Logistik,
kampung Bukit Kecil. Sabtu, 26.10.2013. Aku tersedar dari tidur pada sekitar
pukul 2.30 a.m. Suasana agak sejuk. Setelah kebilik air, aku berbaring kembali
atas katil untuk tidur semula. Cubaanku gagal. Aku tidak rasa mengantuk.
Aku
tidak mahu memaksa diri untuk tidur lagi. Aku pun bangun dan pergi ke bilik
anak-anak lelaki ku, membuka lampu meja dan terus duduk di meja belajar yang
tengah. Hadapan mata ku ialah tingkap yang menghadap ke arah surau pada jarak
20-30 kaki melangkah. Begitu Dekat. 3 unit tingkap ini memang sentiasa terbuka siang dan malam kerana ada dipasang jaring halus. Hujan agak
lebat ketika ini memberikan suasana yang nyaman dan santai.
Dalam suasana
sebegini damai, aku tidak dapat tidur. ‘pretty bad’ kan. Aku kemudian membaca
dan menyemak satu dokumen. Masa telah menunjukkan jam 3 pagi. Aku mengambil laptop
dan inilah setakat perenggan yang aku tulis. Aku teringat pesan Prof Kamil...
aku perlu berhenti seketika sebelum meneruskan dengan apa yang sebenar ingin
aku kongsikan. Aku ingin solat sekejap. 3.15
am.
Nikmat
Tidur Yang Lena?
Hujan
yang berhenti kembali menyambung pada kadar renyai. Bunyi renyaian indah
didengar. Di surau itu ada bangku-pangkir panjang bersebelahan kolah. Ia juga
dalam jangkauan pandangan aku. Ada sesuatu yang ingin aku beritahu... bahawa sekitar
4 am atau mungkin lebih awal daripada itu, ada seorang insan yang biasanya akan
duduk dipangkir itu, dilakukannya secara kerap walau tidak setiap hari. Aku
kenal dia dari kawasan kejiranan ini. Umurnya mungkin sekitar awal 50 an. Ada
isteri dan anak-anak. Rumahnya pun tak jauh daripada situ. Ketika dia lepak di
pangkir itu, hanya asap rokok peneman setianya.
Persoalannya
kenapa? Mengapa dia melakukan apa yang dilakukan? Tidak boleh tidur atau
mencari kedamaian diwaktu manusia lain dibuai mimpi?
Aku
pernah mengajaknya untuk naik sekejap solat di surau, ketika waktu demikian di
bulan Ramadan, aku kata “naiklah bang, solat sunat sekejap, boleh minta Allah
apa sahaja yang abang nak minta?... ” Begitulah, seingatku.
Dia
menjawab.. “silakan... jalan dulu”.
Sebahagian
manusia mudah tidur dan mudah lena. Sebahagian manusia pula susah tidur dan
mudah tersedar (tidak lena). Ibu aku kata, ayah aku dari golongan yang mudah
tertidur dan tidurnya lena. Sambil duduk sahaja boleh tertidur. Ibu pula tidak
semudah itu. Dari sudut tidur dan kelenaan, nampaknya aku rasa aku lebih
mewarisi genetik ibuku.
Aku
pun jenis tidur tidak begitu lena dan mudah tersedar. Aku rasa otak aku aktif
... semasa tidur? Aku rasa sejak kecil aku dah begini. Aku dah jadi, ala bisa tegal biasa.
Ramai
orang yang tidak mudah tidur atau tidur tidak lena mungkin sedikit cemburu
dengan orang berbeza situasi atau ‘rezeki’ dengannya. “Bestnya.... kau ni Peah,
sandar kat kerusi je boleh terlena. Dah lena, susah pulak nak bangun!” mungkin
ini antara ungkapan yang pernah dilontarkan.
Hakikatnya
aku percaya bahawa situasi atau ‘rezeki’ orang yang tidak tidur lena atau mudah
terjaga adalah lebih baik... lebih menguntungkan bagi dirinya .... seandainya digunakan dengan cara yang betul iaitu
antaranya;
... dimanfaatkan
dengan ibadah malam.
Kemungkinan
orang yang tidur lena tidak mudah untuk bangun bagi ibadah malam. Ia adalah
ujian yang besar bagi mereka untuk dapat bangun di dinihari sekitar 3 atau 4
pagi.
Justeru,
sekiranya mereka yang tidur tidak lena dan mudah tersedar adalah dipermudahkan
untuk ibadah malamnya sedangkan mereka yang lena tidurnya, sukar untuk melakukannya...
Siapa
yang mendapat ‘rezeki’ yang lebih berkat
dan nikmat yang lebih hebat? Fikirkan...
Lelaki Tidak Berumah (Homeless Guy)
Sebenarnya
ada seorang lain yang juga berada di pangkir surau itu. Tetapi dia hanya
kelihatan disekitar bulan ramadan. Maka jika dia ada, dialah peneman pada
fizikal kepada lelaki pertama tadi. Sebab kehadirannya adalah untuk menjadikan
pangkir itu sebagai tempat tidur.
Lelaki
itu berumur sekitar 4o an. Selalu kemana-mana bersama skuternya. Semasa bulan
puasa yang lalu, hampir setiap hari dia tidur di situ. Semalaman. Bermula
antara selepas isyak dan sebelum tengah malam, dia akan tiba. Menyelesakan
dirinya untuk tidur dalam satu posisi. Atas pangkir kayu keras yang lebarnya
sekadar memadai punggung diletakkan. Lenalah dia. Hanya bila nak subuh baru dia menghilang.
Begitulah
kalau Allah nak beri nikmat tidur, atas pangkir yang sempit itupun, manusia
boleh lena sedangkan pada sisi lain, seorang kaya yang tidur diatas tilam empok
dalam bilik berhawa dingin, masih terkulat-kulat matanya kerana tidak mahu
tidur.
Saksikanlah
juga segelintir para jemaah haji yang tidur diatas simen- batu marmar diluar
masjidil al-Haram seperti diperkarangan pintu Babul Salam... betapa lenanya
mereka sedangkan ketika itu beberapa skuter mesin pencuci lantai yang
bising sedang beroperasi disebelah dan
mengelilingi batang tubuh mereka.
Lelaki
gelandangan (Homeless) tadi. Menurut maklumat daripada lelaki pertama tadi, dia
masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dia memilih untuk tidak
menyewa rumah. Dia memilih untuk bermalam dari satu masjid dan surau ke satu
masjid dan surau yang lain. Cuma mungkin, apabila tiba bulan Ramadan... dia
terpaksa mendapatkan ruang tidur di luar kerana adanya jemaah yang hadir bagi
qiamullail atau solat malam.
Ada satu
lagi perkara menarik tentangnya. Dia seorang yang sangat menyayangi kucing...
kerap dilihat memberi makan kepada kucing-kucing yang ditemui...
Kucing-kucing
yang juga gelandangan. Stray cats ..
No! Homeless cats ....
Ujian
Pilihan
Manusia
... miskin, sederhana kaya... rezekinya berbeza tapi ujiannya sama
Ujian
membuat pilihan....
Kita
diberi hak dan kuasa membuat pilihan...
Atas
pilihan itu ..
Iaitu
Pilihan yang kita buat...
surely...
definetely
kita
akan dipertanggungjawab..
Mengapa
manusia memilih untuk ihsan kepada binatang tetapi tidak memilih untuk ihsan
kepada diri sendiri dengan naik ke surau dan bersolat malam di bulan ramadan!
Mengapa
manusia yang memilih untuk bersolat malam mencari kasih Tuhan tetapi tidak kuat
untuk menumpahkan kasih kepada binatang!
Mengapa
manusia memilih mencari kedamaian dipinggiran surau sedangkan di dalamnya lah
sumber ketenangan!
Mengapa
manusia berusaha keras untuk mengumpulkan sesuatu yang akan ditinggalkan .....
dan mengabaikan apa yang perlu untuk kebahagiaan hidup yang berkekalan
Mengapa
manusia memilih untuk bersikap sgt objektif dengan matlamat di dunia
Tetapi
memilih bersikap ‘take it easy’ dengan matlamat akhirat
Alangkah
banyak pilihan –pilihan yang silap , pelik dan merugikan!
Wahai
golongan yang berfikir!
Analisa
dan pilihlah yang terbaik dalam apa jua perkara
yang
memerlukan pilihan dibuat ...
Wallahu
taala.
Ziarahi
blog I : Hisham-ahmad.blogspot. com
assalamualaikum wbt.
ReplyDeletetuan... ada 1 lirik lagu zaman dolu2...
"kita sering dihadapkan.dengan pelbagai pilihan. mengapa sering terjadi. pilihan tak menepati. ....." hehehehe...begitulah manusia...
saya dah lupa penyanyi tapi saya suka lagu tu... in fact rasanya dulu saya hafal juga senikata.
Deletekenny remy martin ke?