Social Icons

Pages

Friday, September 19, 2014

Isu Munafiq & Dr Khairudin Attakiri


Dr. Khairudin Attakiri adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat.

 Dikatakan dalam sesi penggulungan, Dr. Khairudin Attakiri menghuraikan penggunaan istilah Munafiq berdasarkan kisah Hatib bin Abil Baltaah. Beliau menjelaskan bahawa melabel itu memang merupakan manhaj yang digunakan secara meluas di dalam al-Quran. Yang tidak bolehnya ialah menyebut orang-orang tertentu dengan sifat berkenaan, seperti si Fulan telah munafiq. Namun atas kaedah umum, ia memang dibenarkan.
 
Dia menceritakan bahawa apabila Hatib telah membocorkan rahsia Rasulullah untuk menyerang Mekah, Saidina Umar telah menegaskan di hadapan Rasulullah dengan katanya "Biarkan aku penggal kepala (Hatib) si munafiq ini". Namun baginda tidak membenarkan Saidina Umar mengambil tindakan itu. Setelah Hatib membuat penjelasan, beliau bukanlah munafiq seperti yang disangka kerana dia masih setia dengan Islam. Dr. Khairudin menjelaskan bahawa Rasulullah tidak menghalang label yang dibuat oleh Saidina Umar itu, tetapi baginda tidak membenarkan tindakan memenggal kepala itu. Dia terlepas dari hukuman itu disebabkan beliau adalah ahli Badar dan baginda berpuas hati dengan penjelasannya.
 
Kesan Hujahan Dr Khairudin Attakiri. 
Saya tidak tahu sama ada kesan hujahannya menjadi ‘motivasi’ yang merangsangkan sekian ramai ahli PAS ‘memunafiqkan’ kedua ADUN (diketahui) itu dan melegakan sebahagian yang asalnya ragu-ragu untuk memberi label itu.  

Tapi dari apa yang dibaca, laungan “MUNAFIQ’ dikatakan bergema kencang dalam Muktamar Dewan Ulama PAS pusat. Suatu yang saya tidak nampak kelebihan islamiknya!

Mungkinkah ada ulama muda PAS yang mahu mengikut jejak langkah ketegasan Syaidina Umar itu tapi saranan saya utamakan dahulu mengikut ciri lain kehebatan Umar. Kita tahu ketegasan Umar dihormati tetapi takut nanti ketegasan kita, dilucui. Saranan saya juga, mengapa tidak memilih mengikut jejak langkah Rasulullah yang bersabar, tidak memunafiqkan, mendapatkan penjelasan dan memaafkan (*- rujukan ayat di bawah).

Semoga Dr. Khairudin Attakiri tepat pada hujahnya kerana hujah dari seorang pada kedudukannya kemungkinan besar digunapakai sebagai justifikasi pelabelan munafiq dalam kes 2 ADUN diketahui itu. Dia ialah ulama muda PAS yang sangat dipandang tinggi dari segi ketokohan dan kewibawaan hujahnya. Tentulah kita juga mengharapkan sifat KEADILAN yg tinggi dari dirinya.

Kita tahu sebagai seorang yang penting dalam PAS dan dengan kedudukannya sekarang, tentulah dia dilihat ada potensi cerah menduduki kedudukan tertinggi dalam Majlis Syura Ulama, suatu badan tertinggi, suatu ketika nanti. 

Persoalan saya : 

(1) Sekalipun pelabelan munafiq itu ada justifikasi, tidakkan penjelasan dua ADUN itu boleh diterima atas dasar mereka  masih setia dengan Islam. 

(2) Adakah fakta situasi yang berlaku dalam kes (PAS) hari ini sama meritnya untuk mendapat justikasi dalil kes Hatib itu?  

(3)(Patut lebih dahulu) Adakah wajar pelabelan munafiq, jika ditelusuri semula fakta pada awal dan akhir kejadian yang membawa kepada isu masalah , mungkin menimbulkan persoalan sama ada kebenaran itu benar-benar dipihak yang merasakan diri mereka atau sebaliknya, atau sekurang-kurang kerana ‘complexity’ isu awal itu untuk menentukan kebenaran, maka mewajarkan tafsiran berbeza dalam memahaminya khusus oleh 2 Adun yang dianggap munafiq itu)!  

Justeru Dr Khairudin Attakiri…
 
Marilah kira semak semula pada persoalan kesahihan keputusan dan tindakan antara Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama. Untuk itu, soalan-soalan ini saya ajukan kepada tuan agar dapat pencerahan dan jawapan :-  

   1.    Apabila Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Presiden memutuskan menghantarkan 2 nama Wan Azizah dan Azmin, di mana tidak syaraknya?

  2.    Apabila Presiden PAS bersama Majlis Syura Ulama menghantar nama-nama calon lain mencanggahi keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat dan dirinya sendiri, di mana syaraknya?
   3.    Apabila Mesyuarat AJK PAS pusat yang membuat keputusan bersama dalam isu calon MB Selangor, tidakkah ia suatu prosiding Syura? Di mana tidak syaraknya?

   4.    Apabila Presiden & Majis Syura Ulama membuat keputusan berbeza yang kesannya mencanggahi keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat dalam isu calon MB Selangor, di mana syaraknya?

   5.    Tidakkah AJK PAS Pusat pembuat keputusan dan penentu gerakkerja?  Tidakkah mereka dengan kelebihan ilmu pelbagai bidang telah diberikuasa untuk membuat keputusan bagi PAS dalam soal strategi politik dan keputusan dalam isu calon MB itu?

   6.    Adakah Majlis Syura Ulama berfungsi mengawasi segala keputusan AJK PAS Pusat agar tidak bersalahan syarak? dan berkuasa membatalkan apa jua keputusan dan tindakan yang tidak syarak?

    7.    Jika begitu, adakah keputusan mesyuarat AJK PAS PUSAT itu tidak syarak?

   8.    Jika keputusan mesyuarat AJK PAS PUSAT itu tidak salah pada syarak? Maka apabila Majlis Syura Ulama mencanggahi keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat dalam keadaan keputusan AJK PAS Pusat tiada salah pada syarak, di mana syaraknya?

    9.    Atau adakah Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa membatalkan (veto) apa juga keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat? Jika ada, syarakkah?

    10.  Jika begitu dimana kuasa (Veto) itu disebut dalam perlembagaan PAS? 

   11.  Tidakkah kuasa itu tiada dalam perlembagaan PAS bila LUHAM dan peguam PAS mengatakan Majlis Syura atau Presiden melampaui kuasanya?

   12.  Mungkin LUHAM mentafsir berdasarkan kedudukan undang-undang semasa? Tetapi adakah ia tidak syarak?

    13.  Jika dikatakan tafsiran LUHAM dan Peguam PAS salah dan sepatutnya mengikut al Quran dan Sunnah, Adakah tafsiran LUHAM yang dikatakan mengikut undang-undang semasa itu mencanggahi Al-Quran dan al Sunnah? 

   14.  Jika soalan 1 dan 3 di atas tadi di jawab sebagai tidak salah pada syarak, bagaimana boleh dikatakan tafsiran LUHAM dan Peguam PAS mencanggahi al Quran dan al Sunnah? Mencanggahi Syarak?

   15.  Jika seorang Pemimpin, ketua atau suatu majlis/badan (pada masa sekarang) ditetapkan hak, had kuasa dan liabilitinya berdasarkan undang-undang dan peraturan organisasinya (seperti Perlembagaan PAS) sendiri, atau resolusi keputusan tertinggi (seperti muktamar PAS) adakah cara sebegini tidak syarak? Adakah ia mencanggahi Syarak? Jika ia sah pada syarak, maka adakah tindakan mengingkari atau melanggar peraturan, perlembagaan PAS atau resolusi muktamarnya menjadi tidak syarak?

  16.  Sekiranya dua pemimpin kecil (Adun PAS) … telah menelusuri persoalan-persoalan di atas, dan ikhlas percaya bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan kepada parti dan agama… di mana ‘derhakanya’, munafiknya, tidak syaraknya?

Semoga pencerahan terbaik diberikan bagi menghilang kekeliruan bagi mereka yang berusaha memberi ketaatan terbaik sedangkan fikiran dan hati mereka masih sukar melakukannya..  

Ulasan. Saya kasih ulama-ulama. Saya kasihkan ustaz-ustaz yang setia di belakang ulama dari yang lembut, keras mahupun Taliban. Saya kasih Dr Yusuf Qardawi, Zakir Naik, Nourman Ali Khan, dan semua ulama PAS (dan banyak lagi) tapi…. dulu saya tidak dapat menerima kata-kata seorang ustaz muda apabila menggunakan nama ulama besar (Syeikh Ali Jumaah) untuk seolah-olah ‘menghalalkan darah’  ikhwanul muslimin dan rakyat yang memberontak tentera zalim Mesir.  Saya juga tidak dapat bersetuju dengan saranan sokongan kepada pemerintah tentera zalim sekalipun didakwa datang dari ulama bertitle Habib kerana saya beriman kepada ayat ‘’…. jangan kamu cenderung kepada kezaliman.”      

Saya juga taat kepada semua hadith sahih tentang ketaatan kepada pemerintah, ketua dan pemimpin  tetapi saya berusaha memahami maksud di dalam hadith-hadith itu menerusi penjelasan terbaik golongan alim dan faqih seperti  dihuraikan oleh Dr Yusuf Qardawi (dalam kes revolusi menentang Hosni Mubarak di Mesir) dan Dr Zaharuddin dan Dr Asri dalam isu-isu semasa di Malaysia.  Kerana penjelasan terbaik mereka, saya benar-benar merasai keadilan pada maksud hadith-hadith sahih itu dan hilang kekeliruan yang ditimbul oleh mereka yang dipanggil ustaz dan ulama juga. Jika tidak, mungkin sahaja saya lebih suka memilih bersama kumpulan ulama muda itu.

Saya menghormati ketaatan yang ditunjukkan ahli-ahli PAS kepada ulama-ulama mereka atas keyakinan konsep wala dan bara. … tapi saya tidak bersetuju semua kata mereka “mesti dikota… atau kata-kata mereka adalah kota”  Saya suka melihat hujah-hujah dan menerima dalil-dalil yang diutarakan (konsep wala dan bara) tetapi persoalan kefahaman dan dalam mengaplikasi kepada suasana sekarang, pohon diperbahaskan. 

Kedudukan fakta-fakta berkaitan pemimpin sekarang berbeza, kuasa dan peranan mereka berbeza. Kuasa politik dan pentadbiran mungkin tidak lagi berpusat kepada seseorang tetapi kepada suatu kumpulan. Suara majoriti ahli dalam syura (jika tidak dapat sebulat suara) mungkin menjadi penentu sesuatu keputusan dan tindakan. 

Pada masa sekarang, tiada siapa diberi kuasa penuh… tiada siapa ada  kuasa veto ..jika ada, dia dianggap dictator.. atau pemimpin ulama syiah tertentu. Kuasa pemimpin/ketua juga terikat dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang melaluinya, dia dilantik. 

Mungkin asas dan logik disebalik idea ini ialah kerana susah mendapat pemimpin yang benar-benar amanah dan adil, susah mendapat pemimpin yang benar-benar bijak dan pandai, susah lagi untuk mendapat pemimpin berciri keduanya. Daripada bergantung kepada satu suara pemimpin  dipercayai baik.. lebih baik bergantung kepada beberapa orang pemimpin yang dirasa baik. Risiko seleweng, zalim dan perabih harta negara dapat dikurangkan. Persoalannya, adakah semua ini tidak syaraknya? Sekiranya ketaatan kepada pemimpin itu adalah pada had dan kadar kuasa yang diberikan padanya, adakah tidak syarak? 

Terimakasih. Kemaafan dipinta jika ada salah dan silap.

Al-Quran, Ali imran (3) ayat 159



 “maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya”.


Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com

Thursday, September 18, 2014

Soalan Bocor Di Muktamar PAS


Pada Muktamar Pemuda PAS, dikatakan terdapat perwakilan Pemuda keluar dewan sewaktu Mat Sabu memulakan ucapan perasmian sayap parti itu. Ada antara mereka memakai baju rompi hitam yang bertulis : "Kami bersama presiden dan Majlis Syura Ulama". 

Tindakan pemuda-pemuda  PAS itu, sekiranya bukanlah untuk ambil wuduk bertujuan solat, tetapi kerana protes kepada Mat Sabu, yang dianggap (pada fikiran muda mereka) tidak menyokong Presiden adalah suatu yang menarik kerana ia adalah satu kes contoh untuk dianalisakan dari aspek Wala dan Bara. “Adakah mereka boleh dianggap kurang ajar atau derhaka (tidak taat) kepada pemimpin PAS No. 2 itu!”  

Kita mungkin terlalu fokus dalam membahas isu wala dan bara, memungkinkan kita terlupa memberi penilaian seadilnya kepada isu asas yang membawa kepada masalah ini. Mungkinkah isu asasnya ialah persoalan kesahihan keputusan dan tindakan atas Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama?  Jika mungkin begitu, maka soalan-soalan ini saya bocorkan sempena Muktamar PAS agar dapat pencerahan dan jawapan :-  

1 1.    Apabila Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Presiden memutuskan menghantarkan 2 nama Wan Azizah dan Azmin, di mana tidak syaraknya?
  
  2.    Apabila Presiden PAS bersama Majlis Syura Ulama menghantar nama-nama calon lain mencanggahi keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat, di mana syaraknya?
  
  3.    Apabila Mesyuarat AJK PAS pusat yang membuat keputusan bersama dalam isu calon MB Selangor, tidakkah ia suatu prosiding Syura? Di mana tidak syaraknya?
  
   4.    Apabila Presiden & Majis Syura Ulama membuat keputusan berbeza yang kesannya mencanggahi keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat dalam isu calon MB Selangor, di mana syaraknya?
   
   5.    Tidakkah AJK PAS Pusat pembuat keputusan dan penentu gerakkerja?  Tidakkah mereka dengan kelebihan ilmu pelbagai bidang telah diberikuasa untuk membuat keputusan bagi PAS dalam soal strategi politik dan keputusan dalam isu calon MB itu?
  
   6.    Adakah Majlis Syura Ulama berfungsi mengawasi segala keputusan AJK PAS Pusat agar tidak bersalahan syarak? dan berkuasa membatalkan apa jua keputusan dan tindakan yang tidak syarak?
  
   7 .    Jika begitu, adakah keputusan mesyuarat AJK PAS PUSAT itu tidak syarak?
  
   8.    Jika keputusan mesyuarat AJK PAS PUSAT itu tidak salah pada syarak? Maka apabila Majlis Syura Ulama mencanggahi keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat dalam keadaan keputusan AJK PAS Pusat tiada salah pada syarak, di mana syaraknya?

   9.    Atau adakah Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa membatalkan (veto) apa juga keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat? Jika ada, syarakkah?

   10.  Jika begitu dimana kuasa (Veto) itu disebut dalam perlembagaan PAS? 
   
  11.  Tidakkah kuasa itu tiada dalam perlembagaan PAS bila LUHAM dan peguam PAS mengatakan Majlis Syura atau Presiden melampaui kuasanya?

  12.  Mungkin LUHAM mentafsir berdasarkan kedudukan undang-undang semasa? Tetapi adakah ia tidak syarak?

  13.  Jika dikatakan tafsiran LUHAM dan Peguam PAS salah dan sepatutnya mengikut al Quran dan Sunnah, Adakah tafsiran LUHAM yang dikatakan mengikut undang-undang semasa itu mencanggahi Al-Quran dan al Sunnah? 
   
  14.  Jika soalan 1 dan 3 di atas tadi di jawab sebagai tidak salah pada syarak, bagaimana boleh dikatakan tafsiran LUHAM dan Peguam PAS mencanggahi al Quran dan al Sunnah? Mencanggahi Syarak?

  15.  Jika seorang Pemimpin, ketua atau suatu majlis/badan (pada masa sekarang) ditetapkan hak, had kuasa dan liabilitinya berdasarkan undang-undang dan peraturan organisasinya (seperti Perlembagaan PAS) sendiri, atau resolusi keputusan tertinggi (seperti muktamar PAS) adakah cara sebegini tidak syarak? Adakah ia mencanggahi Syarak? Jika ia sah pada syarak, maka adakah tindakan mengingkari atau melanggar peraturan, perlembagaan PAS atau resolusi muktamarnya menjadi tidak syarak?

  16.  Sekiranya dua pemimpin kecil (Adun PAS) … telah menelusuri persoalan-persoalan di atas, dan ikhlas percaya bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan kepada parti dan agama… di mana ‘derhakanya’, munafiknya, tidak syaraknya?

 Semoga pencerahan terbaik diberikan bagi menghilang kekeliruan bagi mereka yang berusaha memberi ketaatan terbaik sedangkan fikiran dan hati mereka masih sukar melakukannya..  

Ulasan. Saya kasih ulama-ulama. Saya kasihkan ustaz-ustaz yang setia di belakang ulama dari yang lembut, keras mahupun Taliban. Saya kasih Dr Yusuf Qardawi, Zakir Naik, Nourman Ali Khan, dan semua ulama PAS (dan banyak lagi) tapi…. dulu saya tidak dapat menerima kata-kata seorang ustaz muda apabila menggunakan nama ulama besar (Syeikh Ali Jumaah) untuk seolah-olah ‘menghalalkan darah’  ikhwanul muslimin dan rakyat yang memberontak tentera zalim Mesir.  Saya juga tidak dapat bersetuju dengan saranan sokongan kepada pemerintah tentera zalim sekalipun didakwa datang dari ulama bertitle Habib kerana saya beriman kepada ayat ‘’…. jangan kamu cenderung kepada kezaliman.”     

Saya juga taat kepada semua hadith sahih tentang ketaatan kepada pemerintah, ketua dan pemimpin  tetapi saya berusaha memahami maksud di dalam hadith-hadith itu menerusi penjelasan terbaik golongan alim dan faqih seperti  dihuraikan oleh Dr Yusuf Qardawi (dalam kes revolusi menentang Hosni Mubarak di Mesir) dan Dr Zaharuddin dan Dr Asri dalam isu-isu semasa di Malaysia.  Kerana penjelasan terbaik mereka, saya benar-benar merasai keadilan pada maksud hadith-hadith sahih itu dan hilang kekeliruan yang ditimbul oleh mereka yang dipanggil ustaz dan ulama juga. Jika tidak, mungkin sahaja saya lebih suka memilih bersama kumpulan ulama muda itu.

Saya menghormati ketaatan yang ditunjukkan ahli-ahli PAS kepada ulama-ulama mereka atas keyakinan konsep wala dan bara. … tapi saya tidak bersetuju semua kata mereka “mesti dikota… atau kata-kata mereka adalah kota”  Saya suka melihat hujah-hujah dan menerima dalil-dalil yang diutarakan (konsep wala dan bara) tetapi persoalan kefahaman dan dalam mengaplikasi kepada suasana sekarang, pohon diperbahaskan.

Kedudukan fakta-fakta berkaitan pemimpin sekarang berbeza, kuasa dan peranan mereka berbeza. Kuasa politik dan pentadbiran mungkin tidak lagi berpusat kepada seseorang tetapi kepada suatu kumpulan. Suara majoriti ahli dalam syura (jika tidak dapat sebulat suara) mungkin menjadi penentu sesuatu keputusan dan tindakan.

Pada masa sekarang, tiada siapa diberi kuasa penuh… tiada siapa ada  kuasa veto ..jika ada, dia dianggap dictator.. atau pemimpin ulama syiah tertentu. Kuasa pemimpin/ketua juga terikat dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang melaluinya, dia dilantik.

Mungkin asas dan logik disebalik idea ini ialah kerana susah mendapat pemimpin yang benar-benar amanah dan adil, susah mendapat pemimpin yang benar-benar bijak dan pandai, susah lagi untuk mendapat pemimpin berciri keduanya. Daripada bergantung kepada satu suara pemimpin  dipercayai baik.. lebih baik bergantung kepada beberapa orang pemimpin yang dirasa baik. Risiko seleweng, zalim dan perabih harta negara dapat dikurangkan. Persoalannya, adakah semua ini tidak syaraknya? 

Sekiranya ketaatan kepada pemimpin itu adalah pada had dan kadar kuasa yang diberikan padanya, adakah tidak syarak?

Al-Quran, Ali imran (3) ayat 159
  “maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya”.
Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com

Monday, September 8, 2014

Bolak-balik. Marahkan Presiden Pas & marah atas marah!


Hari itu, anak saya darjah 4 dan darjah 2 melepak dengan saya di pejabat, sambil study ringan. Saya pula buat kerja saya. Anak saya darjah 4 yang menelaah bahasa melayu kemudian bertanya; “abah, apa maksud ‘bolak-balik’? Saya terdiam kejap kemudian menjelaskan pada mereka lebih kurang beginilah’ “maksudnya macam orang yang tidak tetap pendirian, kejap cakap macam ni, lepas itu cakap lain, atau bila dia buat satu keputusan, kemudian dia tukar, lepas itu tukar lagi. Lebih kurang macam itulah.”

Setelah menghampiri waktu zohor. Saya pun kata, “Dah jom balik, kita singgah beli aiskrim..cepat kalau lambat tak sempat, nak solat.”  Mereka bergegas berkemas.

Setelah naik kereta dah bergerak balik, saya tiba-tiba berkata “alah, tak jadilah nak beli aiskrim, balik teruslah rumah (Surau depan rumah).”   

Tiba-tiba anak saya yang darjah 2 menjadi geram sambil merayu kepada saya dengan kata-kata akhirnya “……. ,abah ini bolak-baliklah!”

Saya terkesima mendengarnya.

Cepat sekali saya “dibelasah.” Mereka tidak tahu saya tukar keputusan atas sebab yang munasabah … kerana adik kecil mereka batuk, (nanti nampak dan hendak)…. tapi mereka pasti ada jawab balasnya juga (seperti kita berhenti dahulu makan tempat lain, habis baru balik) dan saya juga pasti ada jawab balasnya (seperti tak sempat, kerana dah nak azan). 

Begitulah, akhirnya sebagai ‘Presiden’ rumah, maka saya tetap tukar keputusan saya… kerana percaya itulah paling baik.  

Saya tersenyum bila terkenangkan kes kekecohan PAS kesan ‘pertukaran’ keputusan Presiden PAS. Bagi sekian ramai, mungkin pada mereka Presiden PAS dianggap ‘berbolak-balik’!. Satu sikap tidak terpuji apalagi  datang dari pemerintah tertinggi parti Islam.

Maka rasa marah manusia-manusia yang marah tidak dapat dibendung lagi,… lalu disampaikan secara jelas dan keras, secara sindiran atau kutukan. Lalu kemarahan mereka ini disambut dengan kemarahan oleh mereka yang marah dengan kemarahan kepada Presiden PAS. Lalu sekali lagi, rasa marah itu disampaikan secara jelas dan keras, secara sindiran atau kutukan. 

Rasa marah yang saling sambut –menyambut dan balas membalas (‘mutual and reciprocal’)  itu dicucuh marak oleh pengadu-pengadu domba, akhirnya menjadi api amarah dan unggun fitnah yang menyala  membakar dengan sang syaitan dan iblis berjoget bersorakan dikelilingnya. Wallahua alam.

Saya pada asalnya juga marah dengan perubahan keputusan Presiden PAS. Saya juga seperti terasa ada unsur bolak-balik yang berlaku. Kemudian saya sedar siapa saya untuk marah? Siapa pula yang saya marahkan? Dan apa manfaat untuk saya marah? Tiada. Saya menjadi sabar dan tenang.

Sebagai mana kisah saya dengan anak-anak saya tadi,  saya percaya Presiden yang thiqah itu tentulah ada sebab yang kuat menukar ijtihad keputusannya dan tentulah amat sukar untuk dia lakukan tetapi dia meyakini ia perlu dilakukan. (Saya tidak katakan keputusan itu semestinya tepat.)

Sepertimana kita percaya Anwar Ibrahim tidak mungkin mahu menjahanamkan partinya (yang lahir suci dari kezaliman besar suatu ketika dulu, sekalipun kini kita bingung kenapa dia tetap mahukan isterinya sebagai MB pada harga risiko tertinggi)…. kita juga percaya Presiden PAS begitu juga. Tidak mungkin beliau mahu menjahanamkan Partinya. Beliau tahu ia suatu keputusan yang sukar, mengundang tekanan, cabaran dan berisiko besar kepada perpecahan ahli-ahli dan penyokong partinya… suatu risiko tertinggi.     

Maka Presiden Pas tidaklah berbolak balik.  Saya juga tidak marahkannya (lagi) .. saya memilih memaafkannya atas apa yang dilakukan … sekalipun kalaulah mungkin …seandainya nanti keputusan itu dilihat sebagai tidak tepat.

Terimalah… keputusannya atas dasar ia datang dari ketua tertinggi dan disokong badan kuasa agama tertinggi parti. Maka ia perlu dihormati selayaknya.

Tetapi tidak mengapa untuk kita tidak bersetuju. Tiada jaminan keputusan itu tidak silap. Boleh jadi juga ia satu keputusan yang merugikan! Tapi suarakan ketidak setujuan secara bernas, berhemah dan berhujah, tidak cara maki dan caci. 

Sebagai contoh, pandangan yang diberi oleh Setiausaha, Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS yang berpendapat Majlis Syura Ulamak (MSU) parti itu bertindak "melampaui kuasanya" kerana campur tangan dalam isu menteri besar Selangor. Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata keputusan majlis itu menyokong Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak memberikan kerusi itu kepada PKR, adalah bertentangan dengan keputusan muktamar - kuasa tertinggi dalam PAS. (http://www.malaysiakini.com/news/274151)

Kepada semua, yang marah dan yang marah kepada yang marah. Janganlah marah atau berhentilah marah!

Firman Allah (bermaksud): (Assyura (42) : 36-37)

“36.  Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan Hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.

37.  Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.”

Ayat pertama di atas menyatakan bahawa; “sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal.”

Sesuatu perkara yang kita dapat atau nikmati adalah hanya sebagai kemudahan, kesenangan, keperluan (utilities, worldly life) yang bersifat keduniaan. Dalam erti kata lain ianya tidak penting, sementara dan tidaklah begitu bermakna (insignificant) apalagi jika dibandingkan dengan perkara baik yang akan diberikan kepada orang beriman di akhirat.

Keseronokan sebenar itu adalah di syurga. . “dan yang ada pada sisi Allah lebih baik ….”
Dunia ini  lebih hampir (depan mata kita) tetapi lebih rendah statusnya (is closer and inferior) dan ia adalah benda yang kita gunakan di sini, apa yang Allah ada di sisi-Nya untuk kita kelak adalah lebih baik dan kekal (khairun wa abqa) (is longer lasting).


Semua ada yang ada disisi kita didunia ini adalah ada jangka hayatnya dan hayat mudanya.


Rumah makin buruk, makin rosak. Pakaian makin lusuh. Kereta mulai meragam. Semuanya menjadi susut nilai. Kawan dan teman, kadangkala membawa diri masing-masing, sibuk dengan urusan sendiri, berhijrah, berpindah. Umur makin tua. Tenaga makin kurang, lemah.


Kuasa politik juga akan hilang!


Kita tahu setiap perkara yang kita miliki dan kita rasa seronok dengannya tidak kekal lama.  Kita tahu setiap perkara dunia yang bermatian kita usaha dan kejarkan, hanya sementara, tidak lama dan untuk sementara. Ia tidak boleh dibawa bersama apabila kita mati.  
Justeru mengapa tidak kita bekerja keras dan fokus untuk suatu yang lebih baik , lebih kekal dan jauh lebih istimewa… kepada sesiapa yang bukan  sekadar beriman tetapi benar-benar beriman (for those who really believe).


Allah tidak berkata kepada orang beriman yang umum sekalipun ia termasuk juga tetapi ia lebih khusus kepada mereka yang benar-benar beriman dan kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.


Golongan ini meletakkan keyakinan yang eksklusif  bagi pergantungan penuh mereka kepada Tuhan mereka. Mereka sedar bahawa apa yang ditawarkan oleh Tuhan mereka di alam akhirat (syurga) itu adalah lebih baik dan lebih kekal, menunjukkan mereka meletakkan kepercayaan kepada janji Tuhan mereka bagi tawaran akhirat itu sekalipun ‘something you have not even seen, touch or smell,  only heard about’ adalah memadai untuk mereka mempercayai kata-kata Tuhan mereka. Itulah yakin (trust) dan bertawakal. 


 “Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.”


Mereka yang beriman tadi adalah golongan yang menjauhi dosa besar dan segala bentuk ketidakmaluan, kehinaan (shamelessness). 


Fawahisy, (Shamelessness) adalah ketidakmampuan, kegagalan untuk mengawal emosi, godaan dan kekangan nafsu, syahwat , contoh ada rasa amarah, lalu melepaskannya. Anda tidak dapat mengawal diri. Seseorang yang tidak malu tentulah tidak sukar juga untuk dirinya menjadi  marah atau melepaskan kemarahan.


Mereka juga melindungi diri mereka daripada dosa besar dan segala perkara yang menjatuhkan maruah dan mendatangkan kehinaan. ( All form of shameless).
Inilah dia tentang kawalan kemarahan atau menangani panas baran.  Iaitu bila sahaja kita menjadi marah, atau berlaku kejadian yang boleh dan dapat membangkitkan marah kita, maka kita ingati bahawa mereka yang beriman ini, dalam kedudukan ayat ini ialah mereka yang apabila marah mereka memaafkan :-  

Bila mana mereka marah, mereka memaafkan. Tidak tertulis ayat itu, apabila mereka marah, mereka sabar atau mereka menenangkan diri… tetapi apabila marah, apabila mereka menjadi marah… mereka memaafkan. 

Memaafkan adalah pada kedudukan yang lebih tinggi. Adalah suatu yang sudah sukar untuk menenangkan diri, menahan diri  atau bersabar, …tetapi untuk memaafkan… ia suatu tindakan yang begitu mulia, merangkumi dan diatas tingkatan sifat mulia yang lain seperti sabar.    

                                                                                  
Ganjaran kepada sifat ini sangatlah besar. Tidak dapat digambarkan.

..to bet angry and then calm down,  it is hard enough.  
Bayangkan seseorang membuatkan kita sangat marah….. tetapi kepada orang-orang yang benar-benar beriman dan bertawakal kepada Allah… yang mahukan ganjaran di akhirat yang lebih baik dan lebih kekal….akan mampu bukan sekadar untuk bersabar dan menenangkan diri tetapi mampu memaafkan….
Betapa hebat dan tingginya standard yang Allah tetapkan bagi orang-orang beriman. Mungkin ini bukan satu kemestian (mandatory) bagi orang biasa, tetapi itulah sifat dan ciri mereka yang berada di kelas tinggi itu, disisi pandangan Allah s.w.t. Itulah syaratnya jika kita mahu berada dalam golongan itu.   
 “40.  Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, Maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik. Maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. 


“Maka pahalanya atas (tanggungan) Allah..”  Fa ajruhu…a’lallah. 

hisham-ahmad.blogspot.com

Monday, September 1, 2014

Anwar Ibrahim, Nepotisma dan Solat Tanpa Wuduk!


Saya merujukkan pembaca kepada satu artikel ‘Kisah Penyertaan Anwar Ibrahim Dalam UMNO,’ oleh Tun Dr. Mahathir yang dipaparkan dalam web ini. Saya seterusnya merujuk khusus kepada bahagian yang bertulis:-

Beliau (Anwar) begitu berpengetahuan dan nampak komited dalam hal-hal agama – mengambil wuduk dan bersolat walaupun di dalam pesawat. Beliau memikat saya sebagai seorang yang mengagumkan dan warak. Beliau adalah salah seorang penyokong kuat saya dan sering mengucapkan kata-kata yang betul. Tidak syak lagi ada aura istimewa – satu karisma – mengenai beliau dan saya juga mungkin terpengaruh.”

Saya tidak mahu menimbulkan apa-apa tanggapan berbaur negatif daripada pernyataan di atas seperti sama ada atau tidak Tun berwuduk semasa bersolat di dalam kapalterbang (pesawat), sama ada Tun menyindir atau menggangap apa yang dilakukan oleh Anwar itu sebagai tidak perlu atau berlebihan atau sama ada ia  satu  lakonan dan kepura-puraan atau apa juga bentuk tanggapan yang lain.

Saya rasa tetapi tidak pasti sama ada benar-benar terdapat fatwa atau  ketetapan hukum oleh pihak berwajib agama atau yang relevan dengannya bahawa Jemaah haji dibenarkan solat fardu tanpa wuduk ketika di dalam pesawat (kemudian qada) , tetapi saya percaya adanya kepercayaan dan amalan sebegitu dan saya juga tahu terdapat bantahan yang serius dari kalangan ilmuan agama tentang keharusan solat tanpa wuduk dalam pesawat.

Walaupun begitu saya yakin bahawa ramai dari kalangan para ilmuan dan orang biasa yang berwuduk untuk solat dalam pesawat atas alasan tidak dapat menerima hukum keharusan solat tanpa wuduk itu dan/atau tidak selesa dengan keharusan hukum itu. 

Bagi mereka ini, berwuduk untuk solat dalam pesawat adalah masih boleh dilaksanakan dan sebagai bukti iltizam mereka dalam  kesungguhan untuk mentaati Allah secara lebih baik atau terbaik. Seseorang yang takutkan Allah dan telah mendengar hujahan tentang keperluan solat dengan wuduk dalam pesawat  akan merasa amat takut untuk mati dalam keadaan solat terakhirnya adalah tanpa wuduk. Dia pasti tidak akan ‘senang hati’  untuk tidak berwuduk semasa solat dan pasti akan mengusahakannya. Apalagi dalam keadaan ingin menunaikan haji dan dalam ingatan 2 tragedi nahas yang menyayatkan hati.  

Saya sendiri berwuduk dalam pesawat dan seorang rakan-jemaah tabligh menyatakan bahawa dia bersama sekian ramai Jemaah  dapat  bersolat dan berwuduk dalam pesawat.

Kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Saya disini bukan untuk mempertikaikan atau berbahas tentang isu solat tanpa wuduk dalam pesawat, apalagi jika di sana terdapat pandangan hukum atau fatwa yang membenarkan, sekalipun kita menganggap ia lemah atau silap.  

Saya hanya nak kaitkan dengan ‘pengakuan’ Tun Mahathir tentang peribadi Anwar melalui penilaian satu fakta diakui (agreed fact). 

Keseluruhannya, bagi saya tujuan dari kesimpulan artikel penulisan Tun adalah untuk mempertikaikan kredibiliti atau dalam bahasa lembut, mengkritik Anwar. Walau terdapat beberapa ciri baik peribadi Anwar disebut tetapi ia juga dirasakan dengan tujuan bagi satu sindiran atau kritikan tidak langsung. Anwar seperti disifatkan sebagai begitu berkarisma dalam keperibadian pada lain-lain perkara sehingga mampu menyebabkan ‘bosnya’ terpedaya atau merasa  suka padanya. Namun ia mungkin tidak lebih dari satu lakonan… 

Baiklah inilah dia fakta diakui. Anwar dan Solat. Saya fokus kepada isu ini.  Kepentingan solat bagi manusia dan nilainya  di sisi Allah adalah diketahui semua. Solat itu tiang agama, beza iman dan kufur, mencegah fasya dan mungkar, amalan pertama dan utama dan banyak lagi. Perlukah saya mendetailkan lagi? Tak perlu.

Anwar telah diakui bersolat dengan wuduk dalam pesawat …sekalipun ia mungkin mencanggahi  pemikiran dan pandangan orang lain, VIP lain atau ‘bos’nya atau fatwa/hukum pihak berkuasa. Mengapa dia perlu bersusah begitu? Sedangkan tidak melakukan wuduk juga adalah diterima dan mungkin lebih se-ia sekata dengan pandangan pihak yang di atas-nya.

Justeru apa?

Logik!

Logik menyimpulkan bahawa Anwar tidak berlakon dalam hal solat. Anwar percaya solat di dalam pesawat perlu dengan wuduk. Ini pemikiran dan penerimaannya.  Sama ada ia kerana dia menyakini kewajipannya, atau melakukan kerana ia cara lebih afdal atau lebih selamat (di sisi Allah).  Apa pun ia bukti Anwar  seorang yang iltizam dalam melakukan solat fardu dengan baik. 

Dia juga beriltizam melakukan solat dengan baik dalam keadaan ketika itu dia  berada di puncak kuasa , di ranking no.2.  Dia beriltizam mengambil pendekatan berwuduk dalam keadaan ia mungkin mencanggahi pandangan orang atasan atau mungkin ia boleh menimbulkan kecurigaan bagi orang yang tidak faham. 

Dalam hal solat, nampaknya dia jelas tidak mahu berlakon! (kalau yang lain-lain itu dikatakan lakonan).

Lalu apa?

Logik!

Logiknya …. Bagi saya dan anda semua  muslimin dan muslimat yang meyakini bahawa solat itu sangat penting dan besar ertinya. Lalu saya menghisab diri dan mengelamun memikirkan; bagaimana mungkin seorang yang iltizam dalam solat dengan cara terbaik  tergamak melakukan dosa besar liwat, zina dan lain-lain?

Tapi ada video tape, ada keputusan mahkamah dan semua orang cakap tentangnya !  Hampir sekali lagi saya tumpas terpedaya kalau tidak kerana ilmu sedikit mengingatkan saya …. Dakwaan-dakwaan itu tidak langsung mencapai piawaian hukum pendakwaan dan pembuktian syarak apalagi motif politik kebencian sangatlah tinggi kepadanya.

Tapi dia kaut harta,…. Nah sekarang isterinya mahu dijadikan MB pula. Satu nepotisma terbuka! 

Ah, benar juga, fikir saya …  namun sejurus itu juga akal saya bertanya  apa buktinya  dia pernah mengaut harta negara, ada sabitan tentang rasuah berkaitan seleweng dana negara? Tiada.  Apa pula buktinya isteri dan anaknya ada membolot projek negara? Juga tiada.  Ini belum dibandingkan dengan anak dan keluarga VIP –vip negara. Nak sebutkah?

Nepotisma. Come on lah! Siapa yang benar-benar bebas dengan tidak menggunakan apa juga hubungan dan kenalan sepanjang hidupnya bagi manfaat diri, anak dan keluarga. Betapa ramai orang minta tolong orang lain untuk dapat kerja, masuk sekolah dan lain-lain sedangkan di sana ada yang lebih layak pada merit. Melantik orang dikenali tidak semestinya salah selagi ia layak dan tidak ada isu serius lain. Persoalannya ada tak isu serius berkaitan penyelewengan dana negara, pembolotan projek dan tender, merugikan harta negara dan sebagainya?

Saya bukan ahli PKR dan partinya bukan pilihan saya. Saya hanya menyokong keadilan menurut piawaian Quran dan sunnah tetapi saya sedar ia sangat sukar di’imani’ oleh kita semua. Justeru , melihat kepada kritikan, kutukan berterusan kepada Anwar, termasuk melalui web tranungkite; saya terpanggil untuk memberi sedikit imbangan kepada 'pembelaan' bg dirinya.

Tafsiran luas keadilan atau 'berlaku adil' kepada manusia ialah dapat mudah kita fahami dengan  kaedah iaitu – “give people what they deserve.” Berilah manusia itu apa yang wajar untuknya, apa yang menjadi haknya atau apa yang adil untuknya."
Saya kasihankan Anwar dan tidak pernah lupa atas apa yang telah dilalui semasa dia ditangkap, dianiaya, dihukum serta dibelasah dan dipenjara lama atas suatu yang saya yakini ia tidak adil untuk dia diperlakukan begitu, di sisi agama.

Kini dia 'dibelasah teruk' bukan sahaja oleh musuh partinya tetapi  mereka yang menyokong parti PAS yang merupakan sekutu partinya. Laman web Tranungkite ini adalah antara buktinya.  Berpada-padalah… Ada pula bijak pandai agama yang meminta dia berundur dari medan politik! ..

Kita tidak wajar lupa bahawa dia ada pemain utama kepada perubahan besar scenario politik tanah air dan sehingga kini dia masih lagi penting dalam menghangatkan suasana politik bagi perubahan dari kejumudan kepada keterbukaan, dalam politik. Kecohnya suasana hari ini di Selangor, adakah kerana ‘kegilaan’ (kuasa dan harta)  atau sebagai daripada harga integriti keterbukaan (yang sebelum ini tidak pernah dirasakan)?

Setakat ini Anwar masih lagi relevan.

Kecualilah nanti bila rakyat sudah benar-benar tidak mahukannya lagi.

Apapun, harapan saya kepada Anwar…

Semoga dia masih beriltizam dgn solat secara terbaik.

hisham-ahmad.blogspot.com