Social Icons

Pages

Tuesday, August 19, 2014

MRT & Integriti Bangla bernama Ali

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Satu tindakan yang ada nilai integriti!

Apapun,tidak kisahlah tentang perletakkan jawatan itu... isu integriti isu kewibawaan dia. Isu yang lebih utama ialah 'isu nyawa yang melayang!"

Hakikatnya kematian telah berlaku. Siasatan mesti dilakukan. Jika terbukti wujud kegagalan menyediakan suasana kerja yang selamat atau berlaku aspek pengabaian dan kecuaian pada soal keselamatan maka 'so called' "kecuaian korporat" itu perlu dihukum.... dan waris dipampas seadilnya.


Bangla... ke tak bangla, nyawanya tetap sama nilainya dengan kita, saudara seakidah ...disisi-Nya. 

Saya terkenang sekitar 10 akhir ramadan yang masih tidak lama berlalu. Seorang bangla bujang bernama Ali yang kerap berjemaah di surau kg saya telah mengucapkan salam perpisahan kpd saya untuk pulang ke Bangladesh... dia akan bertolak ke KLIA pada malam itu juga. (Sedih rasanya tidak sempat buat farewell party untuk nya).

Ali telah berada 7 tahun di Malaysia tanpa pernah pulang walau sekali,  ke Bangladesh. Imagine!

Itulah harga integriti yang perlu dibayar.. (tiru ucapan MB Selangor) untuk Ali mencari rezeki halal untuk diri, ibubapa  yang dikasihi ....

Katanya, dia takkan kembali lagi ke Malaysia untuk bekerja. Memadai apa yang diperolehi ... Bila saya tanya mahu kahwin.ke.? dia senyum ...dan mengangguk. Keluarganya mungkin sudah menguruskan apa-apa yang patut.

7 tahun dia bersabar ....

Saya percaya dia berakhlak baik. Bukti...

Walaupun tinggi, bujang dan setampan Hitrik Roshan, tiada dengar cerita ada gadis tempatan yang digodanya.............atau dibawa berdua-duaan atau bersunyi-sunyian...

hisham-ahmad.blogspot.com

Thursday, August 14, 2014

PAS. Antara suara agama tertinggi dan Pematuh Paksa


hati lu ilkhlas siapa tahu...so, kasi cabut periksa...
Pas sememangnya Parti Politik Islam dengan kepimpinan ulama yang tulin. Tiada siapa dapat meragui lagi! Sebab itu ia kekal utuh hingga sekarang dan perlu sentiasa di sokong oleh mereka yang mahukan keadilan da membenci kezaliman.

Kerana itu apabila 3 ‘suara agama tertinggi’ parti itu iaitu Mursyidul, Presiden dan Timbalan Mursyidul  bersepakat dalam keputusan atas kedudukan Khalid Ibrahim maka ia menyebabkan keseluruhan ahli dan penyokong akan patuh atau merasa terpaksa untuk patuh. Mereka merasa selamat berada di bawa ‘naungan’ keputusan itu kerana semua yakin ia dibuat untuk mencari keredaaan Allah, sekalipun-sekalipun mereka yang merasa terpaksa untuk patuh itu merasa ia keputusan yang tidak tepat atau merugikan. 

Kerana merasa terpaksa patuh (tetapi tetap patuh) walaupun tidak setuju maka mereka berusaha untuk meminta, memberi pandangan dan mencadangkan agar Majlis Syura dan Presiden dan kesemua yang menyokong secara tidak berbelah kepada keputusan itu agar menilai, menyemak dan mengkaji semula keputusan itu; sama ada atas alasan ada fakta material yang mungkin telah terlepas pandang atau kerana berlaku perubahan-perkembangan baru yang mungkin mewajarkan ia dilakukan.

Walaupun begitu, mereka yang terpaksa patuh (dalam keikhlasan dan kebimbangan akan ketepatan keputusan itu) telah menyampaikan rasa keresahan- ketidak setujuan mereka dengan pelbagai sebab, alasan, hujah dan keterangan dan dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah. Cuma, segelintir pematuh -pematuh ‘paksa’ ini mungkin dianggap telah melampaui had kewajaran pada cara dan kaedah pernyampaian ketidak setujuan …

… tetapi maafkanlah mereka!. 

 Mengapa?

Sebab a dibuat kerana sayang….  dan sebahagian daripada alasan dan hujah bantahan mereka ada kemunasabahan yang mewajarkan kita memahami mengapa mereka  kurang/tidak bersetuju dan sukar memahami kebijaksanaan keputusan yang dibuat. 

Maka, simpatilah ‘pematuh-paksa ini’dan dengarlah mereka … 

…kerana mereka juga mempunyai penyokong yang tidak sedikit dan mungkin kerana kewujudan merekalah …. masyarakat non muslim lebih mudah didampingi untuk didakwah. Mereka juga adalah bukti betapa PAS adalah bersifat terbuka kepada kritikan dan bersifat mengutamakan hujah dan keterangan bukan ‘jubah dan serban’. Kepentingan perkara ini lebih mendesak dalam era fitnah dahsyat pada hari ini seperti yang berlaku  di Iraq dan Syria oleh kerja jahat kumpulan ISIS apabila usaha jihad Islam dan hudud digambar dengan cara begitu jelek ….’  

  ‘Give people what they derserve’.

Adillah kepada mereka… 

 …Janganlah mendakwa dan menjatuhkan hukum pengkhianat, munafik atau sebagainya.. hukumlah mereka hanya selepas dibicarakan dan diputuskan. Janganlah berlebihan dalam tafsiran wala dan bara … dan tafsiran hadith Ruwaibidah. Adillah pada fakta… kerana fakta berubah dan berbeza.  

Justeru ...

Kecuali kepada pencaci dan pengkomen dari golongan ‘musang berbulu ayam’, saya menasihatkan penyokong kepimpinan ulama dan PAS berhentilah daripada mengutuk, memberi gelaran dan panggilan buruk, menghina, menyindir dan memburuk-burukkkan mereka dalam apa jua bentuk dan keadaan. Segala sejarah dibuka, gambar foto dipapar dan ditafsir, segala label diberi, segala anggapan buruk dibuat… web ini telah menjadi alat utama dan efisyen bagi tujuan itu.

Bagi golongan ustaz dalam PAS pada apa jua peringkat, nasihat dan tegurlah penyokong-penyokong anda kerana daripada kalangan mereka mungkin terlalu banyak sokongan yang membawa rebah dan membolehkan musuh-musuh menyusup menyala dan memarakkan tohmah, kerosakan dan fitnah. Jangan kita biarkan ‘kaki pukul’ kita membelasah dan kita senyum dibelakang.  Jangan kita mencetuskan lagi … dan memarakkan lagi situasi ini dengan kata, tindakan atau diam kita.

Bersabarlah hingga 17hb ini.

Kemudian terimalah …atau tinggalkan.

Al-Quran, Ali imran (3) ayat 159

 “maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya”
.

Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com

Tuesday, August 12, 2014

Kita sayangkannya tetapi reality bites. (Rayuan kepada Majlis Syura)



Sesuatu fatwa atas sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlaku perubahan fakta pada hal sesuatu keadaan yang mewajarkan fatwa itu disemak semula dan kemudian dikekalkan, dipinda atau dimansuh dan digantikan baru. (Cth- Kalau dulu fatwa merokok itu dihukum makruh… kini dimansuh dan digantikan dengan fatwa yang menghukumkan haram). 

Semoga Majlis Syura PAS menyemak semula ‘fatwa’ ‘mempertahankan Khalid Ibrahim’ berdasarkan perkembangan-perkembangan terbaru. 

Kita sedar betapa tegasnya Tuan-tuan guru PAS seperti Tuan Presiden, Mursyidul Am dan Timbalan dan kita juga sedar betapa kerana ia keputusan konsensus kepimpinan ulama tertinggi PAS, yang dibuat atas dasar mencari keredaan Allah, maka ia suatu keputusan yang insya Allah berkat dan mendapat rahmah daripada-Nya. Itulah pegangan kita.  

Namun ia juga adalah fakta agama bahawa tiada jaminan keputusan itu betul dan tepat atau ia mungkin tepat dan betul ketika itu tetapi tidak pada waktu yang lain (selepas itu); maka memahamkan kita bahawa adalah tidak salah untuk ia dipertimbangkan semula atas dasar ia suatu isu penting yang memberi kesan besar kepada matlamat besar yang diusahakan selama ini.

Khalid Ibrahim. Kita sayangkannya kerana kita percaya dia telah banyak berusaha melakukan kebaikan kepada bumi Selangor melalui jawatannya sebagai MB. Kita percaya dia lebih baik dari semua MB sebelum ini. Tetapi kini ada isu yang timbul berkaitan dengannya. Maka Kepimpinan atasan (partinya) mahu menukarnnya. 

Itulah dia realiti dan realiti itu menggigit. 

Saya tidak mahu membincangkan lagi dari sudut 100 alasan kenapa perlu ditukar dan 100 alasan tidak perlu ditukar. Sudah terlalu banyak dibincang dan diketahui.

Saya juga tidak mahu menyatakan agar Majlis Syura menilai semua tafsiran syarak dari sudut keluasan fiqh dalam politik kerana itu amat tidak wajar diajukan kepada ulama-ulama yang itulah kepakaran mereka dan saya berusaha menolak bisikan ragu-ragu atas sedikit kemusykilan saya bahawa:-

(1)  Adakah salah pada pemimpin atasan PKR (1) ingin menukar orangnya pada jawatan itu sekalipun orang itu baik prestasinya apabila mereka meragui integriti orang itu? (2) sekiranya sekalipun jika tidak terbukti isu dakwaan integriti, tetapi kepimpinan atas orang itu tidak dapat bekerjasama dengannya bagi kebaikan pasukan, adakah salah tindakan itu diambil, kerana jawatan itu sangat penting dan relevan dengan kerjasama bagi kebaikan pasukan itu? Adakah tindakan itu salah pada syarak kerana disifatkan menzalimi orang itu? atau masih dibenarkan kerana satu tindakan munasabah dalam keluasan fiqh politik?  

(i)            Ini kerana ketika Khalifah Umar al Khatab menukarkan kepimpinan Khalid al-Walid sebagai ketua pasukan perang, ia diterima tanpa bantahan sedangkan sebab penukaran, pemecatan jawatan itu tiada kaitan langsung dengan sebab kelemahan Khalid, bahkan prestasinya sangat cemerlang. Kita juga sedar akan hadith yang memberi amaran tentangnya beratnya amanah betapa amanah kepada kepimpinan itu diakhirat kelak satu penyelesalan.

(ii)          Kita juga tahu betapa keadaan system politik pada hari ini berbeza sifat dan dirinya dan demokrasi kita walaupun ada relevannya pada keadilan syarak tetapi system yang menaunginya berbeza dan masih banyak sekularnya. Tafsiran pemimpin dan ketua pada hari tertakluk kepada bidangkuasa yang diperuntukkan undang-undang padanya. Tiada ketua yang benar-benar ketua melainkan berdasarkan hak dan kuasa yang ditetapkan undang-undang. Sebagai contoh seorang ahli PKR tertakluk kepada kepimpinan atasan PKR dan peraturan PKR.

(iii)         Sehingga saya tertanya-tanya sama ada mempertahankan Khalid adalah lebih mendatangkan mafsadah atau maslahah kepada matlamat perjuangan besar bersama Pakatan yang tentulah suatu matlamat yang telah ditentukan sah pada syarak? Dan adakah bersetuju kepada pertukaran (sebagai janji yang telah dibuat dalam Pakatan) suatu yang salah pada syarak? dan mendatang lebih mafsadah daripada maslahah kepada negeri Selangor? Juga risiko perpecahan dalam PAS?    

 Saya mengharap Majlis Syura PAS membincang semula atas dasar berlaku perkembangan terbaru dan perkembangan (buruk) yang kemungkinan berlaku lagi (atas analisa munsabah) dalam isu ini dengan mengambil perkiraan bahawa:-

(1)  Ada kemungkinan beberapa fakta dan faktor telah terlepas pandangan membolehkan ia ditimbang semula secara lebih baik.

(2)  melihat semula kehendak dan hujah sebahagian ahli PAS yang masih mahu kuat bersama Pakatan.

(3)  Pertimbangan akhir sama ada bersedia kepada perpecahan Pakatan, bergerak sendiri atau kesediaan bersama dengan UMNO. Ini kerana sebarang tindakan PAS berikutnya akan dengan mudah dilihat samada kepimpinan Ulama jujur mahu bersama Pakatan atau sebenarnya kelihatan dilihat sedangkan memikirkan jalan keluar (dari Pakatan) tanpa mengecewakan sebahagian ahli bijak pandainya yang tetap mahu bersama Pakatan- TIDAK BOLEH kata nak bersama pakatan (dengan lisan) tetapi sedar bahawa (dengan perbuatan) kita memang tidak mahukan Pakatan itu lagi. (‘Blow hot and cold’).

Saya sebenarnya hairan melihat PAS yang selama ini begitu kuat bersama Pakatan Rakyat dan sangat tidak mahu kepada UMNO (hingga berlaku penyingkiran beberapa orang kuatnya) kerana ketegasan pada matlamat perjuangan (bersama PKR dan DAP) dan dakwah kepada bukan Islam… tiba-tiba sekelip mata kelihatan ketara bertindak seperti  ‘seorang yang sedang memegang kertas “matlamat perjuangan” itu di atas unggun api yang marak menyala.’… kerana mempertahankan satu situasi (difahami) yang isu ketidakadilan dan kesan buruk padanya masih boleh dibahaskan. Tapi tak apalah ini mungkin kehairanan saya sendiri?

Justeru , saya berharap kepimpinan Majlis Syura Ulama dapat duduk bersama melakukan perbincangan akhir dengan kepimpinan PAS Pusat ….  bagi semakan semula untuk membincangkan isu perkara ini dan mendatakang keputusan2 terbaik. 

Kita  berharap kepada keputusan sebulat suara. Namun jika tidak dapat keputusan consensus, kita terimalah keputusan majoriti

…. kecualilah ada kuasa veto dalam buku perundangan PAS.  

Maka dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS akan tiada mempunyai pilihan melainkan ‘samikna wa atakna’… terhadap apa jua keputusan yang dibuat.  

Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com

Friday, August 8, 2014

Bacalah semua ahli PAS. Please, Janganlah Malas.



Susulan 3 penulisan saya di didalam web ini iaitu (1) Isu Khalid Ibrahim.  Panduan Untuk Rakyat Selangor, PAS dan PKR. (2) Keputusan Majlis Syura PAS. Kemusykilan yang janggal dan (3) Soalan Kepada Majlis Syura PAS. (Kesemua analisa di atas adalah bersifat ilmiah, membacanya memberi faedah).

Ini adalah teguran akhir saya dalam isu Khalid ini sebagai rakyat yang prihatin terhadap PAS.   

Marilah kita ingat kembali perintah pertama kepada kita yang disebut di dalam al Quran; iaitu apa?  Iaitu “Iqra’ ” ....Bacalah…. bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan….” 

Bacalah “Laporan tentang isu integriti Khalid Ibrahim (surat dan penjelasan keputusan (PKR) menggantikan MB Selangor setebal 91 mukasurat).”

Bacalah dengan sungguh-sungguh, hati tulus dan minda terbuka. Teliti hujah, jalinan keterangan bukti-bukti dilampirkan termasuk pada nota kaki. Perhatikan pada persoalan-persoalan dibangkitkan dan timbangkan secara akal bijaksana dan berilah pandangan dan buat keputusan.
Adakah timbul suatu isu serius dalam soal integriti? Jika ada, wajarlah pihak yang dituduh memberi jawapan balas bertulis. Jika tiada dibuat begitu; hukum fitrah, anggapan undang-undang, atau simple logic… memberikan anggapan tidak baik kepada pihak yang tidak menjawab. Jika dijawab, maka kita nilai pula jawapannya.  

Saya, kalau boleh, mahu mengulas sebahagian isi dalam laporan itu … tetapi akhirnya memutuskan biarlah semua orang menilai sendiri. Tetapi fikirkanlah – “katakanlah, contoh ada satu kes itu di mana ada seorang yang baik secara umumnya tetapi terpaksa menghadapi tuntutan hutang berpuluh juta… .dan menghadapi masalah membayarnya… tiba-tiba timbul keraguan apabila penuntut hutang tiba-tiba menarik kes atau tidak lagi mahu menuntutnya sedangkan kesnya sangat kuat boleh menang. Kemudian berlaku pula perkara-perkara lain yang menimbulkan kemusykilan berasas… apalagi dikaitkan dengan musuh …. tidakkah risau orang-orang yang bersama dalam pasukan dengannya khususnya orang atasan yang memberi kuasa dan tugas penting kepadanya.”

Bagi saya, terdapat isu serius yang yang memberi kesan kepada persoalan integriti dan demikian itu sangat perlu untuk dijawab dengan meyakinkan! In sya Allah kalau PAS berpuashati dengan penjelasan Khalid Ibrahim… maka PAS perlu memberi ‘kata dua’ kepada PKR pula.

Tapi perlulah kita ingat hukum politik tidak sama dengan kes mahkamah, isu integriiy dan amanah ada skala tahap ukurannya … tidak perlu sampai sabitan (mahkamah), tujuan kita untuk tukar bukan untuk penjara. (Baca kisah di bawah : Prime Minister Bertie Ahern of Ireland, one of Europe’s longest-serving leaders. He denied accusations of corruption in the 1990s, when he was finance minister, but said he was quitting to prevent his government’s work from being “constantly deflected by the minutiae of my life, my lifestyle and my finances.”.

 Sehingga itu dan demikian itu, semua ahli PAS pada apa juga jawatan dan peranan dan semua penyokong PAS, hentilah mencaci, mengutuk, menyindir dan memburukkan kepimpinan PKR dan golongan professional (so called Erdogan) PAS. Saya lihat web ini telah menjadi lubuk kutukan oleh mereka yang mendakwa menyokong ulama PAS, Presiden Pas, Mursyidul Am, Majlis Syura, Dewan Ulama PAS dll.

Sekiranya mereka tidak melalui proses penilaian fakta ini secara adil dan syarak, maka sokongan mereka adalah sokongan yang membawa rebah, web ini pula menjadi wahdah tohmah dan fitnah, manakala cacian, makian dan kutukan mereka adalah ditakuti suatu dosa yang dibuat atas nama agama!     

Justeru, jikalau dan sekiranya benar-benarlah PAS itu masih benar-benar mahu bersama PR, sekali lagi saya merayu fokuslah pada isu… pada isu:

(1)  Isunya ialah integriti Khalid sebagai MB dan sebagai orang kepercayaan PKR dan PR (termasuk PAS dan DAP)… perbincangan dan penilaiannya khusus pada laporan itu dan jawab balas bertulis yang pihak yang dipertikaikan integritinya.

(2)     Please focus, focus, focus. Janganlah kita mengambil perkara lain-lain yang melarikan kita daripada isu sebenar.  Pinggirkan dulu  kata-kata retorik, rayuan emosi, pujukan psikologi dan lain-lain walaupun hati kita sedih dan pilu seperti; katakanlah sebagai contoh :-

(1)   kami kumpulan ini … setia dibelakang Presiden kami;
(2)   Kalau kita tidak taat Majlis Syura … baik dibubar
(3)   Apa mursyidul Am kata … itulah pegangan saya
(4)   Kalau tidak terima ulama… nak terima siapa lagi
(5)   Pecat pemimpin dan ahli Pas… yang cakap lepas
(6)   Saya hilang kesabaran melihat Presiden saya di’kerjakan’…
(7)   Pemimpin PAS jenis memang jenis barua parti lain… apa dia cakap tak boleh percaya … nanti kita kena ‘main’
(8)   Kenapa PKR tidak sibuk tentang isu ini dari dulu.. sekarang baru sibuk dakwa ini, itu
(9)   Kenapa baru personal Khalid sekarang… dulu Khalid dipuji dilambung, disayang
(10) Azizah tak sesuai … kroni … nepotisma, wanita mana boleh perintah
(11) Anwar tak habis-habis dengan agenda nya sendiri… tak dapat sendiri … bagi pada isteri

Jika tidak fokus, kita tidak terlayan pelbagai isu yang dibangkitkan. Bukan tiada jawapan, ada jawapan untuk menjawab semua itu. Tidak susah. Contoh mudah, “Kalau kau benar-benar penyokong PR bukan musang berbulu ayam, apa yang korang nak marah sangan dengan Anwar Ibrahim tu… bukankah dia pemain utama dalam kejayaan utama PR di Selangor. Fikirlah simple logic, Apa habuan yang dia dapat setakat ini dengan pengorbanan yang dialami dan masih alami.”  “Kita kata kita pegang kuat hukum syarak, tapi kita mulai sangsi dengan kes dakwaan seksualnya… sedangkan dakwaan dan sabitan tentangnya langsung tidak mencapai piawaian syarak”.  “Kenapa kita benci sangat langkah kajang… atau kita dah lama inginkan PKR diterajang kerana ada pihak lain menawarkan kasih sayang.”  

Sebahagiannya point atau isu dibangkit mungkin baik dan benar, tetapi tidak relevan..tidak relevan dengan isu yang sebenar.  Contoh ada orang penting PAS mengatakan bahawa sejak pentadbiran Khalid ‘betapa kalau kita pergi masjid negeri tidak cukup tempat untuk iktikaf…’ ia betul dan baik tapi tidak relevan kepada isu … kerana (1) isunya ialah integriti seorang pemimpin dan orang penting kepada PR (2) pernyataan itu sebenarnya memberi merit kepada orang-orang PAS yang begitu aktif dalam dakwah dan ceramah agama, kebebasan lebih dalam penyebaran agama sekarang di Selangor juga adalah musabab kepada kemenangan PR yang dapat memerintah dan PAS yang ada sedikit kuasa. Sesiapa sahaja daripada MB daripada PR tentu akan berpendirian yang sama dengan Khalid Ibrahim.

 Kita tidak suka Presiden kita di tohmah, di fitnah dan dikaji dikutuk (mungkin pelakunya mungkin pengadu domba) tetapi membalas serangan sehingga menimbulkan kata perkauman dan menjejaskan matlamat besar, bukanlah cara islamik… (hayati kisah Rasulullah s.a.w yang dihina dan dikutuk di bawah… respon sahabat dan respon rasul s.a.w sendiri!)

Jika sebenarnya, tidak ada hati lagi dengan PR, tak usah lagi kita berpura-pura, pergilah ziarah hari raya,  BN sedia menanti dengan mulut… hati terbuka.

Oleh itu, berhentilah mengutuk dan mencaci yang kelak kita akan kesali.Ambil pengajaran di bawah ini:_

Petikan Daripada Ceramah Daripada Syeikh Nourman Ali Khan
 
Well the famous story that really moves me is that people came and the Prophet was sitting with sahaba Abu Baqar Siddiq. alla Allāhu ʿalay-hi wa-sallam wa Radi Allahu Ta’ala anhu, they were sitting together.
And these people came and started cursing at the Prophet alla Allāhu ʿalay-hi wa-sallam.
They started with Abu Baqar Siddiq first.
They were yelling and screaming…they were talking about his family…the worst thing you can do is talk about your family!
Abu Baqar Siddiqi was patient.
Doesn’t even get up.
Then they were talking against the messenger.
When they see they couldn’t get under the skin we should try to insult the messenger.
So, they started insulting the messenger alla Allāhu ʿalay-hi wa-sallam
And Abu Baqar Siddiqi can’t take it.
He got up.
As soon as he got up the Prophet left alla Allāhu ʿalay-hi wa-sallam.
Now Abu Baqar Siddiqi has a choice—should I go after these guys or should I go after my messenger.
So he takes the messenger alla Allāhu ʿalay-hi wa-sallam.
And he went and he caught up with him.
And he said, “Why did you leave?”
And he said, “So long as you were sitting there patiently, the angels were surrounding us. And all of them were saying that Abu Baqar was committed to the truth. The moment you got up they flew away. And I don’t sit where angels don’t sit”.
So he left.
Subhan Allah!

Ireland’s Prime Minister to Resign Amid Corruption Inquiry

By EAMON QUINN and ALAN COWELL
DUBLIN — Prime Minister Bertie Ahern of Ireland, one of Europe’s longest-serving leaders, who was closely involved in the negotiations that brought peace to Northern Ireland, announced Wednesday that he would resign next month.
He denied accusations of corruption in the 1990s, when he was finance minister, but said he was quitting to prevent his government’s work from being “constantly deflected by the minutiae of my life, my lifestyle and my finances.” He forecast that a tribunal investigating payments received by Irish politicians would find that he had not acted improperly.
In emotional tones at a hastily convened news conference here, Mr. Ahern, 56, said he would quit on May 6. A week before that, he is to address both houses of Congress in Washington.
The announcement Wednesday sealed a reversal of fortunes for a man once nicknamed the Teflon Taoiseach — the Irish word for leader or prime minister — for his ability to survive onslaughts by political foes.
During Mr. Ahern’s 11 years in office, Ireland’s economy has undergone a transformation to become one of the most robust in Europe, though more recently, economic growth has slowed.
His planned resignation raised questions about the future of his coalition government and about his ambitions. Supporters hint at his possibly becoming the first permanent president of the European Union, a new role being proposed for the 27-nation bloc.
“Ahern likes Europe,” said Sean Donnelly, a leading pollster who has worked for Mr. Ahern. “He is not just going to walk away from politics.”
Other analysts, however, said Mr. Ahern’s prospects would depend on the outcome of the tribunal investigating accusations that Irish politicians received payments from real estate developers in return for favorable planning decisions. It is called the Mahon Tribunal after Alan Mahon, a judge who leads it.
“I want everyone to understand one truth above all else,” Mr. Ahern said Wednesday. “Never, in all the time I have served in public office, have I put my personal interest ahead of the public good.”
He went on: “While I will be the first to admit that I have made mistakes in my life and my career, one mistake I have never made is to enrich myself by misusing the trust of the people. I have never received a corrupt payment, and I have never done anything to dishonor any office I have held.”
The leader of the centrist Fianna Fail party, Mr. Ahern was re-elected last June for a third term in office, which was to last until 2012. At that time, he said he would not serve the full term.
At the news conference, Mr. Ahern said of the accusations against him, “All of these issues arose in a period when my family, personal and professional situations were rapidly changing, and I made the best decisions I could in the circumstances in which I found myself.”
He continued, “I know in my heart of hearts that I have done no wrong and wronged no one.”
Despite opposition calls for an election, Mr. Ahern’s most likely successor is the deputy prime minister, Brian Cowen, who is also expected to assume the leadership of the Fianna Fail party.
Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com