Kenal tak gadis bijak yg bersyukur ni? |
“Ya
Allah jika ini ujian kami, kami terimanya dengan redha”, itulah antara
ucapan Pn. Nor Aini Mat Nor, GPK SMK Manek Urai. Malah, katanya, dia
dapat melihat beberapa rumah dan kayu balak hanyut deras melalui di
hadapan sekolahnya, namun bersyukur kerana ia membelok sebaik sahaja
menghampiri kawasan sekolah. “Ini adalah kuasa Allah, saya sudah redha
sekiranya rumah yang hanyut itu menghempap sekolah kami, tetapi ia tidak
berlaku, “katanya lagi.
Ini kata-kata yang
mengharukan, penuh emosi dan amat mengusek hati. Ini kata-kata dari hati
yang sabar dan tabah. Bahkan ini kata-kata dari hamba yang bersyukur.
Lalu
saya teringat firman Allah S.W.T yang bermaksud:- “Jika kamu
bersyukur….. Nescaya AKU tambahkan buatmu…" Begitulah janji Allah
S.W.T.
Saya berada di bumi Melaka. Hampir
hari-hari hujan turun tapi tidaklah lebat. Suasana redup dan cuaca
terasa sejuk. Biasanya saya suka cuaca sebegini (sebab badan rasa sejuk)
… tapi kali ini perasaan berbeza. Hujan renyai yang tidak berhenti,
suasana redup dengan rasa sejuk cukup merisaukan… bila mengenang
negeri-negeri yg teruk dilanda banjir.
Saya
berdoa agar kami di Melaka tidak diuji seperti mereka di sana. Saya
tidak dapat membayang jika terpaksa keluar rumah untuk menyelamatkan
diri dan keluarga. Ibu yang sudah tua, ayah yang baru lepas pembedahan
dan anak-anak yang masih kecil.
Terasa diri lemah tidak berdaya… … terasa jiwa tidak sekuat jiwa guru wanita itu!
Mungkin
saudara-saudari disana lebih kuat iman dan kesabaran mereka. Bukankah
Allah tidak membeban kita apa yang diluar kemampuan kita. Adakah kami di
bumi Melaka lebih baik amalan islamnya menjadikan kami tidak diuji
sedemikian… atau kami sebenarnya tidak layak kepada ujian seberat itu…
atau mungkinkah ia hanya persoalan siapa dulu … atau …
Ia
persoalan-persoalan yang sukar ditemukan jawapan.Tidak perlu bersusah
mencari jawapan kenapa dan mengapa? Memadailah dengan apa yang Quran
dan sunnah sediakan jawapan.
Apa yang pasti,
tiada siapa terlepas daripada diuji. Orang yang sabar adalah orang
berjaya .. mereka akan mendapat khabar gembira.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar.” (Al-Baqarah(2): 155)
Saya
berdoa agar kami tidak ditimpakan ujian seberat itu .. tetapi jika ia
berlaku … saya berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi dengan kesabaran
yang tinggi..
Tetapi bagaimana pula Allah
memerintahkan kita bersyukur atas ujian yang berat dan memenderitakan…
! Bagaimana muungkin? Bukankah bersyukur hanya pada apa yang kita
suka,kita seronok menerima atau mendapatnya….
Inilah hujah dan kisahnya. Authoritinya.
Di
dalam Surah ibrahim (14) ayat 7; Allah berfirman … bermaksud; “ …
tatkala Tuhanmu mengisytiharkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
pasti aku akan menambah kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),
Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Jika kita lihat ayat-ayat sebelumnya, nyatakan kisah ayat ini adalah berkait dengan kisah nabi Musa a.s. dan Firaun.
Firaun,
raja yang zalim bermimpi seakan-akan api datang dari Baitul Maqdis
sehingga ke Mesir. Api itu memusnahkan rumah dan bangunan, sehingga
tiada satupun tertinggal kecuali kepunyaan Bani Israil. Firaun memanggil
ahli sihir dan ahli kaji bintang, untuk membuat takwilan mengenai mimpi
itu. Lalu mereka mengatakan, akan lahir seorang anak lelaki dari Bani
Israil. Lelaki terbabit kelak akan mengusir kerajaan Firaun dan
menggantikan agama Firaun.
Disebabkan takut
mimpi itu menjadi realiti, Firaun memerintah dibunuh setiap anak lelaki
yang dilahirkan di kalangan Bani Israil.
Dipendekkan
cerita, maka Firaun sebagai raja mengeluarkan polisi atau undang-undang
zalim agar semua kanak-kanak lelaki Bani Israil dibunuh (disembelih).
Kempen dan program pembunuhan besar-besaran ini dilaksanakan melalui
rejim tenteranya.
Bayangkanlah untuk entah
berapa tahun lamanya, Kerajaan Firaun melaksanakan polisi atau kempen
menyembelih anak-anak lelaki dari Bani Israil. Tempoh lamanya pembunuhan
itu berlaku mungkin beberapa lama sebelum Musa lahir dan sehingga Musa
menjadi anak muda yang mampu menentangnya.
Bayangkanlah
betapa ramai kanak-kanak dan bayi lelaki yang telah disembelih dan
dibunuh. Bayangkan darah-darah yang tumpah ke bumi. Bayangkan keluarga
yang ketakutan dan menderita. Penderitaan yang seperti tidak
berkesudahan.
Allah s.w.t. sendiri mengiktirafnya sebagai ujian yang besar.
Bayangkanlah
juga, kemudian, ketika mana Musa a.s. , membaca ayat itu ketika
berkhutbah atau berceramah kepada kaumnya, umatnya, pasti ramai ibubapa
atau ahli keluarga yang anak-anak mereka telah disembelih. Perhatikan
ayat Quran tadi yang dibacakan Musa a.s.
“Apabila Tuhan-Mu mengisytiharkan”
Mungkin
pada fikiran manusia, dalam keadaan kesengsaraan, musibah dan kesedihan
yang menimpa kaum Musa a.s. , tentulah apa yang perlu mereka
diperingatkan ialah agar ‘bersabar’.
Tidak
ayat itu tidak menyebut “wa iz taazan rabbukum …. Lain sabartum … laiza
dannakum” iaitu “ Sesungguhnya jika kamu bersabar, pasti kami akan
menambah kepadamu.”
Bayangkanlah, Allah tidak
minta kita manusia yang menderita itu bersabar tetapi lebih tinggi
daripada itu iaitu bersyukur. Apabila bersyukur dalam keadaan sedemikian
pasti didalamnya terkandung juga kejayaan dalam bersabar.
Apa pula balasan dan ganjaran kepada kesyukuran ini. Sebagai balasan dan ganjarannya, Allah akan tambah bagi kamu.
Perkataan ‘La azi dan na kum’ adalah suatu jawapan dalam bentuk paling tegas dan jelas.
Penekanan paling kuat. ,
Perkataan
‘La azi dan na kum’ yang jika diterjemahkan secara kasar (di mana
terjemahan tidak akan memberi maksud yang tepat), ialah seumpama Allah
menyatakan dalam bahasa penuh ketegasan bahawa; “aku berjanji aku akan
tambahkan, perbanyakkan bagi kamu.”
Apa yang
menakjubkan lagi ialah Allah tidak menyebut pada ayat itu (secara
khusus) apakah perkara yang akan ditambah, diperbanyakkan bagi mereka
yang bersyukur. Walaupun pada terjemahan, ada yang meletakkan dalam
kurungan perkataan ‘nikmat’ tetapi sebenarnya pada bahasa ia tiada… dan
tujuannya, rahsia dan hikmahnya ialah ia dibiarkan terbuka luas bagi
segala macam bentuk kebaikan, manfaat dan nikmat. Bermakna, Allah s.w.t.
yang maha mengetahui apa yang kita mahukan dan apa yang baik untuk kita
, akan memberi, menambah dan memperbanyakkan untuk kita apa jua sama
ada anak-pinak, harta, wang, kasih sayang, ilmu dan lain-lain.[1]
Semoga
saudara-saudariku yang mengalami kerugian menderitai kehilangan
…diberikan ‘pertambahan’ oleh Allah s.w.t pada apa yang sangat mereka
perlukan dan penting buat mereka.
Allah juga yang lebih mengetahui apa
yang lebih baik dan terbaik untuk manusia.
Pertambahan yang memberikan keuntungan kepada mereka dunia dan akhirat.
Bagi yang kehilangan saudara tersayang … Semoga di syurga, mereka disatukan.
Pertambahan yang istimewa daripada -Nya atas kehilangan yang sementara.
hisham-ahmad.blogspot.com
[1] (Syarahan) Ustaz Nourman Ali Kha
No comments:
Post a Comment