Social Icons

Pages

Sunday, September 29, 2013

Isu Fatwa Halal ASB- Kenang Semula P'bincangan Ilmiah

Status Halal Yang Rapuh!
Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Inilah keputusan terakhir dan terkini yang diketahui. ASB telah disahkan sebagai halal dan wang pendapatan daripadanya adalah halal. Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.

Adakah anda bersetuju dan berpuas hati dengan fatwa ini? Mari kita perhatikan sedikit isu-isu berkaitan dengannya. ISU PERCAMPURAN SUMBER. 

1.       Persoalan berkaitan dengan status halal ASB ialah masalah percampuran antara sumber, iaitu antara pendapatan yang halal dan yang haram di dalamnya. Menurut seorang pakar kewangan Islam, jumlah sumber dan pendapatan yang terlibat dengan permasalahan ini ialah sebanyak 30 peratus yang dilaburkan dalam sektor kewangan (perbankan). Sementara 70 peratus bakinya tidak terlibat, kerana dilaburkan dalam sektor yang tidak berkait dengan unsur haram, misalnya dalam sektor perladangan dan sebagainya. Dikatakan 75 peratus saham satu perbankan konvensional dimiliki PNB.

2.      Menurut pakar itu, berasaskan kepada analisis pelaburan PNB dalam perbankan itu, ternyata memang terdapat percampuran dari segi sumbangan modal oleh PNB dengan pemegang saham yang lain dalam perniagaan perbankan itu. Akibat daripada percampuran ini, adalah sukar untuk ditentukan nilai ringgit (RM) dan peratus (%) pulangan dividen yang dibayar oleh perbankan itu kepada PNB mengikut pecahan perbankan konvensional dan perbankan Islam. Ini kerana berasaskan realiti amalan pengurusan perniagaan dan perakaunan, semua sumber modal akan disatukan ke dalam satu kumpulan wang, tanpa mengira ianya datang dari mana, atau melalui saluran mana.

3.       Selain itu, jumlah modal daripada pihak pelabur tidak dapat disalurkan secara khusus kepada sektor perbankan Islam. Kerana ia hanyalah sebuah unit atau jabatan dalam struktur organisasi perbankan itu, dan bukannya sebuah entiti perniagaan yang berasingan daripada bank tersebut. Meskipun kaunter Sektor Perbankan Islam (SPI) di perbankan itu mempunyai penyata akaun yang berasingan daripada sektor perbankan konvensional, namun dari segi modal dan keuntungan ianya adalah berpunca, dan juga akan disalurkan kepada satu kumpulan wang yang sama.

4.      Malah, kalau sekiranya faktor kewujudan Sektor Perbankan Islam (SPI) sebagai salah satu unit dalam kumpulan perbankan itu sendiri diambil kira, kedudukannya dari segi mempengaruhi hukum halal kepada pendapatan PNB tidaklah juga menggalakkan. Ini memandangkan sumbangan keuntungan kaunter SPI ini kepada perbankan itu secara relatifnya adalah kecil, iaitu hanya sekitar 6 peratus sahaja berbanding 94 peratus jumlah pulangan yang diperolehi daripada perniagaan perbankan konvensional.

5.       Dengan ini ternyata bahawa pendapatan utama perbankan itu diperolehi daripada hasil pulangan yang berunsurkan Riba. Kadar 94 peratus tersebut jelas melebihi tanda aras 5 peratus yang dibenarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dalam menentukan sama ada sesuatu dana saham itu patuh syariah atau sebaliknya.       Hujah & Pandangan

6.      Persoalan tentang percampuran di antara sumber dan pendapatan yang halal dan yang haram ini telah lama dibincangkan. Aktiviti-aktiviti haram dalam sesuatu sesuatu perniagaan itu adalah haram hukumnya, sama ada dilakukan oleh orang Islam sendiri atau oleh orang Islam  sendiri atau oleh orang bukan Islam. Maka persoalan yang timbul ialah, sejauh mana aktiviti haram boleh mempengaruhi dan memberi kesan kepada transaksi pelaburan Skim ASB dan ASN.

7.       Dikatakan bahawa perbincangan bagi menjawab persoalan ini memerlukan penelitian terhadap saiz kepentingan atau Maslahah yang mahu dicapai. Makin besar kepentingan makin remeh kedudukan aktiviti yang asalnya haram itu.

8.      Tak kisahlah apa pun. Yang penting, apakah hujah kepada harus dan halal? Setakat ini tidak diketahui apakah hujah dalam keputusan fatwa kebangsaan ini. Namun dipercayai antara sebab keharusannya adalah ditekankan kepada kepentingan Maslahah umat Islam.

9.      Berdasarkan maklumat pertama daripada seorang bekas mufti (Johor) yang menganggotai JKF itu bahawa antara sebab kepada Maslahah itu ialah kerana dana wang simpanan orang Islam pada ASB terlalu besar jumlahnya dan jika perlu di keluarkan dan di tempat ke tempat yang dijamin halal, pasti tidak tertampung dan ini akan memberi kesan buruk.

10.   Isu Riba Dalam ASB. Tidak diketahui secara jelas berapa peratus penglibatan ASB dalam isu Riba. Suatu yang pasti ialah sebahagian dana ASB dilaburkan kepada bank konvensional terbesar di Malaysia.  Riba sebagaimana telah diketahui adalah diharamkan secara total dan sepenuhnya, sama ada banyak mahupun sedikit.   

ALASAN-ALASAN YANG MENGHARUS DAN MENGHALALKAN ASB  

1.    Alasan Maslahah (adanya sebab yang memerlukan, keterpaksaan (kepentingan yang besar atau sebagainya) :-  

Penglibatan umat Islam dengan ASB yang ditaja oleh kerajaan bagi membiak, mengembang dan meningkatkan ekonomi orang Islam di negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad’. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap Darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu. Seorang pakar kewangan Islam di Malaysia ada mengulas isu Daruriyah. Mengikut teori Maqasid al-Syariah, iaitu objektif hukum Islam, Daruriyah bermaksud kepentingan hidup yang menyentuh soal survival atau hidup mati sesuatu masyarakat itu. Selain daripada agama, nyawa, akal dan maruah/keturunan, harta juga dikatakan termasuk dalam perkara yang Daruriyah dan perlu diberi pandangan yang istimewa dalam menentukan hukum. Kedudukan harta itu sendiri dikatakan sebagai asas hidup yang menentukan survival ummah.  Oleh itu, 30 peratus yang dilaburkan dalam sektor kewangan yang mengamalkan sistem Riba itu dilakukan demi survival ummah dalam sektor kewangan dan perbankan. Ulasan diberikan bahawa dalam memperkembangkan  konsep ini dalam konteks realiti umat Islam di Malaysia sekarang, perbincangan kadang-kadang melibatkan soal keadaan ekonomi umat Islam yang sangat gawat di negara ini. Kegawatan ini, oleh sesetengah pihak telah meletakkan umat Islam pada kedudukan Darurat, iaitu terpaksa melakukan sesuatu yang haram demi keselamatan diri. Dengan lain perkataan, tanpa melaburkan 30 peratus berkenaan di dalam perbankan Riba dengan objektif tertentu, seperti mana telah disebut sebelum ini, umat Islam di negara ini mungkin dihimpit oleh cengkaman sistem kewangan konvensional sampai ke peringkat yang sangat mengancam kehidupan mereka. [Mungkin terlintas dalam fikiran seseorang untuk mengetahui bahawa daripada semua mufti yang menganggotai JKF tersebut, siapakah di antara mereka yang menyertai dan melabur dalam skim ASB ini?]


2.      AL-HAJAH (Keperluan):-  Terdapat keperluan yang nyata di kalangan umat Islam sekarang untuk terlibat dalam urus niaga yang tidak seratus peratus patuh syariah seperti ASB ini demi kebaikan ummah. Mengikut prinsip Maqasid al-Syariah, ‘keperluan’ atau al-Hajah ini mempunyai takat atau standard yang rendah. Ia tidak menyentuh soal survival, tetapi sekadar kemudahan secara umum. Maksudnya bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi ummah agar kedudukannya lebih terjamin dan selesa.                    Mengikut para ulama, walaupun al-Hajah itu kategorinya lebih rendah daripada al-Darurah tetapi dalam sesetengah keadaan, ia boleh berfungsi pada tahap yang sama. Kata para ulama Qawa’id Fiqhiyah, ‘Hajah boleh berfungsi sebagai Darurah’. Maksudnya dalam mempengaruhi hukum tentang sesuatu. Lebih memperkukuhkan lagi pandangan berkenaan ialah Hajah ‘ammah’, iaitu keperluan umum. Ia perlu diberi keutamaan berbanding keperluan khusus, misalnya untuk individu atau kumpulan tertentu sahaja. Maksudnya pelaburan seperti itu dianggap keperluan umat Islam umumnya untuk mengatasi kelemahan ekonomi mereka yang sangat tertekan dan mendesak. Dengan kata lain, walaupun keadaan ekonomi dan kewangan masyarakat Islam di negara ini bukan berada pada tahap sangat gawat yang mengancam survival secara segera, namun ia merupakan keperluan yang nyata demi survival ummah dalam jangka panjang. Berasaskan kepada kedudukan ini, ia tidak boleh dilihat dari perspektif perhukuman biasa, yang semata-mata berpandukan kepada usul fiqh. Sebaliknya ia juga perlu dilihat dari prespektif siasah syar’iyah, atau polisi semasa yang membuka banyak ruang berasaskan kepada keperluan melaksanakan dasar dan polisi pemerintahan yang adil dan saksama. 


 ALASAN-ALASAN YANG MENGINGKARI KEHARUSAN ASB DAN KEHALALANNYA. 

 Bagi yang tidak bersetuju hujah dan pandangan di atas, menyatakan bahawa sekalipun harta merupakan Daruriyah dan perlu diberi kedudukan istimewa dalam menentukan hukum tetapi sejauh mana takat keistimewaan itu sendiri? Apakah ia boleh melampaui batas-batas halal dan haram? Ramai memandang situasi Darurat seperti itu tidak wujud di negara ini. Masih ada banyak pintu rezeki yang jelas halalnya, dan masyarakat Islam tidak akan musnah walaupun tidak terlibat dalam aktiviti seperti itu.

Menurut seorang ilmuan kewangan Islam yang tidak terlibat dengan majlis JKF tersebut, orang ramai adalah harus menyertai ASB disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti majlis penasihat syariah yang ada di institusi kewangan Islam. (Mungkinkah pernyataannya seperti kurang bersetuju dengan penemuan fatwa itu?) 

Ilmuan itu turut menyatakan bahawa hujah Maslahah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan). Daripada bergantung kepada Maslahah yang mungkin dari kategori Maslahah yang tertolak (Mulghah) kenapa tidak diubah sistem dan isinya kepada cara pelaburan Islam. Betulkan cara akadnya, kedudukan penjamin ketiga, cara pembahagian untung, nisbah pelaburan di tempat haram dan lain-lain. Bila nilai peratusan tertentu katakanlah 30% berada dalam pelaburan yang jelas haram seperti Riba maka sudah tentu ada kesannya pada keuntungan dividen atau bonus pelabur. Nabi bersabda yang ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram). Ia juga suatu yang bertentangan dengan Maslahah utama dalam menghapuskan industri Riba apabila nilai peratusan itu (katakan 30 %) menyokong industri Riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan”.


Kita telah melihat penjelasan hujah yang mengharuskan dan penjelasan hujah yang tidak bersetuju dengan keharusan itu. Namun dalam pada itu, timbul lain-lain kemusykilan :-

(1) Benarkan tidak mencukupi kaunter halal atau syarikat pelaburan yang halal untuk dilabur oleh dana ASB di dalam atau luar negeri atau syarikat halal itu tidak mempunyai trek rekod keuntungan yang baik? 
(2)   Apakah pengecualian dan kelonggaran dalam bentuk Maslahah itu benar-benar wajar dan menepati syarat-syaratnya? Apakah benar ASB diperlukan untuk Maslahah umat Islam di Malaysia? Apakah benar-benar tiada  alternatif lain? Adakah benar terlalu sukar untuk membuang unsur Riba dan haram daripada ASB? 
(3)   Adakah terpakai alasan Maslahah bagi individu pula? Adakah wujud seseorang itu memerlukan ASB atas alasan hajat/hajiah? Adakah ia suatu Maslahah bagi seseorang individu Islam di Malaysia untuk melabur ASB sedangkan dia mempunyai banyak pilihan kaunter pelaburan halal? Adalah diketahui terdapat mereka yang telah membebaskan diri daripada ASB ini, bagaimana pula ia menjadi suatu keperluan atau Maslahah kepada seseorang yang lain? 
(4)   Dalam pada itu, tindakan mendapatkan pinjaman (Riba) dari bank konvensional untuk tujuan pelaburan ASB adalah masih disepakati sebagai haram oleh Majlis JKF Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Tidak diketahui berapa ramai orang Islam yang mendapatkan pinjaman konvensional untuk pelaburan ASB dan berapa jumlah wang yang terlibat tetapi ia adalah suatu yang benar-benar wujud. Seseorang kakitangan muslim yang pernah dikenali mesra daripada sebuah perbankan (konvensional) di Malaysia begitu aktif mempromosikan skim pinjaman bagi tujuan pelaburan ASB dengan antara katanya yang diingati ”inilah pelaburan terbaik dan paling selamat untuk menolong orang melayu... tapi orang melayu tak banyak duit.... perlu dibantu dengan pinjaman ASB ..... wang dividen ASB boleh menampung bayaran bulanan pinjaman itu”.      

(5)   Walaupun ASB dihukumkan harus dan halal kerana antaranya atas dasar Maslahah atau sebab lain walaupun mengandungi elemen Riba, adakah ia merujuk hanya kepada wang pelaburan yang telah sedia ada? Bagaimana pula kedudukan & keinginan pelabur baru untuk melabur dan pelabur sedia ada yang ingin menambah pelaburan?     
(1)             Teori-teori berasaskan Maslahah, Hajah, Darurat atau apa jua istilah yang lain kelihatan berfungsi untuk memberi pengecualian atau kelonggaran pada suatu hukum am (haram). Teori-teori atau sebahagian teori-teori ini boleh dikatakan ada didasarkan dari al- Quran dan sunnah. Namun dari sudut Daruriyah, adakah dan setakat manakah pemakaian teori-teori ini patut dibenarkan dalam soal perlindungan harta (apabila bercampuran halal dah haram; dan haramnya adalah bersebabkan Riba, suatu dosa yang besar di sisi Allah).  Hujahan-hujahan dalam membezakan definisi dan perbezaan kekuatan pemakaian antara teori-teori di atas adalah menarik pada diskusi akademi namun pada realiti dan hakikatnya, serupa sahaja.      
(7) Teori-teori itu kelihatannya saling sokong menyokong dengan tujuan membenarkan, bahkan meluaskan ruang untuk membenarkan apa yang pada asalnya dilarang.  
(8) Seseorang mukalaf dihukum oleh Allah berdasarkan pilihannya sendiri kerana sama ada berbuat baik atau jahat, tidak kira teori apa yang dia bergantung harap, jika pada Allah ia tidak betul, dia juga sendiri yang akan menanggung bagi pihak dirinya?  
(9) Sebenarnya banyak kemusykilan timbul daripada fatwa menghukumkan harus tapi tidak diperjelaskan atau (jika ada) tak pula didedahkan penjelasannya. Mari kita lihat semula fatwanya. (i) Hukum melabur dalam Skim ASB serta dividen atau bonus yang diterima adalah  harus. (ii) umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.  
(10) (i) Ini bermakna bahawa sesiapa sahaja umat Islam tidak kira kaya, miskin, memerlukan atau tidak memerlukan;  boleh melabur dalam skim ASB. Tidak terhad kepada pelabur sedia ada atau pelabur baru. Sesiapa sahaja boleh melabur dan menambah pelaburan. Seisi keluarga boleh menyertainya. Adakah begini maksudnya? Jika begitulah maksudnya, Ia seperti melampaui tujuan dan objektif penggunaan alasan-alasan yang membenarkannya (Darurat dan sebagainya).  (ii) Kesan implikasi daripada hukum halal dan harus ini, pemasaran ASB akan menjadi lebih rancak dan bersemangat kerana tiada lagi halangan syarak, usaha untuk memikat pelabur-pelabur baru (umat Islam) pasti akan ditingkat dan digiatkan lagi. Seolah-olah natijahnya lesen (halal) Darurat digunakan untuk mengembang biak aktiviti-transaksi Riba.
(11) Kekeliruan :  (i) Apakah kaitan dan kepentingan Maslahah kepada ekonomi Islam atau ekonomi umat Islam, sekiranya seseorang yang stabil ekonomi peribadinya dan dulu meragui kehalalan ASB, kini meyakini kehalalannya dan merancang untuk menyertai skim pelaburan ASB?  Adakah kebenaran fatwa itu menambahkan (memburukkan) atau mengurangkan situasi Darurat kepada ekonomi umat Islam? Adakah ia juga akan menyebabkan pertambahan bilangan umat Islam yang berhajat secara kelompok sedangkan dia tidak berhajat pada agama untuk melindungi harta atau kerana kemiskinan?    (ii)Bagaimanakah kedudukan seseorang yang stabil kewangan peribadi, tetapi mahu menyertai skim ASB sekadar hendak mendapat untung dan dividen yang baik sedangkan tiada hajat pada agama (untuk melepaskan kesukaran atau memenuhi keperluan).      (iii) Fatwa ini kelihatannya memberi kebebasan mutlak kepada semua umat Islam menyertai skim pelaburan ASB, sedangkan semasa kita mencari alasan-alasan syarak untuk mengharuskannya, kita menemui istilah-istilah pengecualian (Maslahah, Darurat, Hajiat) ini. Bukankah istilah-istilah pengecualian ini mempunyai syarat dan had-had batasannya. Tetapi bila kita membenarkan, kita tidak pula menyangkutkan kepada apa-apa syarat dan had batasan yang merupakan sebahagian daripada  diri istilah-istilah (teori-teori) pengecualian itu.  (iv) Adakah pinjaman Riba dibenarkan untuk menyertai skim ini memandangkan skim ini memang ada sebahagian wangnya berunsur Riba? Adakah pembiayaan mana-mana bank Islam dibenarkan untuk membeli sijil aset pelaburan skim ini memandangkan ia kini telah halal? Sudikah kini BIMB dan bank Muamalat menyertainya? Menyediakan pembiayaan untuknya? Bagaimana kedudukannya pada pihak Suruhanjaya Sekuriti, diiktiraf sebagai lulus syariah? Rasanya tak, tak tahulah sekarang. (v) Adalah mungkin sepatutnya fatwa yang mengharuskan dan menghalalkan ASB itu meletakkan beberapa syarat seperti berikut :-  (1) Selagi mana terdapat Riba, pelaburan ini terhad hanya kepada    pelaburan yang sedia ada, tidak boleh ditambah wang pelaburan.  (2) Individu Islam tidak boleh melabur sebagai pelabur baru, melainkan individu itu yakin dia memang berhajat untuk memenuhi keperluan dirinya. Ini pun pelik, sebab sekiranya seseorang itu mempunyai RM1,000-00 atau RM10,000-00 dalam pelaburan ASB nya, bagaimana pula dia dianggap terpaksa untuk memenuhi hajat atau keperluan bagi menambah pelaburannya demi untuk mendapat lebih sedikit pulangan dividen sedangkan dalam masa yang sama ada skim pelaburan atau simpanan halal seperti Tabung Haji dan lain-lain. 

 Isu Pemahaman Kedudukan Hukum Sesuatu Fatwa. [Susulan kekeliruan di atas, maka fikiran kita akan tertanya-tanya perkara yang lain].  Apabila melihat kepada sesuatu keputusan oleh pihak berkuasa agama seperti mufti dan apabila terdapat perbezaan pandangan antara beberapa mufti, sarjana syariah atau ilmuan kewangan Islam, orang awam mengalami kekeliruan terhadap beberapa perkara. 
(1) Apakah sebenarnya kedudukan dan kepentingan sesuatu JKF pada hukum syarak yakni di sisi Allah? Maksudnya dari sudut kesan hukum dan pandangan yang dibuat? 
(2)  Sekiranya diterima suatu JKF sebagai badan authoriti yang sah yang dilantik bagi sesuatu negara, apakah perbezaan dari sudut kekuatan dan keterpakaian pandangan mereka berbanding pandangan sarjana bebas maksudnya pada hukum yakni di sisi Allah?   
(3)   Sekiranya ASB diputuskan oleh JKF sebagai halal dan wang daripadanya boleh digunakan untuk zakat,  adakah  di sisi Allah ianya juga halal dan sah?  
(4)   Sekiranya ia tidak diketahui, samada di sisi Allah dikira sah dan halal,  bermakna ia mungkin tidak halal dan sah?  
(5)   Sekiranya ia sebenarnya di sisi Allah tidak sah dan halal? Maka apa kesudahan kepada mufti dan orang awam yang percaya dan bergantung kepada fatwa mufti negara? Adakah orang awam itu dikira kembali berdosa? 
(6)  Adakah kiranya apabila mufti khilaf dalam ijtihad, beliau masih tidak berdosa dan dianggap masih mendapat 1 pahala kurang-kurangnya?  Demikian itu juga, maka adakah orang awam yang bergantung dengannya dikira tidak berdosa? (Sekiranya mufti benar-benar ikhlas dalam memberi fatwa tetapi tersilap di sisi Allah).  
(7)  Jika seseorang yang diberikuasa membuat fatwa telah membuat fatwa dengan mengikut kepentingan diri atau pihak ketiga, maka dengan itu dia dikira berdosa disisi Allah, maka adakah orang awam yang jujur ikhlas bergantung padanya juga dikira berdosa?     
(8)  Sekiranya hukum dosa itu dikira/kembali semula, maka begitu jugakah kembalinya kesan (dosa) makan harta haram atau kesan Riba (yang berada dalam perutnya, perut anak-anaknya)? Kesan kedudukan haji dan umrahnya? Zakat dan sedekahnya? 
(9)  Terdapat juga situasi di mana fatwa atau pandangan hukum dikeluarkan oleh mufti atau ahli agama, di mana dalam memberi jawapan dan fatwa, mereka menyatakan akan adanya dua pilihan iaitu (1) pilihan Darurat (2) pilihan ketakwaan?  Jika seseorang muslim itu hendak menjaga (lebih) ketakwaan dan berjaga-jaga (untuk lebih selamat) maka disaran jangan libatkan diri walaupun ada kelonggaran seperti Darurat, Maslahah dan sebagainya. Ini dikatakan untuk mengelakkan dari mengambil risiko terlibat atau termakan sesuatu yang haram atau syubhah.  Apa maksudnya di sisi Allah? Kalau difahami, adakah maknanya memilih pilihan yang bersandarkan alasan Darurah atau Maslahah merupakan pilihan berisiko di sisi Allah?  
(10)  Sebenarnya suatu pandangan atau fatwa yang dikeluarkan mestilah ada kekuatan alasan dan hujahnya. Fatwa itu juga mestilah bukan sekadar dijelaskan dengan alasan dan sebab-sebabnya bahkan wajar disediakan jawapan-jawapan konkrit bagi persoalan-persoalan yang dijangka akan ditimbulkan.

(11)  Menyedia jawapan-jawapan yang baik kepada soalan-soalan jangkaan yang timbul atas suatu fatwa atau pandangan agama yang dikeluarkan khususnya fatwa-fatwa ’panas’ dan kontroversi adalah suatu kerja tidak mudah dan mungkin bersifat fiqh andaian (yang tidak digemari oleh Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hambal tapi diterima di sisi Imam Abu Hanifah) tetapi di era kontemporari dengan letusan maklumat tidak bersempadan, ia amat mustahak untuk memberi kefahaman yang baik kepada masyarakat awam yang kini sudah terlalu terdedah kepada pelbagai maklumat, bersifat suka bertanya dan mahu melihat hujah dan authoriti disebalik keputusan atau fatwa itu.

(12)  Salah satu tujuan isu ASB dikemukakan dan dibicarakan ialah untuk kita melihat bagaimana suatu produk atau transaksi yang pada asalnya bersifat haram atau mengandungi elemen haram dan kadangkala haramnya sesuatu itu kerana mengandungi Riba yang dosanya sangat besar, namun masih diharuskan atau dihalalkan kerana diberi pengecualian dan kelonggaran (dari hukum asal iaitu dosa dan haram) atas wujudnya alasan dan sebab Maslahah, Darurat, Hajiyat dan/atau sebagainya.

Persoalan seterusnya yang lebih penting setakat mana alasan-alasan kepada pengecualian itu akan digunapakai? Setakat mana keluasan tafsirannya? Kita telah saksikan...
 

6 comments:

  1. Salam Tuan, artikel yang amat bermanafaat. Saya juga merupakan salah seorang pelabur ASB dari tahun 1999 lagi. Bilamana timbul isu fatwa yang "clashed" dikeluarkan oleh JKF dan MAIS, saya tawar hati dan terus keluarkan sejumlah wang, walaubagaimanapun akaun tersebut tidak boleh ditutup sepenuhnya. Hari ini duit tersebut bertambahbiak walaupun sudah lama tidak bertransaksi.

    Tuan, hujah-hujah/soalan-soalan yang dinyatakan di atas amat baik untuk digunapakai bagi mendapatkan jawapan supaya ianya dapat menjelaskan secara menyeluruh golongan yang patut atau tidak patut untuk melabur ASB serta mendesak pihak-pihak yang berwajib supaya mencari jalan untuk merubah sistem yang digunapakai sekarang ke sistem islamik.

    ReplyDelete
  2. terimakasih anda benar faham apa yang saya tulis.. (tidak semua mampu bersabar utuk habis meneliti.)..

    khususnya pada persoalan yang saya bangkitkan itu... tanpa persoalan2 itu... kita tak perasaan atau kita akan terlebih selesa ... merasakan fatwa itu sudah cukup 'credible' untuk menangkis sebarang serangan logik..
    .

    ReplyDelete
  3. terimakasih anda benar faham apa yang saya tulis.. (tidak semua mampu bersabar utuk habis meneliti.)..

    khususnya pada persoalan yang saya bangkitkan itu... tanpa persoalan2 itu... kita tak perasaan atau kita akan terlebih selesa ... merasakan fatwa itu sudah cukup 'credible' untuk menangkis sebarang serangan logik..
    .

    ReplyDelete
  4. salam tuan...ada yang saya faham dan ada yang saya masih tidak faham kerana saya masih lagi seorang pelajar di semester 1 di bidang ini...banyak yang saya perlu belajar dan artikel ini banyak membantu saya untuk memahami isu perbankkan islam dan ekonomi di malaysia...saya ,masih lagi seorang penuntut sem1 dalam bidang syariah,ekonomi dan perbankkan islam dan akn bermusafir ke jordan 2 tahun lagi....saya bersetuju dengan pendapat penulis mengenai sejauh mana masolih mursalah itu boleh dijadikan sumber bagi kes ini.....

    ReplyDelete
  5. MEMOHON PINJAMAN ANDA

    Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan Wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan ada di sana, Michellen Haward Firma Pinjaman adalah jawapan untuk menawarkan apa-apa jenis pinjaman kepada orang ramai atau sesiapa dalam nees bantuan kewangan. Kami memberikan pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, firma-firma dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah. hubungi kami hari ini melalui e-mel di michellenhawardloans@gmail.com

    Nota: Semua pemohon perlu berada di atas 18 tahun

    ReplyDelete
  6. TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)

    Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Christiana Anderson Firma Pinjaman adalah jawapannya. Kami menawarkan;

    a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
    b) Perniagaan Mula-up dan pendidikan.
    c) penyatuan hutang.
    d) Pinjaman Wang Hard.

    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui: angeladavidsloan@gmail.com

    ReplyDelete