Social Icons

Pages

Sunday, December 22, 2013

Tahfiz @ SBP- Maklumat Penting Untuk Ibubapa


Sebelum ini saya ada menulis dalam Blog tentang perkara di bawah ini. Bagi sesiapa mahu mengetahui lebih lanjut, rujuklah dalam Blog saya. Disini saya ringkaskan tentang apa yang saya tulis :-

1. Kejayaan anak kedua saya dalam UPSR dan UPKK.

2. Pilihan untuk memilih Tingkatan Satu di sekolah  menengah yang mempunyai pengajian Tahfiz dan akademik.

3. Bagaimanapun sebelum keluar keputusan UPSR, ibubapa dikehendaki mengisi permohonan sekolah SBP (Sekolah Berasrama Penuh), dan kami juga melakukan perkara yang sama.

4. Saya memutuskan untuk mengutamakan pilihan sekolah yang ada tahfiz dan akademik. Anak saya bersetuju.

5. Sekolah2 yang menjadi pilihan utama ialah MRSM Ulul Albab Gemencheh, Negeri Sembilan, IMTIAZ Ulul Albab Masjid Tanah, Melaka dan Chenderah, Jasin, Melaka... dan beberapa yang lain.

6. Selepas itu barulah sekolah SBP.... jika sekolah tahfiz  tidak mahu menerima.

7. Semasa memohon MRSM, saya dapati bahawa terdapat peraturan pelik dan membingungkan iaitu pelajar yang ditawarkan ke mana-mana SBP oleh kementerian, secara automatik akan dikeluarkan dari senarai (tidak diterima) oleh MRSM. Ini bermakna kalau sekalipun dia layak untuk MRSM dan MRSM pilihan utama dia, dia tidak dapat memasuki MRSM, apabila dia ditawarkan ke SBP walaupun dia mahu menolak tawaran ke sekolah SBP itu.

8. Lalu saya membuat keputusan yang payah tapi terpaksa, iaitu menulis surat ke kementerian membatalkan permohonan ke sekolah SBP untuk membatalkan permohonan ke SBP.

9. Risikonya ialah jika tidak dapat MRSM atau lain-lain sekolah Tahfiz yang dihajati, bermakna SBP pun tidak dapat juga. Maksudnya, terpaksalah ke sekolah menengah biasa berdekatan kampung halaman.

10. Pada masa ini, anak saya telah melalui 3 urusan temuduga  iaitu di Sekolah Tahfiz Cenderah, Imtiaz dan MRSM Gemencheh. Kaedah temuduga ada persamaan iaitu perlu menghafal untuk ditasmik beberapa ayat Quran atau satu mukasurat ayat al-Quran pada surah yang dijangka masih belum dihafal oleh pelajar-pelajar pada umur itu. Jangan  haraplah surah-surah seperti Sajadah, Mulk, Juz Amma, Insan, Waqiah, Yasin.

11. Di Imtiaz, sekitar hampir 300 pada senarai untuk ditemuduga, tetapi yang hendak diambil sekitar 70 orang.

12. Di MRSM Gemencheh, seramai seribu lebih yang diperlukan seratus lebih, kadar 10% daripada jumlah yang hendak ditemuduga. Di Chenderah saya dah lupa, kerana tidak dapat datang menemai anak atas urusan kerja.

13. Antara kelainan dalam proses temuduga yang lazim ialah di Sekolah Imtiaz di mana ibu atau bapa juga ditemuduga. Manaka di MRSM pula, proses temuduga menghampiri 3 jam kerana ada beberapa jenis ujian.     

14. Kini semua temuduga telah selesai.

15. Kini, saya diberitahu isteri bahawa status permohonan SBP anak saya disebut tidak berjaya.

16. Kini, Dua daripada 3 sekolah tahfiz tersebut telah menawarkan  tempat kepada anak saya.

17. 1 lagi masih belum mengeluarkan keputusan temuduga hingga awal Januari.


Saya maklumkan perkara ini ialah agar menjadi pertimbangan dan panduan kepada ibubapa diluar sana khususnya bagi mereka yang anak-anak mereka akan menjalani UPSR 2014, dan terlebih khususnya bagi ibubapa yang mempunyai cara fikir  yang sama dan matlamat yang serupa. Namun, dapatkanlah maklumat dan pandangan lain dan ingatlah bahawa fakta mungkin berubah mengikut perkembangan semasa.  Apapun, apa jua kelemahan dan kesilapan yang berlaku, diri sendiri yang harus tabah menerima.

Saya juga telah menulis sebelum ini dalam blog dengan mengeluarkan satu soalan cepumas iaitu :- bilakah masa terbaik untuk kita mula memikir pendidikan anak? Jika tidak tahu carilah.

Ingatlah, kejayaan itu adalah anugerah dari Allah, tetapi sunnatullahnya ialah kejayaan itu sebenarnya mempunyai peraturannya sendiri. Maka penuhilah peraturan kejayaan, khususnya untuk anak kita sendiri.

Apakah dia peraturan kejayaan ?

Inilah dia.... antaranya.
  
“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.”

Ayat ini umpama ‘master key’ bagi kejayaan suatu projek atau perancangan. Bacaan makna secara literal ayat ini sendiri menunjukkan kepentingan untuk melakukan persediaan dan menyediakan bekalan bagi kebaikan di masa hadapan. Jika dibaca secara lebih bijaksana, ayat ini sebenarnya mengajarkan kita agar membayangkan jenis masa hadapan (kejayaan) yang kita inginkan dan harapkan dan dengan itu  kita kemudiannya merancang dan menyediakan keperluan dan bekalan yang sesuai dan perlu bagi mencapai kejayaan yang dikehendaki itu.

Inilah pendekatan visualisasi dalam membayangkan keindahan kejayaan di masa hadapan yang disebut ‘futuristic thinking’. Pemikiran masa depan inilah cara berfikir orang berjaya. Sesungguh kejayaan itu mempunyai peraturan dan ini adalah sebahagian peraturan penting dalam kejayaan.

Sekarang bayangkan  apa yang anda kehendaki daripada anak anda yang berumur 12 tahun ketika dia berumur 15 tahun ....

Seorang hafiz muda (30 juzuk) dan top scorer - PMR

Ok, mari kita lebih futuristik,  pergi tengok dan renung baby anda, anak kecil anda yang masih tadika atau sekolah rendah,  dan kemudian anda rehatkan diri dan visualkan/bayangkan dia ... 10 tahun, 20, 30 tahun  akan datang :-

1. Seorang ulama hebat seumpama Dr Yusuf Qaradawi
2. Seorang pendakwah antarabangsa seumpama Dr Zakir Naik
3. seorang pakar mata dengan jiwa motivasi seanggun Prof Muhaya


(* Siapa berminat untuk mendapatkan buku saya “Aku bersyukur anakku autisme 2013 (Telaga Biru), Baitullah aku datang, (Karangkraf) dan Syurga lebih hampir tanpa Riba (Galeri Ilmu), Sila dapatkan dipasaran atau layari blog saya untuk pembelian atau sms 019-7272817)

Wallahu taala.

Hisham-ahmad.blogspot. com

No comments:

Post a Comment