Ramadan, Dah kah kita tahu semua yang penting! Sewajarnya
sekarang kita dan bersiap siaga. Sewajarnya segala persediaan dan
perancangan telah dibuat. Tapi biasalah, yang dikatakan manusia,
sentiasa ada 'excuse'nya. Masih tidak terlambat, mari kita tonyoh otak
kita sebanyak-banyak maklumat sunnah ... dengan harapan makin tahu
banyak, makin banyak kita buat.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar.
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu
terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim). “Kami sahur bersama-sama
dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami
melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur
dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari &
Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka. “Manusia
itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR
Bukhari & Muslim) Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa
berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum
solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau
sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah
kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau
sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud
dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka. Diriwayatkan
oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a
mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara
yang adil dan orang yang teraniaya.
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa. “Puasa
itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara
kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah
bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau
mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang
berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim) Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu
berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan
buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.”
(HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana
seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR
Bukhari) Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu
‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya
mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma. Dari
Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu
lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya
Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya
mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih
murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran. (Hadith
Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap
malam Ramadhan. Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi
sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan
menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan
memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada
mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur
al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya
beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka
ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak
mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih
“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka
akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan. Aisyah
radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya
waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain
sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan. Dari
Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”
(HR Bukhari & Muslim) Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh
hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam
dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi
wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR
Bukhari & Muslim)
12.
Jangan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat
baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan
lain-lain.
Diringkas dari sumber : www.muzir.wordpress.com
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment