Saya merasa bersyukur apabila
membaca luahan terbaik seorang bapa yang diuji dengan kematian anak secara yang
menyayatkan hati. Beliau melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah.
“KUALA BERANG - “Walaupun ujian ini
berakhir dengan berita duka dan bukannya seperti diharapkan, saya tetap
bersyukur kerana dapat kembali anak saya setelah empat hari kami
sekeluarga menunggu tanpa khabar berita,” luah Azman Othman, 50. Menurut Azman,
walaupun begitu terasa kehilangan anak bongsunya, Ahmad Rafikin yang disahkan
lemas setelah dilaporkan hilang Sabtu lalu ketika menyertai perlumbaan maraton
di Hutan Lipur Sekayu, dia reda atas segala ketentuan Ilahi.”
Di dalam Surah ibrahim (14) ayat 7; Allah berfirman … bermaksud; “ … tatkala Tuhanmu mengisytiharkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti aku akan menambah kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Jika kita lihat ayat-ayat sebelumnya, nyatakan kisah ayat ini
adalah berkait dengan kisah nabi Musa a.s. dan Firaun.
Firaun, raja
yang zalim bermimpi seakan-akan api datang dari Baitul Maqdis sehingga ke
Mesir. Api itu memusnahkan rumah dan bangunan, sehingga tiada satupun
tertinggal kecuali kepunyaan Bani Israil. Firaun memanggil ahli sihir dan ahli
kaji bintang, untuk membuat takwilan mengenai mimpi itu. Lalu mereka
mengatakan, akan lahir seorang anak lelaki dari Bani Israil. Lelaki terbabit
kelak akan mengusir kerajaan Firaun dan menggantikan agama Firaun.
Disebabkan
takut mimpi itu menjadi realiti, Firaun memerintah dibunuh setiap anak lelaki
yang dilahirkan di kalangan Bani Israil.
Dipendekkan
cerita, maka Firaun sebagai raja mengeluarkan polisi atau undang-undang
zalim agar semua kanak-kanak lelaki Bani Israil dibunuh (disembelih).
Kempen dan program pembunuhan besar-besaran ini dilaksanakan melalui
rejim tenteranya.
Bayangkanlah
untuk entah berapa tahun lamanya, Kerajaan Firaun melaksanakan polisi
atau kempen menyembelih anak-anak lelaki dari Bani Israil. Tempoh
lamanya pembunuhan itu berlaku mungkin beberapa lama sebelum Musa lahir
dan sehingga Musa menjadi anak muda yang mampu menentangnya.
Bayangkanlah
betapa ramai kanak-kanak dan bayi lelaki yang telah disembelih dan
dibunuh. Bayangkan darah-darah yang tumpah ke bumi. Bayangkan keluarga
yang ketakutan dan menderita. Penderitaan yang seperti tidak
berkesudahan.
Allah s.w.t. sendiri mengiktirafnya sebagai ujian yang besar.
Bayangkanlah
juga, kemudian, ketika mana Musa a.s. , membaca ayat
itu ketika berkhutbah atau berceramah kepada kaumnya, umatnya, pasti ramai
ibubapa atau ahli keluarga yang anak-anak mereka telah disembelih. Perhatikan
ayat Quran tadi yang dibacakan Musa a.s.
“Apabila Tuhan-Mu mengisytiharkan -- öNä3/u c©r's?Î)ur ”
Mungkin pada fikiran manusia, dalam keadaan kesengsaraan, musibah
dan kesedihan yang menimpa kaum Musa a.s. , tentulah apa yang perlu mereka
diperingatkan ialah agar ‘bersabar’.
Tidak ayat itu tidak menyebut
“wa iz taazan rabbukum …. Lain sabartum … laiza dannakum” iaitu “ Sesungguhnya jika kamu bersabar,
pasti kami akan menambah kepadamu.”
ó öNä3¯RyÎV{Oè?öx6x©ûÈõs9 öNä3/u c©r's?Î)ur
Bayangkanlah, Allah tidak minta kita manusia yang menderita itu
bersabar tetapi lebih tinggi daripada itu iaitu bersyukur. Apabila bersyukur
dalam keadaan sedemikian pasti didalamnya terkandung juga kejayaan dalam
bersabar.
Apa pula balasan dan ganjaran kepada kesyukuran ini. Sebagai
balasan dan ganjarannya, Allah akan tambah bagi kamu.
Perkataan ‘La azi dan na kum’ adalah suatu jawapan dalam bentuk paling
tegas dan jelas. Penekanan paling kuat. ,
Perkataan ‘La azi dan na kum’ yang jika diterjemahkan secara kasar
(di mana terjemahan tidak akan memberi maksud yang tepat), ialah seumpama Allah
menyatakan dalam bahasa penuh ketegasan bahawa; “aku berjanji aku akan
tambahkan, perbanyakkan bagi kamu.”
Apa yang menakjubkan lagi ialah Allah tidak menyebut pada ayat itu
(secara khusus) apakah perkara yang akan ditambah, diperbanyakkan bagi mereka
yang bersyukur. Walaupun pada terjemahan, ada yang meletakkan dalam kurungan
perkataan ‘nikmat’ tetapi sebenarnya pada bahasa ia tiada… dan tujuannya,
rahsia dan hikmahnya ialah ia dibiarkan terbuka luas bagi segala macam bentuk
kebaikan, manfaat dan nikmat. Bermakna, Allah s.w.t. yang maha mengetahui apa
yang kita mahukan dan apa yang baik untuk kita , akan memberi, menambah dan
memperbanyakkan untuk kita apa jua sama ada
anak-pinak, harta, wang, kasih sayang, ilmu dan lain-lain.[1]
Pengajaran… saya percaya semua telah jelas
pengajarannnya.
Semoga si bapa dan keluarga tadi diberikan ‘pertambahan’
oleh Allah s.w.t pada apa yang sangat mereka perlukan dan penting buat mereka. Allah
juga yang lebih mengetahui apa yang lebih baik dan terbaik untuk manusia.
Semoga di syurga, mereka disatukan.
Pertambahan yang memberikan keuntungan kepada
mereka dunia dan akhirat.
Pertambahan yang istimewa daripada –Nya atas kehilangan
yang sementara.
Hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment