Social Icons

Pages

Thursday, March 5, 2015

PM , kempen golf dan bantahan saya


Tidaklah lama berlalu, berita temasuk laman web ini menyiarkan tentang galakan PM agar rakyat melibatkan diri dalam sukan atau permainan golf termasuk yang beragama Islam. Semasa itu saya tidak sempat menulis untuk menyatakan sesuatu.


Namun pagi jumaat ni (6/3/2015) sesuatu berlaku.


Saya menerima sms daripada orang yang saya tidak kenal. Dia memaklumkan tentang dirinya yang kini hilang kemesraan dengan sahabat-sahabat baiknya yang terdiri daripada pelbagai bidang kerja (profesional dan bukan profesional (tidak bermaksud ulama).

Hubungan mereka menjadi renggang.Sebabnya..

Sebabnya dia tidak dapat menyertai permainan golf bersama kawan-kawannya itu atau jika dia mahu sertai, dia mungkin tidak mahu kaedah permainan golf yang bersifat atau mengandungi elemen judi.

(Kaedah dipilih bukan kaedah yang jelas judi seperti bakarat dan sebagai tetapi kaedah 'pool' yang dirasakan tidak memfokus kepada wang dan tidak mengandungi unsur penganiayaan)

Maklumat judi di dalam golf diperolehinya  di dalam blog saya. Terdapat Fatwa Negeri Johor dan Fatwa daripada OIC fiqh Convention) (peringkat tempatan dan antarabangsa -secara melibatkan sekian ramai ulama termasuk kepakaran dalam bidang kewangan).

Sahabat-sahabat seperjuangan golfnya tidak bersetuju kepada fatwa atau pendapat hukum yang kuat itu. Mereka memberi hujah dan alasan mereka atau apa yang saya anggap 'fatwa' diri sendiri. (Ini satu tindakbalas biasa.)

Dia kemudian meminta saya melakukan sesuatu?

Saya tidak sempat melakukan apa yang dia mahukan. Saya kemudian menjawab spontan sms itu dan menyatakan ia sebagai jawapan awal saya, yang lebih kurang begini:-

"Bersabar, anda tidak akan bertindak (melakukannya) melainkan kerana ada iman. Bahkan, jika anda ada rasa musykil dan kurang bersetuju dengan fatwa itu tetapi tetap bertindak (mengambil keputusan) meninggal permainan itu, maka anda bertindak atas dasar taqwa kerana anda meninggalkan syubhat atau keraguan (untuk pergi kepada kedudukan selamat) kerana takut mengambil risiko satu dosa besar. (lebih mulia).

Apa yang anda perolehi (2 sifat itu) jauh lebih bernilai bagi akhirat anda daripada suatu persahabatan atas asas golf.

Jika mereka tidak memesrai anda krn pilihan anda itu ...masalah adalah pada mereka bukan anda.
Ini adalah ujian untuk orang yang memperbaiki diri ...maka harungilah ia dan menangkan diri anda. Namun padanya ada tugas dakwah untuk anda memesrai mereka secara diredai-NYA dan menasihati mereka secara baik.

Dua fatwa itu terlalu kuat kepada kebenaran."

Kami ada lagi berbalas sms. tetapi memadailah diatas sebagai iktibar dan pengajaran.

kisah golf dan judi, saya masukkan dalam buku saya - Syurga lebih hampir tanpa Riba, dan buku Haji "Baitullah aku datang". Berapakali ditulis dalam blog dan pernah keluar di web Tranungkite dengan hit yang tinggi.

Sebab itu saya amat tidak setuju PM menggalakkan umat Islam berkecimpung dengannya secara meluas apalagi sekadar riadah. Alasan bisnes atau marketing adalah alasan yang dibuat-buat (boleh dihuraikan). Ia bukan sekadar memakan masa yang lama (bagi tujuan riadah) tetapi apa yang menakutkan, tarikan judi didalam sukan golf ini sangat  kuat dan 'menggiur'kan.

hisham-ahmad.blogspot.com
 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

No comments:

Post a Comment