Maaf,
aku tidak suka untuk memuji tetapi aku percaya aku tidak menghina atau
sama sekali tidak berniat untuk menghina... dengan pernyataan tajuk di
atas. TETAPI itulah yang aku dengar dengan telinga aku sendiri. Aku
yakin aku tidak silap dengar.
Sebenarnya
secara peribadi aku tidaklah kenal Prof ni, aku pun agak ‘boring’
dengannya, sebabnya bukan apa, ini sebabnya. Tidak lama yang lalu
disuatu hari itu, aku tertangkap isteri sedang buka Blog Prof ini. Baru
aku tahu, isteri aku juga peminat Prof ni. Blog Prof ni antara yang
selalu dia ziarahi. Aku percaya isteri aku juga kenal dan tahu nama
isteri Prof ni dan anak-anaknya. Aku cakap pada isteri aku:
“apalah
best sangat cerita-cerita emosi,... itulah melayu... suka melayan
perasaan. Suka baca cerita-cerita sedih, sayu ....apalah nak tahu kisah
hidup orang lain ..orang itu buat ni ...orang itu buat itu.... Dia bukan
kenal kita pun .”
“Bacalah blog suami sendiri, itu lagi baik...dapat lebih memahami hati suami...(he he he)”
Sejak
itu, blog aku adalah paling kerap dilayari isteriku. Rasa akulah. Jadi,
tak kisahlah kalau blog Prof ni, berada pada no 2 Carta Hit. Setiap
kali aku lihat isteri aku pegang Tab -2 , pasti ada pada paparan pertama
atau kedua nama blog aku. (Tak tahulah dia hanya standby aje).
Oh.
Aku masih belum masuk kepada isu tajuk di atas. Sabarlah, tuan-puan ye.
Kalau aku boleh sabar menulis, minta korang semua sabarlah membaca.
Aku
teringat kata Ustaz gemok maaf... ustaz kurus kesukaan ku, Ustaz
Hasrizal, apabila dia ada berkata betapa dia hairan atau terkejut
apabila seorang perempuan email kepada dia tentang betapa perempuan itu
merasa sungguh terkesan dengan suatu penulisan dia. .. menangis teresak,
terharu. Insaf ... sehingga bertekad untuk berubah menjadi baik.
Baguslah tu. Itu bukan isunya.
Hairannya
ialah Ustaz H ini merasa penulisan nya itu adalah simple atau begitu
sahaja... tiada apa yang terlalu istimewa untuk memberi kesan sebegitu
sekali (tanda tawaduk ustaz itu – sedangkan bagi pembaca itu, tulisannya
‘best’ sgt).
Poin
yang dimaksudnya disini... menurut Ustaz H itu.. kita risau kita
takut orang melayu Islam kita ... sebagai mana dia mudah terusek untuk
berubah menjadi baik... atas suatu asas atau sebab yang sedikit... kita
takut dia juga mudah berubah menjadi buruk atas asas atau sebab (ujian)
yang sedikit atau kecil. Isunya ialah ‘jati diri’ ... setakat mana jati
diri orang Islam kita. Kekuatan prinsip kita.... tidak mudah terjejas
dan terkesan atas tekanan atau keadaan persekitaran khusus nya bagi anak
muda Islam kita dalam soal pegangan agama dan akidah mereka. .....
begitu seterusnya (nanti panjang pulak) –
(apapun
... ini pemahaman aku.. kalau tersalah faham atau memberi persepsi
buruk... the blame is on me... not ustaz Hasrizal..ok).
Syurga Tanpa Hisab
Sebenarnya
aku ada sedikit minat dengan Prof ni. Aku dah lama beli dan baca buku
dia (Travelog haji). Lama dah tu. Kemudian aku beli satu lagi di pameran
buku KL., siap dapat jumpa dan dapat autograf dia. Bukan nak sangat
autograf tu. Dah dia ada situ. Kesian lak..
Aku
beli sebab rasa ada manfaat untuk aku bagi pada kawan-kawan aku baca..
khusus bagi mereka yang tak mudah nak keluar duit beli buku. Lagipun ...
masa itu aku belum tulis buku haji lagi.
Aku
dapati buku Prof, ‘Travelog Haji’, boleh tahanlah isinya. Agak baik.
Oklah... memang baik! Cuma aku rasa... buku haji aku ‘Baitullah, aku
datang’ terbitan Karangkraf lebih baik sikit daripada buku Prof ni. Aku
rasa,lah. Aku sendiri rasa.
Mungkin
semua orang lain tidak setuju... yang setuju agaknya hanya editor aku
dulu, Cik Nohayati di Karang Kraf tu. Dia kata buku aku ada kisah
menarik, emosi dan lebih berfakta (sunnah)... Dia kata. Buka aku kata.
Dia yang kata. Aku sebut sahaja.
Cuma
... aku hairan kenapa buku Prof itu sampai laris beratus ribu naskah...
aku punya pula masih .. masih jauh ... tidak, tidak, .... masih baru
dipasaran.
Kembali.
Petang
itu relaks punya relaks, aku pun ternampak video youtube tentang
rakaman kuliah Prof ni. Aku pun ... what the heck ... tengok
kejaplah... aku pun takda mood nak buat apa yang lain. Nak tengok apa yg
‘best’.
Benarlah
apa yang kedua telinga aku dengar. Prof Ini mengaku pernah merasa masuk
‘syurga’ tanpa hisab. Aku cuba segarkan fakta yang aku ingat ...
Ringkasnya.
Ketika
itu Prof ni bertolak ke Doha (atau Dubai) untuk memberi ceramah. Prof
ni membawa bersama ibu bapa mertuanya. Apabila sampai, tentulah Prof ni
perlu beratur bagi pemeriksaan imigresen dan mengecop pasport. Ketika
baru nak beratur, Prof ni ternampak beberapa orang memegang kad besar
bertulis nama beliau secara penuh, dan nama kedua ibubapa mertuanya.
Maka Prof ni melambai tangan. Lalu mereka datang kepadanya dan dibawa ke
satu tempat berehat dimana Prof ni dan ibubapa mertuanya dijamu oleh
pelayan dengan minuman dan makanan termasuk kurma kelas terbaik dan
minuman cappucino. Kemudiaan dalam beberapa minit, mereka dibawa keluar
untuk meninggalkan lapangan terbang itu bagi menuju ke destinasi
dituju.
Prof
ni menoleh kebelakangan dan terlihat olehnya betapa panjangnya mereka
yang menunggu giliran. Termasuk penumpang-penumpang yang sampai
dengannya tadi. Beratus orang masih beratur menunggu giliran untuk
pemeriksaan dan mengecop pasport
...
sedangkan beliau dan keluarganya yang mendapat ‘syafaat’ kerana
bersamanya tidak melalui proses ‘hisab’ itu. Itulah kisahnya.
Itulah
gambaran ‘tanpa hisab’ bagi sedikit nikmat ‘syurga’ di dunia dan mari
kita membayangkan sekuat imaginasi kita gambaran proses hisab disana
walaupun hakikat sebenarnya sangat tidak terjangkau minda manusia
Bayangkanlah!
.... proses pemeriksaan dan kira bicara yang begitu hebat di alam akhirat
... dalam keadaan penungguan yang terlalu menakutkan dan mengerikan
...
yang terpaksa dihadapi berbillion , trillion .. zillion umat manusia
sejak zaman Nabi Adam a.s. hingga akhir zaman ... tiba-tiba...
Tiba-tiba .... kita dibenar melepasi lorong pemeriksaan tanpa di tahan untuk disoal selidik, diperiksa dan dibicara
.. kita dilepaskan untuk masuk
ke syurga tanpa di hisab! ............... alangkah bertuahnya.
Bagi
Prof ini, apa yang dilalui dipercayai atas nikmat membuat kerja dakwah
dan ceramah yang beliau lakukan tanpa dikenakan bayaran! Jika kita
percaya... lalu apa yang melengahkan kita.
Sebenarnya bagi aku, dalam penelitian yang singkat melalui satu kuliah Prof ni, aku merumuskan bahawa :
1 (1 ) Beliau begitu jelas pada objektif atau matlamatnya - masuk syurga tanpa hisab.
(2) Beliau telah menyusun terma, syarat atau peraturan bagi mencapai objektif itu
(3) Beliau sedang berusaha keras memenuhi terma, syarat dan peraturan itu
Aku
mendapati beberapa terma, syarat dan peraturan penting bagi mencapai
objektif itu telah beliau penuhi/lakukan sehingga ia menjadi ‘habit’
dirinya, iaitu kelaziman atau dalam bahasa paling tepat ‘akhlak’ dirinya
iaitu sebahagian antara yang tepenting:
(1) Tidak meninggalkan solat fardu berjemaah
(2) Solat malam – sepertiga malam secara konsisten
(3) Mendalami ilmu agar menepati alQuran da Sunnah melalui rujukan sekian banyak ilmuan di Madinah
(4) menjemput sesiapa sahaja menjadi tetamu dan melayani tetamu secara terbaik
(5) menjaga agama dan akhlak keluarga – aurat dll
(6) melakukan dakwah (ceramah, kuliah , penulisan, blog dll) secara konsisten tanpa bayaran! Dan
(7)
beliau telah melakukan suatu yang luarbiasa yang saya masih bergelut
untuk melakukan sebahagian kecil daripadanya pada isnin dan khamis...
.... iaitu berpuasa selang sehari seperti puasa nabi Daud... berdasarkan cara puasa terbaik menurut hadith sahih.
The chance is that at least 50/50 beliau akan mati dalam keadaan berpuasa! Husnul Khatimah, insya Allah
Kesimpulannya:-
1.
Marilah kita bersama-sama bersifat objektif mengenai matlamat akhirat kita
2.
Mari kita menetapkan dan mengikrarkan bahawa matlamat kita ialah untuk
memasuki syurga tanpa hisab ... jangan segan, malu dan silu
3.
Mari kita menyenaraikan terma , syarat dan peraturan dalam mencapai
objektif itu sebagai senarai semak.. ia boleh jadi berjela –senarai
ikut prioriti
4. Mari kita usahakan bersungguh untuk melakukannya .... mulai sekarang...
Aim High
Hakikat
– untuk masuk syurga tanpa hisab... sangat tidak mudah tapi bukankah
belum cuba, belum berusaha... belum tahu. Maka, targetlah yang tertinggi
setinggi syurga Firdaus , agar jika tidak capai pun... sasaran kita
tidak jauh terjatuh.. .masih pada tingkatan syurga yang terbaik.
Sekurang-kurangnya kalau sasaran kita tergelincir pun ialah kita – dapat masuk syurga tanpa melalui neraka... hanya orang gila dan orang yang ‘enggan’ sahaia yang sanggup masuk neraka dahulu... .kemudiaan masuk syurga.
Benarlah ... kita masuk syurga kerana pengampunan dan Rahmat Allah Taala. Namun kita diperintahkan untuk ‘jihad’ , strive dan struggle-
Allah s.w.t. telah berfirman di dalam al-Quran yang mulia, melalui surah Ankabut 29:69: Bermaksud;
“dan orang-orang yang berjihad (berusaha dengan bersungguh-sungguh)
kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin
mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah
adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
Kita
mesti ada ‘knowledge, skill dan desire’ untuk mencapai setiap terma
itu supaya setiap perkara baik itu menjadi ‘habit’ atau akhlak kita
sehingga kita menjadi ‘highly effective’ mukmin.
Sebagai
permulaan untuk perubahan yang sekarang ini perlu dimulakan, buat
senarai semak ini harian, type dan print out untuk diri, ibu dan bapa
dan keluarga kita kita supaya kita sentiasa boleh tengok dan perasan apa
yang tertinggal apa yang tercuai dan kita boleh sentiasa update...
Contoh -
1. kita senarai tugas yang perlu dibuat iaitu senarai nama orang-orang yang kita ada dosa dengan nya , minta maaf secepat mungkin sebelum mati.
2. berrtaubat segera... sentiasa
3. listkan senarai ibadah khususiah dari solat subuh, zikir-zikir mathur, solat duha, selawat , jumlah dan jenis zikir sehari... utamakan yang sahih.... hingga ke solat malam dan tahajud
3. buat reminders untuk puasa isnin khamis, 13, 14, 15 ... puasa tarik-tarikh penting ... seperti hari arafah, 10 muharram dll
4. buat jadual harian untuk sedekah ... dan lain-lain.
5. rancang dakwah
7. buat wasiat ringkas untuk keluarga dan tampalkan ... nanti insya Allah saya rancang nak bagi contoh. tkasih setakat ini dulu.
Wahai
saudara seakidah.
saudara seakidah.
Please...
Sebarkan ... kongsikan....
Dan lakukan...
Wallahu taala.
Hisham Ahmad
No comments:
Post a Comment