please lah, think n be reasonable |
“Ada
dua peristiwa besar terjadi. Pertama, masa mesir jatuh, ada sedikit rusuhan,
mursi diturunkan, tentera naik, kemudian ada satu fatwa yang dikeluarkan oleh
seorang orang ‘alim, yang dihormati, namanya Dr. Ali Jumuah. Betul tak? Dia
kata macam boleh darah-darah rakyat tu, macam orang kata; tentera boleh
tembak depa (mereka), takde masalah.
Saya
nak beritahu tuan-tuan, kalau dalam situasi macam tu, tuan-tuan nak percaya
siapa? Sedangkan syeikh ‘Ali Jumuah, maaf eh, ini saya sebut bentuk ilmu.
Tuan-tuan nak rujuk, tuan-tuan nak percaya, nak kuatkan hati, tuan-tuan boleh
balik gi (pergi) cari sendiri, takde masalah.
Diantara
orang yang diberi peluang untuk melihat nabi; Dr. Ali Jumuah. Yang biasa
bermimpi, boleh brcerita; Dr. Ali Jumuah. Antara… Saya nak sebut kata; bila dia
keluarkan kenyataan macam tu, yang paling terkesan sekali siapa dia? Anak-anak
murid dia yang mana belajar, orang-orang Malaysia yang belajar dengan dia.
Semua jadi terkejut; kenapa syeikh keluarkan fatwa macam ni?. Semua orang
melenting; kenapa syeikh jadi macam ni, kenapa jadi camni. Orang jadi melenting
tengok perkara-perkara macam tu. Yang sepatutnya kita anak murid kena yakin itu
guru kita. Dia bercakap berdasarkan kepada ilmu dia…
Budak
melayu yang ngaji tak lama ni, yang mengaji sekerat-sekerat ni, sikit-sikit,
balik melenting apabila syeikh Ali Jumuah cakap macam tu. Saya nak Tanya kita
tahu tak apa yang berlaku dekat mesir sebenarnya? Saya tak kata ikhwanul
muslimin jahat. Saya tak kata. Saya nak beritahu ikhwanul muslimin betul. Tapi
siapa duk bawa ikhwanul muslimin? Dr. Mursi bagus, silakan. Tapi siapa
pengikutnya? Tuan-tuan selidik tak yang tu?
Maafkan
saya jika saya sebut, antara yang paling ramai mengikut ikhwanul muslimin
adalah mereka yang berpegang dengan fahaman salafi wahabi. Dan sudah ada
ura-ura dikalangan mereka bila mereka dapat sahaja pegang mesir, pertama sekali
yang mereka nak mansuhkan adalah pendidikan university al-Azhar. Tuan-tuan tahu
tak benda-benda tu? Yang kita duk melenting at Ali Jumuah ni! Ooooh mana boleh,
kita tak tahu, tak khabar. Dia tak boleh nak khabarkan kat kita, dia ada
rancangan dia. Dia ada plan dia. Tak beritahu plan tu adalah plan. Not telling
the plan is plan. Boleh faham tak? Yang mana lagi besar? Jangan jadi macam
syiria…”
Akibatnya
saya menulis beberapa kritikan mengenainya dalam web dan blog saya, Bahkan ada
kritikan ilmiah yang lebih baik dibuat oleh ilmuan lain. [Rujuk:
http://solleh-alfatimi.blogspot.com/2014/04/semoga-ustaz-don-maju-jaya-dalam-dakwah_24.html
]
Mungkin
beliau tersilap, tidak sengaja tetapi kerana tiada penjelasan memuaskan dan
tiada permintaan maaf yang jelas mengenainya, maka saya kekal tidak
berpuashati. Mengapa?
Saya
menganggap pemikiran begini adalah merisaukan...
Mungkinkah ramai ilmuan agama berfikiran begini?
1. Kita dikecohkan juga dengan seorang yang dikatakan ustaz dari ILMU mengeluarkan kenyataan
yang mengait-bandingkan kumpulan muslimah tertentu dengan pelacur, dari sudut
tertentu. (Maaf saya tidak berapa ingat fakta, sila cari dalam artikel lama di
web ini.) Kenyataan sebegitu tidak langsung menampakkan kepada kita akhlak
salafus soleh dan timbul persoalan, adakah terdapat unsur keterlampauan atau ekstrem
pada pemikiran sebahagian mereka?
2. Tak berapa lama sebelum atau selepas itu, seorang lagi ustaz mewakili pertubuhan yang ramai ilmuan agama, mengeluarkan kenyataan “cina penceroboh’. Ini nak membawa jernih atau mengeladakkan apa yang dah keroh?
3. Selain itu, sebelum ini, kita juga digempak dengan lontaran idea pelik dan luarbiasa tentang isu bani tamim, menyeru roh di perigi, isu rambut nabi dan bermacam-macam lagi.
Persoalan
yang timbul ialah:-
1.
Bagaimana kelak jika PM memberi
peluang kepada golongan ustaz-ustaz ini memegang kuasa besar dalam pentadbiran agama
? Menguasai Pusat Islam, Jakim dll? Apa
jadi pada negara? Pada kita ,rakyat marhain.
2.
Bagaimana jika pemilik-pemilik
pemikiran sebegini menguasai pejabat agama dan mufti? Apa agak-agaknya bentuk
kuatkuasa agama dan jenis fatwa yang akan dihidangkan untuk kita semua?
Kenyataan
dan pandangan yang dilontarkan sedikit sebanyak membolehkan kita mentafsir apa
jenis dan bentuk pemikiran mereka. Salah satu tafsiran munasabah ialah bahawa
jenis dan sifat pemikiran begitu adalah merisaukan. Bayangkanlah seandainya mereka-mereka ini
berada ditampuk pentadbiran negara sama ada sebagai pemimpin negara atau
penguasa agama. Setakat mana mereka akan bersifat adil dan meraikan hak rakyat
kebanyakan? Mufti mungkin baik tetapi adakah dia cukup bijak untuk mengimbangi
antara nasib rakyat dan penguasa yang licik? Adakah fatwa Bughah lebih membawa
faedah atau parah, kepada rakyat? Adakah
fatwa menyokong GST didasarkan kepada kuasa islamik pemerintah tanpa kajian
ekonomi, samada ia menambahkan kesan buruk kepada ekonomi rakyat yang dah
teruk?
Justeru, kita memerlukan ilmuan agama sama ada yang menguasai pentadbiran dan politik agar menampakkan akhlak mulia dan kebijaksanaan mengeluarkan hujah dan keterangan berkualiti bukan dari kalangan yang tidak sabar lalu terkeluar suara garang dan garau atau ilmuan yang sekadar pandai mengeluarkan kata pujuk rayu penuh emosi yang memikat hati tetapi cetek dan hampeh pada isi.
Sebagai contoh, Kita mahu ilmuan agama yang dapat melihat suatu yang mudah dengan cara yang mudah, bukan membelitkan yang mudah sehingga ia nampak payah. Bahawa suatu kezaliman seperti pembunuhan rakyat itu adalah perbuatan salah yang tidak boleh disokong.. ini adalah cara lihat yang mudah. Ia menjadi payah apabila ilmuan agama cuba membelitkan kebenaran yang mudah menggunakan hujah menjadikan yang salah tidak lagi dilihat salah, atau yang salah dilihat sebagai tidaklah begitu salah!
Maka saya bersetuju dengan luahan Imam Suhaib
Webb dalam FB nya:
When I see scholars praying for oppressors, I feel a tremendous sickness and
anger. Some of my former teachers have taken positions that are not only
cowardly, but soil the pure knowledge they claim to uphold.
No matter how many ijaazas, your family lineage, your clothes or mystic claims;
if you can't stand with the masses; if you can't oppose the killing of
civilians, the spreading of corruption, then, by Allah, those things will be a
witness against you.
May Allah help the Umma and protect it from those who seek to harm it, dressed
in the garments of ulema and sufi sheikhs.
Allah bless this community!
Suhaib
SAY NO TO - cerita merepek, idea pelik dan pandangan jelek … tidak kira setinggi mana ILMUnya, sePERKASA mana jati dirinya, SEMANIS KURMA mana katanya-katanya, sekarISMA mana gayanya.
Ala kuli hal, ia tidak memaksudkan sesiapa sekadar sentuhan umum untuk tauladan bersama.
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment