Apa yg penting ? kerjasama |
Ini
kisah apa sebenarnya? Ini Kisah katam Quran. Kita diseru katam Quran
seberapa banyak yang boleh dalam tempoh seberapa singkat yang boleh.
Kita dikemukakan dengan riwayat tentang kemampuan sahabat yang mampu
untuk katam 30 juzuk dalam masa 7 hari, 5 hari, 3 hari bahkan ada yang
mendesak mampu melakukan dalam tempoh kurang daripada itu, mungkin dalam
2 hari atau satu hari. Tapi nabi tidak menggalakkan dan akhirnya
menghadkan kepada 3 hari, tidak boleh lebih cepat atau laju daripada
itu. Jika khatam lebih laju daripada itu maka kesannya tiada penghayatan
atau kefahaman yang wajar. Maafkan saya, saya tidak ingat terjemahan
perkataan tepat yang digunakan tetapi kesimpulan teguran itu ialah jika mengkatam kurang daripada 3 hari bermakna ia adalah
“satu pembacaan tanpa kefahaman”.
Namun
sekalipun begitulah tegahan nabi, Kita dibawakan riwayat akan adanya
golongan terkemudian daripada generasi pertama (sahabat) yang mengkhatam
al-Quran kurang daripada 3 hari. Ada ustaz terkenal kata .. larangan
nabi adalah umum tetapi dalam bulan istimewa seperti ramadan, ia boleh
dilakukan dan sebahagian orang yang hebat masih dapat memahami dan
menghayati walaupun dilakukan dalam masa 3 hari. Mereka ini tentulah
daripada golongan penghafaz quran dan pencinta alQuran. Riwayat
kebenaran dakwaan ini adalah kuat kerana dinukilkan oleh ulama terkenal.
Walaupun
begitu, oleh kerana ia tidak berstatus hadith kerana itu mungkin tiada
kewajipan untuk kita percaya atau mungkin tidak salah jika ada sedikit
rasa pelik. Ialah, sekalipun kita menyayangi dan mengkagumi imam syafie,
tetapi katam 2 kali sehari selama 60 kali sebulan dalam bulan ramadan
adalah begitu luarbiasa mengambil kira hukum logik kerana terdapat
pelbagai urusan agama lain dan keperluan peribadi yang perlu dilakukan,
apalagi ada yang mengatakan ia dilakukan diluar solat. Maafkan saya,
ini sekadar aplikasi penggunaan akal fikiran seperti disaran al Quran
dan tidak bermaksud mempertikaikan kredibiti ulama besar itu sekadar
tertanya bagaimana ia boleh berlaku?
Sebenarnya bukan itu isu yang saya maksudkan di sini.
Isunya
ialah ustaz-ustaz kita menggalakkan kita berusaha mengkhatam al-Quran
dalam masa seberapa cepat yg dapat. Ia boleh dilakukan dalam masa 7 hari
hatta 3 hari walaupun oleh orang melayu asalkan sanggup berkorban masa
dan usaha. Di mana-mana pun ramai orang melayu kita berusaha mengkhatam
al-Quran seberapa cepat yang boleh. Ini bagus.
Masalahnya
kita terlupa atau terlepas pandang- pesanan nabi iaitu seperti
kesimpulan yang saya berikan di atas tadi iaitu jika di khatam dalam 3
hari... bermakna membaca dengan tiada kefahaman.
Bermakna
bukan masa atau tempoh yang saya ingin tonjolkan tetapi kefahaman dan
penghayatan. Itulah elemen penting yang nabi s.a.w. pertekankan.. dan
ia sangat relevan di dalam dunia melayu ... kerana apa?
Kerana majoriti orang melayu di bumi melayu ini adalah tidak faham, tidak pandai bahasa arab.
Bermakna
kalau kita jenis melayu jahil bahasa arab ini walau sefasih mana pun
kita mengaji ... selaju mana bacaan kita.... sehingga kita boleh katam
dalam 7 hari, 5 hari atau 3 hari... maka kita:
masih
gagal memenuhi objektif dan maksud nabi s.a.w. –iaitu adakah setiap
khatamnya itu atau setiap bacaan khatam 30 juzuk itu telah dilakukan
dengan kefahaman? Jawapannya tidak.
Justeru,
maka kita perlu membuat budaya baru khusus bagi orang menzalimi maaf,
melazimi diri dalam amalan membaca al Quran agar membaca al Quran
berserta terjemahan khususnya bagi orang-orang dewasa. Tidak mengapalah
kalau kerana membaca bersekali terjemahan itu menyebabkan kita khatam
dalam masa yang lebih lama , daripada 7 hari menjadi 20 hari atau
sebulan tetapi apa yang penting, kita telah membaca dengan kefahaman. –
seperti diperintah nabi s.a.w. sebagai satu sunnah.
Membaca
al Quran dengan terjemahan ini adalah turut disarankan oleh Dr Zakir
Naik, seorang pakar perbandingan agama yang begitu cemerlang dalam
urusan dakwah kepada non-muslim, seorang daie yang sukar ditemui diera
akhir zaman ini.
... Terkecuali bagi
anak-anak yang sedang dalam proses hafaz al Quran menurut ustaz Soleh
Abd Razak seorang penulis buku “melahirkan anak mencinta al-Quran” (saya
lupalak tajuk nya), sahabat saya yang juga merujuk kepada hujah dari
Dr. Yusuf Qaradhawi.
Mungkin
pada peringkat ini, membaca dan menghafaz tanpa kefahaman adalah lebih
baik memandangkan kepentingan untuk mereka fokus dan habis menghafaz
dalam usia masih muda ketika tidak diganggu oleh banyak urusan lain
seperti orang dewasa. Satu hujah yang baik.
Bagaimana,
saya telah membiasakan anak-anak saya dengan al-Quran terjemahan. Saya
dapati ada kebaikan yang berbeza yang akhirnya saya kata; biarlah saya
teruskan cara ini dulu. Anak saya yang 12 tahun suka membaca
terjemahannya dan kadangkala bertanyakan soalan kerana tidak faham apa
yang dimaksudkan pada terjemahan itu dan saya cuba mendatangkan jawapan
yang sesuai. Jika saya tidak tahu saya kata tak tahu, saya suruh dia
tanya ustaz dia. Kalau saya terangkan dia takpuashati, saya pun jadi
‘boring’ lalu saya kata, nak lebih jelas buka kitab tafsir itu ada 2
satu tafsir fizilal satu ibnu kathir. Nampaknya dia belum kuat keinginan
untuk buka kitab tafsir itu lagi.
Saya
suka dia bertanya soalan-soalan ini atau berfikir tentang maksud ayat
al-Quran itu. Saya juga lihat dia menggunakan sedikit ilmu bahasa
arabnya untuk memudahkan mengingatkan hafazan dia. Ia secara
reciprocal... dengan bahasa arab membantu hafazan dengan hafazan
membantu bahasa arab.
Maka
buat masa ini, pada fikir dan hemat saya ... kebaikan bagi anak-anak
melayu didedahkan dengan terjemahan dalam proses membaca dan menghafaz
adalah lebih baik dari menghafaz tanpa mengetahui maknanya.
Namun
saya benar-benar mengharapkan daripada tuan-tuan dan puan-puan hujah
dan pandangan bertentangan yang dapat membuatkan saya menilai semula
pandangan saya ini. (Seperti kalau ada kajian saintifik, kajian ilmiah
seperti thesis, tinjauan, dapatan statistik , atau keterangan pakar dan
lain-lain keterangan).
Maaf ye sahabat Solleh dan maaf juga ye Dr Yusuf Qardhawi.
Wallahu taala alam.
Hisham-ahmad.blogspot. com
No comments:
Post a Comment