Masih segar diingatan kita kes seorang pegawai bank
dibunuh oleh pengawal keselamatan. Alhamdulillah, yang disyaki telah ditangkap
dan akan/telah didakwa. Inilah jenis kes ‘harap pagar, pagar makan padi’.
Jangan kita lupa bahawa sebelum itu, ada kes pegawai
besar Kastam, dimuliakan dengan gelaran “Mr Clean” telah di tembak mati. Kes ini,
penjahatnya masih belum ditangkap, orang disyaki masih tidak lagi diketahui. Kita
mengharap pihak berkuasa segera menangkap mereka yang terlibat dalam menganiaya
dan menzalimi pegawai yang dimuliakan
dengan gelaran mulia itu. Adakah
terdapat unsur khianat, rasuah, salahguna
kuasa dan lain-lain yang menyebabkan mangsa yang tidak dapat berkompromi
dibunuh? Moga Allah merahmati almarhum
dengan title syuhada’.
Di sini, saya juga mahu dan menyeru kita semua agar jangan
sekali-kali melupakan segala unsur ketirisan dan penyelewengan yang berlaku dalam
negara melibatkan agensi dan jabatan kerajaan akibat “tangan-tangan yang tidak
jujur atau hati-hati yang kotor” seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit
Negara. Seluruh rakyat mesti menunjukkan rasa tidak setuju secara jelas dan bersungguh-sungguh
agar perkara ini tidak berlaku lagi. Ini
adalah pengkhianatan wang rakyat... dan
kesannya sangat besar.
Segala unsur rasuah dan tidak amanah sangat di benci oleh
Allah swt. Kesannya juga menyebabkan orang-orang susah yang sepatutnya dapat menikmati
sebahagian daripada wang-wang rakyat itu tidak dapat menikmatinya, atau hanya
mendapat sedikit daripadanya kerana wang itu telah hilang atau terbazir
ditempat yang sia-sia.
Bahkan, kesannya juga menyebabkan manusia-manusia baik
dan tidak berdosa menanggung akibatnya.
Masih ingatkah anda kepada kes ‘high profile’ skandal melibatkan Bank Bumiputra Malaysia Finance bernilai
RM2.5 bilion yang menyebabkan pembunuhan seorang eksekutif pengurusan muda
bernama Jalil Ibrahim
Tonton
: The Murder Of Jalil Ibrahim.
http://www.youtube.com/watch?v=4HbUPaATKd0
Rujuk : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamarul_Ariffin_Mohamed_Yassin
(lihat pada tajuk skandal bank Bumiputera)
Hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment