Social Icons

Pages

Sunday, November 10, 2013

Dr Zakir Naik Tokoh Maal Hijrah Adalah Hujah Ke atas Kita ?

Presiden Yayasan Penyelidikan Islam Mumbai, India, Dr Zakir Abdul Karim Naik diumumkan sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah 2013 sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Saya hanya dapat katakan ... "dah memang tepatlah tu!"

Saya percaya kita semua setuju, khususnya mereka yang mengikuti perkembangannya melalui siri ceramah tentang perbandingan agama yang dihadiri berpuluh ribu orang  (Islam dan bukan Islam) dalam satu-satu sesi, disaksikan juga berjuta orang melalui saluran TV (peace channel). Seterusnya apabila kita menyaksikan sesi2 soal jawab khusus dari golongan belum Islam,  kejayaan sekolah antarabangsanya dan organisasi dakwahnya,maka kita akan bersetuju dengan anugerah tokoh maal hijrah ini kepada nya.

Jasa Beliau.

Dalam puluhan tahun dia berdakwah dan berdialog dengan bukan Islam dari kalangan orang biasa sehingga tokoh mubaligh kristian, beliau telah menjadi musabab kepada sekian ramai orang bukan Islam mendapat hidayah Allah.

Seperkara lagi ialah betapa segala salah faham tentang Islam telah berjaya diperbetulkan secara meluas dari kalangan bukan Islam di seluruh dunia khusus dikalangan masyarakat barat.
Apa kaitan dengan kita?

Kita di Malaysia, org melayu Islam, kaum majoriti yang menguasai politik dan pentadbiran negara ini... adakah telah menjalankan kerja dakwah untuk memberi kefahaman tentang Islam kepada bukan Islam khususnya jiran dan rakan taulan kita? Tentang Kesejahteraan dan Keadilan Islam.

Setakat mana orang bukan Islam di Malaysia mengakui Islam sebagai "Religion of Peace" dan setakat mana salah faham mereka terhadap Islam telah diperbetulkan?  

Tentu kita tidak tahu... sbb kita tidak buat kerja dakwah ini! Tapi alasan kita...?

Saya takut, saya takut apa jua alasan kita nanti ditolak-Nya.

Alasan penolakan kerana Dr Zakir Naik dah buat banyak kerja dakwah, kita sikit pun tak buat.. Takkan nak harap Dr Zakir  datang kat rumah kita dan tolong dakwahkan jiran dan kawan bukan Islam kita.

Saya takut, Dr Zakir kelak  menjadi hujah terhadap kita di hari bicara alam akhirat!

Justeru mulakan dengan mudah.. buat satu grup dakwah atau join grup dakwah - bincangkan metodologi dan strategi ... dan pergi rumah jiran, kedai kat taman, atau rakan ..  borak-borak tentang agama..
ajaklah sahabat2 tabligh... mereka lebih berpengalaman...

Hayati satu contoh dialog antara seorang engineer bukan Islam dengan beliau:-
Rahul : Mengapa tuhan membuat pilihan dengan menentukan kelahiran awak dalam agama islam sedangkan saya dan orang lain dilahirkan dalam keluarga bukan islam? Seolah olah tuhan bersikap tidak adil dari awal kelahiran manusia? Mengapa tuan tidak menentukan semua lahir dalam islam ? Kan senang?

ZN: Seorang yang lahir dalam keluarga islam, lazimnya menjadi islam dan begitulah sebaliknya. Itu logik. Kriteria to go to jannah, bukanlah kerana semata-mata di lahirkan islam. Rasul sa.w. berkata; setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci–fitrah (muslim) (submit to the will of one god), kemudian ibubapanya yang mencorakkannya.

Kriteria untuk ke syurga bukan lahir dalam keluarga islam tetapi seperti disebut dalam surah al-Asr. (Beriman, beramal salleh, menyeru kepada kebenaran… dan kesabaran).

Rahul : Tapi awak dapat Islam dengan mudah. ‘Still big advantage’? Ini kelebihan yang besar?


ZN: Mudah tak mudah, ianya subjektif. Awak juga dapat mudah. Awak sekarang berada di depan saya, dapat tanya soalan kepada saya. Banyak org lain tidak dapat peluang seperti ini.  

Tapi kalau awak hendak jadikan ia isu besar, maka ia jadi besar, kalau awak beratkan ia, ia jadi berat… tapi kalau awak permudahkan, ia mudah. Semua orang menerima maklumat dengan cara yang pelbagai.


ZN:Sebagai bukan Islam, awak lebih banyak tahu tentang Islam daripada ramai orang Islam sendiri. Tapi ramai orang pilih Islam walaupun mereka sendiri banyak soalan yang tidak dijawab.


Rahul: Saya percaya  90% tapi masih ada keraguan sekitar 10%?


ZN: Bagi 10% itu, awak boleh tanya apa awak tak puashati atau apa lagi keraguan awak tentang Islam, saya boleh jawab.


Rahul : Saya hanya boleh terima jika 100% sure.


ZN:Sebagai bukan Islam, awak lebih banyak tahu tentang Islam daripada ramai orang Islam sendiri. Tapi ramai orang pilih Islam walaupun mereka sendiri banyak soalan yang tidak dijawab.


Saya doakan agar awak tidak terlambat.


Rahul : Saya masih buat kajian.


ZN : Harap awak terlambat ….

Rahul : Adakah jika saya mati saya akan kafir, neraka?

ZN:  ya , awak tak ambil syahadah lagi..

Rahul: Tapi saya dalam kajian … lebih baik dpd orang lain

ZN: Berapa perkara dilakukan oleh kita tentang suatu perkara sedangkan kita tidak pasti seratus peratus…  tapi kita buat juga.. Asalkan awak yakin Allah itu Tuhan yang Esa,  Tiada tuhan melainkan Dia dan Muhammad itu rasul-Nya yang akhir. Cukup. 

No comments:

Post a Comment