama adalah kuat dan tinggi apabila dibuat oleh seorang bertaraf mufti dan apabila ditujukan kepada orang yang wibawa juga pada agama dan masyakarat. Jumlah gantirugi kerosakan boleh menjadi lebih besar dan tinggi.

(4) Apabila tidak lama selepas keburukan Wahabi itu disebut, nama Dr Asri disebut, dan meneliti daripada ayat-ayat digunakan, maka kemungkinan munsabah ialah semua penonton dan pendengar yang munasabah akan memahami bahawa dakwaan buruk tentang wahabi itu adalah dikaitkan dan dirujuk kepada Dr Asri, atau pada undang-undang dan fikiran munasabah,  ia boleh dianggap begitu.

(5)  Begitu juga, secara munasabahnya, Dr Asri juga wajar merasakan/mempercayai rujukan itu dibuat kepadanya,  atau wajar dianggap untuk dia menganggap rujukan itu dibuat kepadanya.

Secara peribadi, saya amat kecewa dengan dakwaan mufti Kedah tetapi saya saya beriman kepada bahawa sehebat mana manusia pada ilmu dan jawatannya, tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Mungkin kegelinciran kata.

Saya memahami prinsip Dato Mufti yang dipercayai amat tidak menyukai golongan ‘Wahabi’ atas hujah yang diberikan. Saya juga secara perbadi merasakan orang awam lebih senang menerima kaedah  takwil pada sifat Allah kerana ia lebih mudah bagi mereka apabila mereka sangat takut dari terjatuh ke dalam risiko seolah-olah ada risiko untuk tersamakan sifat-sifat Allah dengan mahluk, (hasil usaha ustaz-ustaz yang memilih dan mengkempenkan kaedah takwil) tetapi kami juga percaya bahawa tidak mungkin orang berilmu agama tinggi dari kalangan pro-‘Wahabi’ yang tidak memilih kaedah takwil itu sebodoh atau sedungu manusia untuk menyamakan Allah dengan manusia, atau  makhluk. Sedangkan keduanya beriman bahwa “Allah tidak bersamaan-menyerupai makhluk”.

Jadi bila saya dengar ustaz-ustaz anti-“Wahabi’ bercerita yang menggambar kan kesesatan akidah ustaz-ustaz pro-‘Wahabi’ saya hanya senyum dan menggeleng kepala...  sukar nak percaya. Begitu juga sebaliknya.

Mungkin saya belum menerima hujah yang cukup dari kedua pihak, tapi demi menghayati cara berfikir yang adil yang disarankan oleh begitu banyak ayat al-Quran, itulah pendirian pemikiran saya sekarang ini. Namun saya jenis orang terbuka dan mengalukan sebarang pandangan yang dapat membuatkan saya menilai semua bahkan saya sedia berubah jika itulah kebenaran atas dalil dan keterangan yang kuat.

Saya masih ingat lagi saudara Amin pengacara terkenal dari TV Hijrah yang menyatakan kekecewaannya dengan tindakan Ustaz terkenal Syeikh Nurudin Banjari yang mengutuk individu yang dikaitkan dengan Wahabi secara begitu keras dan sangat keras dalam TV Hijrah yang disaksikan sekian ramai orang Islam Malaysia, suatu ketika dahulu. Saya hanya boleh kata di dalam hati, “habislah gendang perang telah dipalu (lagi)!”  Saya juga masih ingat komen seorang awam, yang tidak menyukai penulisan saya tentang Dr Zakir Naik sekalipun begitu besar sumbangan dakwahnya atas alasan ada kemungkinan Dr Zakir Naik seorang Wahabi (mungkin kerana dirasakan Dr Zakir naik memfokuskan kepada hadith sahih dan menyarankan ketidak terikatan kepada satu-satu mazhab).

Justeru, sebagai seorang orang awam yang ingin berusaha untuk terus belajar dan memahami agama Islam ini, sebegitu juga sekian ramai generasi muda  Islam diluar sana; saya;

(1)        mengharapkan satu usaha harmoni dalam dilakukan bagi menyelesaikan perselishan atas perbezaan ini.

(2)        mengharapkan agar ustaz-ustaz antara pro&anti wahabi ini ditemukan bagi perbincangan kesepaduan ummah melalui pengantara seperti Ustaz Pharol, atau boleh juga digandingkan dengan Dr Muhaya.  

Akhirnya, kata saya juga mengharapkan agar Dato Mufti Kedah minta maaf kepada Dr Asri dan tarik baliklah, kalau tidak pada dakwaan Wahabi itu jahat dan buruk -  memadai kepada nama Dr Asri sahaja.

Seperti kata Ustaz Pharol , mengalah bukan ertinya kalah!

Adapun rasional nasihat ini ialah  - kalau sekalipun dihati kita masih mengganggap seseorang itu sebagai seorang yang jahat dah salah... tidak semestinya kita mengucapkan (secara terbuka) melainkan jika kita mampu membuktikan.....

Kalau boleh, janganlah sampai bermubahalah tapi usahakanlah untuk bermesyuarah .... bukan kerana kepentingan tuan berdua (Mufti dan bekas mufti) tetapi kerana kepentingan kami orang awam yang ingin terus menghormati anda berdua...

demi kebenaran  dan keadilan

dan dalam mencari keredaan-Nya.

  

Wallahu taala alam.

Hisham-ahmad.blogspot. com

Monday, November 25, 2013

Dilema sistem pendidikan kita dan Cabaran Untuk Menjadi Hafiz al-Quran



Alhamdulillah. Faruq, anak kedua saya mendapat semua A untuk UPSR, SIA, UPKK dan peperiksaan di kelas mingguan (tahfiz)nya di Masjid Azim Melaka. Alhamdulillah. Dari sudut akademik dan ilmu agama, pada umur 12 tahun, pencapaiannya lebih baik daripada saya,  iaitu ketika saya berumur 12 tahun dahulu. Namun itu tidak bermakna dia lebih bijak daripada bapanya, hanya sanya peluang dan kesempatan yang dia perolehi jauh lebih besar, pada aspek itu. Itu tidak pula bermakna, saya terlalu ego untuk mengatakan siapa lebih bijak, dia atau saya, ketika umur 12 tahun, kerana ia terlalu subjektif, apalagi 12 tahun dia dan saya merujuk dua zaman yang berbeza.

Seorang bapa tidak akan cemburu bahkan gembira jika anaknya dapat menjadi lebih baik daripada dirinya sendiri. Cuma, kadangkala rasa ‘tercabar’ juga apabila saya diperbetulkannya oleh anak  (secara selamba selepas terdengar saya salah menyebut), pada ayat yang saya baru berlatih untuk menghafal. Dengan sedikit rasa malu, saya mengatakan bahawa ketiga-tiga anak lelaki saya dari 9 tahun  hingga 13 tahun telah menghafal lebih banyak surah al Quran daripada saya.

Hanya kini saya bertarung di-liga anak lelaki saya yang berumur 7 tahun. Dia kini sedang menghafal sekitar ayat ke-70 surah Kahf sedangkan saya berpuashati dengan 10 ayat pertama dan  11 ayat penutup surah kahfi. Maklumlah ada hadith mengatakan yang difahami bahawa menghafal 10 ayat pertama itu, kelebihannya, insya Allah selamat dari fitnah Dajal.

Tidak mudah untuk saya menghafal pada umur sekarang, dan lebih tidak mudah untuk tidak terlupa apa yang dihafal. Beberapa kali saya merasa seperti putus asa, dan merasakan ia sudah terlambat bagi diri saya. Otak saya tidak mampu, fikir saya. Lalu untuk beberapa lama saya menghafal sedikit–sedikit tanpa matlamat jelas berapa jauh saya sanggup pergi.

Baru-baru ini, saya teringat semula bahawa pada 2007 ketika di Mekah, saya pernah memohon, berdoa dan merintih menyatakan niat hati saya untuk menghafazkan seluruh al-Quran dan begitu juga bagi kesemua anak saya. Maka kini saya menanam niat semula untuk melakukannya. Biarlah, jika ia mengambil masa seumur baki hidup saya. Jujurnya, saya tidak tahu bagaimana ia boleh direalisasikan, melihat refleksi diri di cermin, ia bagai tidak logik namun saya tidak sanggup memikirkan bahawa jika saya ‘give up’ bermaksud doa saya tidak dimakbulkan. Jika begitu, teruknya saya di sisi-Nya. Sedangkan kita diyakinkan bahawa Allah makbulkan doa dengan cara pelbagai dan tertentu; diberi terus, di tangguhkan, ditukar kepada apa yang baik untuk kita, atau dalam keadaan lain yang tentulah Dia juga yang mengetahui apa yang baik bagi diri kita berbanding dengan diri kita sendiri.   

Katakanlah, jika 20 tahun kelak saya berjaya menghafal, maka makbullah juga doa saya secara tertangguh. Jika saya meninggal dalam usaha menghafaz tetapi tanpa habis menghafal.... moga pahala saya atau status saya dikira sebagai sedarjat orang yang telah menghafaz.  Saya teringat maksud satu hadith sahih tentang bagaimana orang yang tulus dalam niat mati syahid in sya Allah disampaikan ke maqam syuhada’ walaupun mati di atas katilnya sendiri.

Beberapa hari lepas di surau, seorang jemaah tabligh membaca satu hadith dalam kitab Fadail Amal, di mana seorang hafiz dapat memberi manfaat (kelebihan syafaat) kepada beberapa orang dari ahli keluarganya untuk dibenarkan ke Syurga, sedangkan keluarganya itu telah direkodkan sebagai fasiq dan bakal dihumban ke neraka.

Terasa malu untuk bergantung dengan anak yang hafiz sedangkan diri sendiri tidak mencuba. Tapi dalam hal syurga, neraka... tiada siapa peduli tentang malu... surely we want all the help we can get!  
   
Cabaran besar dari sudut kemampuan diri untuk menjadi hafiz, selain saya ialah anak lelaki pertama saya. Beliau dikira anak kelainan upaya dengan anugerah autisme pada kategori ‘mild’.  Pada masa saya menaip ayat ini, dia sedang bermain ‘computer game’ bagi tempoh 1 jam sebagai hadiah bagi hafazan 1 mukasurat dari surah al-Baqarah. Saya pun tidak tahu sampai bila saya boleh mengawal secara motivasi begini.

Kembali tentang kisah Faruq.  Saya dengan persetujuan dirinya, mahu dia menyambung pengajian tahfiz. Apa-apa pun, biar dia jadi hafiz dulu sebelum dia mencebur dalam jurusan lain bagi kerjaya masa depannya. Itulah fikir saya. 
Saya memutuskan bahawa MRSM Ulul Albab adalah pilihan pertama diikuti lain-lain sekolah yang mempunyai pengajian tahfiz dan akademik bagi tingkatan 1. Saya kemudian dikejutkan dengan maklumat sahih bahawa apabila tawaran SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dikeluarkan maka MRSM tidak akan menawarkan tempat walaupun layak. Saya tidak mengerti kebijaksanaan peraturan atau polisi ini, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa.

Akhirnya saya telah menghantar surat kepada Kementerian membatalkan permohonan untuk memasuki SBP sedangkan tiada jaminan bahawa MRSM Ulul Albab akan menerima anak saya. Walaupun ada risiko kepada keputusan saya, tetapi itulah keputusan yang saya buat atas pilihan-pilihan yang terhad. Jika tidak dapat MRSM Ulul Albab, bagi pilihan kedua dan ketiga,  saya tetap mendahulukan tahfiz.    

Patutkah keputusan saya? Adakah ia menjejaskan peluang anak saya untuk ‘excel’ dalam pelajaran akademik seperti sains, matematik dan sebagainya? Saya sendiri ada LLB dan seorang peguam sivil? Mengapa saya berfikiran begini?

Alasan saya mudah. 1. Saya mahu dia jadi hafiz pada umur muda kerana itulah umur terbaik. Bila dah makin besar, makin tidak mudah, apalagi kalau ia sekadar  berharap pada keputusan dan kesungguhan si anak sendiri. 2. Saya tidak sekali-kali mengenepikan jurusan yang mempunyai manfaat fardu kifayah. Ia penting, seperti perubatan. Namun, peluang untuk jurusan lain bagi kerjaya diminatinya masih luas terbuka selagi dia mampu cemerlang dalam pengajian akademik. Itu biarlah dia putuskan nanti.

3. Disamping pelbagai kelebihannya, jurusan pengajian (tahfiz) adalah satu-satunya jurusan yang saya ketahui disebut secara langsung dalam hadith yang ganjarannya dikaitkan secara langsung dengan Syurga, bukan sahaja bagi si graduan hafiz itu bahkan bagi ahli keluarganya. Betulkah apa yang saya percaya ini?        

Walaupun ini hanya baru permulaan bagi satu aspek dalam pendidikan anak-anak. Saya sendiri masih ‘struggle’ dalam banyak perkara lain khususnya dalam aspek perangai baik dan akhlak.  


Saya harap tiada salah faham dari kisah ini. Tiada niat dan tujuan yang tidak baik namun diakui memang ada niat agar ia dapat mencetuskan idea, memberi motivasi dan bagi manfaat dakwah.

Hisham-ahmad.blogspot. com

Friday, November 15, 2013

Laporan Budaya Khianat Wang Rakyat



Mengapa orang Islam kita bekerja secara culas dan malas? Mengapa kita tidak produktif?  Begitu ramai orang Islam yang bekerja tetapi khianat dalam kerja, tidak jujur dll. Berapa ramai pekerja Islam yang melayari facebook peribadi menggunakan komputer syarikat dan dilakukan dalam waktu kerja. Letrik syarikat yang ‘dicuri.’  Mereka yang menggunakan iPad sendiri tetapi membuat urusniaga peribadi dalam waktu pejabat. Mereka yang datang lewat lalu menelefon kawan untuk ‘punch card.’ Mereka yang sentiada dalam keadaan ‘de-motivated’ atas pelbagai alasan lalu tidak profesionalisme dalam kerja.

Ini belum lagi pengkhianatan berbentuk rasuah dan pecah amanah sehingga melibatkan puluhan dan ratusan juta wang pembayar cukai, wang rakyat. Wang kita. Banyak projek mewah yang dinyatakan sebagai gagal. Banyak perbelanjaan-perbelanjaan pelbagai projek yang dinyatakan sebagai dilakukan secara tidak berhemah. Kemolekkan ayat yang digunakan tidak dapat mengubah hakikat bahawa ia berlaku kerana kecuaian, ketidak cekapan, penyelewengan, rasuah; atau mana-mana satu atau lebih antaranya.

Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2) 2012 merekodkan sebahagian kepincangan ini dan Laporan ini juga membuktikan bahawa kepincangan dan penyelewengan telah berlaku secara berulangan.

Sebenarnya, pembaziran wang pada suatu projek yang gagal kerana kecuaian atau ketiadaan kemahiran seperti kes keruntuhan stadium Sultan Mizan di Terengganu adalah bukan sekadar pembaziran wang puluhan/ratusan juta atas projek yang gagal itu tetapi menyebabkan kita tidak memperolehi suatu  projek lain yang boleh dibangunkan dengan jumlah wang yang sama yang berkemungkinan suatu projek yang lebih bermanafaat kepada rakyat.

Pembaziran ini adalah seumpama kita mencampakkan ribuan helaian wang kertas bernilai ribuan/ratusan juta ke dalam seunggun api besar yang sedang membakar. 

Kalau dipandang begitu, kerugian yang berlaku dilihat lebih serius, pda fikiran kita. Walaubagaimanapun, jika beginilah cara pandang kita, ia masih belum tepat. Ia adalah kesilapan pertama kita, iaitu ‘as to  the way we see it.’ 

Hakikatnya, kesan yang berlaku adalah lebih serius dan parah. Jika permasalahan ini tidak dibendung ia ‘melahirkan ...tidak,  ia telah melahirkan’ maka ia akan ‘membiakkan jiwa-jiwa manusia yang rosak dan tangan-tangan yang kotor’.

Keadaan serius ini semakin diburukkan  jika ‘jiwa-jiwa’ ini berada pada kedudukan, jawatan dan peranan yang tinggi, besar dan penting seperti menteri, timbalan menteri, pengerusi, pengarah, ketua, timbalan-timbalan atau penolong-penolong kepada mereka.

Lalu apa nak jadi kepada negara kita? Baldatun tayyibun... hanya slogan yang bagai mimpi di dalam mimpi!

Apabila tiada tindakan serius dilakukan atau kesannya tidak berhasil, apabila tiada kuatkuasa undang-undang secara sewajarnya, atau jika ada pendakwaan undang-undang diambil, ia dirasai sebagai pendakwaan terpilih, bersifat ‘kambing hitam,’ mensasarkan ‘ikan bilis’, melepaskan ‘jerung’,’ atau ‘hangat-hangat tahi ayam’, atau apbila tiada rayuan atas kegagalan kes pendakwaan pada peringkat bawahan, kesan buruknya ialah majoriti masyarakat menerima suatu perlakuan salah ini sebagai....

‘biasa, tidak mengapa, bukan hal besar, lantaklah, dan tak boleh buat apa, biarkanlah sahaja...”.

Akhirnya, amalan-amalan salah seperti rasuah, kecuaian, keculasan, ketidakcekapan, penyelewengan menjadi suatu kebiasaan. Satu budaya. Ia tidak begitu lagi dirasa sebagai satu dosa. Maksiat yang dibenci Allah.

Kayu ukur yang digunakan ialah dapatan bersalah mahkamah sivil, iaitu apabila segala bukti dan keterangan begitu ‘overwhelming’ namun berjaya ditimbulkan keraguan munasabah, maka ia diputuskan tidak bersalah, me’rai-sakan’lah manusia korup itu sebagai tanda kemenangan beserta senyum melebar dengan publisiti media masa yang diberikan. Seolah-olah prosiding mahkamah itu telah mensucikan dirinya daripada dosa sedangkan pada hakikatnya dia memang melakukan jenayah rasuah tetapi tidak mampu dibuktikan di mahkamah ke tahap ‘beyond reasonable doubt’ atau atas sebab ‘technical error’ pada proses penyiasatan dan pembuktian.

Ketika itu,  Laporan Audit itu ditakuti dianggap sekadar merekodkan secara rasmi suatu budaya baru, budaya amalan berdosa di negara kita.

Janganlah sampai nanti :-

di mata kita membacanya sebagai tertulis -Laporan Ketua Audit Negara
Tetapi dihati kita merasa  sbg “Laporan Rasmi Budaya Mungkar Negara”

atau

Laporan Budaya Khianat Wang Rakyat” atau sebagainya.


Justeru semua rakyat sekelian
khususnya golongan muda,
yang...aku tahu
sebahagiannya sedang merayau sana sini mencari kerja
sebahagian pula .... bertungkus lumus bekerja bagi gaji yang tak seberapa

bangkitlah... suarakan
di facebook, twitter atau apa jua saluran yang berguna

segala kekecewaan dan ketidaksetujuan kita
kepada pemegang amanah ... pemimpin negara

agar budaya mungkar ini ditukar, diubah..
sebelum...




Wallahu taala.