Social Icons

Pages

Thursday, October 17, 2013

Isu Kalimah Allah dan Dr Zakir Naik (pakar perbandingan Agama)

Ya Allah , lindungi kami dpd syirik

Bukan nak berlagak handal, dan tidak sama sekali kerana mengetahui perkara ghaib (melainkan apa yang disebut dalam al Quran dan al-Sunnah),  tetapi Keputusan Mahkamah Rayuan adalah seperti yang telah saya rasa, sangka, jangka dan duga. 

Panel Hakim Muslim dan tarikh keputusan yang dipilih pada hari wukuf di Arapah (( 9 Zulhijjah), adalah ‘tanda-tanda signifiken’ bagi golongan yang berfikir (ulul albab). 

Takkanlah hakim-hakim yang bijaksana itu ‘tergamak’ mengeluarkan keputusan yang akan menimbulkan amarah ramai umat Islam, apalagi terdapat ramai wakil persatuan orang Islam yang berada di dalam dan diluar bilik mahkamah.  

Lainlah, ketika  Sadam Hussein digantung … oleh Tentera Kufar Bersekutu (kalau tidak silap) pada hari raya Aidil Adha atau sekitar tarikh penting umat Islam….  dengan mesej batil bagi tujuan penghinaan kepada umat Islam. Sekadar kebetulan? Fikirlah sendiri.

Jangan salaf faham, ini adalah rasa hati dan telahan peribadi atas ilmu dan pengalaman. Kebetulan sahaja sama, agaknya. Tapi bila keputusan dah keluar, ia dah menjadi takdir yang diketahui. Apa-apapun, bacalah alasan-alasan  keputusan  setiap hakim itu yang akan diberi akses kepada awam.  

Buat masa ini, saya tidak mahu turut terbabit untuk berhujah dalam 2 pandangan berbeza ilmuan Islam dalam isu kalimah Allah. Nantilah dulu… Biarlah ilmuan agama yang pakar atau perasan pakar yang berbincang atau ‘berperang’.  Tidak mahu nanti, kalau kata - salah difaham, tulisan- salah ditafsirkan,  ‘free=free’ kita dituduh murtad, rosak akidah, dosa besar… bla-bla,bla, bla. Dulu apa berlaku terhadap ustaz Zahazan yang dituduh.. ? Kini, perhatikan kenyataan Ex-Mufti Dato Noh Gadot yang kemudiannya mendapat respons daripada Dr Mazlee Malik dan Dr Asri. 



Bingung tak orang awam?  Taklah, bagi yang tidak peduli. Hanya yang ambil tahu isu ini yang akan merasa bingung. Mana satu betul?  Memanglah bagi kita orang awam nak ‘main selamat’ daripada  dituduh sebagai ‘rosak akidah’ atau berisiko rosak akidah, lebih baik kita tak payah pening-pening lalat – mari terus bernaung dibawah pendapat ilmuan agama yang mengharamkan orang bukan Islam guna kalimah Allah dalam isu hari ini. Tetapi adakah cara ini cara ulul albab? Sudahkan anda menilai hujah-hujah kedua belah pihak…    

 Oklah, disini, saya hanya nak kita lihat sedikit sesuatu yang boleh dikaitkan dengan isu Kalimah Allah ini dengan dakwah Dr Zakir Naik ketika menjawab soalan2 yang ditanya oleh orang bukan Islam dalam satu program “Peace convention di Dubai” yang dihadiri puluhan ribu orang dalam dewan dan disaksikan ratusan juta orang, ‘live’ on peace TV channel  :-

Dialog 1:

S: Apa tujuan awak buat program perbandingan agama seperti ini? Apa matlamat yang hendak dicapai? Better world? Apa ’logical conclusion’ daripada program ini? Adakah anda mahu menukar semua orang kepada (memasuki) Islam?

ZN : Untuk mencari ‘peace’ , ketenangan, kedamaian melalui penyerahan dan tunduk kepada kehendak dan perintah Tuhan Yang Esa ( submit to the will of  one god). Siapa yang dapat kebenaran, siapa yang Allah bagi hidayah dia akan jadi muslim. Kerja saya ialah menyampaikan mesej –pesanan (kebenaran agama).  ‘Not to convert all, but to deliver message’. Jika Allah bagi hidayah dia jadi muslim. (Surah al Ghasiyah, 88 – 21-220).

S: Bagaimana boleh dicapai dengan cara ini (perbandingan agama)?  Kita dapat ‘peace’ atau tidak?

ZN: apabila seorang merujuk kepada satu agama, seorang lain merujuk kepada agama lain, kita boleh membuat perbandingan, logiknya pasti kita akan dapati satu agama itu lebih baik daripada agama lain atau ada yang paling baik.

S: Kita tidak boleh ‘compare to the end of the world’? Adakah anda ingin semua orang memeluk islam? Hakikatnya sentiasa ada yang tidak setuju dan berlaku perbezaan?  Pertentangan?

ZN: We deliver the message, not to the end of the world but to the end of our life and your life.We deliver the message, not to convert every one.

ZN: Whether you like or not, it’ s up to you. Majority non muslim tidak terima Islam, tetapi adakah mereka mendapat manfaat?  Adakah awak mendapat manfaat?

S: Ya

ZN: Itu dah mencukupi. Kalau awak dapat mesej 10%, 20%,  I am happy. Ada yang dapat 100% keyakinan. Awak dapat kebaikan daripada program ini saya dah puashati.

ZN: What should we pray ? We should pray to almighty God.  What should we do ? follow His  commandments. We should find out the truth. Adakah saya cakap supaya bunuh orang, pasal pergauduhan perkauman? S: Tiada.

Dialog 2:

Awek Christian Cun (ACC) : I am an honest and good Christian/catholic. I do good deeds in my life. I stay away from bad deeds, If I die,  am I going to heaven or hell? (My muslim friends said that I will still going to hell)

ZN:   “if you are a true Christian, if you truely follow the teachings of  Jesus, in sya Allah you shall go to heaven”

ACC : (look very happy). “Thank you”.

ZN “ Listen carefully.. I said only if you are a true follower of Jesus.” “I don’t know if you are true follower of  Jesus. If you truly follow the teaching of Jesus, Peace be upon him.”“ if you read the Bible, there are sayings of Jessus PBUH , they are in red letters.”

ZN “Do you believe Jesus is God?”

ACC : “Yes, definitely”

ZN : “Islam is the only non Christian faith, which make it is a faith to believe in Jesus. No muslim is a muslim, if he does not believe in Jesus. We believe he is one of the mightiest messenger of God. We believe he was born miraculously without human intervention. We believe he was the messiah …… We believe he gave lives to the deads with God’s permission”.

ZN: “The problem is that almost all the Christians believe that Jesus is the almighty God , The believe he claimed divinity. “

ZN: “In fact if you read the Bible, there is no a single unequivocal or unambiguous statement  in the complete Bible , Jesus Chirst himself say “I am a God, always worship me”

ZN: “In Gospel of John, Chapter 14 Verse 28 , my father is greater than all. Gospel of Mathew, Chapter 12, Verse 28 , I cast of devil with spirit of God. Gospel of Luke, Chapter 11 Verse 20, Gospel of John , Chapter 5 Verse 30,  I can my ownself do nothing.. for a … seek not my will , but the will of my father.. … Gospel of John Chapter 14 Verse 24, Jesus says the words you hear are not mine but father…  Book of  Acts Chapter no 2 Verses no 22 , hey men of izrail ,,, listen to this, Jesus of Nazareth ,  a man approved of God among you by wonder, miracles and signs, ….

ZN: From the Bible , we know that  Jesus PBUH is one of the beloved messenger  of almighty God. We love him, we respect him.

ZN: Do we follow his teachings?

ZN: We follow his teaching more that you, the Christians. According to Gospel of Luke, Jesus was circumsized on the 8th day.  We muslim do the circumsization not most the Christians.  In the Book of Deuteronomy Chapter 14  Verse 8 , Book of Isaiah Chapter 65 Verse 2-5etc , you shall not eat pork… most of  the Christians eat pork, we don’t. So, about alcohol. It was also forbideen in Bible but most the Christian consume Alcohol, we don’t.  

ZN: Gospel of John Chapter 16 Verse 12=14,   Jesus said , I have many things to say to you …but you cannot bear them now, for he with the spirit of truth shall come, and he shall guide you to the truth… He shall not speak of himself, all that shall he speak.  He shall verify me. Verbatim quotation from the Bible, King James version. Prophet Jesus said about the coming of the last and final messenger, Muhammad.

ZN: Jesus never said he was a God.

ZN: If you truly believe in Jesus Christ and his teachings,  you have to believe in Prophet Muhammad , the last and fina messenger.

Therefore  if you believe in prophet Muhammad , that you have to follow his teaching … which we are doing now. Then insya Allah you shall go to Jannah.”

Dialog 3

Rahul : Mengapa tuhan membuat pilihan dengan menentukan kelahiran awak dalam agama islam sedangkan saya dan orang lain dilahirkan dalam keluarga bukan islam? Seolah olah tuhan bersikap tidak adil dari awal kelahiran manusia? Mengapa tuan tidak menentukan semua lahir dalam islam ? Kan senang?
ZN: Seorang yang lahir dalam keluarga islam, lazimnya menjadi islam dan begitulah sebaliknya. Itu logik. Kriteria to go to jannah, bukanlah kerana semata-mata di lahirkan islam. Rasul sa.w. berkata; setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci–fitrah (muslim) (submit to the will of one god), kemudian ibubapanya yang mencorakkannya.

Kriteria untuk ke syurga bukan lahir dalam keluarga islam tetapi seperti disebut dalam surah al-Asr. (Beriman, beramal salleh, menyeru kepada kebenaran… dan kesabaran).

Rahul : Tapi awak dapat Islam dengan mudah. ‘Still big advantage’? Ini kelebihan yang besar?

ZN: Mudah tak mudah, ianya subjektif. Awak juga dapat mudah. Awak sekarang berada di depan saya, dapat tanya soalan kepada saya. Banyak org lain tidak dapat peluang seperti ini.  
Tapi kalau awak hendak jadikan ia isu besar, maka ia jadi besar, kalau awak beratkan ia, ia jadi berat… tapi kalau awak permudahkan, ia mudah. Semua orang menerima maklumat dengan cara yang pelbagai.

ZN:Sebagai bukan Islam, awak lebih banyak tahu tentang Islam daripada ramai orang Islam sendiri. Tapi ramai orang pilih Islam walaupun mereka sendiri banyak soalan yang tidak dijawab.

Rahul: Saya percaya  90% tapi masih ada keraguan sekitar 10%?

ZN: Bagi 10% itu, awak boleh tanya apa awak tak puashati atau apa lagi keraguan awak tentang Islam, saya boleh jawab.

Rahul : Saya hanya boleh terima jika 100% sure.

ZN:Sebagai bukan Islam, awak lebih banyak tahu tentang Islam daripada ramai orang Islam sendiri. Tapi ramai orang pilih Islam walaupun mereka sendiri banyak soalan yang tidak dijawab.

 Saya doakan agar awak tidak terlambat.

Rahul : Saya masih buat kajian.

ZN : Harap awak terlambat ….

Rahul : Adakah jika saya mati saya akan kafir, neraka?

ZN:  ya , awak tak ambil syahadah lagi..

\Rahul: Tapi saya dalam kajian … lebih baik dpd orang lain

ZN: Berapa perkara dilakukan oleh kita tentang suatu perkara sedangkan kita tidak pasti seratus peratus…  tapi kita buat juga.. Asalkan awak yakin Allah itu Tuhan yang Esa,  Tiada tuhan melainkan Dia dan Muhammad itu rasul-Nya yang akhir. Cukup. 

Kesimpulan.  

 (1) Justeru, kita terima keputusan Mahkamah kerana in sya Allah ia adalah baik untuk kita. Namun segala hujah Dr Yusuf Qaradhawi, Dr. Wahbah Zuhaili dan di Malaysia seperti Dr Asri, Dr Mazlee hatta YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang kuat logik dan hujahnya tetapi selalu ‘diserang’ kerana pilihan dan prinsipnya, hujah-hujah mereka ini perlu diberi penelitian untuk kita menilai metodologi dakwah kepada bukan Islam agar dapat dilakukan secara yang lebih baik seperti antaranya kejayaan program dakwah Dr Zakir Naik, Yusuf Estae dan lain-lain.

(2) Bagi orang muda Islam diluar sana, pergilah berdakwah dengan non muslim disekitar anda sama ada jiran-jiran di taman perumahan anda dan rakan sekerja atau teman-teman anda. Jika sukar berdialog, cuba fikirkan jika anda boleh berikan satu hadiah naskah al-quran terjemahan dalam bahasa yang mereka suka, bahasa inggeris, bahasa cina dan sebagainya.  Setuju?

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.

    tuan, saya rasa di malaysia ne yang jadi isu kenapa perlu diharamkan,ialah kristian minta penggunaan nama Allah dalam hebahan mereka berbahasa melayu. sedangkan, kalau depa betul sincere nak guna nama Allah sebagai de Almighty GOD, mereka patut guna dalam hebahan mereka disemua versi, BM, BI, Cina, India dll. kenapa hanya hebahan dalam BM yang mereka fight? sebab orang bangsa selain melayu/ bumiputra mostly akan baca versi BI... So apa niat mereka hanya buat dalam hebahan bahasa melayu? Hmmm mungkin tuan boleh bantu kongsi yang ne as saya mungkin tiada ilmu dalam ne...

    btw, ya saya tertarik dengan cadangan tuan di perenggan terakhir untuk hebahan ttg the beuty of islam... lets do it... it a very much good suggestion.
    kat australia, they did this...weekend, diaorang pacak table, dan edarkan pamphlet ttg islam kepada semua orang yang lalu lalang....
    jom, lets start do it, n promoting de good ethics so that people will interested in islam... insya Allah...
    you may read it here and give some feedback insya Allah.
    http://hnr318.blogspot.com/2013/10/promoting-islam-on-de-street-will-ya.html

    thanx ya for de sharing about dialog Dr. ZN, sangat bermanfaat. Insya Allah... ;-)

    ReplyDelete