Social Icons

Pages

Thursday, May 28, 2015

Masa terbaik fikirkan pendidikan anak-anak



Sila jawab soalan ini. Bilakah masa terbaik untuk kita mula memikirkan pendidikan anak?

Semasa anak disekolah menengah. Salah. Sekolah rendah. Salah. Semasa anak 3-5 tahun. Salah. Semasa mengandung? Salah. Semasa kahwin? Salah. Jadi, apa jawapannya? Nantikan dihujung nota ini.

Peraturan Kejayaan. Kejayaan pun ada peraturan? Ya.   Kejayaan itu adalah anugerah dari Allah, tetapi sunnatullahnya ialah kejayaan itu sebenarnya mempunyai peraturannya sendiri. Maka penuhilah peraturan kejayaan, khususnya untuk anak kita sendiri.

Apakah dia peraturan kejayaan ?  Inilah dia.... antaranya.   Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok. dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.”

Ayat ini umpama ‘master key’ bagi kejayaan suatu perancangan. Bacaan makna secara literal ayat ini sendiri menunjukkan kepentingan untuk melakukan persediaan dan menyediakan bekalan bagi kebaikan di masa hadapan. Jika dibaca secara lebih bijaksana, ayat ini sebenarnya mengajarkan kita agar membayangkan jenis masa hadapan (kejayaan) yang kita inginkan dan harapkan dan dengan itu  kita kemudiannya merancang dan menyediakan keperluan dan bekalan yang sesuai dan perlu bagi mencapai kejayaan yang dikehendaki itu.

Inilah pendekatan visualisasi dalam membayangkan keindahan kejayaan di masa hadapan yang disebut ‘futuristic thinking’. Pemikiran masa depan inilah cara berfikir orang berjaya. Sesungguh kejayaan itu mempunyai peraturan dan ini adalah sebahagian peraturan penting dalam kejayaan.

Sekarang bayangkan  apa yang kita kehendaki daripada anak anda yang berumur 12 tahun ketika dia berumur 15 tahun dan seterusnya. Seorang hafiz muda (30 juzuk) dan top scorer PMR?? Ok, mari kita lebih futuristik,  pergi tengok dan renung baby atau anak kecil anda yang masih tadika atau sekolah rendah,  dan kemudian anda rehatkan diri dan visualkan/bayangkan dia ... 10 tahun, 20, 30 tahun  akan datang :- 1. Seorang ulama hebat seumpama Dr Yusuf Qaradawi 2. Seorang pendakwah antarabangsa seumpama Dr Zakir Naik atau 3.  seorang pakar mata dengan jiwa motivasi seumpama Prof Muhaya

Kemudian bila kita sedar dari bayangan impian indah ini. Maka teruslah kita berniat dan menanam tekad untuk memulakan langkah kejayaan.  Untuk mencapai impian itu, penuhilah proses dan peraturan kejayaan itu. Mulakan impian itu sekarang!

Uppppsss, lupa pasal soalan di atas. Masa terbaik untuk kita mula memikirkan pendidikan anak kita ialah semasa kita mulai mencari pasangan untuk dikahwini. (Namun khusus untuk teruna-dara)  Bagi yang telah beranak pinak, tiada istilah terlewat. Masanya ialah sekarang.  Kerana kejayaan hakiki ialah mendapat syurga.

Bgmanapun, kata bijakpandai;- Kalau nak anak soleh, carilah pasangan yang soleh. Tapi untuk dapatkan pasangan  yang soleh, jadilah dulu, insan yang soleh. Wallahu taala alam.

1 comment: