Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini
mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga
nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.
Satu tindakan yang ada nilai integriti!
Apapun,tidak
kisahlah tentang perletakkan jawatan itu... isu integriti isu
kewibawaan dia. Isu yang lebih utama ialah 'isu nyawa yang melayang!"
Hakikatnya
kematian telah berlaku. Siasatan mesti dilakukan. Jika terbukti wujud
kegagalan menyediakan suasana kerja yang selamat atau berlaku aspek
pengabaian dan kecuaian pada soal keselamatan maka 'so called'
"kecuaian korporat" itu perlu dihukum.... dan waris dipampas seadilnya.
Bangla... ke tak bangla, nyawanya tetap sama nilainya dengan kita, saudara seakidah ...disisi-Nya.
Saya
terkenang sekitar 10 akhir ramadan yang masih tidak lama berlalu.
Seorang bangla bujang bernama Ali yang kerap berjemaah di surau kg saya
telah mengucapkan salam perpisahan kpd saya untuk pulang ke
Bangladesh... dia akan bertolak ke KLIA pada malam itu juga. (Sedih
rasanya tidak sempat buat farewell party untuk nya).
Ali telah berada 7 tahun di Malaysia tanpa pernah pulang walau sekali, ke Bangladesh. Imagine!
Itulah harga integriti yang perlu dibayar.. (tiru ucapan MB Selangor)
untuk Ali mencari rezeki halal untuk diri, ibubapa yang dikasihi ....
Katanya, dia takkan kembali lagi ke Malaysia untuk bekerja. Memadai apa
yang diperolehi ... Bila saya tanya mahu kahwin.ke.? dia senyum ...dan
mengangguk. Keluarganya mungkin sudah menguruskan apa-apa yang patut.
7 tahun dia bersabar ....
Saya percaya dia berakhlak baik. Bukti...
Walaupun tinggi, bujang dan setampan Hitrik Roshan, tiada dengar cerita ada gadis tempatan yang digodanya.............atau dibawa berdua-duaan atau bersunyi-sunyian...
hisham-ahmad.blogspot.com
Tuesday, August 19, 2014
Thursday, August 14, 2014
PAS. Antara suara agama tertinggi dan Pematuh Paksa
hati lu ilkhlas siapa tahu...so, kasi cabut periksa... |
Pas
sememangnya Parti Politik Islam dengan kepimpinan ulama yang tulin.
Tiada siapa dapat meragui lagi! Sebab itu ia kekal utuh hingga sekarang
dan perlu sentiasa di sokong oleh mereka yang mahukan keadilan da
membenci kezaliman.
Kerana
itu apabila 3 ‘suara agama tertinggi’ parti itu iaitu Mursyidul,
Presiden dan Timbalan Mursyidul bersepakat dalam keputusan atas
kedudukan Khalid Ibrahim maka ia menyebabkan keseluruhan ahli dan
penyokong akan patuh atau merasa terpaksa untuk patuh. Mereka merasa
selamat berada di bawa ‘naungan’ keputusan itu kerana semua yakin ia
dibuat untuk mencari keredaaan Allah, sekalipun-sekalipun mereka yang
merasa terpaksa untuk patuh itu merasa ia keputusan yang tidak tepat
atau merugikan.
Kerana
merasa terpaksa patuh (tetapi tetap patuh) walaupun tidak setuju maka
mereka berusaha untuk meminta, memberi pandangan dan mencadangkan agar
Majlis Syura dan Presiden dan kesemua yang menyokong secara tidak
berbelah kepada keputusan itu agar menilai, menyemak dan mengkaji semula
keputusan itu; sama ada atas alasan ada fakta material yang mungkin
telah terlepas pandang atau kerana berlaku perubahan-perkembangan baru
yang mungkin mewajarkan ia dilakukan.
Walaupun
begitu, mereka yang terpaksa patuh (dalam keikhlasan dan kebimbangan
akan ketepatan keputusan itu) telah menyampaikan rasa keresahan- ketidak
setujuan mereka dengan pelbagai sebab, alasan, hujah dan keterangan dan
dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah. Cuma, segelintir pematuh
-pematuh ‘paksa’ ini mungkin dianggap telah melampaui had kewajaran pada
cara dan kaedah pernyampaian ketidak setujuan …
… tetapi maafkanlah mereka!.
Mengapa?
Sebab a dibuat kerana sayang…. dan sebahagian daripada alasan dan hujah bantahan mereka ada kemunasabahan yang mewajarkan kita memahami
mengapa mereka kurang/tidak bersetuju dan sukar memahami kebijaksanaan keputusan yang
dibuat.
Maka, simpatilah ‘pematuh-paksa ini’dan dengarlah mereka …
…kerana
mereka juga mempunyai penyokong yang tidak sedikit dan mungkin kerana
kewujudan merekalah …. masyarakat non muslim lebih mudah didampingi
untuk didakwah. Mereka juga adalah bukti betapa PAS adalah bersifat
terbuka kepada kritikan dan bersifat mengutamakan hujah dan keterangan
bukan ‘jubah dan serban’. Kepentingan perkara ini lebih mendesak dalam
era fitnah dahsyat pada hari ini seperti yang berlaku di Iraq
dan Syria oleh kerja jahat kumpulan ISIS apabila usaha jihad Islam dan
hudud digambar dengan cara begitu jelek ….’
‘Give people what they derserve’.
Adillah kepada mereka…
…Janganlah
mendakwa dan menjatuhkan hukum pengkhianat, munafik atau sebagainya..
hukumlah mereka hanya selepas dibicarakan dan diputuskan. Janganlah
berlebihan dalam tafsiran wala dan bara … dan tafsiran hadith
Ruwaibidah. Adillah pada fakta… kerana fakta berubah dan berbeza.
Justeru ...
Kecuali
kepada pencaci dan pengkomen dari golongan ‘musang berbulu ayam’, saya
menasihatkan penyokong kepimpinan ulama dan PAS berhentilah daripada
mengutuk, memberi gelaran dan panggilan buruk, menghina, menyindir dan
memburuk-burukkkan mereka dalam apa jua bentuk dan keadaan. Segala
sejarah dibuka, gambar foto dipapar dan ditafsir, segala label diberi,
segala anggapan buruk dibuat… web ini telah menjadi alat utama dan
efisyen bagi tujuan itu.
Bagi
golongan ustaz dalam PAS pada apa jua peringkat, nasihat dan tegurlah
penyokong-penyokong anda kerana daripada kalangan mereka mungkin terlalu
banyak sokongan yang membawa rebah dan membolehkan musuh-musuh menyusup
menyala dan memarakkan tohmah, kerosakan dan fitnah. Jangan kita
biarkan ‘kaki pukul’ kita membelasah dan kita senyum dibelakang. Jangan
kita mencetuskan lagi … dan memarakkan lagi situasi ini dengan kata,
tindakan atau diam kita.
Bersabarlah hingga 17hb ini.
Kemudian terimalah …atau tinggalkan.
Al-Quran, Ali imran (3) ayat 159
“maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya”.
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya”.
Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com
Tuesday, August 12, 2014
Kita sayangkannya tetapi reality bites. (Rayuan kepada Majlis Syura)
Sesuatu fatwa atas
sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlaku perubahan fakta pada hal
sesuatu keadaan yang mewajarkan fatwa itu disemak semula dan kemudian dikekalkan,
dipinda atau dimansuh dan digantikan baru. (Cth- Kalau dulu fatwa merokok itu
dihukum makruh… kini dimansuh dan digantikan dengan fatwa yang menghukumkan
haram).
Semoga Majlis Syura
PAS menyemak semula ‘fatwa’ ‘mempertahankan Khalid Ibrahim’ berdasarkan perkembangan-perkembangan
terbaru.
Kita sedar betapa
tegasnya Tuan-tuan guru PAS seperti Tuan Presiden, Mursyidul Am dan Timbalan dan
kita juga sedar betapa kerana ia keputusan konsensus kepimpinan ulama tertinggi
PAS, yang dibuat atas dasar mencari keredaan Allah, maka ia suatu keputusan
yang insya Allah berkat dan mendapat rahmah daripada-Nya. Itulah pegangan kita.
Namun ia juga adalah
fakta agama bahawa tiada jaminan keputusan itu betul dan tepat atau ia mungkin
tepat dan betul ketika itu tetapi tidak pada waktu yang lain (selepas itu);
maka memahamkan kita bahawa adalah tidak salah untuk ia dipertimbangkan
semula atas dasar ia suatu isu penting yang memberi kesan besar kepada matlamat
besar yang diusahakan selama ini.
Khalid Ibrahim. Kita sayangkannya kerana kita percaya dia telah banyak berusaha melakukan kebaikan kepada bumi Selangor melalui jawatannya sebagai MB. Kita percaya dia lebih baik dari semua MB sebelum ini. Tetapi kini ada isu yang timbul berkaitan dengannya. Maka Kepimpinan atasan (partinya) mahu menukarnnya.
Itulah dia realiti
dan realiti itu menggigit.
Saya tidak mahu
membincangkan lagi dari sudut 100 alasan kenapa perlu ditukar dan 100 alasan
tidak perlu ditukar. Sudah terlalu banyak dibincang dan diketahui.
Saya juga tidak mahu
menyatakan agar Majlis Syura menilai semua tafsiran syarak dari sudut keluasan
fiqh dalam politik kerana itu amat tidak wajar diajukan kepada ulama-ulama yang
itulah kepakaran mereka dan saya berusaha menolak bisikan ragu-ragu atas
sedikit kemusykilan saya bahawa:-
(1) Adakah
salah pada pemimpin atasan PKR (1) ingin menukar orangnya pada jawatan itu sekalipun
orang itu baik prestasinya apabila mereka meragui integriti orang itu? (2) sekiranya
sekalipun jika tidak terbukti isu dakwaan integriti, tetapi kepimpinan atas
orang itu tidak dapat bekerjasama dengannya bagi kebaikan pasukan, adakah salah
tindakan itu diambil, kerana jawatan itu sangat penting dan relevan dengan
kerjasama bagi kebaikan pasukan itu? Adakah tindakan itu salah pada syarak
kerana disifatkan menzalimi orang itu? atau masih dibenarkan kerana satu
tindakan munasabah dalam keluasan fiqh politik?
(i)
Ini kerana
ketika Khalifah Umar al Khatab menukarkan kepimpinan Khalid al-Walid sebagai
ketua pasukan perang, ia diterima tanpa bantahan sedangkan sebab penukaran,
pemecatan jawatan itu tiada kaitan langsung dengan sebab kelemahan Khalid,
bahkan prestasinya sangat cemerlang. Kita juga sedar akan hadith yang memberi
amaran tentangnya beratnya amanah betapa amanah kepada kepimpinan itu diakhirat
kelak satu penyelesalan.
(ii)
Kita juga tahu
betapa keadaan system politik pada hari ini berbeza sifat dan dirinya dan
demokrasi kita walaupun ada relevannya pada keadilan syarak tetapi system yang
menaunginya berbeza dan masih banyak sekularnya. Tafsiran pemimpin dan ketua
pada hari tertakluk kepada bidangkuasa yang diperuntukkan undang-undang
padanya. Tiada ketua yang benar-benar ketua melainkan berdasarkan hak dan kuasa
yang ditetapkan undang-undang. Sebagai contoh seorang ahli PKR tertakluk kepada
kepimpinan atasan PKR dan peraturan PKR.
(iii)
Sehingga saya
tertanya-tanya sama ada mempertahankan Khalid adalah lebih mendatangkan
mafsadah atau maslahah kepada matlamat perjuangan besar bersama Pakatan yang
tentulah suatu matlamat yang telah ditentukan sah pada syarak? Dan adakah
bersetuju kepada pertukaran (sebagai janji yang telah dibuat dalam Pakatan)
suatu yang salah pada syarak? dan mendatang lebih mafsadah daripada maslahah
kepada negeri Selangor? Juga risiko perpecahan dalam PAS?
Saya mengharap Majlis Syura PAS membincang
semula atas dasar berlaku perkembangan terbaru dan perkembangan (buruk) yang
kemungkinan berlaku lagi (atas analisa munsabah) dalam isu ini dengan mengambil
perkiraan bahawa:-
(1) Ada
kemungkinan beberapa fakta dan faktor telah terlepas pandangan membolehkan ia ditimbang
semula secara lebih baik.
(2) melihat
semula kehendak dan hujah sebahagian ahli PAS yang masih mahu kuat
bersama Pakatan.
(3) Pertimbangan
akhir sama ada bersedia kepada perpecahan Pakatan, bergerak sendiri atau kesediaan
bersama dengan UMNO. Ini kerana sebarang tindakan PAS berikutnya akan dengan
mudah dilihat samada kepimpinan Ulama jujur mahu bersama Pakatan atau
sebenarnya kelihatan dilihat sedangkan memikirkan jalan keluar (dari Pakatan)
tanpa mengecewakan sebahagian ahli bijak pandainya yang tetap mahu bersama
Pakatan- TIDAK BOLEH kata nak bersama pakatan (dengan lisan) tetapi sedar
bahawa (dengan perbuatan) kita memang tidak mahukan Pakatan itu lagi. (‘Blow
hot and cold’).
Saya sebenarnya
hairan melihat PAS yang selama ini begitu kuat bersama Pakatan Rakyat dan
sangat tidak mahu kepada UMNO (hingga berlaku penyingkiran beberapa orang
kuatnya) kerana ketegasan pada matlamat perjuangan (bersama PKR dan DAP) dan
dakwah kepada bukan Islam… tiba-tiba sekelip mata kelihatan ketara bertindak seperti
‘seorang yang sedang memegang kertas “matlamat
perjuangan” itu di atas unggun api yang marak menyala.’… kerana mempertahankan
satu situasi (difahami) yang isu ketidakadilan dan kesan buruk padanya masih
boleh dibahaskan. Tapi tak apalah ini mungkin kehairanan saya sendiri?
Justeru , saya
berharap kepimpinan Majlis Syura Ulama dapat duduk bersama melakukan perbincangan
akhir dengan kepimpinan PAS Pusat …. bagi
semakan semula untuk membincangkan isu perkara ini dan mendatakang keputusan2
terbaik.
Kita berharap kepada keputusan sebulat suara.
Namun jika tidak dapat keputusan consensus, kita terimalah keputusan majoriti
…. kecualilah ada
kuasa veto dalam buku perundangan PAS.
Maka dengan itu,
semua ahli dan penyokong PAS akan tiada mempunyai pilihan melainkan ‘samikna wa
atakna’… terhadap apa jua keputusan yang dibuat.
Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com
Friday, August 8, 2014
Bacalah semua ahli PAS. Please, Janganlah Malas.
Susulan
3 penulisan saya di didalam web ini iaitu (1) Isu Khalid Ibrahim.
Panduan Untuk Rakyat Selangor, PAS dan PKR. (2) Keputusan Majlis Syura
PAS. Kemusykilan yang janggal dan (3) Soalan Kepada Majlis Syura PAS. (Kesemua analisa di atas adalah bersifat ilmiah, membacanya memberi faedah).
Ini adalah teguran akhir saya dalam isu Khalid ini sebagai rakyat yang prihatin terhadap PAS.
Marilah
kita ingat kembali perintah pertama kepada kita yang disebut di dalam
al Quran; iaitu apa? Iaitu “Iqra’ ” ....Bacalah…. bacalah dengan nama
Tuhan-Mu yang menjadikan….”
Bacalah “Laporan
tentang isu integriti Khalid Ibrahim (surat dan penjelasan keputusan
(PKR) menggantikan MB Selangor setebal 91 mukasurat).”
Bacalah
dengan sungguh-sungguh, hati tulus dan minda terbuka. Teliti hujah,
jalinan keterangan bukti-bukti dilampirkan termasuk pada nota kaki.
Perhatikan pada persoalan-persoalan dibangkitkan dan timbangkan secara
akal bijaksana dan berilah pandangan dan buat keputusan.
Adakah
timbul suatu isu serius dalam soal integriti? Jika ada, wajarlah pihak
yang dituduh memberi jawapan balas bertulis. Jika tiada dibuat begitu;
hukum fitrah, anggapan undang-undang, atau simple logic… memberikan
anggapan tidak baik kepada pihak yang tidak menjawab. Jika dijawab, maka
kita nilai pula jawapannya.
Saya,
kalau boleh, mahu mengulas sebahagian isi dalam laporan itu … tetapi
akhirnya memutuskan biarlah semua orang menilai sendiri. Tetapi
fikirkanlah – “katakanlah, contoh ada satu kes itu di mana ada
seorang yang baik secara umumnya tetapi terpaksa menghadapi tuntutan
hutang berpuluh juta… .dan menghadapi masalah membayarnya… tiba-tiba
timbul keraguan apabila penuntut hutang tiba-tiba menarik kes atau tidak
lagi mahu menuntutnya sedangkan kesnya sangat kuat boleh menang.
Kemudian berlaku pula perkara-perkara lain yang menimbulkan kemusykilan
berasas… apalagi dikaitkan dengan musuh …. tidakkah risau orang-orang
yang bersama dalam pasukan dengannya khususnya orang atasan yang memberi
kuasa dan tugas penting kepadanya.”
Bagi
saya, terdapat isu serius yang yang memberi kesan kepada persoalan
integriti dan demikian itu sangat perlu untuk dijawab dengan meyakinkan!
In sya Allah kalau PAS berpuashati dengan penjelasan Khalid Ibrahim…
maka PAS perlu memberi ‘kata dua’ kepada PKR pula.
Tapi
perlulah kita ingat hukum politik tidak sama dengan kes mahkamah, isu
integriiy dan amanah ada skala tahap ukurannya … tidak perlu sampai
sabitan (mahkamah), tujuan kita untuk tukar bukan untuk penjara. (Baca
kisah di bawah : Prime Minister Bertie Ahern of Ireland,
one of Europe’s longest-serving leaders. He denied accusations of
corruption in the 1990s, when he was finance minister, but said he was
quitting to prevent his government’s work from being “constantly
deflected by the minutiae of my life, my lifestyle and my finances.”.
Sehingga
itu dan demikian itu, semua ahli PAS pada apa juga jawatan dan peranan
dan semua penyokong PAS, hentilah mencaci, mengutuk, menyindir dan
memburukkan kepimpinan PKR dan golongan professional (so called Erdogan)
PAS. Saya lihat web ini telah menjadi lubuk kutukan oleh mereka yang
mendakwa menyokong ulama PAS, Presiden Pas, Mursyidul Am, Majlis Syura,
Dewan Ulama PAS dll.
Sekiranya
mereka tidak melalui proses penilaian fakta ini secara adil dan syarak,
maka sokongan mereka adalah sokongan yang membawa rebah, web ini pula
menjadi wahdah tohmah dan fitnah, manakala cacian, makian dan kutukan
mereka adalah ditakuti suatu dosa yang dibuat atas nama agama!
Justeru, jikalau dan sekiranya benar-benarlah PAS itu masih benar-benar mahu bersama PR, sekali lagi saya merayu fokuslah pada isu… pada isu:
(1) Isunya
ialah integriti Khalid sebagai MB dan sebagai orang kepercayaan PKR dan
PR (termasuk PAS dan DAP)… perbincangan dan penilaiannya khusus pada
laporan itu dan jawab balas bertulis yang pihak yang dipertikaikan
integritinya.
(2) Please focus, focus, focus.
Janganlah kita mengambil perkara lain-lain yang melarikan kita daripada
isu sebenar. Pinggirkan dulu kata-kata retorik, rayuan emosi, pujukan
psikologi dan lain-lain walaupun hati kita sedih dan pilu seperti;
katakanlah sebagai contoh :-
(1) kami kumpulan ini … setia dibelakang Presiden kami;
(2) Kalau kita tidak taat Majlis Syura … baik dibubar
(3) Apa mursyidul Am kata … itulah pegangan saya
(4) Kalau tidak terima ulama… nak terima siapa lagi
(5) Pecat pemimpin dan ahli Pas… yang cakap lepas
(6) Saya hilang kesabaran melihat Presiden saya di’kerjakan’…
(7) Pemimpin PAS jenis memang jenis barua parti lain… apa dia cakap tak boleh percaya … nanti kita kena ‘main’
(8) Kenapa PKR tidak sibuk tentang isu ini dari dulu.. sekarang baru sibuk dakwa ini, itu
(9) Kenapa baru personal Khalid sekarang… dulu Khalid dipuji dilambung, disayang
(10) Azizah tak sesuai … kroni … nepotisma, wanita mana boleh perintah
(11) Anwar tak habis-habis dengan agenda nya sendiri… tak dapat sendiri … bagi pada isteri
Jika
tidak fokus, kita tidak terlayan pelbagai isu yang dibangkitkan. Bukan
tiada jawapan, ada jawapan untuk menjawab semua itu. Tidak susah. Contoh
mudah, “Kalau kau benar-benar penyokong PR bukan musang berbulu ayam,
apa yang korang nak marah sangan dengan Anwar Ibrahim tu… bukankah dia
pemain utama dalam kejayaan utama PR di Selangor. Fikirlah simple logic,
Apa habuan yang dia dapat setakat ini dengan pengorbanan yang dialami
dan masih alami.” “Kita kata kita pegang kuat hukum syarak, tapi kita
mulai sangsi dengan kes dakwaan seksualnya… sedangkan dakwaan dan
sabitan tentangnya langsung tidak mencapai piawaian syarak”. “Kenapa
kita benci sangat langkah kajang… atau kita dah lama inginkan PKR
diterajang kerana ada pihak lain menawarkan kasih sayang.”
Sebahagiannya
point atau isu dibangkit mungkin baik dan benar, tetapi tidak
relevan..tidak relevan dengan isu yang sebenar. Contoh ada orang
penting PAS mengatakan bahawa sejak pentadbiran Khalid ‘betapa kalau kita pergi masjid negeri tidak cukup tempat untuk iktikaf…’
ia betul dan baik tapi tidak relevan kepada isu … kerana (1) isunya
ialah integriti seorang pemimpin dan orang penting kepada PR (2)
pernyataan itu sebenarnya memberi merit kepada orang-orang PAS yang
begitu aktif dalam dakwah dan ceramah agama, kebebasan lebih dalam
penyebaran agama sekarang di Selangor juga adalah musabab kepada
kemenangan PR yang dapat memerintah dan PAS yang ada sedikit kuasa.
Sesiapa sahaja daripada MB daripada PR tentu akan berpendirian yang sama
dengan Khalid Ibrahim.
Kita
tidak suka Presiden kita di tohmah, di fitnah dan dikaji dikutuk
(mungkin pelakunya mungkin pengadu domba) tetapi membalas serangan
sehingga menimbulkan kata perkauman dan menjejaskan matlamat besar,
bukanlah cara islamik… (hayati kisah Rasulullah s.a.w yang dihina dan dikutuk di bawah… respon sahabat dan respon rasul s.a.w sendiri!)
Jika
sebenarnya, tidak ada hati lagi dengan PR, tak usah lagi kita
berpura-pura, pergilah ziarah hari raya, BN sedia menanti dengan mulut…
hati terbuka.
Oleh itu, berhentilah mengutuk dan mencaci yang kelak kita akan kesali.Ambil pengajaran di bawah ini:_
Petikan Daripada Ceramah Daripada
Syeikh Nourman Ali Khan
Well the famous story that really moves
me is that people came and the Prophet was sitting with sahaba Abu Baqar
Siddiq. ṣalla Allāhu ʿalay-hi
wa-sallam wa Radi
Allahu Ta’ala anhu, they were sitting together.
And these people came and started
cursing at the Prophet ṣalla Allāhu ʿalay-hi
wa-sallam.
They started with Abu Baqar Siddiq
first.
They were yelling and screaming…they
were talking about his family…the worst thing you can do is talk about your
family!
Abu Baqar Siddiqi was patient.
Doesn’t even get up.
Then they were talking against the
messenger.
When they see they couldn’t get under the
skin we should try to insult the messenger.
So, they started insulting the
messenger ṣalla Allāhu ʿalay-hi
wa-sallam
And Abu Baqar Siddiqi can’t take it.
He got up.
As soon as he got up the Prophet left ṣalla Allāhu ʿalay-hi
wa-sallam.
Now Abu Baqar Siddiqi has a
choice—should I go after these guys or should I go after my messenger.
So he takes the messenger ṣalla Allāhu ʿalay-hi
wa-sallam.
And he went and he caught up with him.
And he said, “Why did you leave?”
And he said, “So long as you were
sitting there patiently, the angels were surrounding us. And all of them were
saying that Abu Baqar was committed to the truth. The moment you got up they
flew away. And I don’t sit where angels don’t sit”.
So he left.
Subhan Allah!
Ireland’s Prime Minister to Resign Amid Corruption Inquiry
By EAMON
QUINN and ALAN COWELL
DUBLIN — Prime Minister Bertie Ahern
of Ireland,
one of Europe’s longest-serving leaders, who was closely involved in the
negotiations that brought peace to Northern Ireland, announced Wednesday that
he would resign next month.
He denied accusations of corruption in the 1990s, when he was
finance minister, but said he was quitting to prevent his government’s work
from being “constantly deflected by the minutiae of my life, my lifestyle and
my finances.” He forecast that a tribunal investigating payments received by
Irish politicians would find that he had not acted improperly.
In emotional tones at a hastily convened news conference here, Mr.
Ahern, 56, said he would quit on May 6. A week before that, he is to address
both houses of Congress in Washington.
The announcement Wednesday sealed a reversal of fortunes for a man
once nicknamed the Teflon Taoiseach — the Irish word for leader or prime
minister — for his ability to survive onslaughts by political foes.
During Mr. Ahern’s 11 years in office, Ireland’s economy has
undergone a transformation to become one of the most robust in Europe, though
more recently, economic growth has slowed.
His planned resignation raised questions about the future of his
coalition government and about his ambitions. Supporters hint at his possibly
becoming the first permanent president of the European
Union, a new role being proposed for the 27-nation bloc.
“Ahern likes Europe,” said Sean Donnelly, a leading pollster who has
worked for Mr. Ahern. “He is not just going to walk away from politics.”
Other analysts, however, said Mr. Ahern’s prospects would depend on
the outcome of the tribunal investigating accusations that Irish politicians
received payments from real estate developers in return for favorable planning
decisions. It is called the Mahon Tribunal after Alan Mahon, a judge who leads
it.
“I want everyone to understand one truth above all else,” Mr. Ahern
said Wednesday. “Never, in all the time I have served in public office, have I
put my personal interest ahead of the public good.”
He went on: “While I will be the first to admit that I have made
mistakes in my life and my career, one mistake I have never made is to enrich
myself by misusing the trust of the people. I have never received a corrupt
payment, and I have never done anything to dishonor any office I have held.”
The leader of the centrist Fianna Fail party, Mr. Ahern was
re-elected last June for a third term in office, which was to last until 2012.
At that time, he said he would not serve the full term.
At the news conference, Mr. Ahern said of the accusations against
him, “All of these issues arose in a period when my family, personal and
professional situations were rapidly changing, and I made the best decisions I
could in the circumstances in which I found myself.”
He continued, “I know in my heart of hearts that I have done no
wrong and wronged no one.”
Despite opposition calls for an election, Mr. Ahern’s most likely
successor is the deputy prime minister, Brian Cowen, who is also expected to
assume the leadership of the Fianna Fail party.
Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)