Kisah
1:- Duka Suami Isteri
“Macamana
boleh jadi macam ni. Saya sendiri engineer. Awak pula pensyarah agama.
Macammana boleh dapat anak macam ni. Entah doktor ni betul ke tidak! Saya tidak
puashati. Kita jumpa doktor lain”,keluh si suami
kepada isteri, ketika keluar dari klinik seorang doktor pakar kanak-kanak.
“Sudahlah
tu. Sabarlah, bang. Hentikanlah dari terus mengeluh macam tu. Jangan sampai
kita menyesali takdir. Kalau Allah nak bagi kita anak istimewa, kita terima sahaja,
ya bang”, si isteri menenangkan si
suami sedangkan hatinya sendiri bergelora kesedihan.
Sebenarnya,
Salmah sedar bahawa anaknya, Amin (bukan nama sebenar) berkelakuan agak pelik
sejak dari kecil. Sikapnya pada
perkara-perkara tertentu berbeza dari kanak-kanak kecil yang lain. Amin suka
menyendiri. ..
Pada
awalnya, Salmah tidak begitu kisah. Dia juga tiada pengalaman. Maklumlah, anak
pertama. Mungkin kepelikan Amin ini
bersifat sementara.
“Kecil
lagi. Berubahlah dia, bila besar nanti”,
Itulah kata-kata yang dia sendiri bisikkan ke hati bagi menenangkan diri.
Lama
kelamaan Salmah mulai risau. Suatu hari dia terbaca artikel mengenai
kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang sama. Artikel mengenai
kanak-kanak Autisme. Berderau darahnya. Salmah teringat semula, nasihat halus
seorang kawan lama, guru senior yang sudah beranak lima, ketika memerhati
keletah anaknya.
“Sal,
bawalah amin ni pergi doktor pakar, Nampak dia sensitif sangat dan malu nak
bercakap. Mana tahu doktor ada ubat sesuai”
Sebelum
dia meminta diri, dia berpesan lagi;
“Jangan
lupa, pergilah segera. Anak, kena diutamakan walau sesibuk mana dengan tugasan.
Jumpalah doktor pakar kanak-kanak, ok.”
Teringat
pesan itu, baru Salmah bersegera menuruti. Hasilnya, dia diberitahu
anaknya mempunyai tanda-tanda autisme.
Walaupun begitu, doktor menyuruh pergi ke lain-lain tempat-tempat rujukan, yang
tidak lebih sekadar ‘to rule out
other possibilities[1]’.
Itulah
kelebihan seorang ibu di atas seorang bapa. Si ibu mudah menerima. Hakikat ketentuan-Nya. Walau pahit ditelan jua.
Itulah erti kefahaman agama yang ditanam di dada. Berbeza dengan si bapa. Tidak
mudah baginya. Anak lelaki yang pertama tidak sempurna. Terasa hilang semangat
dalam jiwa. Kekadang terlepas juga kata-kata tanda kecewa.
“Ya
Allah, mengapa jadi begini.”
“Sabar. Sabarlah bang. Terimalah, kalau sudah
begitu takdirnya.” Pujuk si isteri walaupun remuk hati
sendiri, tiada siapa yang ambil peduli.
Kisah
di atas adalah sedutan sebahagian daripada isikandung buku Aku bersyukur
anakku autisme 2013.
(* Siapa berminat untuk mendapatkan buku saya “Aku
bersyukur anakku autisme 2013 (Telaga Biru), Baitullah aku datang, (Karangkraf)
dan Syurga lebih hampir tanpa Riba (Galeri Ilmu), Sila dapatkan dipasaran atau
layari blog saya untuk pembelian atau sms 019-7272817)
No comments:
Post a Comment