Dia
juga berjasa kepada aku kerana membantu aku membacakan terjemahan
al-Quran (secara bergilir) dalam program tadarus di surau kami di Kg
Bukit Kecil. Kami menggunakan 2 mashaf terjemahan al-hidayah (Al-Itqan )
kerana itulah paling besar ditemui yang berterjemahan bahasa melayu,
dengan semakan oleh panel penyarah university tempatan. Harganya setidak
lupa aku ialah sekitar RM80-90 satu.
Buat
pertama kali pada tahun 2013, ayat-ayat Quran 30 juzuk di baca dengan
terjemahan. Kami juga tidak memecahkan kepada grup-grup kecil dengan
hujah agar setiap orang dapat melalui pembacaan dan pendengaran al quran
berserta terjemahan secara sepenuhnya, (khusus bagi yang tidak gagal
untuk hadir pada setiap sesi tadarus). Akhirnya dengan izin-Nya, biarpun
dengan beberapa kelemahan berserta kesungguhan yang dipaksa dan usaha
yang digagah-gagahkan, kami berjaya melakukannya hingga habis. Dengan
rasa daif aku katakan bahawa buat pertama kali dalam hidup aku pada umur
41 tahun, baharulah aku membaca Quran berserta terjemahan secara
sepenuhnya. Ajaibnya, boleh pulak ia dilakukan dalam masa hanya 1 bulan!
Lalu
aku katakan kepada anak muda itu, “Muazz, kau beruntung dapat baca
Quran habis dengan terjemahan dalam umur yang muda”. Seorang bekas
cikgu yang baik dan tawaduk juga berkata “Cikgu pula dah 60 tahun
(lebih) baru dapat lakukan (demikian).
Kembali
kepada kisah asal. Setelah berwuduk, aku pun menegurnya. Dia agak
kemalu-maluan. (bukti kesedaran apa yang dilakukan itu ada ‘masalah’
pada agama) Dalam keterbatasan masa, aku berkata kepadanya:
“Muazz,
sebab kau budak baik, pakcik ingin beri nasihat terus terang sedikit.
Kalau orang lain pakcik tak ‘kuasa’” Dia mengangguk lemah, mungkin
sedikit ‘boring’ akibat dapat menjangkakan sesuatu.
“Merokok ini hukumnya haram. Sekarang sepakat haram!” - direct attack.
“Dulu
ada ustaz atau ulama kata makruh sebab mereka salah faham atau sebab
mereka sendiri merokok. Kalau yang salah faham itu kerana mereka
berhujah - tiada bukti kuat rokok memudaratkan”
“Kini semua doktor sepakat, rokok mudarat. Bukti perubatan jelas. Maka ulama sekarang sepakat rokok haram … merokok haram”.
“Jangan
keliru dengan dakwaan orang kata, apa ni, dulu ada kata makruh, kini
haram pula!? Fahamkan bhw rokok bukan arak, arak haram dulu kini dan
selama-lamanya -sikit atau banyak. Rokok masalah baru.. jadi dulu ,
sebab ulama tiada maklumat tepat dan jelas, maka ada ulama hukumkan
makruh, tapi bila dah jelas mudarat melalui pakar perubatan, maka ulama
sepakat pula kata haram maka perubahan hukum itu adalah betul dan tepat”
“Fatwa
Malaysia sendiri telah mengharamkannya! Makna bagi Malaysia , itulah
hukumnya. Cuma tidak kuatkuasa dari segi undang-undang dunia.. tetapi
hukum di sisi Allah adalah haram dan berdosa”
“Itu Satu. hisap rokok haram, begitu juga jual, beli dan berkaitan dengannya”.
“Dua.
Ada orang tua yang masih hisap, puluh tahun dah, tak boleh tinggal –
alasan nanti mereka lemah tak boleh buat apa-apa, batuk dll, ada ulama
mana tah dikata ada kata, sebab mereka dah terlalu lama hisap… badan
dah penuh racun, dah sebati, paru-paru dah gelap… mungkin macam ada
alasan makruh sebab nak tinggalkkan itu juga kononnya mudarat… mereka
ini ibarat dah bersedia mati bermusababkan rokok… atau sakit kanser
kerana rokok. Ini mungkin ada sedikit hujah untuk memakruhkan merokok!”
Tiga.
Tapi hujah ini tidak boleh dipakai oleh golongan umur pertengahan yang
masih boleh berhenti merokok menurut doktor. Tapi bagi golongan muda
seperti kau, hujah itu langsung tidak boleh pakai … maknanya hukum
haramnya kekal dan kuat untuk golongan anak muda! Macam kau! Tidak boleh
nak start atau mencuba… . Pakcik tak ingat firma Allah atau sabda
Rasulullah … yang berbunyi – “jangan campakkan dirimu kelembah
kebinasaan! ”
Empat.
Merokok sebelum solat, atau sebelum naik surau untuk solat jemaah
adalah sangat tidak patut! Pakcik tengok ramai orang tua atau orang muda
yang tergamak hisap rokok sebelum solat jemaah, sebahagian berkumur2,
sebahagian tidak ! Tak banyak bezanya pada bau …!
Merokok
menyebabkan mulut berbau dan badan berbau. Jemaah sebelah terganggu.
Tetapi sebenarnya bau rokok pada mulut dan badannya adalah menyakiti
malaikat!
Bau
rokok ini adalah bau busuk seperti bau-bauan petai , durian dll. Hadis
nabi merujuk kepada bau bawang… tetapi ulama berkata ia bermaksud
merujuk kepada bau tidak elok termasuk bau rokok dan lain-lain.
Bagaimana tergamak melafazkan ayat-ayat Quran dalam solat dengan mulut
berbau begitu.
“Lima.
Pakcik ingat kalau tak silap, Kerana bau ini menyakiti malaikat dan
menggangu jiran solat… maka sampai melucutkan kewajipan solat jemaah
atau dilarang hampiri masjid. Agama larang, nabi larang! Sampai kita
tidak layak untuk solat jemaah, jadi buat apa kita pergi!
“Kita nak cari redai Allah, tapi kita dilarang, tapi kita pergi pulak… ! Tak pelik!”
“Pakcik sebut dalam 5 tahap tadi.. ibarat 5 peringkat ujian iman. Nak tengok Muazz terima yang mana?”
Kalau terima pada tahap 1… itu paling baik. Tak payah fikir tahap lain.
“Kalau
Muazz tak terima tahap 1 hingga 3, masih anggap rokok makruh! Walaupun
pakcik kata, pakcik yakin itulah hujah pakcik tadi adalah benar atau
sangat dekat kepada kebenaran disisi Allah. Tak apalah itu pilihan
Muazz, Tapi … jangganlah merokok sebelum solat … apalagi solat jemaah
ni!’
“Kalau
Muazz tak terima juga sampai tahap 4, nak merokok juga sebelum solat ni
, pastikan dibasuh dan dicuci mulut itu sampai bersih takda bau, gosok
gigi atau sebagainya, boleh?”
Muazz
mengganguk-angguk sahaja daripada tadi. Terima atau malas layan, tak
tahulah kita , hati manusia. Hati di dalam, siapa yang tahu”.
sangka baik jelah.
“Harap
muazz tak marah, pakcik cakap kerana pakcik suka Muazz, ,, budak baik
dan suka solat jemaah.Kalau tak merokok.. lagi hebat di sisi Allah"
Saya pun kemudian meninggalkan dia dan naik terus ke surau. Di dalam hati saya;
“Yelah, apa nak marah sangat kepada budak muda ini yang sedang seronok meniru laku orang tua menyedut asap.. apalagi
…orang
dewasa dan bekas imam pun merokok sebelum solat jemaah… apalagi dari
balik menyantap kenduri tahlil selepas maghrib menuju surau untuk solat
isyak”
“puss..puss”
… asap yang disedut dan dihembus bergabung ‘jiwa dan rasa’ dengan
kesan tinggalan sambal belacan dan ikan kering …pada celah-celah gigi
yang berplak dan berkaries.
Tentulah nik.. mad!....
sejak itu saya belum nampak lagi, (positif - tidak nampak lagi) si Muazz ni menghisap rokok... sekurang-kurangnya dipremis surau!
Semoga Allah memberikan hidayah kepada dia dan kepada saya... sentiasa
.... betapalah ramai diantara kita yang dulu juga telah tersesat dalam kesesatan yang serupa buat beberapa lama.... sehingga diselamatkan-NYA.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian
perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8
mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok
sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang
boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok,
malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi
penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan
dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat
beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah
kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang
menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit
jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara
membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh
Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang
bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang
kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10
jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi
kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian
berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan
banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan
tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20
billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam
kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu
makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang
boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah)
yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap
(menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis)
pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana
ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta
serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas
berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503
(masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang
dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt,
samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam
tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya
terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby
mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan
kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul
Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak
mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika
ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan
hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir
telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci
al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah
diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini
bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan
seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan
sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di
atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
fatwa JAKIM - e fatwa
Cutting down your cigarettes?
ReplyDeleteSaya ada cara utk berhenti merokok dgn mudah. Harga rokok pun dah melambung2. Baik guna duit tu utk beri reward pada anak2 ke, utk bawa isteri candle light dinner ke, htr mak ayah g umrah ke, derma kat tahfiz ke, bayar zakat ke.....kan....
So, siapa nak berhenti merokok boleh contact saya 01137007328 Azah