Social Icons

Pages

Thursday, May 28, 2015

Masa terbaik fikirkan pendidikan anak-anak

Sila jawab soalan ini. Bilakah masa terbaik untuk kita mula memikirkan pendidikan anak?

Semasa anak disekolah menengah. Salah. Sekolah rendah. Salah. Semasa anak 3-5 tahun. Salah. Semasa mengandung? Salah. Semasa kahwin? Salah. Jadi, apa jawapannya? Nantikan dihujung nota ini.

Peraturan Kejayaan. Kejayaan pun ada peraturan? Ya.   Kejayaan itu adalah anugerah dari Allah, tetapi sunnatullahnya ialah kejayaan itu sebenarnya mempunyai peraturannya sendiri. Maka penuhilah peraturan kejayaan, khususnya untuk anak kita sendiri.

Apakah dia peraturan kejayaan ?  Inilah dia.... antaranya.   Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok. dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.”

Ayat ini umpama ‘master key’ bagi kejayaan suatu perancangan. Bacaan makna secara literal ayat ini sendiri menunjukkan kepentingan untuk melakukan persediaan dan menyediakan bekalan bagi kebaikan di masa hadapan. Jika dibaca secara lebih bijaksana, ayat ini sebenarnya mengajarkan kita agar membayangkan jenis masa hadapan (kejayaan) yang kita inginkan dan harapkan dan dengan itu  kita kemudiannya merancang dan menyediakan keperluan dan bekalan yang sesuai dan perlu bagi mencapai kejayaan yang dikehendaki itu.

Inilah pendekatan visualisasi dalam membayangkan keindahan kejayaan di masa hadapan yang disebut ‘futuristic thinking’. Pemikiran masa depan inilah cara berfikir orang berjaya. Sesungguh kejayaan itu mempunyai peraturan dan ini adalah sebahagian peraturan penting dalam kejayaan.

Sekarang bayangkan  apa yang kita kehendaki daripada anak anda yang berumur 12 tahun ketika dia berumur 15 tahun dan seterusnya. Seorang hafiz muda (30 juzuk) dan top scorer PMR?? Ok, mari kita lebih futuristik,  pergi tengok dan renung baby atau anak kecil anda yang masih tadika atau sekolah rendah,  dan kemudian anda rehatkan diri dan visualkan/bayangkan dia ... 10 tahun, 20, 30 tahun  akan datang :- 1. Seorang ulama hebat seumpama Dr Yusuf Qaradawi 2. Seorang pendakwah antarabangsa seumpama Dr Zakir Naik atau 3.  seorang pakar mata dengan jiwa motivasi seumpama Prof Muhaya

Kemudian bila kita sedar dari bayangan impian indah ini. Maka teruslah kita berniat dan menanam tekad untuk memulakan langkah kejayaan.  Untuk mencapai impian itu, penuhilah proses dan peraturan kejayaan itu. Mulakan impian itu sekarang!

Uppppsss, lupa pasal soalan di atas. Masa terbaik untuk kita mula memikirkan pendidikan anak kita ialah semasa kita mulai mencari pasangan untuk dikahwini. (Namun khusus untuk teruna-dara)  Bagi yang telah beranak pinak, tiada istilah terlewat. Masanya ialah sekarang.  Kerana kejayaan hakiki ialah mendapat syurga.

Bgmanapun, kata bijakpandai;- Kalau nak anak soleh, carilah pasangan yang soleh. Tapi untuk dapatkan pasangan  yang soleh, jadilah dulu, insan yang soleh. Wallahu taala alam.

Monday, April 6, 2015

Kes cium kaki tok guru. Pencetus Ummah atau Pencetus Masalah

Saya menonton video sekumpulan manusia berserban seakan berjoget dalam berzikir atau bernasyid. Ini bukan isunya disini.

Kemudian ada seorang datang seperti bersujud ... atau dikatakan mencium kaki tok guru. Tak tahulah kerana penghormatan atau kerana ada elemen keberkatan. Tapi yang pasti tiada paksaan atau kepalanya diugut dengan pistol.

Tok guru (kalau boleh dikatakan begitu) kelihatan relax sahaja... tidak beraksi mengelak atau menendang kepala 'mamat' (sekadar gelaran untuk memudahkan rujukan) yang hendak mencium (jika bukan bersujud).

Kenapa si mamat itu memilih mencium kaki daripada tangan... tidaklah diketahui?(Kalau lah dapat ditanya dirinya...!)

Tiba-tiba diketahui ada yang menyokong atau mempertahankan perbuatan itu (dalam facebook dll) termasuk kalangan ustaz (tidak kisahlah muda  atau terkenal , selebriti atau yang dah mati).
Kalau saya dapat katakan kepada ustaz ini... "Wahai ustaz, adakah ustaz nak jadi pencetus ummah atau pencetus masalah?" 

ini kritikan saya...

Bagi ustaz yang cuba mempertahankan perbuatan itu ... ia berasaskan kepada cara fikir yang mengecewakan. Tidak wajar lagi diberi tempat untuk mengajar ilmu kepada masyarakat. Ia bukan cara fikir cemerlang dalam membimbing umat keluar dari kekeliruan dan kebodohan.

Bayangkanlah, kelak, jika berlaku ... golongan fanatik tok guru Hadi Awang mencium kaki TG Hadi Awang... golongan fanatik tok guru Harun Din mencium kaki Tok Guru Harun Din. --- golongan fanatik Tun Mahathir mencium kaki Tun Mahathir...

Ini belum lagi peminat DUKE yang ramai tu. Buatnya ada yang terlalu kagum, taksub dan syok dengan DUKE.. lalu berlari nak cium kakinya atas pentas kerana baginya DUKE layak dicium kakinya.. sebagi tanda hormat atau nak ambil berkat.

Takkah jadi fonemena haru-biru (bukan haru-hijau).

Ini 'apa benda punya style' cara didik umat! 

Jangan pertahankan perbuatan kebodohan itu. Tentang ia!! kerana perbuatan itu tidak membawa kebaikan bahkan mendatang kekeliruan kepada manusia kebanyakan - pada zaman fitnah ini - (kemunculan Dajjal) !!!

Dengar sini baik-baik.

Dalam zaman ini, dalam zaman ini, ia perbuatan bodoh mencium kaki org lain (atas alasan mengagumi atau ambil berkat) dan perbuatan bodoh membenarkan kaki dicium orang lain.

Fikirlah dengan bijaksana.. ini bukan kisah husnus zan.

Orang bijak zaman fitnah ini tidak akan merasa dirinya hebat ... untuk dicium kakinya. begitulah pula...

Org bijak zaman ini juga tidak akan menjadi bodoh untuk mencium kaki orang lain dengan mempercayai orang yang dicium kakinya ialah orang bijak yang layak dicium kakinya.
Sedih dengan gaya fikir umat... kecewa dengan gaya fikir ustat...

 please lah ustaz .. be smart.

[Sahabat cium kaki Rasulullah s.a.w. - riwayat sahih ...no problem. Kita terima.
Kalau sekalipun ... ada hadith mengenai sahabat Ali cium kaki Abbas.. (Semak pertikaian kesahihannya) tetapi jika benar berlaku (katakanlah) kita juga tidak pertikai apa yang Ali lakukan.. kerana dia adalah Ali) (Kita pun tidak tahu situasi, kenapa , bagaimana caranya dilakukan].

[Ada yang hujah : Hadis Ali.cium tgn n kaki abbas tu dlm adab mufrad. Ia bukan dlm shahih bukhari. Isnad dhaif. Suhaib adalah mawla abbas bin. Abdul mutallib. Dia adalah majhul (tahzib, al-jarh w ta'dil). Azzahabi kata: aku tidak kenalnya!. Dalam hadis ada ittirab]

 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

Thursday, March 26, 2015

Nilai Nazri Di sisi Allah berkait Hudud?

Wahai Nazri. Kalaulah anda berlogik bahawa sokongan majoriti 2/3 itu satu hal yg dianggap terlalu sukar diperolehi, ketahuilah ia tidak mustahil kerana Allah yang bolak balik kan hati manusia.

Tetapi wahai Nazri, yang lebih penting nanti ialah sama ada dirikau itu.. sebagai MP Islam, adakah kau kelak akan sokong atau tidak???  Itu yang menentukan nilai diri kau disisi Allah s.w.t.

Alasan kau tentang keperluan pindaan perlembagaan secara majoriti 2/3, ialah adalah pandangan kau dan mereka yang yang mahu berpandangan begitu, Sedangkan ia tidak semestinya perlu begitu, sekiranya diberikan tafsiran dan dibaca dengna kefahaman berbeza.  Tafsiran dan kefahaman yang lebih mendekati kehendak Allah pada perlembagaan yang sebenarnya tidak sekular.

Siapa yang mensekularkan perlembagaan? Ia adalah tafsiran beberapa orang  yang mahukan demikian? Jika manusia sekarang mahu melihatnya secara berbeza maka ia boleh diberi tafisran dan dibaca dengan kefahaman berbeza. Perlembagaan itu tentulah untuk berkhidmat kepada manusia.

Sebenarnya pada perlembangaan itu ada unsur islamik yang kuat.  Salah satunya ialah islam sebagai agama persekutuan.

Justeru, apa-apa jua tafsiran hakim yang terdahulu ...wajar diberi tanfsiran semula oleh hakim-hakim tertinggi masa kini.

Semoga kes yang telah difailkan Gerakan 'penentang hudud'  itu ... di rayu sampai ke Mahkamah Persekutuan memberi ruang dan peluang 'pahala besar' bagi KHN dan hakim-hakim Muslim Mahkamah Persekutuan untuk memberi tafsiran yang adil dan mendekati kehendak Allah ... membatalkan dan mengantikan apa jua tafsiran bersifat sekular ... khusus terhadap peruntukan Islam sebagai agama persekutuan.

(blessing in disguise)

Setidak-tidaknya, sekurang-kurangnya tafsiran mahkamah terbaru... dapatkan memberikan hak kepada orang Islam untuk beramal dengan perundangan yang dituntut Allah ke atas mereka untuk dilaksanakan.

jika tidak apa nilai orang melayu dan islam pada perlembagaan ?

Nilai orang melayu dan islam di sisi perlembagaan perlulah selari dan selaras dengan nilai disisi Allah Azza Wa Jalla.

Jika tidak satu sesen tak berguna nilai hak istimewa melayu dalam perlembagaan melainkan untuk dapat sedikit habuan tidak berbaloi dari bumi yang disebut dulunya tanah melayu ...

sedangkan tiada ertinya dan rugi besar di akhirat kelak.

Tuesday, March 10, 2015

Penolakan Tuan Ibrahim Tuan Man. Kewajaran atau kesilapan?

Jelas TITM (1) menolak pencalonan. Bahkan, beliau (2) menyokong Presiden (sekarang) (3) menyeru semua ahli meneruskan sokongan kepada Presiden dan (4) memberi hujah dan alasan mengapa harus berbuat demikian.

TITM. Inilah contoh pemimpin yang kita kehendaki tapi apabila beliau sendiri tidak mengkehendaki, maka keputusannya perlu dihormati. Ia juga satu bukti menyokong merit kepimpinan TGH Hadi.

Namun,

walaupun kita boleh menerima kebenaran alasan dan hujah TITM tetapi TITM hanya memfokuskan pada merit TGHH sbg orang No.2 Kesatuan Ulama, sedangkan; persoalan isu 'kemelut krisis dalaman' adalah faktor utama dalam penilaian ke atas rekod perkhidmatan Presiden, seperti dengan merujuk kepada keputusan2 dan tindakan2nya berkaitan isu itu dan setakat mana 'jalan keluar' yang dapat beliau rangka dan hasilkan dari krisis itu (yang masih membahang, jika tidak membakar) dan setakat mana harapan boleh dilletakkan kepada beliau untuk terus menerajui dengan wawasan yang lebih cemerlang?

kedua, kata-kata TITM yang ini agak kurang 'sedap' sedikit. Katanya "Saya bimbang kita memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat luar. Walaupun atas nama memenuhi tuntutan demokrasi, namun kedudukan 'syura' lebih mulia dari demokrasi. Kalau syura adalah jalan terbaik, maka sewajarnyalah kepimpinan parti diselesaikan secara syura."

Mengapa 'kurang sedap' sedikit? Kata-kata semacam agak pelik, boleh mengelirukan dan sukar untuk disesuaikan dalam sistem PAS yang ada iaitu sistem pemilihan, demokrasi dll yang PAS sendiri hasilkan, amalkan dan bernaung dengannya, di mana TITM adalah juga pemimpin tertinggi dalamnya. Adakah maksud, apa yang dilakukan tidak syarak, bertentangan dengan syura? (atau sebenarnya ia ...mengiringi, menguatkan syura.dalam suasana sekarang) (rujuk Dr Yusof Qardhawi). Perjelaskanlah.. jika tidak, takut seumpama menepuk air di dulang... takut terpercik........!

Seterusnya, ketiga, adalah fakta adanya usaha pencalonan bagi menentang Presiden membuktikan ada keinginan untuk perubahan.

Hanya adakah angin perubahan itu cukup kuat?

Kita tunggu dan lihat....

"Pemilihan umpama 'filtering system' untuk mendapatkan hasil akhir terbaik"

Dan hanya Allah s.w.t. mengetahui apa yang terbaik....

hisham-ahmad.blogspot.com
https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

Pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man. Penolakan tuanpunya badan?

"Peliharalah amalan hati, kerana bila hati rosak, tukarlah siapa pimpinanpun, ia tetap tidak berpuashati. kerana yang rosak adalah dirinya, bukan jamaah atau kepimpinannya."

Itulah yang saya terbaca, petikan kata yang difahami sebagai merujuk kepada tuan diri yang dicalonkan untuk jawatan Presiden. TITM.

Kata-kata itu (jika benarlah darinya) mungkin akan mengecewakan pihak yang mungkin ikhlas melakukan penamaan atau pencalonan. Tetapi saya kata, sabarlah dulu.

Mari kita analisis sedikit soalan dan mencari beberapa jawapan atas pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man:-

Soalan, mengambikira kredebiliti yang diketahui dan menilai sikap hemah serta tuturkata hikmah, adakah beliau salah seorang tokoh ulama yang layak untuk diberipeluang menjadi Presiden?
Jawapan, Selain daripada ustaz Ahmad Awang, Ya.

Soalan, tapi beliau seperti tidak mengalukan pencalonan bahkan seperti mengecamnya?
Jawapan, itu kalau kita baca secara biasa dan begitulah sikap tawaduk pemimpin sebenar, bukan sahaja tidak gelojoh jawatan dikejar ..bahkan mantik ahli-ahli bawahan dicabar!; Sebenarnya, kalau kita baca secara baik sangka dan bijaksana, ia bukan penolakan tapi amaran, bahawa jika aku kau semua inginkan, bukan kerana untuk menjatuhkan satu kebaikan, tetapi ikhlas untuk melihat kebaikan sedia ada, dimakmur dan dilipat ganda.

Soalan; adakah TG Hadi Awang tidak layak lagi meneruskan kepimpinannya sebagai Presiden?
Itu soalan yang tidak perlu. Beliau telah menerajui bagi tempoh yang lama. Kebaikan banyak dan jasanya tidak terkira, cuma realitinya, ada isu penting yang yang perlu diputuskan bersama.

Soalan yang lebih perlu ialah mengambilkira kemelut dalaman yang serius, adakah salah untuk tokoh ulama lain diberi peluang untuk bertanding jawatan Presiden?

Jawapan, tidak salah. Bahkan mungkin perlu digalakkan persaingan dalam pertandingan bagi melihat suara hati dan sokongan keseluruhan.

Jika calon baru menang, maka PAS meraikan suasana kepimpinan baru. Ia tidak bermakna ahli-ahli menolak yang lama, tetapi mengharapkan ia menjadi musabab menyelesaikan kemelut dalaman, menyatukan 2 pihak yang berselisihan seterusnya melihat visi baru penuh harapan.

Jika calon lama (penyandang) menang, ia bukti penerimaan semua dengan cara, keputusan dan tindakan dalam kepimpinannya, khusus dalam tempoh kemelut yang melanda. Maka wajar pemimpin-peminpin yang tidak 'sebulu' tundukkan hati atau angkat kaki, tinggalkan parti.

Biarlah ahli-ahli menyuarakan isihati mereka.

Tiada siapa lagi wajar sakit hati, tidak perlu lagi terdengar tuduh-menuduh dan caci -maki, khusus daripada mereka, yang tidak atau yang terakhir kita sangkakannya.

Sekurang-kurangnya kemelut ini memperlihatkan kepada kita 'wajah sebenar' segelintir mereka yang berada dalam kumpulan ulama, dari aspek toleransi, meraikan perbezaan pandangan dan dalam menegakkan apa yang mereka percaya dan inginkan!

Ia pengajaran yang sangat memanfaatkan namun kita berharap janganlah kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga dan buat kita semua bukan ustaz, jangan kerana marahkan (beberapa ekor) nyamuk, habis kelambu dibakar !

Apapun hasil keputusan, ulama masih kekal mengetuai kepimpinan. Bukankah ia penyelesaian yang mendamaikan?

Dan hanya Allah s.w.t. mengetahui apa yang terbaik....

hisham-ahmad.blogspot.com
 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

Sunday, March 8, 2015

1 cadangan buat PAS demi kemuliaan nama ULAMA?

Saya terperanjat baca pernyataan bawah ini. Jika tidak benar, sila nafikan (ada rakaman video):

"Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh melabelkan pendakwah bebas Wan Ji Wan Wan Hussin yang membuat laporan qazaf kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan peguam itu mengenai kes liwat II sebagai 'budak-budak'.

Ketika dihubungai Kinitv, Nik Zawawi berkata beliau tidak akan memberi komen dan mencadangkan supaya mencari 'budak-budak' tepi jalanan untuk menjawap Wan Ji.

SAya amat tidak bersetuju dan kecewa jika benarlah begitu jawapannya.

Rupanya saya tidak keseorangan, Ustaz Dr Muhammad Rozaimi (PHD dalam bidang hadith) juga menyatakan pandangan bersifat seumpama.

Katanya "Kalau benarlah ini daripada wakil dewan ulama, saya hanya boleh katakan sombong dan takabbur nya ulasan ustaz ini!!

Selain itu banyaklah juga aduan dan keluahan dari orang yang ada keredibel tentang silap ustaz-ustaz PAS ini antaranya perhatikan jalinan dan kaitan 2 petikan kata yang serius makna dan implikasinya:

"Mereka (pemimpin PAS) selalu membaca surah Al-Hujurat yang bermaksud, 'apabila datang berita dari orang fasik, selidik dulu'. Tetapi ini tidak berlaku dalam amalan mereka," kata Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, pakar sejarah dari Universiti Malaya.

"Kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”, kata Bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar.

Justeru dengan keyakinan dan ketegasan saya memberikan satu cadangan kepada PAS.

Saya cadangkan agar perkataan ulama pada semua "Dewan Ulama Pas" dimansuhkan dan ditukar dengan perkataan lain yang lebih rendah, biasa dan sesuai maksudnya seperti sebagai contoh Dewan Asatizah Pas.

Hanya Majlis Syura Ulama dikekalkan, diteruskan nama ulama padanya. (Jika perlu, gelaran ulama pada individu dirasmikan kepada 2-3 jawatan tertinggi iaitu Muusyidul Am dan timbalannya)

Sekurang-kurangnya, jika berlaku salah laku atau perlakuan tidak wajar oleh mana-mana ahli dewan itu, ia tidak mencemari kemuliaan atau mencalari penghormatan yang disandarkan kepada nama ulama itu, status atau martabatnya.

Kita sedar, usaha merosakkan nama ulama tertentu akan tetapi berlaku sepanjang zaman tetapi ia patut berlaku hanya kepada ulama hebat yang benar dalam perjuangan dan ia dilakukan oleh manusia jahat yang kejam.

Ketika itu, nama ulama itu bukan terjejas tetapi semakin harum....

hisham-ahmad.blogspot.com
 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

Thursday, March 5, 2015

PM , kempen golf dan bantahan saya

Tidaklah lama berlalu, berita temasuk laman web ini menyiarkan tentang galakan PM agar rakyat melibatkan diri dalam sukan atau permainan golf termasuk yang beragama Islam. Semasa itu saya tidak sempat menulis untuk menyatakan sesuatu.

Namun pagi jumaat ni (6/3/2015) sesuatu berlaku.

Saya menerima sms daripada orang yang saya tidak kenal. Dia memaklumkan tentang dirinya yang kini hilang kemesraan dengan sahabat-sahabat baiknya yang terdiri daripada pelbagai bidang kerja (profesional dan bukan profesional (tidak bermaksud ulama).

Hubungan mereka menjadi renggang.Sebabnya..

Sebabnya dia tidak dapat menyertai permainan golf bersama kawan-kawannya itu atau jika dia mahu sertai, dia mungkin tidak mahu kaedah permainan golf yang bersifat atau mengandungi elemen judi.

(Kaedah dipilih bukan kaedah yang jelas judi seperti bakarat dan sebagai tetapi kaedah 'pool' yang dirasakan tidak memfokus kepada wang dan tidak mengandungi unsur penganiayaan)

Maklumat judi di dalam golf diperolehinya  di dalam blog saya. Terdapat Fatwa Negeri Johor dan Fatwa daripada OIC fiqh Convention) (peringkat tempatan dan antarabangsa -secara melibatkan sekian ramai ulama termasuk kepakaran dalam bidang kewangan).

Sahabat-sahabat seperjuangan golfnya tidak bersetuju kepada fatwa atau pendapat hukum yang kuat itu. Mereka memberi hujah dan alasan mereka atau apa yang saya anggap 'fatwa' diri sendiri. (Ini satu tindakbalas biasa.)

Dia kemudian meminta saya melakukan sesuatu?

Saya tidak sempat melakukan apa yang dia mahukan. Saya kemudian menjawab spontan sms itu dan menyatakan ia sebagai jawapan awal saya, yang lebih kurang begini:-

"Bersabar, anda tidak akan bertindak (melakukannya) melainkan kerana ada iman. Bahkan, jika anda ada rasa musykil dan kurang bersetuju dengan fatwa itu tetapi tetap bertindak (mengambil keputusan) meninggal permainan itu, maka anda bertindak atas dasar taqwa kerana anda meninggalkan syubhat atau keraguan (untuk pergi kepada kedudukan selamat) kerana takut mengambil risiko satu dosa besar. (lebih mulia).

Apa yang anda perolehi (2 sifat itu) jauh lebih bernilai bagi akhirat anda daripada suatu persahabatan atas asas golf.

Jika mereka tidak memesrai anda krn pilihan anda itu ...masalah adalah pada mereka bukan anda.
Ini adalah ujian untuk orang yang memperbaiki diri ...maka harungilah ia dan menangkan diri anda. Namun padanya ada tugas dakwah untuk anda memesrai mereka secara diredai-NYA dan menasihati mereka secara baik.

Dua fatwa itu terlalu kuat kepada kebenaran."

Kami ada lagi berbalas sms. tetapi memadailah diatas sebagai iktibar dan pengajaran.

kisah golf dan judi, saya masukkan dalam buku saya - Syurga lebih hampir tanpa Riba, dan buku Haji "Baitullah aku datang". Berapakali ditulis dalam blog dan pernah keluar di web Tranungkite dengan hit yang tinggi.

Sebab itu saya amat tidak setuju PM menggalakkan umat Islam berkecimpung dengannya secara meluas apalagi sekadar riadah. Alasan bisnes atau marketing adalah alasan yang dibuat-buat (boleh dihuraikan). Ia bukan sekadar memakan masa yang lama (bagi tujuan riadah) tetapi apa yang menakutkan, tarikan judi didalam sukan golf ini sangat  kuat dan 'menggiur'kan.

hisham-ahmad.blogspot.com
 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

Kuasa Tertinggi dalam PAS. Siapa anda mahu?

korang nak beri pendapat boleh, asal jangan berbeza .. 
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata parti itu harus diingatkan untuk mempromosi agenda seluruh rakyat Malaysia jika mahu mengekalkan slogan bagi mendekati golongan bukan Islam itu. Katanya, 10 daripada 12 inisiatif yang digariskan PAS adalah mempromosi agenda pelbagai budaya, pelbagai agama dan pelbagai kaum.

Katanya, walaupun semua ini disebut dalam perlembagaan, 'mereka' bertindak bercanggah dengan inisiatif itu.

Kesimpulan, siapa yang dimaksudkan 'mereka' itu? Adakah beberapa ustaz Haraki dan yang berpihak padanya dalam kemelut isu yang berlaku? Apapun ia dilihat menjejaskan slogan "PAS UNTUK SEMUA."

Maka inilah respon saya kepada luahan Mujahid:-

PAS utk semua.
Kumpulan ustaz-ulama janganlah membolot PAS untuk anda
adakah semua pendapat anda mutlak pada kebenarannya?
tidak, jawapannya.

Maka, tentulah dalam persoalan isu semasa, keputusan ulama juga perlu dinilai sama ada ia sesuai, praktikal dan terbaik walaupun ia tidak mencanggahi syarak.

Mungkin ada dari pihak lain, walau tidak sedalam ilmu dan tidak seluas kefaqihan seperti anda tetapi kerana ada kelebihan kepakaran dalam urusan dunia yang tertentu, mampu mendatangkan keputusan yang lebih praktikal, sesuai dan terbaik serta tidak mencanggahi syarak seperti dalam strategi politik dan sebagainya.

maka, janganlah ada yang perlekehkan pandangan yang tidak sealiran...
beralasankan grup profesional tiada cukup ilmu dan kefaqihan
lalu ada yang di syaitan, dimunafiq dan diperlekehkan
mahu dinyahkan ...
setelah lama bermatian dalam perjuangan

saya mahu tanya kepada semua ahli PAS dan sesiapa jua

anda mahu orang yang anda pilih-undi sebagai kumpulan pemimpin
yang membuat keputusan tertinggi pentadbiran, strategi dan pengurusan,
atau orang agama yang memilih sesama mereka berkuasa ... atas segalanya. Batalkan apa yang mereka kehendaki ...sedangkan syarak tidak dicanggahi.

Presiden dan AJK PAS pusat adalah kuasa tertinggi pembuat keputusan/tindakan tertinggi bukan Majlis Syura... melainkan keputusan dan tindakan itu salah pada syarak. Itupun proses penilaian dan pembatalan itu perlu betul cara dan kaedahnya.

Kita tidak mahu ...satu majlis syura yang berkuasa membatalkan satu keputusan bersifat pentadbiran, pengurusan atau strategi politik yang berasaskan syura -pemimpin2 yang diundi dan dilantik ahli PAS.

Sebab itu AJK PAS pusat terdiri bijak pandai yang pelbagai supaya keputusan itu bukan sahaja tidak langgar syarak tetapi hebat,berstrategi dan bijak!!!

Masih saya ingat kata-kata DR Zaharuddin tentang kesukaran menghasil produk kewangan syariah kerana ia bukan sahaja lulus syarak tapi mestilah "marketable" atau laku dan boleh laris

Tiada untungnya lulus syariat tapi orang tak minat!

Fikirkan.... Allah juga yang lebih dan maha mengetahui.

(Jangan salah faham, saya tidak menolak kepimpinan ulama, bahkan menyokongnya tetapi semua ahli PAS mesti jelas kedudukan akan keluasan dan had kuasa dan tanggungjawab supaya tidak berlaku monopoli, autokratik, supaya ada periksa dan kesimbangan dan tidak mudah terdedah kepada manipulasi dan salahguna.

Saya tidak bersetuju kuasa bersifat VETO, adanya kuasa pembatal  melainkan dalam kedaan khas dan melalui syarat yang ketat, tetapi lebih baik takyah.

Jika tidak, PAS dalam risiko kerosakan jika ada ustaz  yang tidak layak berada di dalam MSU atau disarungkan jubah ulama. Ustaz yang memaki, melaknatkan pemimpin lain, memunafiqkan, memperlekehkan dan merendahkan orang lain. Antara ustaz yang memperlekehkan ustaz Wan JI baru-baru ini. SAya takut jika dia jadi Ketua MSU - apa akan jadi kepada padangan berbeza daripada ulama-ustaz lain???). 

Wallahu alam.

 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420
 hisham-ahmad.blogspot.com

Wednesday, March 4, 2015

Antara Mahu Tapi Melulu & tangguh sementara tapi sampai bila?

ISU HUDUD di Kelantan. 

Semua orang beriman mahukan Hudud..
bukan sahaja di Kelantan bahkan diseluruh dunia

saya percaya sentimen ini dikongsi seluruh kepimpinan PAS dan ahlinya
Kalau boleh... esok juga saya nak lihat ia dilaksanakan di Kelantan

ada seorang peguam sivil muslim membentangkan beberapa alasan pada undang-undang yang menghalang hudud dilaksanakan seperti sekatan pada perlembangan dan bla-bla-bla. ... lalu
saya tertanya di dalam hati ... kenapalah peguam ini tidak membentangkan
alasan-alasan pada undang-undang bagaimana hudud dapat dilaksanakan?

carilah seribu alasan bagaimana ia dapat dilaksanakan
mengapa perlu dicari satu dalihan untuk ia ditangguhkan....

lalu ... kita bersemangat.. mahu tidak mahu , suka tidak suka
tidak kira dengan apa daya sekalipun jua,

hudud mesti dilaksanakan juga.. sesegeranya..
jika boleh hari ini juga... banjir besar bukan melemahkan semangat tetapi membakar hasrat

kalau undang sivil dan common law dikuatkuasa atau sebenar dipaksa
atas kita tanpa kita faham dan rela, mengapa tang hudud, kita berkira-kira pula..

undang-undang tuhan... pasti berkesan.
kalau kita kata boleh ...pasti boleh!

TAPI ...

'kita tidak mahu hudud berjaya dilaksanakan hari ini
sekadar untuk melihat ia tumbang keesokkannya'

beralasanlah sebahagian ilmuan yang mahukan lebih masa

kita tidak mahu ia menjadi pintu emas yang teguh dipasang kepada rumah buruk yang rapuh... pasti roboh
atau kerana suasana tidak kondusif .... nanti kita dituduh subversif

kita perlukan utamakan keadilan, cukup makan, kefahaman dan ketulusan pentadbiran ... itu semua masih jauh dari pencapaian

hudud ditangan pemerintah zalim dan kejam ... boleh menjadi senjata yang berkesan bagi mengkambus penentangan

rujukan undang-undang hudud di kelantan tidak berteras fiqh semasa tetapi berdasarkan kitab lama yang padangan fiqhnya tidak tepat lagi dengan era kontemporari .....

Kepimpinan PAS pusat masih tidak bersatu hati... dalam hal ini ...macammana nak yakin mereka diluar sana, apalagi kaum non muslim india dan cina. Itu sahaja menjadi alasan untuk perbincangan berterusan ...

tapi adakah kerana itu dituduh islam liberal, munafiq dan sebagainya,
...kepada pemimpin yang pandangan mereka berbeza...

kurangkah Islam mereka?... hanya cara fikir tentang hudud berbeza
tidak mungkinkah cara fikir mereka lebih bijaksana pada agama?

Tidakkah dengan memenuhi -mendahului keperluan dan keutamaan lain pada agama, menjadikan kelak hudud tiba dengan langkah bergaya dan disambut dalam keadaan penuh kasih dan teruja....

Bgmana dengan Prof Mahmood Zuhdi, Prof Tariq Ramadan? Bagaimana pula dengan Prof Yusuf Qaradhawi?

Baca: 
S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud Ahmad Fadli KC Diterbitkan Nov 06, 2014 6:16pm Dikemaskini Nov...
m.malaysiakini.com

KONTROVERSI! -- DR YUSOF AL-QARDHAWI
HUDUD DILAKSANAKAN SETELAH MELENGKAPKAN KEBAJIKAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT?
Ayat yang berkaitan hudud merupakan ayat yang terakhir diturunkan? Mengapa? -
...https://www.facebook.com/ustzul?fref=ts

fikirkan ....
wallahu taala 'alam.

hisham-ahmad.blogspot.com
 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

Tuesday, March 3, 2015

PAS.

'RIBUT KENCANG' dalam rumah tangga PAS.

Adakah persepsi atau realiti?
Tidak mungkin ia sekadar persepsi...
Namun setakat mana pada realiti? Sebesar zarah atau sudah parah
sekalipun di dakwa kecil pada realiti
ia dilihat mega pada persepsi....
jgn diremehkan persepsi negatif ...
krn ia menjejaskan sokongan orang islam ...
ia mungkin telah melumpuhkan sokongan majoriti bukan islam
Selesaikan segera 'kekecohan' rumahtangga anda!
kerana
iika keadaan rumahtangga porak poranda,
bagaimana saudara mara nak ziarah,
tetamu nak singgah ...

tak percaya ...baca

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-berperang-sesama-sendiri-menjelang-pemilihan-parti

Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2015. Pada waktu dianggap terbaik selepas PAS membantu merampas undi popular dalam pilihan raya lepas daripada Barisan Nasional (BN), parti Islam itu bercakaran sesama sendiri, di antara kumpulan yang mahu terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan yang menentangnya.
Keadaan menjadi semakin buruk dalam satu-satunya parti berteraskan agama di Malaysia itu, apabila serangan siber digunakan di antara kumpulan yang bertentang, ketika PAS berada di persimpangan sama ada mahu terus bersama PR atau bergerak secara bersendirian.
Pergaduhan secara terbuka dalam parti pembangkang terbesar di Malaysia itu menyebabkan ramai pengundi merasakan kepercayaan yang diberikan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dipersiakan.

Peperangan dalaman PAS berlaku menjelang muktamar ke-61 pada Jun ini dianggap para pemerhati sebagai pemilihan parti paling panas selepas Tan Sri Asri Muda dijatuhkan pada 1982. Pemilihan parti kali ini akan menentukan sama ada PAS akan terus bersama PR yang memenangi 52% undi popular dalam PRU13 lalu atau bakal bersendirian.
Bergantung kepada siapa yang bakal memimpin PAS selepas Jun, parti Islam itu mungkin bekerjasama dengan musuh utamanya Umno, untuk bersama-sama memanfaatkan undi Melayu-Islam dalam pilihan raya umum akan datang.
Oleh kerana kepentingan sangat tinggi kali ini, pergaduhan dalam PAS kini menjadi lebih dahsyat berbanding sebelumnya dan tidak mencerminkan sebagai sebuah parti berteraskan Islam.
Kini terdapat beberapa akaun Facebook diwujudkan untuk menghina sesama sendiri, memberikan gelaran dan terbaru rakaman audio didedahkan tentang sesetengah pemimpin yang dikatakan mahu menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka.
Penganalisis politik Norazlan Hadi menyalahkan pucuk pimpinan PAS kerana tidak menyekat apa yang berlaku sejak awal lagi seperti dilakukan sebelum ini.
"Perkara ini perlu dihentikan sejak awal lagi, tetapi bagaimana kalau ia direstui pihak atasan sendiri?” soal penganalisis dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) itu.
“Itulah tanggapannya apabila ia dibiarkan."
Pada 23 Februari lalu Mohamad Sabu menjadi sasaran terbaru kempen hitam apabila rakaman audio mengatakan timbalan presiden PAS itu berbincang untuk menggulingkan Hadi disebarkan.
Rakaman itu dimuat naik buat pertama kali melalui akaun Facebook Tuc Tok Usin Ceroi bertajuk "bukti rakaman audio Mat Sabu sedang bagi taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Tok Guru Haji Hadi".
Selain Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, pemimpin lain seperti Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohamad Hatta Ramli turut dikatakan menjadi dalang menggulingkan presiden.
Sebelum ini Tuc Tok Usin Ceroi melabelkan sebahagian besar pimpinan PAS sebagai “Jebon”, sejenis binatang perosak, untuk memberikan imej buruk kepada mereka. Moto akaun Facebook itu adalah “Pemburu Jebon untuk selamatkan PAS.”
Seperti akaun Facebok lain seangkatan dengannya, identiti pemilik kekal misteri.
Beberapa tahun lalu, akaun Facebook El-Haraki diwujudkan, yang kononnya menyokong kepimpinan ulama tetapi sikap dan cara beroperasinya langsung tidak membayangkan watak seorang ulama Islam apabila pelbagai tuduhan dilemparkan tanpa mengemukakan sebarang bukti.
Tanpa diketahui siapa di belakangnya, akaun Facebook itu menyerang secara terbuka sebahagian pimpinan PAS dan pelbagai label diberikan kepada mereka termasuklah liberal, anai-anai dan “Anwarinas”. Ia merujuk kepada kumpulan yang dikatakan pro kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persoalan timbul di kalangan ahli PAS tentang siapa di belakang kedua-dua akaun ini, apakah mereka benar-benar penyokong ulama atau pihak yang menyamar dan mahu memporak-perandakan PAS dengan berselindung di sebalik jubah ulama.
"Saya rasa PAS Pusat melalui Jawatankuasa Disiplin perlu siasat dan ambil tindakan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.
"Apabila saya jumpa orang ramai, tukang kebun, orang kedai kopi, penjual ikan dan sebagainya, semua tahu apa yang berlaku dalam PAS, tetapi tiada tindakan," kata Dr Rani.
Namun Norazlan berpendapat apa yang berlaku dalam PAS bukan sekadar pertembungan melalui laman-laman Facebook sahaja tetapi sudah menjadi "pertembungan berjemaah" dan mewakili proksi masing-masing apabila ia melibatkan banyak pihak.
"Dahulu saya rasa ia angkara beberapa individu sahaja tetapi nampaknya ini kerja sistematik berasaskan pemikiran sekelompok pimpinan dalam PAS," katanya.
Menurut Norazlan, kumpulan ini berfikiran mereka yang mendapat pendidikan agama dan ustaz dan ulama merupakan PAS tulen.
Manakala yang datang daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) adalah “muhajirin” yang masuk ke dalam PAS untuk menguasai parti itu.
"Mereka yang dianggap berhijrah inilah yang diserang sekarang," kata Norazlan.
Sesetengah media melabelkan fraksi yang bertelagah sebagai ulama dan profesional akan tetapi ia tidak tepat kerana kedua-dua kumpulan mempunyai kedua-dua jenis ahli.
Menggelar mereka sebagai kumpulan konservatif dan progresif juga tidak tepat kerana ramai berpendapat yang paling jelas ialah kumpulan yang pro PR dan tidak pro PR.
Tema serangan mereka yang tidak pro PR ialah pihak yang pro PR anti-ulama dan tidak wala (patuh) kepada presiden.
Debat berterusan tentang arah mana bakal diambil PAS, bagaimanapun apa yang berlaku pada ketika ini merosakkan imej satu-satunya parti berteraskan agama di Malaysia itu. – 25 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-berperang-sesama-sendiri-menjelang-pemilihan-parti#sthash.gl8ZzdzT.dpuf

Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-berperang-sesama-sendiri-menjelang-pemilihan-parti#sthash.gl8ZzdzT.dpuf

PAS berperang sesama sendiri menjelang pemilihan parti

Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2015.  Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2015. Pada waktu dianggap terbaik selepas PAS membantu merampas undi popular dalam pilihan raya lepas daripada Barisan Nasional (BN), parti Islam itu bercakaran sesama sendiri, di antara kumpulan yang mahu terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan yang menentangnya.

Debat berterusan tentang arah mana bakal diambil PAS, bagaimanapun apa yang berlaku pada ketika ini merosakkan imej satu-satunya parti berteraskan agama di Malaysia itu. – 25 Februari, 2015

kepentingan menghargai perbezaan pandangan - ahli PAS

kita perlu baca pandangan berbeza yg bernas...supaya hasil penilaian lebih adil... dan keputusan dibuat lebih baik! in sya Allah.
FAHAMI PRINSIP
Saya selalu ditanya dan kadang2 dicemuhi dan dianggap tidak ada pendirian. Pelik dan hairan kenapa itu yang ditunding kepada saya. Sebenarnya orang yang beranggap begitu tidak memahami dan mengenali prinsip pegangan saya.

Saya tahu kenapa saya dikritik begitu kerana saya dilihat tidak konsisten dalam menyokong seseorang. Saya akui, saya tidak istiqamah menyokong seseorang, saya sokong seseorang itu selagi ianya tidak salah dari kaca mata saya. Kalau dia sudah salah, saya akan kritik dan tegur tanpa mengira siapa keturunan dan statusnya apa lagi mengambil kira untung ruginya dengan kritikan itu.
Begitu juga mengenai sikap saya terhadap sesebuah pertubuhan, saya sangat menghormati keputusan yang diambil secara kolektif. Apabila sesuatu pertubuhan atau mesyuwarah telah membuat keputusan maka menjadi tanggungjawan dan kewajiban ahli mematuhi dan melaksanakan apa yang digagaskan.
Misalnya kalau Pas telah membuat keputusan bahawa parti itu perlu bergabung dengan Umno atas maslahat yang diredhai Allah, bagi saya semua ahli wajib mematuhinya dan harus sedia melaksanakan apa yang digarapkan.

Sekiranya keputusan majoriti itu tidak dipatuhi saat itulah penentang itu boleh dianggap "burah", atau derhaka sehingga wajar ianya disingkirkan. Sebaliknya selagi belum ada keputusan konkrit kita berhak membuat cadangan atau membalas atas cadangan orang lain yang mungkin bertentangan.
Kena faham mengenai dasar dan prinsip ini baru jilah molek dan otak kita bersinar banar berkelip-kelip macam kaca dipanah mentari. Wassalam Mso.
--------------------------
 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420
hisham-ahmad.blogspot.com

buku free ustaz PAS yang ada menyentuh isu yg berlaku berkaitan ulama!

Wajar baca!

semua ahli Pas, penyokong Pas atau wajar juga penyampah PAS khususnya atas isu pergeseran dalam yang berlaku. bacalah buku ini.. dikarang seorang ustaz PAS.

Ia membantu kita berfikir dan membentuk pemikiran yang lebih baik tentang kemelut PAS bersabit isu kepimpinan ulama....

free ..je ni... tak nak ...tak taulah nak kata
 
http://zulhilmei.com/ebook/download-area/

----------------------------------------
https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420
hisham-ahmad.blogspot.com

3 soalan penting untuk pertimbangan semua ahli PAS

wow, aku sorang yang bagus! (Ujub)
3 Soalan penting atas hipotesis logik :

Katakanlah, Salahuddin Ayub menjadi Presiden Pas
AJK PAS Pusat terdiri golongan ustaz dan pelbagai profesion lain
Majlis Syura diketuai Tuan Guru Hadi Awang dan dianggotai sekumpulan ulama.

(1) Adakah ketika ini kepimpinan PAS tidak dianggap kepimpinan ulama atau masih boleh dianggap kepimpinan ulama?

(2) Jika pun kalau kita tidak mahu menerima ia sebagai kepimpinan ulama, adakah ia menjejaskan sifat PAS sebagai Parti Islam atau PAS masih dianggap Parti Islam?

(3) Adakah PAS boleh lebih cemerlang dari aspek islamik dan kejayaan politiknya dengan kepimpinan diatas berbanding sepanjang kepimpinan Tuan Guru Hadi? Ya, mengapa tidak. Tidak mustahil.

Kesimpulan,

katakanlah, kita terima bahawa ketinggian ilmuan dan kefaqihan pada aspek Quran dan sunnah sebagai faktor relevan dan penting sebagai kriteria Presiden (seperti dihujah oleh Ust Khairuddin Takiri)....

tetapi ia bukan faktor penentu, (bahkan rujukan bagi kepakaran itu boleh dibuat kepada Majlis Syura)
kerana, apa yang lebih penting ialah ketepatan dan kebijaksaan keputusan2 dan tindakan2 yang dibuat berdasarkan tugasan semasa yang diamanahkan dan tugasan pada jawatan dan kedudukan sebelum-sebelumnya.

Jika kurang 'power' kenapa tidak boleh, orang lain diberi peluang....

Jangan salah faham, saya sekadar mahu menghilang jika ada, kepercayaan 'taboo' bahawa hanya grup ustaz sahaja yang patut atau layak jadi Presiden...

 Adillah wahai ustaz-ustaz....

Sokongan Bawa Rebah Kepada Ulama PAS

Mereka yang kononnya menyokong kepimpinan ulama tapi menunjukkan sokongan dengan cara yang tidak wajar, tidak menepati undang-undang PAS da tidak islamik, maka kumpulan ulama perlu menyatakan bahwa kumpulan ulama tidak bersetuju dan  berlepas diri daripada jenis penyokong ini ... 
takut nanti ini kategori sokongan membawa rebah...
hayatilah suara dari dalam PAS sendiri!
--------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA
Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia berbeza pandangan dengan Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, dan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria, di dalam isu seruan kepada ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemimpin tertinggi parti supaya keluar parti untuk menyelesaikan konflik dalaman parti.

Seruan meminta ahli-ahli PAS keluar parti adalah suatu tindakan yang tidak bijak, apatah lagi jika ia dibuat oleh pemimpin tinggi parti. Seruan ini tidak selari dengan prinsip demokrasi di dalam parti di samping bercanggah dengan perlembagaan parti dan sangat bertentangan dengan usaha para pemimpin terdahulu yang bekerja dengan penuh jerih mengajak rakyat Malaysia menyertai PAS.

Selaku sebuah parti yang memperjuangkan hak asasi rakyat, di dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat, kita di dalam PAS sepatutnya menghormati hak asasi ahli PAS untuk kekal menjadi ahli PAS, apa lagi hak untuk memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti, di samping hak untuk memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

Fasal 15(1) Perlembagaan PAS menyebut “keberhentian ahli ialah disebabkan (a) permintaan sendiri (b) dipecat (c) mengisytihar diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain.” Peruntukan di bawah Fasal 15(1)(a) dan (c) jelas menyentuh hak asasi ahli yang tidak boleh diusik oleh sesiapa, waima oleh pemimpin tertinggi parti sekalipun, kerana ia membabitkan kerelaan ahli.

Sebaliknya, jika mana-mana pihak merasakan bahawa kewujudan ahli-ahli tertentu parti menimbulkan kemudaratan, apa yang boleh mereka lakukan ialah bukan membuat seruan terbuka tetapi mengemukakan cadangan bertulis kepada Setiausaha Agung bagi dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS supaya ahli-ahli tersebut dipecat dari parti.
Asal saja bukti ada; selaras Fasal 15(3)(a) Perlembagaan PAS yang menyebut “pemecatan seseorang ahli itu bolehlah dilakukan apabila terbukti ianya telah melanggar Perlembagaan PAS, Aturan dan Peraturan serta arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti, atau telah melakukan sebarang perbuatan yang berlawanan dengan kepentingan parti atau menyalahi tatatertib parti”.

Sedarkah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman apakah yang akan berlaku jika seruan mereka supaya ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemimpin tertinggi parti keluar parti disahut oleh ahli-ahli tersebut? Tahukah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman berapakah bilangan ahli dan cawangan PAS yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan berstatus aktif pada masa ini?
Jika Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman melihat semula Laporan Tahunan PAS Sesi 2013/2014 yang dibentangkan di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 di Batu Pahat, pada September lalu, mereka patut tahu bahawa bilangan ahli dan cawangan PAS yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan berstatus aktif hanyalah sebanyak 763,849 dan 6,894 sahaja.

Tahukah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman betapa susahnya para pemimpin terdahulu bekerja untuk mengumpul ahli hingga menjadi seramai ini? Di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-37 di Taman Melewar pada Jun 1991, Almarhum Datuk Fadzil Noor telah mensasarkan untuk mendapatkan 180,000 ahli baru bagi mencukupkan ahli PAS menjadi 500,000 pada tahun 1995.
Tetapi berapa orang sahajakah ahli yang mampu ditambah oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh Dr Daeng Sanusi Mariok di dalam tempoh empat tahun ini? Hanya 48.5% dari jumlah yang disasarkan sahaja, iaitu 87,328 orang, dengan 21,123 orang pada sesi 1991/1992, 17,550 orang pada sesi 1992/1993, 21,547 orang pada sesi 1993/1994 dan 27,108 orang pada sesi 1994/1995.

Bayangkanlah betapa gembiranya Almarhum Datuk Fadzil di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-45 di Taman Melewar pada Mei 1999 apabila mengumumkan di dalam ucapan dasar beliau bahawa, hasil dari gelombang perubahan yang berlaku di dalam negara beberapa bulan sebelum itu, “Alhamdulillah rancangan kita telah pun berjaya. Hari ini bilangan ahli PAS telah melebihi setengah juta.” Jelas Almarhum Datuk Fadzil, “Saya cukup terharu dengan penyertaan ahli baru yang mencecah lebih 100,000 orang dalam masa beberapa bulan terakhir ini”.

Dengan bangganya Almarhum Datuk Fadzil menyebut, “Kita seringkali mendengar rungutan dan kritikan bahawa PAS begitu sekali ketandusan sumber tenaga manusia terutama dari golongan profesional. Bagaimana mungkin untuk PAS mentadbir negara sedangkan mereka tidak mempunyai tenaga profesional? Sekarang kita mempunyai ribuan ahli di kalangan profesional. Apakah kita masih tidak mampu mentadbir negara dan menjadi kerajaan alternatif?”

Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia menyeru semua pemimpin PAS supaya berlapang dada memikirkan di manakah silapnya apabila ahli-ahli yang sebelum ini pernah menjadi lambang kebanggaan kita kini cuba dihambat keluar dari parti pula. Gesaan menghambat ahli-ahli keluar dari parti perlulah dihentikan serta-merta kerana gesaan ini sangat memalukan. Ia seolah-olah membuat pengakuan terbuka bahawa Lajnah Dakwah dan Lajnah Tarbiyyah kita gagal dalam melaksanakan tugas mendakwah dan mentarbiyyah ahli-ahli parti.

Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan semua pemimpin PAS bahawa sebagai sebuah parti politik, kita memerlukan kedua-dua kualiti dan kuantiti pada ahli-ahli kita. Gesaan menghambat ahli-ahli keluar dari parti adalah berlawanan dengan matlamat kita berpolitik, iaitu untuk mencapai kemenangan di dalam pilihan raya demi mencapai redha Ilahi. Meruntuhkan apa yang telah dibina dengan bersusah-payah oleh para pemimpin terdahulu bukanlah kerja yang susah, tetapi membinanya semula sudah tentu akan memakan masa.
Dengan penuh hormat, saya berharap agar gesaan sedemikian tidak berulang lagi.

MOHD HASBIE MUDA
Pengarah Pendidikan Politik
Pemuda Pas Malaysia.
 ----------------------------------------------------------------
 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420
hisham-ahmad.blogspot.com