Social Icons

Pages

Friday, October 4, 2013

Adakah rakyat terlalu pemaaf atau b...?

Saya tidak maafkan!
Sejak begitu lama kita didedahkan dengan salah laku, penyelewengan, pecah amanah, rasuah hinggalah kepada ketidakcekapan dalam melakukan kerja dan dalam menjaga amanah pada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan melibatkan wang rakyat yang banyak. Tapi kita hanya pejamkan mata, atau buat tidak kisah, bahkan kita salahkan orang yang mendakwa begini ..... ah, ini mesti kerja pembangkang yang dengki!

Namun kemudian kita dikemukakan dengan bukti daripada jabatan audit negara sendiri. maka terconganglah kita!  namun rakyat yang baik ... telah bersifat memaafkan... 
Kini keluar lagi ... Lporan Audit yang terbaru. apa nak hairan! laporan ini  sekadar mengesahkan dan mengulang-sahkan segala bentuk penyelewengan dan ketirisan yang pelbagai yang berterusan berlaku.

Persoalannya, adakah rakyat akan sekali lagi bersikap pemaaf?
 
Marilah kita saksikan kronologi sebahagian bukti ini:-

(1)   Sejak Skandal kes Bank Bumiputra Malaysia Finance bernilai RM2.5 bilion[1] yang menyebabkan pembunuhan seorang eksekutif pengurusan muda bernama Jalil Ibrahim[2]  dan skandal kes kerugian Bank Rakyat yang membiayai pertandingan antara petinju agung Muhammad Ali dan Joe Bugner yang menyaksikan tokoh politik melayu, Dato Harun Idris ke penjara[3], negara kita masih terus dirundingi dari masa ke semasa dengan kes-kes pecah amanah yang besar sehinggalah ke hari ini
(2)   Tragedi Highland Towers[4] (keruntuhan kondominium) di Taman Hillview, Ulu Klang pada 11 Disember 1993.

(3)   kes keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong, Terengganu pada 2 Jun 2009 yang baru setahun dibina dengan kos RM270 juta,[5]

(4)   Skandal kes makmal komputer zon Pantai Timur bernilai RM140 juta[6], skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang[7] bernilai  berbilion ringgit dan pelbagai lagi kes.

(5)   kes projek-projek perumahan terbengkalai di mana menurut statistik kementerian perumahan dan kajian tempatan, terdapat 111 pemaju perumahan yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai setakat tarikh 30/11/2012[8].

(6)   Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh menyatakan bahawa kerajaan (Malaysia) terpaksa menangung kerugian berbilion-bilion ringgit setiap tahun yang kebanyakannya berpunca daripada ketidakcekapan penjawat awam dan bukan disebabkan penyelewengan. “Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat awam.[9]

(7)   Manakala, bagi memberi penilaian tepat dan sukar disangkal oleh mana-mana pihak terhadap isu buruk ini boleh melihat kepada dokumen Laporan Ketua Audit Negara[10]. Terdapat ulasan dan penemuan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara ke atas begitu banyak kelemahan dan kepincangan pada cara perlaksanaan kerja, hasil kerja dan penggunaan wang perbelanjaan bagi sesuatu projek.[11]

(8)   Sehinggalah laporan audit terbaru 2013.  

Apabila ia berulang dan berulang tanpa apa-apa tindakan sewajarnya, maka kesan paling buruk dan ditakuti ia menjadi budaya kita. Budaya mungkar, budaya ingkar,  budaya ketirisan.  Akibatnya juga, negara telah mengalami kehilangan banyak wang manakala mangsa sebenar ialah keseluruhan rakyat yang mengalami kerugian yang bukan kepalang. 

Sesungguhnya, manusia-manusia yang melakukan perbuatan-perbuatan jahat atau buruk di jabatan-jabatan kerajaan  sama ada diperingkat tertinggi (menteri) atau di kedudukan paling rendah (general worker) yang menyebabkan kerugian wang rakyat ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kedua (2) sifat ini atau hanya mempunyai salah satu daripadanya.   

Dalam firman Allah S.W.T.: Maksudnya: “salah seorang di antara dua wanita itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi amanah (dapat dipercayai)". [12]

(1) kuat الْقَوِيُّ   =  mampu melakukan kerja dengan berkesan dan cemerlang  
(2) Amanah   = jujur, amanah dan boleh dipercayai.

Bagi golongan jahat pada kedudukan tinggi yang merugikan jutaan ringgit, mereka ini biasanya mempunyai sijil tinggi dan akal fikiran yang pandai, bermakna mereka ada sifat pertama tetapi ‘hancur’  pada sifat kedua.
Apabila Laporan Audit terbaru ini mengulangkan bukti dan keterangan (evidence and proof) yang berulang dan berulang atas segala macam bentuk ketirisan tanpa apa-apa tindakan sewajarnya, tanpa respons tegas dan keras daripada rakyat, maka ia menjadi ‘alah tegal bisa- biasaaaaaa’  maka ketika itu kesan paling buruk dan ditakuti ialah  ‘ ketirisan’  telah menjadi budaya masyarakat kita.

Tak percaya dengan laporan audit, tak tahulah apa nak kata ! Satu lagi bukti ialah... mereka dari kalangan pemimpin dan ahli politik yang pernah didapati bersalah dalam politik wang, rasuah atau mengaku terlibat dalam skandal seks masih terus menjadi pemimpin, masih terus mahu bertanding, masih diberi ruang dan peluang untuk menjawat jawatan peting...

Mana integriti ? Kenapa ia berlaku ? Sebab rakyat tidak endah.............

Paling saya takuti ialah apabila kita sebagai rakyat khususnya bagi orang Islam apabila kita didatangkan dengan pelbagai bukti... kita masih tidak endah...

“Takpelah... kit masih cukup makan!”
“Takpelah... negara kita masih kaya!”
“Takpelah ... orang kita yang buat ..!”
“Takpelah ... kan pemimpin kita ..bagilah muka”
“biasalah,  siapapun  bila kat situ.. buat juga’
Kini kita (rakyat) didatangkankan dengan bukti yang adil dan kuat (laporan audit) ... kita masih bersikap tidak apa.. tidak apa....tidak apa. Lantaklah........
Adakah rakyat Malaysia terlalu pemaaf atau baik?
Sedangkan semua bentuk kemungkaran itu adalah dosa dan maksiat yang serius dan besar – mengkhianati  rakyat dan negara. Mungkar yang wajib dicegah...

Nantikanlahhhhhhhhhhhhhh......

Nantikan apa? Fikirlah sendiri.........

Masih ingat kaum bangsa Yahudi ... yang didatangkan pelbagai bukti kekuasaan Allah, dan kerasulan nabi. Sehingga laut terbelah dua di hadapan mata mereka...  akhirnya sebahagian besar kembali sesat...

Wahai rakyat ... !

Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka budaya buruk itu....
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka manusia yang diberi amanah menjaga wang rakyat ...  memecahkan amanah itu ....  
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka pemimpin yang tidak amanah di beri tempat semula ...
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa jika manusia menzalimi hak dan wang rakyat  ini masih berkuasa atau masih ada ... maka kita juga tidak suka kepada mereka yang ada kuasa untuk bertindak ... tetapi masih membenarkannya... atau tidak membuat apa-apa.

Kita tidak suka bukan kerana  apa-apa ..

tetapi hanya kerana Allah  (memerintahkan sedemikian).

Kepada pengkhianat wang rakyat , bandingkan lah antara tiris dan nipis. Antara ketirisan dan kenipisan. Ketirisan yang anda lakukan dan kenipisan kulit anda untuk menahan sakit nanti:-

“Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Annisa, ayat 56)

Namun bagi yang belum melakukan kejahatan ini atau mahu bertaubat, ayuh

Hayati firman Allah taala yang bermaksud :-
 “dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya”. surah al-Ankabut (29) 69.
“58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat (Annisa , ayat 58)
“Segala hukum Yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan Yang amat besar. (annisa -4: 13)

No comments:

Post a Comment