Social Icons

Pages

Tuesday, March 10, 2015

Pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man. Penolakan tuanpunya badan?


"Peliharalah amalan hati, kerana bila hati rosak, tukarlah siapa pimpinanpun, ia tetap tidak berpuashati. kerana yang rosak adalah dirinya, bukan jamaah atau kepimpinannya."

Itulah yang saya terbaca, petikan kata yang difahami sebagai merujuk kepada tuan diri yang dicalonkan untuk jawatan Presiden. TITM.

Kata-kata itu (jika benarlah darinya) mungkin akan mengecewakan pihak yang mungkin ikhlas melakukan penamaan atau pencalonan. Tetapi saya kata, sabarlah dulu.

Mari kita analisis sedikit soalan dan mencari beberapa jawapan atas pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man:-

Soalan, mengambikira kredebiliti yang diketahui dan menilai sikap hemah serta tuturkata hikmah, adakah beliau salah seorang tokoh ulama yang layak untuk diberipeluang menjadi Presiden?
Jawapan, Selain daripada ustaz Ahmad Awang, Ya.

Soalan, tapi beliau seperti tidak mengalukan pencalonan bahkan seperti mengecamnya?
Jawapan, itu kalau kita baca secara biasa dan begitulah sikap tawaduk pemimpin sebenar, bukan sahaja tidak gelojoh jawatan dikejar ..bahkan mantik ahli-ahli bawahan dicabar!; Sebenarnya, kalau kita baca secara baik sangka dan bijaksana, ia bukan penolakan tapi amaran, bahawa jika aku kau semua inginkan, bukan kerana untuk menjatuhkan satu kebaikan, tetapi ikhlas untuk melihat kebaikan sedia ada, dimakmur dan dilipat ganda.

Soalan; adakah TG Hadi Awang tidak layak lagi meneruskan kepimpinannya sebagai Presiden?
Itu soalan yang tidak perlu. Beliau telah menerajui bagi tempoh yang lama. Kebaikan banyak dan jasanya tidak terkira, cuma realitinya, ada isu penting yang yang perlu diputuskan bersama.

Soalan yang lebih perlu ialah mengambilkira kemelut dalaman yang serius, adakah salah untuk tokoh ulama lain diberi peluang untuk bertanding jawatan Presiden?

Jawapan, tidak salah. Bahkan mungkin perlu digalakkan persaingan dalam pertandingan bagi melihat suara hati dan sokongan keseluruhan.

Jika calon baru menang, maka PAS meraikan suasana kepimpinan baru. Ia tidak bermakna ahli-ahli menolak yang lama, tetapi mengharapkan ia menjadi musabab menyelesaikan kemelut dalaman, menyatukan 2 pihak yang berselisihan seterusnya melihat visi baru penuh harapan.

Jika calon lama (penyandang) menang, ia bukti penerimaan semua dengan cara, keputusan dan tindakan dalam kepimpinannya, khusus dalam tempoh kemelut yang melanda. Maka wajar pemimpin-peminpin yang tidak 'sebulu' tundukkan hati atau angkat kaki, tinggalkan parti.

Biarlah ahli-ahli menyuarakan isihati mereka.

Tiada siapa lagi wajar sakit hati, tidak perlu lagi terdengar tuduh-menuduh dan caci -maki, khusus daripada mereka, yang tidak atau yang terakhir kita sangkakannya.

Sekurang-kurangnya kemelut ini memperlihatkan kepada kita 'wajah sebenar' segelintir mereka yang berada dalam kumpulan ulama, dari aspek toleransi, meraikan perbezaan pandangan dan dalam menegakkan apa yang mereka percaya dan inginkan!

Ia pengajaran yang sangat memanfaatkan namun kita berharap janganlah kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga dan buat kita semua bukan ustaz, jangan kerana marahkan (beberapa ekor) nyamuk, habis kelambu dibakar !

Apapun hasil keputusan, ulama masih kekal mengetuai kepimpinan. Bukankah ia penyelesaian yang mendamaikan?

Dan hanya Allah s.w.t. mengetahui apa yang terbaik....

hisham-ahmad.blogspot.com
 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

No comments:

Post a Comment