indah-indah yang membentuk keindahan |
Mari kita kembalikan era kehebatan Andalusia!
Namun sudahkah anda bersedia untuk kembali
kegemilangan era itu? Asas kelayakan pertama, anda mesti berminda futuristik.
Adakah anda memenuhi kelayakan asas pertama itu? Ya. .... Jangan cepat perasan
selagi belum diuji dengan soalan.
Soalan Pertama. Adakah anda dari golongan yang
telah memikirkan pendidikan anak-anak? Kalau belum, kenapa?
Sebab belum kahwin!
Jika jawapan anda, sebab masih muda, masih bujang, baru
bercinta, belum nak kahwin, baru bertunang.....
Pretttttt. X . Wrong answer!
Soalan kedua, baiklah, tidak kira anda belum atau telah
berkahwin, belum atau telah mempunyai anak,
saya bertanya kepada anda... bilakah masa dan waktunya yang paling tepat
atau terbaik untuk anda memikirkan pendidikan anak-anak anda?
Jawapan,
1. semasa anak saya nak masuk universiti (X)
2. semasa anak nak masuk sekolah (X)
3. semasa anak saya berumur 5 tahun (X) 3 tahun (X) 1 tahun (X)
...X X X, salah, salah, salah.
1. semasa anak saya nak masuk universiti (X)
2. semasa anak nak masuk sekolah (X)
3. semasa anak saya berumur 5 tahun (X) 3 tahun (X) 1 tahun (X)
...X X X, salah, salah, salah.
Bagaimana kalau dijawab begini.... iaitu, semasa isteri
mengandung........
emmm , bagus juga jawapan ini tapi........
Prettttttttttttttttttttttttttttttttttttt. X X X
. Still... Wrong answer!
Jawapannya....
Seorang yang bersifat futuristik dan berminda ‘visual’ akan menjawab ;
Seorang yang bersifat futuristik dan berminda ‘visual’ akan menjawab ;
“ketika saya mahu mencari pasangan hidup (untuk berkahwin)........”
“Tuttttttttttttttttttttttttttttt.... Yes, Yes
Yes ..... correct, correct, correct! .........
“That is the answer!”.
Wahai lelaki muda diluar sana,
yang masih mencari atau yang ingin menambah....
itulah jawapannya, itulah saat dan waktu terbaik untuk mula memikirkan pendidikan anak..
selewat-lewatnya, ketika kau mula mahu mencari pasangan untuk dijadikan isteri atau suami.
-Kalau anda mahukan anak yang soleh, carilah isteri
yang soleh .... isteri yang soleh akan menjadi ibu yang soleh ...
tapi anda terlebih dahulu, jadilah soleh.
-kalau mahukan anak yang taat, carilah isteri
yang taat ... tapi anda terlebih dahulu taatlah kepada-Nya.
Tetapi....
- kalau anda mahukan anak rempit... carilah
calon-calon isteri dari kalangan gadis-gadis rempit!
Kalau nak anak pandai berdisco, carilah calon
calon isteri kaki disco!
Kalau nak anak seksi, carilah isteri dari
kalangan yang dedah sana, dedah sini!
Noktah.
Kisah benar
Hari itu, Ahad 1/12/2013. Saya membawa anak ke Sekolah Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah, Melaka untuk temuduga masuk tingkatan 1. Seramai hampir 300 pada senarai pelajar untuk ditemuduga sedangkan yang akan diterima sekitar 70 orang.
Hari itu, Ahad 1/12/2013. Saya membawa anak ke Sekolah Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah, Melaka untuk temuduga masuk tingkatan 1. Seramai hampir 300 pada senarai pelajar untuk ditemuduga sedangkan yang akan diterima sekitar 70 orang.
Setelah proses pendaftaran, pelajar-pelajar beratur
pada satu baris dan wakil ibubapa berada pada satu baris. Alkisah, bukan sahaja
pelajar ditemuduga, tetapi ibu atau bapa juga ditemuduga. Saya sendiri
ditemuduga oleh seorang Profesor Datuk Dr. di situ.
Ibubapa ditemuduga untuk menilai komitmen
mereka. Ibubapa diperlukan untuk memberi sumbangan secara proaktif dan
melibatkan diri dalam proses pendidikan anak-anak melalui pelbagai bentuk
sumbangan yang dapat mereka berikan. Komitmen ibubapa dalam bentuk begini
sebenarnya sangat bagus dan ia juga mungkin mempunyai persamaan dengan apa yang
telah diamalkan oleh Sekolah IIS (International Islamic School) yang diasaskan
oleh Dr. Zakir Naik.
Berbeza dengan banyak sekolah yang lain,
sekolah ini bertujuan melahirkan anak-anak yang menghafal 30 juzuk al-Quran
dalam tempoh berkala yang pendek dan sederhana dan kemudiannya dimantapkan dengan pengetahuan dan kemahiran
dalam sains dan teknologi, disamping perkara penting yang lain. Secara
keluruhannya, IMTIAZ ialah Itqan, Mahabah, Taqwa, Istiqamah, Akhlak dan Zaamah
(kepimpinan). Mottonya ialah Soleh Pintar melalui penekanan aspek Quranik,
Ensiklopedik dan Ijtihadik. Matlamat
jauhnya ialah untuk mengembali era Andalusia yang diungguli oleh tokoh-tokoh
ilmuan Islam yang mahir al-Quran dan al-Sunnah tetapi mengungguli bidang sains,
teknologi dan peradaban.
Ini sebahagian daripada apa yang dapat saya
fahami daripada taklimat yang diberikan semasa sesi bersama ibubapa-ibubapa dan
barisan kepimpinan pentadbir dan VIP sekolah Imtiaz itu.
Sebarang ketidaktepatan fakta adalah kelemahan
saya dan kemaafan dipinta. Sekolah ini baharu menuju ke usia 3 tahun tetapi ia berteraskan formula
kejayaan atau modul pendidikan sekolah Imtiaz Terengganu yang telah membukti
keunggulan pada pencapaian pelajar yang luarbiasa dalam bidang hafazan dan
akademik.
Kekentalan peribadi |
Di situ, saya juga bertemu seorang bekas rakan
dan senior semasa di sekolah (Kolej Islam Kelang/Kolej Islam Sultan Alam Shah,
Kelang) (1988/1889) antaranya pensyarah-pensyarah di IPTA seperti Dr Suhaimi,
Syarif, Peguam di Pahang, seorang Juru
audit di Putra Jaya. Mereka juga hadir bagi tujuan yang sama seperti yang sama.
Paling seronok ialah apabila berjumpa Dr Aznan,
Ustaz Selebriti yang kalau tak silap, pernah menjadi penasihat Syariah Bank
Negara atau BSKL dan pensyarah UIA. Walaupun ramai kenali dia melalui kaca TV
atau lain-lain media masa. Saya tidak tahu semua itu... kera kurang menonton
TV.
Saya hanya kenali dia sebab dialah Naqib bagi
usrah saya semasa di Kolej Islam. Kepetahan dia berbicara dan mencurah ilmu
kepada saya, menjadikan saya tidak lupa wajahnya walaupun setelah puluhan tahun
berlalu.
Saya juga bertemu seorang bapa, yang anaknya
berada di dalam tingkatan dua yang termasuk dalam kumpulan pelajar terbaik yang
disasarkan untuk mengkhatam Quran dalam tempoh 3 bulan tetapi tidak melebihi 6
bulan. Beliau kini merancang menghantar seorang lagi anaknya.
Atas pertanyaan saya, mereka semua menyatakan
keyakinan mereka terhadap modul imtiaz ini dan menjadikan sekolah imtiaz ini
sebagai pilhian pertama. Hanya tunggu jawapan temuduga sahaja daripada pihak
Sekolah Imtiaz.
Hanya kepada Allah, kami berserah setelah usaha
berpatutan dilakukan. Semoga dipermudahkan-Nya, sekiranya ia baik buat anak
kami, untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Ingin menjadikan anak-anak Generasi Ulul Albab ...
Ini salah satu tempatnya, in sya Allah.
Sesiapa yang berminat, silakan!
Wallahu
taala alam.
Hisham-ahmad.blogspot.
com
No comments:
Post a Comment