Act of God! Di dalam
undang-undang ada satu istilah yang disebut ‘act of God’- ‘Perbuatan
Tuhan’ .Ye, lah ini penggunaan istilah oleh ‘orang putih’ berdasarkan
sistem undang-undang sivil dan common law (British) namun kemudian
terpakai bagi negara-negara jajahannya termasuklah negara kita.
Istilah
‘Act of God’ merujuk kepada kejadian yang berlaku atas kehendak Tuhan
tanpa campurtangan manusia. Biasanya ia melibatkan apa yang dikenali
sebagai ‘natural disaster.’ Contohnya kejadian taufan Katrina yang
melanda sebahagian negeri di Amerika Syarikat, maka pihak pemaju tidak
boleh disalahkan atas rumah –rumah yang musnah dan syarikat insuran juga
mungkin terlepas daripada liabiliti membayar gantirugi.
Namun
apabila berlaku dinegara kita; Stadium runtuh, bumbung masjid runtuh,
kondomium runtuh adakah ia juga Act of God? Sudah tentu ia adalah takdir
Allah tetapi ia bermusababkan kepada ‘Act of humanbeings’ ...
perbuatan-perbuatan manusia, hasil kerja tangan mereka yang buruk iaitu
kecuaian yang daripadanya bermula dan membabitkan pelbagai sebab seperti
rasuah, pecah amanah, penyelewengan, ketirisan, ketidakcekapan, culas,
malas dan sebagainya.
Laporan
Audit yang terbaru sekadar mengesahkan dan mengulang-sahkan segala
bentuk penyelewengan dan ketirisan yang pelbagai yang berterusan
berlaku.
Marilah kita saksi sebahagian bukti ini:-
(1) Sejak Skandal kes Bank Bumiputra Malaysia Finance bernilai RM2.5 bilion[1] yang menyebabkan pembunuhan seorang eksekutif pengurusan muda bernama Jalil Ibrahim[2]
dan skandal kes kerugian Bank Rakyat yang membiayai pertandingan antara
petinju agung Muhammad Ali dan Joe Bugner yang menyaksikan tokoh
politik melayu, Dato Harun Idris ke penjara[3], negara kita masih terus dirundingi dari masa ke semasa dengan kes-kes pecah amanah yang besar sehinggalah ke hari ini
(2) Tragedi Highland Towers[4] (keruntuhan kondominium) di Taman Hillview, Ulu Klang pada 11 Disember 1993.
(3)
kes keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong,
Terengganu pada 2 Jun 2009 yang baru setahun dibina dengan kos RM270
juta,[5]
(4) Skandal kes makmal komputer zon Pantai Timur bernilai RM140 juta[6], skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang[7] bernilai berbilion ringgit dan pelbagai lagi kes.
(5)
kes projek-projek perumahan terbengkalai di mana menurut statistik
kementerian perumahan dan kajian tempatan, terdapat 111 pemaju perumahan
yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai setakat tarikh
30/11/2012[8].
(6)
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh
menyatakan bahawa kerajaan (Malaysia) terpaksa menangung kerugian
berbilion-bilion ringgit setiap tahun yang kebanyakannya berpunca
daripada ketidakcekapan penjawat awam dan bukan disebabkan
penyelewengan. “Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa
menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih
disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat
awam.[9]
(7)
Manakala, bagi memberi penilaian tepat dan sukar disangkal oleh
mana-mana pihak terhadap isu buruk ini boleh melihat kepada dokumen
Laporan Ketua Audit Negara[10].
Terdapat ulasan dan penemuan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara ke
atas begitu banyak kelemahan dan kepincangan pada cara perlaksanaan
kerja, hasil kerja dan penggunaan wang perbelanjaan bagi sesuatu projek.[11]
(8) Sehinggalah laporan audit terbaru 2013.
Apabila
ia berulang dan berulang tanpa apa-apa tindakan sewajarnya, maka kesan
paling buruk dan ditakuti ia menjadi budaya kita. Budaya mungkar, budaya
ingkar, budaya ketirisan. Akibatnya juga, negara telah mengalami
kehilangan banyak wang manakala mangsa sebenar ialah keseluruhan rakyat
yang mengalami kerugian yang bukan kepalang.
Sesungguhnya,
manusia-manusia yang melakukan perbuatan-perbuatan jahat atau buruk di
jabatan-jabatan kerajaan sama ada diperingkat tertinggi (menteri) atau
di kedudukan paling rendah (general worker) yang menyebabkan kerugian
wang rakyat ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kedua (2) sifat ini
atau hanya mempunyai salah satu daripadanya.
Dalam firman Allah S.W.T.: Maksudnya: “salah
seorang di antara dua wanita itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia
sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya sebaik-baik
orang yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat
lagi amanah (dapat dipercayai)". [12]
(1) kuat الْقَوِيُّ = mampu melakukan kerja dengan berkesan dan cemerlang
(2) Amanah ûüÏBF{$# = jujur, amanah dan boleh dipercayai.
Bagi
golongan jahat pada kedudukan tinggi yang merugikan jutaan ringgit,
mereka ini biasanya mempunyai sijil tinggi dan akal fikiran yang pandai,
bermakna mereka ada sifat pertama tetapi ‘hancur’ pada sifast kedua.
Apabila
Laporan Audit terbaru ini mengulangkan bukti dan keterangan (evidence
and proof) yang berulang dan berulang atas segala macam bentuk ketirisan
tanpa apa-apa tindakan sewajarnya, tanpa respons tegas dan keras
daripada rakyat, maka ia menjadi ‘alah tegal bisa- biasaaaaaa’ maka
ketika itu kesan paling buruk dan ditakuti ialah ‘ ketirisan’ telah
menjadi budaya masyarakat kita.
Tak
percaya dengan laporan audit, tak tahulah apa nak kata ! Satu lagi
bukti ialah... mereka dari kalangan pemimpin dan ahli politik yang
pernah didapati bersalah dalam politik wang, rasuah atau mengaku
terlibat dalam skandal seks masih terus menjadi pemimpin, masih terus
mahu bertanding, masih diberi ruang dan peluang untuk menjawat jawatan
peting... Mana integriti ? Kenapa ia berlaku ? Sebab rakyat tidak
endah.............
Paling
saya takuti ialah apabila kita sebagai rakyat khususnya bagi orang
Islam apabila kita didatangkan dengan pelbagai bukti... kita masih tidak
endah...
“Takpelah... kit masih cukup makan!”
“Takpelah... negara kita masih kaya!”
“Takpelah ... orang kita yang buat ..!”
“Takpelah ... kan pemimpin kita ..bagilah muka”
“biasalah, siapapun bila kat situ.. buat juga’
Kini
kita (rakyat) didatangkankan dengan bukti yang adil dan kuat (laporan
audit) ... kita masih bersikap tidak apa.. tidak apa....tidak apa.
Lantaklah........
Sedangkan
semua bentuk kemungkaran itu adalah dosa dan maksiat yang serius dan
besar – mengkhianati rakyat dan negara. Mungkar yang wajib dicegah...
Nantikanlahhhhhhhhhhhhhh......
Nantikan apa? Fikirlah sendiri.........
Masih
ingat kaum bangsa Yahudi ... yang didatangkan pelbagai bukti kekuasaan
Allah, dan kerasulan nabi. Sehingga laut terbelah dua di hadapan mata
mereka... akhirnya sebahagian besar kembali sesat...
Wahai rakyat ... !
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka budaya buruk itu....
Tunjukkan
dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka manusia yang diberi
amanah menjaga wang rakyat ... memecahkan amanah itu ....
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka pemimpin yang tidak amanah di beri tempat semula ...
Tunjukkan
dengan jelas dan tegas betapa jika manusia menzalimi hak dan wang
rakyat ini masih berkuasa atau masih ada ... maka kita juga tidak suka
kepada mereka yang ada kuasa untuk bertindak ... tetapi masih
membenarkannya... atau tidak membuat apa-apa.
Kita tidak suka bukan kerana apa-apa ..
tetapi hanya kerana Allah (memerintahkan sedemikian).
Kepada
pengkhianat wang rakyat , bandingkan lah antara tiris dan nipis. Antara
ketirisan dan kenipisan. Ketirisan yang anda lakukan dan kenipisan
kulit anda untuk menahan sakit nanti:-
“Sesungguhnya
orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami
akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak
hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat
merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Annisa, ayat 56)
Namun bagi yang belum melakukan kejahatan ini atau mahu bertaubat, ayuh
Hayati firma Allah taala yang bermaksud :-
“dan orang-orang Yang
berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami,
Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan
mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan
bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya”. surah
al-Ankabut (29) 69.
“58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan
adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang
sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Melihat (Annisa , ayat 58)
“Segala hukum Yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. dan
sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke
Dalam syurga Yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya; dan itulah kejayaan Yang amat besar. (annisa -4: 13)
No comments:
Post a Comment