Social Icons

Pages

Tuesday, October 22, 2013

Kaitan Penyanyi Seksi K-Pop & Sg Limau


tergamak ke khianat kalau terus dicampak kedlmnya!
Pop-pop-pop. K-pop meletop. Pagi ni saya terbaca sesuatu yang menyinggung hati dan melukakan jiwa. Penjelasan Khairi Jamaluddin di akhbar Sinar tentang isu K-pop yang masih terus meletop.  Ringkasnya, kemeterian atau kerajaan tidak akan menyaman syarikat yang ‘dikatakan’ bersetuju untuk menaja atas alasan antaranya (1) itu hanya janji lisan atau lebih indah dinyanyikan Aisyah sebagai “janji manismu” (ii) ia adalah janji yang berhak ditarik balik diperingkat akhir kerana dibuat atas dasar tanggungjawab sosial syarikat keparat , maaf koperat.

Ok. Sini. Katakan kita menerima dan menganggap penjelasan menteri muda (yang setakat ini menunjukkan kredebiti dalam tugasnya) sebagai fakta sahih.  Tetapi adakah ia merupakan alasan yang sah untuk menafikan atau menolak dakwaan atau dapatan ketirisan pada laporan audit negara? Atau ia sekadar menguatkan dan mengesahkan berlakunya ketirisan didakwa?
Bagi saya, ia tetap menunjukkan keterangan yang munasabah dan mencukupi pada :-

(1)   berlakunya kesalahan atau kesilapan yang besar pada pihak kementerian yang mengeluarkan belanja yang besar untuk membawa kumpulan K pop itu

(2)   Kesalahan dan kesilapan itu adalah berunsur sama ada ketidakcekapan yang buruk, kecuaian, perlanggaran peraturan atau undang-undang atau sebagainya.

Namun bagi satu pendakwaan jenayah, wajarlah siasatan dibuat dan jika ada kes, disusulkan dengan pendakwaan. 
  
Ok. Itu hukum sistem keadilan jenayah.

Undang-undang yang menetapkan bahawa tertuduh adalah tidak bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah. Sekalipun banyak keterangan dan bukti dan tiadalah kita rasakan melainkan bahawa seseorang itu bersalah, tetapi atas sesuatu sebab yang menyebabkan timbul keraguan munasabah, seseorang yang dituduh boleh dibebaskan. Itulah ‘kebijaksaan’ undang-undang.  

Ok. Ini pula hukum keadilan rakyat.

Dari sudut ini, rakyatlah hakimnya. Tapi tolong, saya tidak mahu anda melihat isu ini dari sudut politik kepartian. Tapi dari sudut anda sebagai ‘hakim’ rakyat, di mana wang yang rugi itu adalah milik kita bersama (rakyat), dan kita yang mengamanahkan tugas kementerian itu kepadanya dan kita juga yang menggajikan juru audit yang mengauditnya. Maka:-
Adakah berdasarkan fakta-fakta yang terdedah, anda semua sebagai hakim rakyat akan mendapati, memutuskan dan menghukumkan bahawa :-

(1)   Menteri terdahulu atau kementerian atau pegawai2 terlibat bersalah? 

(2)   Adakah mereka perlu disiasat dan didakwa? 

(3) Adakah menteri atau mereka yang berjawatan penting yang terlibat dalam kelulusan peruntukan itu perlu diambil tindakan oleh pihak kerajaan/ PM ? 

(4) Adakah dia atau mereka perlu meletakkan jawatan atau disuruh meletakkan jawatan (apa jua yang disandang) sehingga keputusan siasatan? 

Saya percaya bagi majoriti rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan agama -bersetuju bahawa ia adalah pembaziran wang rakyat dan satu kesalahan. Kos yang sebegitu besar kalau kononnya hanya sekadar untuk rakyat agar dapat syok melihat dan mendengar secara langsung gadis-gadis putih, kurus, tinggi dan cantik yang bersuara dikatakan merdu itu dengan lenggokan penuh syahdu itu ..... bla,bla,bla... adalah tidak berbaloi. Atau adakah ada agenda tertentu seperti didakwa sebahagian orang bahawa ia bertujuan memikat generasi muda pelbagai kaum sebelum turun mengundi? 

Apa yang nyata, bagi orang Islam, terdapat satu fakta tambahan bahawa tiada siapa dari orang Islam sempurna akal dan pernah melalui proses pendidikan agama yang berpatutan (dan tidak lupa) yang tidak tahu bahawa hukum persembahan gadis-gadis kurus, cantik yang banyak melakukan ‘pendedahan’ itu adalah haram, haram dan haram
.
Haram  diimport, dipentaskan, dan ditayangkan untuk hidangan nafsu lelaki Islam!  

Bayangkanlah kerugian berganda wang rakyat! 

Justeru rakyat mesti menunjukkan ketidaksetujuan atas apa yang dilakukan termasuk dengan cara yang saya lakukan ini. Tunjukkan kita tidak terima perlakuan yang merugikan dana negara atau wang rakyat.  Salurkan kemarahan anda dalam pelbagai bentuk yang wajar, munasabah dan adil seperti dalam facebook PM dan lain-lain. Ini bukan isu politik!. Baiklah ini mungkin juga isu politik, kalau nak dipolitikkan. Tapi ini  isu amanah mereka yang diamanahkan apalagi dari kategori pemimpin. 

Justeru, kita berharap tindakan segera daripada pihak berkuasa atas isu K-POP yang meletop kerana jika tidak, ia akan terus meletop. Hanya mangsanya belum diketahui.

Seandainya, pihak kerajaan tidak mengambil tindakan segera, maka mungkin rakyat bertindak menyampaikan kekecewaaan itu dalam pilihanraya kecil yang terbaru di sg Limau, Kedah ini. Apa boleh buat, itu sahaja kuasa rakyat yang masih berbaki saat ini! Wallahu taala alam.

Hamba rakyat yang masih lagi mengharap pemimpin amanah dan quwwah!


No comments:

Post a Comment