antara 2 kehebatan ciptaan-Nya |
Masya Allah, ... Tidak tahu berdusta!
Bukankah itu satu kelebihan yang besar seorang hamba di sisi-Nya. Anak saya seorang yang sensitif dan mudah mengalirkan air mata. Satu ciri lain yang istimewa yang memudahkan daya survival-nya, ialah dia mampu makan dengan berselera nasi dengan kuah/sambal yang sedap tanpa memerlukan lauk seperti daging, ayam dan lain-lain.
Saya juga telah menulis buku tentang Autisme
(Telaga Biru (2013) tetapi apabila melihat ibu-ibu yang berbicara dalam
facebook (autisme), betapa terperinci dan mendalamnya diskusi mereka, sedarlah
saya bahawa saya sebenarnya masih jauh daripada memahami hakikat sebenar dunia
autisme.
Kini, anak saya ini berada di tingkatan 1 SMK. Oleh
kerana tahap pembelajaran akademiknya yang sederhana dan kemampuannya dalam pergaulan
sosial agak lemah, saya selalu berusaha memikirkan perancangan terbaik
kehidupan masa depan, khusus pada kerjayanya. Namun setakat ini, saya tiada dapat
memikirkan lagi idea dan keputusan terbaik bagi perancangan masa depannya.
Kemudahan di Malaysia dalam hal pendidikan dan perancangan kerjaya insan
kelainan upaya, masih ditahap menyedihkan, berbanding dengan negara maju. Apalagi,
bagi mereka yang tinggal jauh dari bandar-bandar besar.
Apa nak buat. Mungkin negara kita kekurangan
wang. Wang yang ada telah diguna pada
tempat yang lebih perlu dan utama.
Tidak, sebaliknya wang rakyat telah banyak
terbazir kerana berlaku pecah amanah, penyelewengan dan/atau ketidakcekapan dalam
pengurusan wang dan perbelanjaan pada projek-projek kerajaan.
Alah, itu hanya dakwaan mereka yang cuba
memburuk-burukkan kerajaan. Tidak lain tidak bukan, kerja pembangkang dan
penyokong pembangkanglah tu.
Namun apabila Laporan Ketua Audit Negara
sendiri mendedahkan berlakunya pelbagai bentuk ketirisan dan kepincangan
(bahasa yang dimolekkan) dalam jabatan dan institusi kerajaan, maka apa lagi
dalihan dan penafian!
Saya kecewa.... kalaulah wang itu digunakan itu
menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi rakyat khusus dari
golongan orang kelainan upaya. Lalu, tiba-tiba saya
teringat tentang kes-kes kerugian ratusan dan puluhan jutaan ringgit wang rakyat pada kes-kes se awal era terlingkupnya Bank
Bumiputera dan tragedi kematian Jalil Ibrahim, kes tinju Muhammad Ali yang
merugikan Bank Rakyat, Perwaja Steel, Pelabuhan Klang Trade Zone, kes Lembu dan
Kondominium dan lagi dan lagi dan lagi...
Kekecewaan ini bertukar sakit hati apabila saya
sedari bahawa kerugian wang rakyat ini adalah disebabkan jiwa-jiwa yang kotor
dan tangan-tangan yang tidak amanah!
Sakit hati menjadi benci melihat foto yang
memaparkan aksi seorang menteri Islam di atas pentas bersama gadis-gadis Korea yang
kurus dan berseluar pendek yang keayuan mereka adalah tidak lebih daripada
suatu yang disebut ‘make up’ (as oppossed to original, genuine).
Satu hiburan haram yang menghanguskan jutaan ringgit wang rakyat.
Satu hiburan haram yang menghanguskan jutaan ringgit wang rakyat.
1.6 Juta! ........
Oh
ya. Tentang Prof Dr. Muhaya. Hari itu, saya berada di sebuah kedai buku...
mencari satu buku tertentu, tidak ketemu. Saya tiba-tiba terlihat buku biografi
Prof Dr. Muhaya. Tokoh yang bicara motivasinya begitu memikat hati ramai
manusia.
Bagi
jutaan peminatnya, beliau dianggap begitu istimewa. Seorang yang berjaya pada karier
dan keluarga. Hidup bahagia atau sentiasa kelihatan bahagia. Keyakinan pada
tuturkata dan perwatakan. Hidup ceria, mempunyai visi, nasihatnya praktikal
untuk diikuti.
Biografi
kisah dirinya, suka duka hidup beliau dan keluarganya. Gambar foto warna
warni... yang berseri. Saya membelek secara laju dan rawak helaian- helaian
biografi .... kerana ingin cepat dan
sedikit prejudis pada fikiran bahawa biografi ini sekadar perjalanan bahagia
seorang doktor pakar bersama keluarga dengan foto-foto ceria di dalam dan luar
negara.
Sehinggalah
saya terselak helaian yang mengisahkan kisah beliau dengan anak lelakinya. Ada
sesuatu yang menarik perhatian saya. Lalu, saya mula membacanya. Seorang
kanak-kanak bernama Hilman. Satu-satunya anak lelaki Prof itu.
Al-Marhum
Hilman.
Seorang
anak istimewa yang mempunyai kelainan upaya. Hilman mempunyai perbezaan pada
kemampuan pemikiran atau percakapan, yang
dianggap suatu kelemahan dan kekurangan pada persepsi manusia kebanyakan.
Sedangkan
ia mungkin satu kelebihan pada diri si insan di sisi Tuhan?
Hilman
telah meninggal dunia ketika berumur 11 tahun... Pada satu hari yang tenang...
Tiba-tiba tubuhnya lemah dan longlai... dipangkuan ibu tersayang dirinya
terkulai.... dia pergi dalam diam penuh damai...
Seorang
doktor, ilmunya mengetahui anaknya sudah pergi ...
Seorang
ibu, hatinya merintih mengharap si anak
masih bernyawa lagi...
(Saya
tidak mahu tersilap dalam menyatakan fakta peribadinya.. saya hentikan disini..
for details, please belilah dikedai buku).
Sungguh
tidak disangka pada apa yang telah dilaluinya!
Pengalaman
beliau bersama anak ‘syurga’ adalah satu pengalaman bahagia.
Tapi
fakta realiti tidak boleh dinafi bahawa beliau telah melalui tempoh getir, sukar
dan mencabar - apalagi pada peringkat awal dan dalam usaha mendapatkan rawatan
terbaik bagi anaknya. Pengorbanan masa, kos dan segalanya apa yang perlu dikorbankan
atas nama cinta.
Saya
teringat tentang seorang doktor pakar kanak-kanak berbangsa cina yang mempunyai
anak ‘down syndrome.’ Dia meluahkan perasaan sedihnya... (peringkat awal) bila
merasa diberi pandangan sinis dan tanggapan negatif oleh masyarakat;
“bagaimana
seorang doktor pakar kanak-kanak mendapat anak bermasalah begitu!”
Hikmahnya,
kemudian dilihat. Atas usahanya, satu pusat ‘early intervention program’ untuk
kanak-kanak kelainan upaya telah ditubuhkan dan dijalankan dengan baik di
daerah itu. Anak saya juga pernah mendapat manfaat daripadanya. Pusat ini
dibiayai tanpa dana kerajaan dan kini saya tertanya... adakah mungkin.. mungkin dengan dokongan dana
mubaligh kristian?
Kembali
kepada kisah Prof. Dr. Muhaya.
Melihat
aksi persembahan hebatnya di kaca TV dan mendengar nasihatnya yang hikmah dan praktikal, dialah tokoh ibu, wanita,
motivator dan muslim profesional yang bergaya dan berjaya. Dia sentiasa dilihat
yakin, positif, kuat semangat, rajin bekerja, mementingkan dakwah dan agama
serta berakhlak mulia dan dia juga mendorong sekian ramai wanita dan lelaki ke
arah tujuan yang sama.
Mungkin pengalaman bersama Hilman itulah musabab yang membawa kepada apa yang kita saksikan pada diri dan sifat-sifatnya!
Mungkin kasih anaknya itulah ‘rahsia’ kecemerlangan dirinya!
Mungkin insan istimewa bernama Hilman.. itulah ‘rahsia’ disebalik siapa dia Prof Dr. Muhaya hari ini!
(* Siapa berminat untuk mendapatkan buku “Aku
bersyukur anakku autisme 2013 –Terbitan Telaga Biru. Sila dapatkan dipasaran
atau layari blog saya untuk pembelian atau sms 019-7272817) (Isi:- berkaitan
Pendekatan Rasulullah s.a.w. dalam mendidik anak autisme)
Wallahu
taala.
Hisham-ahmad.blogspot.
com
terima kasih kerana menulis tentang buku ini. saya sangat menghargai dan memahaminya.
ReplyDeletehati saya sebak saat membaca post ini.
saya telah memiliki buku ini sebelum berjumpa blog ini