Social Icons

Pages

Featured Posts

Buku : Baitullah... Aku Datang

Menunaikan fardu haji wajib bagi setiap umat Islam. Tanyalah ke¬pada mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Haram, pasti jawapannya mengujakan sehingga ada yang ingin kembali semula ke sana. Betapa hebatnya ‘aroma’ Kaabah hinggakan tiada kata yang terlafaz kecuali air mata pengganti bicara.

Isu Fatwa ASB

Persoalan berkaitan dengan status halal ASB ialah masalah percampuran antara sumber, iaitu antara pendapatan yang halal dan yang haram di dalamnya. Menurut seorang pakar kewangan Islam, jumlah sumber dan pendapatan yang terlibat dengan permasalahan ini ialah sebanyak 30 peratus yang dilaburkan dalam sektor kewangan (perbankan).

Travelog Haji Prof Kamil

Maaf, aku tidak suka untuk memuji tetapi aku percaya aku tidak menghina atau sama sekali tidak berniat untuk menghina... dengan pernyataan tajuk di atas. TETAPI itulah yang aku dengar dengan telinga aku sendiri. Aku yakin aku tidak silap dengar.

Thursday, May 28, 2015

Masa terbaik fikirkan pendidikan anak-anak



Sila jawab soalan ini. Bilakah masa terbaik untuk kita mula memikirkan pendidikan anak?

Semasa anak disekolah menengah. Salah. Sekolah rendah. Salah. Semasa anak 3-5 tahun. Salah. Semasa mengandung? Salah. Semasa kahwin? Salah. Jadi, apa jawapannya? Nantikan dihujung nota ini.

Peraturan Kejayaan. Kejayaan pun ada peraturan? Ya.   Kejayaan itu adalah anugerah dari Allah, tetapi sunnatullahnya ialah kejayaan itu sebenarnya mempunyai peraturannya sendiri. Maka penuhilah peraturan kejayaan, khususnya untuk anak kita sendiri.

Apakah dia peraturan kejayaan ?  Inilah dia.... antaranya.   Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok. dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.”

Ayat ini umpama ‘master key’ bagi kejayaan suatu perancangan. Bacaan makna secara literal ayat ini sendiri menunjukkan kepentingan untuk melakukan persediaan dan menyediakan bekalan bagi kebaikan di masa hadapan. Jika dibaca secara lebih bijaksana, ayat ini sebenarnya mengajarkan kita agar membayangkan jenis masa hadapan (kejayaan) yang kita inginkan dan harapkan dan dengan itu  kita kemudiannya merancang dan menyediakan keperluan dan bekalan yang sesuai dan perlu bagi mencapai kejayaan yang dikehendaki itu.

Inilah pendekatan visualisasi dalam membayangkan keindahan kejayaan di masa hadapan yang disebut ‘futuristic thinking’. Pemikiran masa depan inilah cara berfikir orang berjaya. Sesungguh kejayaan itu mempunyai peraturan dan ini adalah sebahagian peraturan penting dalam kejayaan.

Sekarang bayangkan  apa yang kita kehendaki daripada anak anda yang berumur 12 tahun ketika dia berumur 15 tahun dan seterusnya. Seorang hafiz muda (30 juzuk) dan top scorer PMR?? Ok, mari kita lebih futuristik,  pergi tengok dan renung baby atau anak kecil anda yang masih tadika atau sekolah rendah,  dan kemudian anda rehatkan diri dan visualkan/bayangkan dia ... 10 tahun, 20, 30 tahun  akan datang :- 1. Seorang ulama hebat seumpama Dr Yusuf Qaradawi 2. Seorang pendakwah antarabangsa seumpama Dr Zakir Naik atau 3.  seorang pakar mata dengan jiwa motivasi seumpama Prof Muhaya

Kemudian bila kita sedar dari bayangan impian indah ini. Maka teruslah kita berniat dan menanam tekad untuk memulakan langkah kejayaan.  Untuk mencapai impian itu, penuhilah proses dan peraturan kejayaan itu. Mulakan impian itu sekarang!

Uppppsss, lupa pasal soalan di atas. Masa terbaik untuk kita mula memikirkan pendidikan anak kita ialah semasa kita mulai mencari pasangan untuk dikahwini. (Namun khusus untuk teruna-dara)  Bagi yang telah beranak pinak, tiada istilah terlewat. Masanya ialah sekarang.  Kerana kejayaan hakiki ialah mendapat syurga.

Bgmanapun, kata bijakpandai;- Kalau nak anak soleh, carilah pasangan yang soleh. Tapi untuk dapatkan pasangan  yang soleh, jadilah dulu, insan yang soleh. Wallahu taala alam.

Monday, April 6, 2015

Kes cium kaki tok guru. Pencetus Ummah atau Pencetus Masalah


Saya menonton video sekumpulan manusia berserban seakan berjoget dalam berzikir atau bernasyid. Ini bukan isunya disini.

Kemudian ada seorang datang seperti bersujud ... atau dikatakan mencium kaki tok guru. Tak tahulah kerana penghormatan atau kerana ada elemen keberkatan. Tapi yang pasti tiada paksaan atau kepalanya diugut dengan pistol.

Tok guru (kalau boleh dikatakan begitu) kelihatan relax sahaja... tidak beraksi mengelak atau menendang kepala 'mamat' (sekadar gelaran untuk memudahkan rujukan) yang hendak mencium (jika bukan bersujud).

Kenapa si mamat itu memilih mencium kaki daripada tangan... tidaklah diketahui?(Kalau lah dapat ditanya dirinya...!)

Tiba-tiba diketahui ada yang menyokong atau mempertahankan perbuatan itu (dalam facebook dll) termasuk kalangan ustaz (tidak kisahlah muda  atau terkenal , selebriti atau yang dah mati).
Kalau saya dapat katakan kepada ustaz ini... "Wahai ustaz, adakah ustaz nak jadi pencetus ummah atau pencetus masalah?" 

ini kritikan saya...

Bagi ustaz yang cuba mempertahankan perbuatan itu ... ia berasaskan kepada cara fikir yang mengecewakan. Tidak wajar lagi diberi tempat untuk mengajar ilmu kepada masyarakat. Ia bukan cara fikir cemerlang dalam membimbing umat keluar dari kekeliruan dan kebodohan.

Bayangkanlah, kelak, jika berlaku ... golongan fanatik tok guru Hadi Awang mencium kaki TG Hadi Awang... golongan fanatik tok guru Harun Din mencium kaki Tok Guru Harun Din. --- golongan fanatik Tun Mahathir mencium kaki Tun Mahathir...

Ini belum lagi peminat DUKE yang ramai tu. Buatnya ada yang terlalu kagum, taksub dan syok dengan DUKE.. lalu berlari nak cium kakinya atas pentas kerana baginya DUKE layak dicium kakinya.. sebagi tanda hormat atau nak ambil berkat.

Takkah jadi fonemena haru-biru (bukan haru-hijau).

Ini 'apa benda punya style' cara didik umat! 

Jangan pertahankan perbuatan kebodohan itu. Tentang ia!! kerana perbuatan itu tidak membawa kebaikan bahkan mendatang kekeliruan kepada manusia kebanyakan - pada zaman fitnah ini - (kemunculan Dajjal) !!!

Dengar sini baik-baik.

Dalam zaman ini, dalam zaman ini, ia perbuatan bodoh mencium kaki org lain (atas alasan mengagumi atau ambil berkat) dan perbuatan bodoh membenarkan kaki dicium orang lain.

Fikirlah dengan bijaksana.. ini bukan kisah husnus zan.

Orang bijak zaman fitnah ini tidak akan merasa dirinya hebat ... untuk dicium kakinya. begitulah pula...

Org bijak zaman ini juga tidak akan menjadi bodoh untuk mencium kaki orang lain dengan mempercayai orang yang dicium kakinya ialah orang bijak yang layak dicium kakinya.
Sedih dengan gaya fikir umat... kecewa dengan gaya fikir ustat...

 please lah ustaz .. be smart.

[Sahabat cium kaki Rasulullah s.a.w. - riwayat sahih ...no problem. Kita terima.
Kalau sekalipun ... ada hadith mengenai sahabat Ali cium kaki Abbas.. (Semak pertikaian kesahihannya) tetapi jika benar berlaku (katakanlah) kita juga tidak pertikai apa yang Ali lakukan.. kerana dia adalah Ali) (Kita pun tidak tahu situasi, kenapa , bagaimana caranya dilakukan].

[Ada yang hujah : Hadis Ali.cium tgn n kaki abbas tu dlm adab mufrad. Ia bukan dlm shahih bukhari. Isnad dhaif. Suhaib adalah mawla abbas bin. Abdul mutallib. Dia adalah majhul (tahzib, al-jarh w ta'dil). Azzahabi kata: aku tidak kenalnya!. Dalam hadis ada ittirab]

 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

Thursday, March 26, 2015

Nilai Nazri Di sisi Allah berkait Hudud?


Wahai Nazri. Kalaulah anda berlogik bahawa sokongan majoriti 2/3 itu satu hal yg dianggap terlalu sukar diperolehi, ketahuilah ia tidak mustahil kerana Allah yang bolak balik kan hati manusia.

Tetapi wahai Nazri, yang lebih penting nanti ialah sama ada dirikau itu.. sebagai MP Islam, adakah kau kelak akan sokong atau tidak???  Itu yang menentukan nilai diri kau disisi Allah s.w.t.

Alasan kau tentang keperluan pindaan perlembagaan secara majoriti 2/3, ialah adalah pandangan kau dan mereka yang yang mahu berpandangan begitu, Sedangkan ia tidak semestinya perlu begitu, sekiranya diberikan tafsiran dan dibaca dengna kefahaman berbeza.  Tafsiran dan kefahaman yang lebih mendekati kehendak Allah pada perlembagaan yang sebenarnya tidak sekular.

Siapa yang mensekularkan perlembagaan? Ia adalah tafsiran beberapa orang  yang mahukan demikian? Jika manusia sekarang mahu melihatnya secara berbeza maka ia boleh diberi tafisran dan dibaca dengan kefahaman berbeza. Perlembagaan itu tentulah untuk berkhidmat kepada manusia.

Sebenarnya pada perlembangaan itu ada unsur islamik yang kuat.  Salah satunya ialah islam sebagai agama persekutuan.

Justeru, apa-apa jua tafsiran hakim yang terdahulu ...wajar diberi tanfsiran semula oleh hakim-hakim tertinggi masa kini.

Semoga kes yang telah difailkan Gerakan 'penentang hudud'  itu ... di rayu sampai ke Mahkamah Persekutuan memberi ruang dan peluang 'pahala besar' bagi KHN dan hakim-hakim Muslim Mahkamah Persekutuan untuk memberi tafsiran yang adil dan mendekati kehendak Allah ... membatalkan dan mengantikan apa jua tafsiran bersifat sekular ... khusus terhadap peruntukan Islam sebagai agama persekutuan.

(blessing in disguise)

Setidak-tidaknya, sekurang-kurangnya tafsiran mahkamah terbaru... dapatkan memberikan hak kepada orang Islam untuk beramal dengan perundangan yang dituntut Allah ke atas mereka untuk dilaksanakan.

jika tidak apa nilai orang melayu dan islam pada perlembagaan ?

Nilai orang melayu dan islam di sisi perlembagaan perlulah selari dan selaras dengan nilai disisi Allah Azza Wa Jalla.

Jika tidak satu sesen tak berguna nilai hak istimewa melayu dalam perlembagaan melainkan untuk dapat sedikit habuan tidak berbaloi dari bumi yang disebut dulunya tanah melayu ...

sedangkan tiada ertinya dan rugi besar di akhirat kelak.








Tuesday, March 10, 2015

Penolakan Tuan Ibrahim Tuan Man. Kewajaran atau kesilapan?


Jelas TITM (1) menolak pencalonan. Bahkan, beliau (2) menyokong Presiden (sekarang) (3) menyeru semua ahli meneruskan sokongan kepada Presiden dan (4) memberi hujah dan alasan mengapa harus berbuat demikian.

TITM. Inilah contoh pemimpin yang kita kehendaki tapi apabila beliau sendiri tidak mengkehendaki, maka keputusannya perlu dihormati. Ia juga satu bukti menyokong merit kepimpinan TGH Hadi.

Namun,

walaupun kita boleh menerima kebenaran alasan dan hujah TITM tetapi TITM hanya memfokuskan pada merit TGHH sbg orang No.2 Kesatuan Ulama, sedangkan; persoalan isu 'kemelut krisis dalaman' adalah faktor utama dalam penilaian ke atas rekod perkhidmatan Presiden, seperti dengan merujuk kepada keputusan2 dan tindakan2nya berkaitan isu itu dan setakat mana 'jalan keluar' yang dapat beliau rangka dan hasilkan dari krisis itu (yang masih membahang, jika tidak membakar) dan setakat mana harapan boleh dilletakkan kepada beliau untuk terus menerajui dengan wawasan yang lebih cemerlang?

kedua, kata-kata TITM yang ini agak kurang 'sedap' sedikit. Katanya "Saya bimbang kita memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat luar. Walaupun atas nama memenuhi tuntutan demokrasi, namun kedudukan 'syura' lebih mulia dari demokrasi. Kalau syura adalah jalan terbaik, maka sewajarnyalah kepimpinan parti diselesaikan secara syura."

Mengapa 'kurang sedap' sedikit? Kata-kata semacam agak pelik, boleh mengelirukan dan sukar untuk disesuaikan dalam sistem PAS yang ada iaitu sistem pemilihan, demokrasi dll yang PAS sendiri hasilkan, amalkan dan bernaung dengannya, di mana TITM adalah juga pemimpin tertinggi dalamnya. Adakah maksud, apa yang dilakukan tidak syarak, bertentangan dengan syura? (atau sebenarnya ia ...mengiringi, menguatkan syura.dalam suasana sekarang) (rujuk Dr Yusof Qardhawi). Perjelaskanlah.. jika tidak, takut seumpama menepuk air di dulang... takut terpercik........!

Seterusnya, ketiga, adalah fakta adanya usaha pencalonan bagi menentang Presiden membuktikan ada keinginan untuk perubahan.

Hanya adakah angin perubahan itu cukup kuat?

Kita tunggu dan lihat....

"Pemilihan umpama 'filtering system' untuk mendapatkan hasil akhir terbaik"

Dan hanya Allah s.w.t. mengetahui apa yang terbaik....

hisham-ahmad.blogspot.com
https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420

Pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man. Penolakan tuanpunya badan?


"Peliharalah amalan hati, kerana bila hati rosak, tukarlah siapa pimpinanpun, ia tetap tidak berpuashati. kerana yang rosak adalah dirinya, bukan jamaah atau kepimpinannya."

Itulah yang saya terbaca, petikan kata yang difahami sebagai merujuk kepada tuan diri yang dicalonkan untuk jawatan Presiden. TITM.

Kata-kata itu (jika benarlah darinya) mungkin akan mengecewakan pihak yang mungkin ikhlas melakukan penamaan atau pencalonan. Tetapi saya kata, sabarlah dulu.

Mari kita analisis sedikit soalan dan mencari beberapa jawapan atas pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man:-

Soalan, mengambikira kredebiliti yang diketahui dan menilai sikap hemah serta tuturkata hikmah, adakah beliau salah seorang tokoh ulama yang layak untuk diberipeluang menjadi Presiden?
Jawapan, Selain daripada ustaz Ahmad Awang, Ya.

Soalan, tapi beliau seperti tidak mengalukan pencalonan bahkan seperti mengecamnya?
Jawapan, itu kalau kita baca secara biasa dan begitulah sikap tawaduk pemimpin sebenar, bukan sahaja tidak gelojoh jawatan dikejar ..bahkan mantik ahli-ahli bawahan dicabar!; Sebenarnya, kalau kita baca secara baik sangka dan bijaksana, ia bukan penolakan tapi amaran, bahawa jika aku kau semua inginkan, bukan kerana untuk menjatuhkan satu kebaikan, tetapi ikhlas untuk melihat kebaikan sedia ada, dimakmur dan dilipat ganda.

Soalan; adakah TG Hadi Awang tidak layak lagi meneruskan kepimpinannya sebagai Presiden?
Itu soalan yang tidak perlu. Beliau telah menerajui bagi tempoh yang lama. Kebaikan banyak dan jasanya tidak terkira, cuma realitinya, ada isu penting yang yang perlu diputuskan bersama.

Soalan yang lebih perlu ialah mengambilkira kemelut dalaman yang serius, adakah salah untuk tokoh ulama lain diberi peluang untuk bertanding jawatan Presiden?

Jawapan, tidak salah. Bahkan mungkin perlu digalakkan persaingan dalam pertandingan bagi melihat suara hati dan sokongan keseluruhan.

Jika calon baru menang, maka PAS meraikan suasana kepimpinan baru. Ia tidak bermakna ahli-ahli menolak yang lama, tetapi mengharapkan ia menjadi musabab menyelesaikan kemelut dalaman, menyatukan 2 pihak yang berselisihan seterusnya melihat visi baru penuh harapan.

Jika calon lama (penyandang) menang, ia bukti penerimaan semua dengan cara, keputusan dan tindakan dalam kepimpinannya, khusus dalam tempoh kemelut yang melanda. Maka wajar pemimpin-peminpin yang tidak 'sebulu' tundukkan hati atau angkat kaki, tinggalkan parti.

Biarlah ahli-ahli menyuarakan isihati mereka.

Tiada siapa lagi wajar sakit hati, tidak perlu lagi terdengar tuduh-menuduh dan caci -maki, khusus daripada mereka, yang tidak atau yang terakhir kita sangkakannya.

Sekurang-kurangnya kemelut ini memperlihatkan kepada kita 'wajah sebenar' segelintir mereka yang berada dalam kumpulan ulama, dari aspek toleransi, meraikan perbezaan pandangan dan dalam menegakkan apa yang mereka percaya dan inginkan!

Ia pengajaran yang sangat memanfaatkan namun kita berharap janganlah kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga dan buat kita semua bukan ustaz, jangan kerana marahkan (beberapa ekor) nyamuk, habis kelambu dibakar !

Apapun hasil keputusan, ulama masih kekal mengetuai kepimpinan. Bukankah ia penyelesaian yang mendamaikan?

Dan hanya Allah s.w.t. mengetahui apa yang terbaik....

hisham-ahmad.blogspot.com
 https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420