Sabarlah sayangku,
ujian yang ditimpa
keatasmu,
tidaklah sebesar mana,
berbanding Maryam wanita
mulia,
seorang bayi yang
berkata-kata,
menjadi pembela maruahnya,
Sabarlah
sayangku,
keadilan
itu memang susah,
untuk
ditegakkan,
sekiranya
ia mudah,
tiada
ujian terhadap iman,
mudahnya
hidup tanpa cabaran,
Sabarlah sayangku,
walaupun mungkin bebanmu berganda,
Allah akan mudahkannya,
hasil usahamu bertambah berkatnya,
in sya Allah,
Sabarlah sayangku,
maafkanlah dia,
berdoalah untuknya,
semoga
terbuka pintu hatinya,
mengamalkan
islam yg sebenar-benarnya,
Sabarlah sayangku,
sepandai-pandai manusia
merancang,
Allah sebaik-baik pembalas,
mohonlah
pertolongan-Nya,
dengan jalan sabar,
dan mengerjakan solat……
*Sajak ini adalah rekaan
semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang meninggal dunia.
Sekiranya ia menjadi pengubat hati pembaca sekalian, alhamdulillah
No comments:
Post a Comment