Respon ini susulan membaca laporan Sinar tentang titah utama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan ucapan
bertajuk "Amanah Asas Kepimpinan
Berintegriti" pada Konvensyen Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia (LHDNM) 2014 di Cyberjaya, hari ini.
Tuanku yg
dikasihi rakyat sekelian
di dalam dan di
luar Kelantan.
Membaca sekian
banyak kisah Tuanku dengan keperibadian mulia dan tinggi, maka saya tersentuh
untuk memberi pandangan dari hati.
Segala isu
berbangkit tentang amanah dan integriti dalam menjalankan kerja atau tugas pada
semua bidang, pada apa jua jawatan/peranan adalah merujuk kepada tajuk 'amalan profesionalisme dalam kerja'.
Sedihnya, apa yang berlaku pada hari ini, apa yang yang
hendak dicapai ialah kecemerlangan profesionalisme tetapi apa yang dialami
sekarang ialah kegagalan profesionalisme.
Pada pengetahuan
umum dan saya, masalah kegagalan profesionalisme ini telah tersangat banyak dibincang
tapi masih gagal. Buktinya banyak tetapi paling tidak boleh disangkal ialah seperti pada Laporan
Ketua Audit Negara.
Ketirisan dan kepincangan berterusan berlaku dan berulangan berlaku, pada jumlah yang
banyak.
Pada kesedaran
saya, solusinya perlu kepada 2 faktor utama iaitu (1) profesionalisme pada
kerja mesti beracuan Quran dan Sunnah dan (2) mesti dilaksanakan, dipelopori pihak pemerintah.
Kerajaan
mempunyai kekuatan sumber, tenaga dan wang. Hanya yang perlu ialah kekuatan
keinginan dan kesungguhan untuk melakukan. Hasrat mesti tulus dan perlaksanaan
mesti telus. Tindakan perubahan mesti menyeluruh, tidak boleh
sebahagian-sebahagian atau separuh-separuh.
Pemimpin-pemimpin
yang memerintah negara tentulah lebih dituntut untuk mengamalkan
profesionalisme dalam kerja mereka. Kerja mentadbir negara adalah kerja yang
lebih besar, berat tetapi utama dan mulia. Tanggungjawab menjaga rakyat dan
negara adalah prioriti yang mesti didahulukan dari kepentingan diri dan
keluarga.
Mereka lebih perlu kuat dan amanah untuk sentiasa memastikan negara
ini dirahmati Allah S.W.T. Pemimpin-pemimpin tentunya sedar dari mana datangnya
kuasa mereka. Allah S.W.T. berfirman; Maksudnya; “Sesungguhnya Kami telah
memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami memberi kepadanya
jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.”
Ayat di atas
menjelaskan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. yang memberikan kedudukan kepada Zulkarnain
(Pemerintah hebat menguasai dunia) sebagai pemerintah dan Allah S.W.T. yang
mengukuhkan kekuasaan dan kerajaan Zulkarnain.
Inilah peringatan
yang adil kepada pihak pemerintah yang berkuasa
mengurus-tadbir negara mengikut kebijaksanaan pemikiran dan kehendak
mereka. Dalam apa keadaan pun, kuasa mereka dan setiap tindakan mereka tidak
boleh terpisah dari dikaitkan dengan Allah
S.W.T., tetap tertakluk kepada-Nya.
Sekiranya kuasa
ini ‘dipisah’ dari Allah, maka ia menjadi fahaman materialisma dan ketika itu
pemimpin-pemimpin bukan lagi aset kepada negara tetapi liabiliti yang boleh
memusnah negara. Sesungguh Allah S.W.T. telah juga berfirman; Bermaksud; Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi
kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut
kuasa pemerintahan dari sesiapa yang
Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan
Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
Semoga kita mendapat apa yang Allah SWT janjikan apabila syarat
kita telah penuhi;
Bermaksud“Dan
(Tuhan berfirman lagi) “Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa
tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah
berkatnya, dari langit dan bumi ....”[1]
Justeru, jika kerajaan serius … benar-benar serius… benar-benar
ikhlas dan serius…demi Allah, antara perkara pertama perlu dilakukan ialah …
rombakan menyeluruh (pengurusan dan
pentadbiran) terhadap MAS berdasarkan Quran dan Sunnah bagi mencapai
profesionalisme yang diredai Allah dengan langkah pertama memisahkan arak dari
MAS secara farak kekal, memastikan aurat dipelihara dan dimudahkan urusan ibadah solah dalam mesin
terbang itu.
Allah jua yang maha mengetahui. terimakasih.
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment