Social Icons

Pages

Friday, December 6, 2013

Ustaz Kazim , Panglima Hajaj & Maulana Asri



Saya berjaya, siapa pula jadi mangsa?

Betapapun, sekalipun sekian ramai manusia yang mencintai Islam di luar sana mempercayai dengan tulus ikhlas bahawa Us. Kazim  telah melakukan kesilapan besar dalam membuat pilihan dalam ‘keputusan-keputusan agama’ dengan menunjukkan sokongan kepada pihak/parti yang dianggap tidak tulus dalam menegakkan agama Allah,  janganlah sekali-kali menghina, mengutuk atau mencaci Ustaz Kazim, apalagi keluarganya. 

Walaupun sekian ramai manusia yang mencintai Islam di luar sana mempercayai dengan tulus ikhlas bahawa terdapat tindakan-tindakan Ustaz Kazim yang dipercayai telah ‘mencederakan’  dan  membawa ‘fitnah kerosakan’ kepada perjuangan agama kerana dianggap cenderung kepada ‘kezaliman’ atau ‘pihak yang zalim’ , bersabarlah dengan keyakinan anda dan berilah ruang ‘benefit of the doubt’ kepada ustaz itu, apalagi setelah beliau menolak jawatan/lantikan ahli MT itu.

Walaupun mungkin ada yang terasa disindir pada alasan penolakan itu, tetapi tentulah kita semua  percaya bahawa pasti Ustaz Kazim, seorang yang alim,  telah melakukan solat istikharah dan daripadanya  beliau tentukan dipercayai mendapat ‘sesuatu rasa agama ’ bahawa demi kebaikan agamanya, jawatan itu perlu ditolak. 

Apakah implikasi dan tanggapan logik daripada ini, tentu tak susah untuk difikirkan?   

Bagi yang kecewanya dengannya, it is time,  berusahalah untuk memenangi hatinya semula, jika tidak dapat dilakukan, doakan sahaja – jangan dihentam.

Jika ada ada tindakannya yang ‘mencederakan’ , berhujah dan berfaktalah dengannya.  Ingatkanlah kebaikan-kebaikan beliau yang banyak .... doakanlah dia lagi. Lagi dan lagi.

Walaupun mungkin ada yang merasa skeptikel, pesimis kerana merasa Ustaz Kazim mendapatkan ‘nikmat populariti’  yang luas di media-masa, jangan risau kerana sesiapa yang bijak akan mengutamakan ‘nikmat eterniti’  di syurga nanti.   

Namun saya juga juga tidak bersetuju dengan tindakan ustaz Kazim menceritakan  dikaca TV perihal bagaimana dia dan keluarganya dikutuk dan dihina. Saya tahu, sekian ramai org bijak tahu, termasuk ustaz Kazim sendiri tahu, bahawa segala tindakan menghina, memburukkan dan menghina Ustaz Kazim  sekalipun  dilakukan penyokong PAS (perlukan bukti!) ianya adalah oleh segelintir manusia yang gagal memahami agama dengan baik.

Sebagai pasti Islam yang besar, ahli dan penyokong bawahan atau kebanyakan adalah datang dari pelbagai sifat dan karekter. Bukan semua berkefahaman Islam yang baik dan ada ramai yang menyokong atas asas membenci kezaliman pihak yang lain.

Inilah asas  logik mudah yang gagal  difahami sebahagian manusia... sehingga ada yang meninggalkan politik kerana kerana menganggapnya kotor atas perlakuan segelintir yang bermain kotor.  Mereka gagal melihat kebaikan dalam politik, atau kepentingan kuasa dalam politik, lalu membiarkan mereka yang ‘hubbu dunia’ atau ‘jahil agama’ yang mewarisi kuasa dan mewariskannya.  

 Bila Ustaz Kazim melakukan aduan umum itu, maka ditakuti ia membawa kesan tohmah kepada parti yang serius dalam perjuangan tetapi menyebabkan segelintir yang bermasalah makin ‘geram’ untuk melakukan keburukan lagi. Ia juga membuka ‘idea’ kepada pihak lain pula yang ingin mengambil kesempatan bagi melakukan kedengkian.   

Bagi saya sendiri , Ustaz Kazim memang menghiburkan kerana gaya persembahan yang memikat pada ceramahnya, namun  mengambil kira  isi penting yang saya perolehi  berbanding peruntukan masa yang harus diberi, saya mendahulukan beberapa penceramah yang lain yang gaya persembahan baik dan isinya lebih banyak dan baik seperti Dr. Abdul Basset dll.  Itu adalah pilihan saya. Mungkin ramai tidak setuju.

Saya juga pernah mendengar ceramah Ustaz Kazim tentang kezaliman  panglima Islam, Hajaj Bin Yusuf Al-Thaqafi tetapi  setelah mendengar kuliah Maulana Asri yang saya percaya lebih kredibel dalam bidang hadith, maka terdapat pertimbangan semula perlu dilakukan bagi menyaring dan menyemak semula  kedudukan ‘kezaliman’ Hajaj menurut versi ceramah Ustaz Kazim.   

Namun jika saya ingin membawa kesan emosi dan motivasi yang baik dalam penghayatan agama kepada golongan remaja  muda dan golongan tua, Ustaz Kazim antara pilihan utama.  

Akhir kata.

Untuk diri saya, Ustaz Kazim dan sekelian pencinta agama yang marah dengannya, fikirkan dahulu tindakan kita sebelum melakukan apa-apa yang berisiko ‘melukakan’ agama atau perjuangan mereka yang begitu lama konsisten dan tulus dalam menegakkan agama Allah.

Kekadang kita merasa diberi ruang dakwah yang luas untuk kita melakukan banyak kebaikan tetapi kita terpaksa menutup mulut bagi beberapa kebenaran yang lebih perlu diutamakan.  Saya takut kita ingat kita dapat membawa kebaikan melalui ruang yang disedia tetapi menjadi fitnah bagi kerosakan yang lebih besar kepada agama.

Jadilah bijak!  Tetapi jangan menarik diri daripada politik dan isu semasa. Walaupun terlalu banyak  kebingungan dan kecelaruan sekarang, carilah kebenaran dan kebaikan yang masih ada. Setengah perkara tidak susah untuk dinilai, kefahaman agama yang berpatutan dan logik akal fikiran mampu memberikan jawapan.

Contoh, bagaimana seorang pemimpin dapat diberi amanah menjaga aurat anak-anak kita, akhlak anak-anak kita – sekiranya tiada tauladan pada diri, isteri dan anak-anak mereka? Bagaimana seorang yang bermewah dalam kekayaan dapat memahamkan rakyat erti  kesusahan dan penderitaan? .....  fikirkanlah lagi contoh-contoh lain.. 

No comments:

Post a Comment