Sila jawab soalan ini. Bilakah masa terbaik
untuk kita mula memikirkan pendidikan anak?
Semasa anak disekolah
menengah. Salah. Sekolah rendah. Salah. Semasa anak 3-5 tahun. Salah. Semasa
mengandung? Salah. Semasa kahwin? Salah. Jadi, apa jawapannya? Nantikan
dihujung nota ini.
Peraturan
Kejayaan. Kejayaan pun ada peraturan? Ya. Kejayaan
itu adalah anugerah dari Allah, tetapi sunnatullahnya ialah kejayaan itu
sebenarnya mempunyai peraturannya sendiri. Maka penuhilah peraturan kejayaan,
khususnya untuk anak kita sendiri.
Apakah dia
peraturan kejayaan ? Inilah dia....
antaranya. “Wahai
orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat
dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok.
dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat
meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.”
Ayat ini umpama ‘master key’ bagi kejayaan suatu perancangan.
Bacaan makna secara literal ayat ini sendiri menunjukkan kepentingan untuk melakukan
persediaan dan menyediakan bekalan bagi kebaikan di masa hadapan. Jika dibaca
secara lebih bijaksana, ayat ini sebenarnya mengajarkan kita agar membayangkan
jenis masa hadapan (kejayaan) yang kita inginkan dan harapkan dan dengan itu kita kemudiannya merancang dan menyediakan
keperluan dan bekalan yang sesuai dan perlu bagi mencapai kejayaan yang
dikehendaki itu.
Inilah pendekatan visualisasi dalam membayangkan keindahan kejayaan
di masa hadapan yang disebut ‘futuristic thinking’. Pemikiran masa depan
inilah cara berfikir orang berjaya. Sesungguh kejayaan itu mempunyai peraturan
dan ini adalah sebahagian peraturan penting dalam kejayaan.
Sekarang bayangkan apa yang kita kehendaki daripada anak anda
yang berumur 12 tahun ketika dia berumur 15 tahun dan seterusnya. Seorang hafiz
muda (30 juzuk) dan top scorer PMR?? Ok, mari kita lebih futuristik, pergi tengok dan renung baby atau anak kecil
anda yang masih tadika atau sekolah rendah,
dan kemudian anda rehatkan diri dan visualkan/bayangkan dia ... 10 tahun,
20, 30 tahun akan datang :- 1. Seorang
ulama hebat seumpama Dr Yusuf Qaradawi 2. Seorang pendakwah antarabangsa
seumpama Dr Zakir Naik atau 3. seorang
pakar mata dengan jiwa motivasi seumpama Prof Muhaya
Kemudian bila kita sedar dari bayangan impian indah ini. Maka
teruslah kita berniat dan menanam tekad untuk memulakan langkah kejayaan. Untuk mencapai impian itu, penuhilah proses
dan peraturan kejayaan itu. Mulakan impian itu sekarang!
Uppppsss, lupa pasal soalan di atas. Masa terbaik
untuk kita mula memikirkan pendidikan anak kita ialah semasa kita mulai mencari
pasangan untuk dikahwini. (Namun khusus untuk teruna-dara) Bagi yang telah beranak pinak, tiada istilah
terlewat. Masanya ialah sekarang. Kerana
kejayaan hakiki ialah mendapat syurga.
Bgmanapun, kata bijakpandai;- Kalau nak anak
soleh, carilah pasangan yang soleh. Tapi untuk dapatkan pasangan yang soleh, jadilah dulu, insan yang soleh. Wallahu
taala alam.