Mengapa
orang Islam kita bekerja secara culas dan malas? Mengapa kita tidak
produktif? Begitu ramai orang Islam yang
bekerja tetapi khianat dalam kerja, tidak jujur dll. Berapa ramai pekerja Islam yang melayari
facebook peribadi menggunakan komputer syarikat dan dilakukan dalam waktu
kerja. Letrik syarikat yang ‘dicuri.’
Mereka yang menggunakan iPad sendiri tetapi membuat urusniaga
peribadi dalam waktu pejabat. Mereka yang datang lewat lalu menelefon kawan
untuk ‘punch card.’ Mereka yang sentiada dalam keadaan ‘de-motivated’
atas pelbagai alasan lalu tidak profesionalisme dalam kerja.
Ini belum lagi pengkhianatan berbentuk rasuah
dan pecah amanah sehingga melibatkan puluhan dan ratusan juta wang pembayar
cukai, wang rakyat. Wang kita. Banyak projek mewah yang dinyatakan sebagai
gagal. Banyak perbelanjaan-perbelanjaan pelbagai projek yang dinyatakan sebagai
dilakukan secara tidak berhemah. Kemolekkan ayat yang digunakan tidak dapat
mengubah hakikat bahawa ia berlaku kerana kecuaian, ketidak cekapan,
penyelewengan, rasuah; atau mana-mana satu atau lebih antaranya.
Laporan
Ketua Audit Negara
(Siri 2) 2012 merekodkan sebahagian kepincangan ini dan Laporan ini juga
membuktikan bahawa kepincangan dan penyelewengan telah berlaku secara
berulangan.
Sebenarnya,
pembaziran wang pada suatu projek yang gagal kerana kecuaian atau ketiadaan
kemahiran seperti kes keruntuhan stadium Sultan Mizan di Terengganu adalah
bukan sekadar pembaziran wang puluhan/ratusan juta atas projek yang gagal itu
tetapi menyebabkan kita tidak memperolehi suatu
projek lain yang boleh dibangunkan dengan jumlah wang yang sama yang
berkemungkinan suatu projek yang lebih bermanafaat kepada rakyat.
Pembaziran
ini adalah seumpama kita mencampakkan ribuan helaian wang kertas bernilai ribuan/ratusan
juta ke dalam seunggun api besar yang sedang membakar.
Kalau
dipandang begitu, kerugian yang berlaku dilihat lebih serius, pda fikiran kita.
Walaubagaimanapun, jika beginilah cara pandang kita, ia masih belum tepat. Ia
adalah kesilapan pertama kita, iaitu ‘as to
the way we see it.’
Hakikatnya,
kesan yang berlaku adalah lebih serius dan parah. Jika permasalahan ini tidak
dibendung ia ‘melahirkan ...tidak, ia
telah melahirkan’ maka ia akan ‘membiakkan jiwa-jiwa manusia yang rosak dan
tangan-tangan yang kotor’.
Keadaan
serius ini semakin diburukkan jika
‘jiwa-jiwa’ ini berada pada kedudukan, jawatan dan peranan yang tinggi, besar
dan penting seperti menteri, timbalan menteri, pengerusi, pengarah, ketua,
timbalan-timbalan atau penolong-penolong kepada mereka.
Lalu
apa nak jadi kepada negara kita? Baldatun tayyibun... hanya slogan yang bagai
mimpi di dalam mimpi!
Apabila
tiada tindakan serius dilakukan atau kesannya tidak berhasil, apabila tiada
kuatkuasa undang-undang secara sewajarnya, atau jika ada pendakwaan
undang-undang diambil, ia dirasai sebagai pendakwaan terpilih, bersifat
‘kambing hitam,’ mensasarkan ‘ikan bilis’, melepaskan ‘jerung’,’ atau
‘hangat-hangat tahi ayam’, atau apbila tiada rayuan atas kegagalan kes
pendakwaan pada peringkat bawahan, kesan buruknya ialah majoriti masyarakat
menerima suatu perlakuan salah ini sebagai....
‘biasa,
tidak mengapa, bukan hal besar, lantaklah, dan tak boleh buat apa, biarkanlah
sahaja...”.
Akhirnya,
amalan-amalan salah seperti rasuah, kecuaian, keculasan, ketidakcekapan,
penyelewengan menjadi suatu kebiasaan. Satu budaya. Ia tidak begitu lagi dirasa
sebagai satu dosa. Maksiat yang dibenci Allah.
Kayu
ukur yang digunakan ialah dapatan bersalah mahkamah sivil, iaitu apabila segala
bukti dan keterangan begitu ‘overwhelming’ namun berjaya ditimbulkan
keraguan munasabah, maka ia diputuskan tidak bersalah, me’rai-sakan’lah manusia
korup itu sebagai tanda kemenangan beserta senyum melebar dengan publisiti
media masa yang diberikan. Seolah-olah prosiding mahkamah itu telah mensucikan
dirinya daripada dosa sedangkan pada hakikatnya dia memang melakukan jenayah
rasuah tetapi tidak mampu dibuktikan di mahkamah ke tahap ‘beyond reasonable
doubt’ atau atas sebab ‘technical error’ pada proses penyiasatan dan
pembuktian.
Ketika
itu, Laporan Audit itu ditakuti dianggap
sekadar merekodkan secara rasmi suatu budaya baru, budaya amalan berdosa di
negara kita.
Janganlah
sampai nanti :-
di
mata kita membacanya sebagai tertulis -Laporan Ketua Audit Negara
Tetapi
dihati kita merasa sbg “Laporan Rasmi
Budaya Mungkar Negara”
atau
Laporan
Budaya Khianat Wang Rakyat” atau sebagainya.
Justeru
semua rakyat sekelian
khususnya
golongan muda,
yang...aku
tahu
sebahagiannya
sedang merayau sana sini mencari kerja
sebahagian
pula .... bertungkus lumus bekerja bagi gaji yang tak seberapa
bangkitlah...
suarakan
di
facebook, twitter atau apa jua saluran yang berguna
segala
kekecewaan dan ketidaksetujuan kita
kepada
pemegang amanah ... pemimpin negara
agar
budaya mungkar ini ditukar, diubah..
sebelum...
Wallahu
taala.
No comments:
Post a Comment