Bila perang dilancarkan ...siapakah paling bnyk terkorban? |
Isu terbaru Mufti Kedah vs. Dr Asri,
mengecohkan suasana. Saya percaya semua yang peka isu semasa semasa telah
ketahui, maka tidak perlu saya menceritakan faktanya lagi. Kesan logik isu ini
ialah pihak yang anti ‘Wahabi’, kemungkinan munasabahnya akan menyebelahi pihak
Mufti manakala pihak yang pro- “Wahabi’ akan menyebelahi Dr Asri.
Persoalannya, bagaimana dengan pihak yang
berprinsip menyebelahi kebenaran dan keadilan?
Definisi istilah ‘Wahabi’ saya gunakan bagi
maksud semasa yang kita fahami, walaupun jika ditanya diantara semua lapisan
penyokong dan pembencinya pasti pelbagai jawapan berbeza diterima. Kita juga
sedar akan dakwaan berat dan serius golongan anti ‘Wahabi’ terhadap ‘Wahabi’
khususnya dalam isu sifat –sifat Allah SWT. dan begitu juga begitu dakwaan
berat dan serius pro-‘Wahabi’ pula terhadap golongan anti ‘Wahabi”, termasuklah
dalam isu fiqh, mazhab dan sebagainya.
Oleh kerana semua dakwaan-dakwaan antara 2 puak
ini tidak pernah berakhir kepada keputusan mahkamah (syariah) diperingkat
Malaysia atau dunia, maka kita tidak tahu siapa yang benar-benar berada di
pihak yang benar, mengikut undang-undang
dunia. Jadi dakwaan kekal sebagai dakwaan, dan apa yang benar itu mengikut
kebenaran yang dikehendaki sendiri oleh diri atau kecendrungan kumpulan masing-masing.
Apa yang nyata juga ,di antara 2 ekstrem,
fanatik dan keterlampauan pro dan anti wahabi... jika di antara skala 1 hingga 100. Maka terdapat
sekian ramap manusia yang berlegar antara skala no. 2-99. Secara tempatan, kita
boleh membaca pelbagai blog ustaz-ustaz melayu kita yang darinya kita sebagai
orang awam yang menggunakan akal dalam mencari kebenaran boleh menyenaraikan
ustaz-ustaz itu pada skala yang kita rasa wajar buat mereka. Bagi yang mencari,
tidak susah menjumpai ustaz-ustaz melayu yang terkenal atau kurang terkenal
yang menyesatkan, menbidaahkan, membodohkan, menghinakan, menyindir dan
sebagainya (seperti dilakukan ke atas ikhwanul muslimin dan Dr Yusuf
Qaradhawi). Mereka juga kekadang mengutuk,. membodoh, membidaahkan sesama
mereka. Paling susah bagi kita, mereka ini semua mendatangkan hujah dan
meyakini kebenaran mereka.
Walaupun diantara 2 skala extreme itu, kita
yakin masih ramai ustaz-ustaz berprinsip wasatiyah... seperti golongan kumpulan
ustaz liga Murshid (lupa pulak namanya) yang dipengerusikan oleh Dr Zaharuddin
itu. Melalui mereka, kita berharap perseteruan antara 2 extreme itu dapat
ditamatkan dan perbezaaan dapat diharmonikan lalu bersatulah kita menjadi
ummatan wahidah.
Berbalik pada kes Mufti tadi. Saya telah
melihat rakaman video Mufti Kedah dari blog seorang ustaz muda yang saya fikir,
mempertahankannya. Saya mendengar isi kuliahnya tentang keberbahayaan ‘wahabi’
khususnya dalam isu akidah. Kemudian, ada disebut nama Dr Asri.
Walaupun pihak yang Dato Mufti (Kedah) boleh
mendatangkan pembelaan yang bersesuaian, saya percaya terdapat elemen-unsur
fitnah dalam pernyataan itu;
(1)
Seperti saya sebut tadi, dakwa-mendakwa tentang
pro&anti wahabi tidak pernah dibuktikan
atau disabitkan dalam mahkamah, kalau adapun ia daripada kitab-kitab lama namun
ia begitu terdedah kepada cabaran kebenaran dan ketulinannya? Mereka yang
merupakan saksi-saksi utama dan terbaik telah tiada lagi di atas muka bumi ini
(mati), termasuklah dari kumpulan pertama yang memburukan tokoh ‘Wahabi’ itu
dan diri tokoh ‘Wahabi’ itu sendiri. Kesesatan ‘Wahabi’ sukar dibuktikan.
Terlaku sukar untuk mana-mana hakim yang adil di mana-mana bahagian dunia ini
untuk membenarkan dakwaan tanpa bukti yang mencukupi!
(2)
Kejahatan, keburukan dan kengerian ‘Wahabi” secara
jelas disebut oleh Mufti Kedah khusus dalam isu sifat Allah. Itu tidak mengapa
kerana ia suatu dakwaan terhadap Wahabi sedangkan istilah Wahabi itu juga
tertakluk kepada tafsiran. Siapakah aku, dia dan mereka yang dimaksudkan oleh
Mufti itu? Generasi dulu atau sekarang, di luar atau di dalam Malaysia ini? (melainkan
ada pertubuhan berdaftar). Pada peringkat itu, hanya mereka yang makan cili
terasa pedas.
(3)
Adalah logik yang jelas, dakwaan tentang
keburukan ‘Wahabi’ Mufti itu jika dirujuk khusus kepada seseorang, maka akan
terasa kehinaan yang sangat pada diri orang itu, akan buruklah dia pada
tanggapan umat Islam tentang status agamanya. Kesan khas penjejasan reputasi
agama adalah kuat dan tinggi apabila dibuat oleh seorang bertaraf mufti dan
apabila ditujukan kepada orang yang wibawa juga pada agama dan masyakarat.
Jumlah gantirugi kerosakan boleh menjadi lebih besar dan tinggi.
(4)
Apabila tidak lama selepas keburukan Wahabi itu
disebut, nama Dr Asri disebut, dan meneliti daripada ayat-ayat digunakan, maka
kemungkinan munsabah ialah semua penonton dan pendengar yang munasabah akan
memahami bahawa dakwaan buruk tentang wahabi itu adalah dikaitkan dan dirujuk
kepada Dr Asri, atau pada undang-undang dan fikiran munasabah, ia boleh dianggap begitu.
(5)
Begitu
juga, secara munasabahnya, Dr Asri juga wajar merasakan/mempercayai rujukan itu
dibuat kepadanya, atau wajar dianggap
untuk dia menganggap rujukan itu dibuat kepadanya.
Secara peribadi, saya amat kecewa dengan
dakwaan mufti Kedah tetapi saya saya beriman kepada bahawa sehebat mana manusia
pada ilmu dan jawatannya, tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Mungkin
kegelinciran kata.
Saya memahami prinsip Dato Mufti yang
dipercayai amat tidak menyukai golongan ‘Wahabi’ atas hujah yang diberikan. Saya
juga secara perbadi merasakan orang awam lebih senang menerima kaedah takwil pada sifat Allah kerana ia lebih mudah
bagi mereka apabila mereka sangat takut dari terjatuh ke dalam risiko
seolah-olah ada risiko untuk tersamakan sifat-sifat Allah dengan mahluk, (hasil
usaha ustaz-ustaz yang memilih dan mengkempenkan kaedah takwil) tetapi kami
juga percaya bahawa tidak mungkin orang berilmu agama tinggi dari kalangan pro-‘Wahabi’
yang tidak memilih kaedah takwil itu sebodoh atau sedungu manusia untuk
menyamakan Allah dengan manusia, atau
makhluk. Sedangkan keduanya beriman bahwa “Allah tidak bersamaan-menyerupai
makhluk”.
Jadi bila saya dengar ustaz-ustaz anti-“Wahabi’
bercerita yang menggambar kan kesesatan akidah ustaz-ustaz pro-‘Wahabi’ saya
hanya senyum dan menggeleng kepala...
sukar nak percaya. Begitu juga sebaliknya.
Mungkin saya belum menerima hujah yang cukup
dari kedua pihak, tapi demi menghayati cara berfikir yang adil yang disarankan
oleh begitu banyak ayat al-Quran, itulah pendirian pemikiran saya sekarang ini.
Namun saya jenis orang terbuka dan mengalukan sebarang pandangan yang dapat
membuatkan saya menilai semua bahkan saya sedia berubah jika itulah kebenaran
atas dalil dan keterangan yang kuat.
Saya masih ingat lagi saudara Amin pengacara
terkenal dari TV Hijrah yang menyatakan kekecewaannya dengan tindakan Ustaz
terkenal Syeikh Nurudin Banjari yang mengutuk individu yang dikaitkan dengan
Wahabi secara begitu keras dan sangat keras dalam TV Hijrah yang disaksikan
sekian ramai orang Islam Malaysia, suatu ketika dahulu. Saya hanya boleh kata
di dalam hati, “habislah gendang perang telah dipalu (lagi)!” Saya juga masih ingat komen seorang awam,
yang tidak menyukai penulisan saya tentang Dr Zakir Naik sekalipun begitu besar
sumbangan dakwahnya atas alasan ada kemungkinan Dr Zakir Naik seorang Wahabi
(mungkin kerana dirasakan Dr Zakir naik memfokuskan kepada hadith sahih dan
menyarankan ketidak terikatan kepada satu-satu mazhab).
Justeru, sebagai seorang orang awam yang ingin berusaha
untuk terus belajar dan memahami agama Islam ini, sebegitu juga sekian ramai
generasi muda Islam diluar sana; saya;
(1)
mengharapkan satu usaha harmoni dalam dilakukan
bagi menyelesaikan perselishan atas perbezaan ini.
(2)
mengharapkan agar ustaz-ustaz antara pro&anti
wahabi ini ditemukan bagi perbincangan kesepaduan ummah melalui pengantara seperti
Ustaz Pharol, atau boleh juga digandingkan dengan Dr Muhaya.
Akhirnya, kata saya juga mengharapkan agar Dato
Mufti Kedah minta maaf kepada Dr Asri dan tarik baliklah, kalau tidak pada
dakwaan Wahabi itu jahat dan buruk -
memadai kepada nama Dr Asri sahaja.
Seperti kata Ustaz Pharol , mengalah bukan ertinya
kalah!
Adapun rasional nasihat ini ialah - kalau sekalipun dihati kita masih
mengganggap seseorang itu sebagai seorang yang jahat dah salah... tidak
semestinya kita mengucapkan (secara terbuka) melainkan jika kita mampu
membuktikan.....
Kalau boleh, janganlah sampai bermubahalah tapi
usahakanlah untuk bermesyuarah .... bukan kerana kepentingan tuan berdua (Mufti
dan bekas mufti) tetapi kerana kepentingan kami orang awam yang ingin terus
menghormati anda berdua...
demi kebenaran dan keadilan
dan dalam mencari keredaan-Nya.
Wallahu
taala alam.
Hisham-ahmad.blogspot.
com
No comments:
Post a Comment