Adakah anda berbuka se simple saya, wahai malaysians? |
Bersugi
dan memperbanyakkan bersiwak menggunakan kayu sugi adalah amat digalakkan dalam
setiap waktu di bulan ramadhan, samada pagi , tengahari atau petang, ia
berdasarkan hadith sohih yang menyebut : Dari 'Amir bin Rabi'ah berkata
"Telah aku lihat Nabi SAW bersiwak tidak terkira banyaknya dalam keadaan
baginda berpuasa ( Riwayat al-Bukhari)
Cuma
perlu diingat, siwak Nabi adalah menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi
yang berperisa. Justeru tiada kemungkinan nabi terminum atau termasuk di perut
Nabi ubat gigi. Justeru, jika gosok gigi pakai ubat gigi, maka tatkala itulah
terdapat ijtihad mengatakannya sebagai makruh kerana bimbang peluang terbatal
kerana minum air kumuran dan ubat gigi. Memang benar, perbuatan 'ter' minum
tidak wajar menjadi batal kerana ia tidak disengajakan, tetapi apabila sesuatu
yang 'mubah' dibuat tanpa keperluan lalu menyebabkan 'ter'minum, ia boleh membawa
kepada batal. Sebagaimana mandi biasa berulang kali dengan sengaja, berkumur
berulang kali dengan sengaja sehingga akhirnya terminum.
Tujuan
saya tidak lain hanyalah menjauhi apa jua yang berkemungkinan membatalkan puasa
atau bercanggah dengan ruh ibadah puasa itu sendiri. Jangan pula kerana ingin
mencapai 'maqasid' (objektif) dari bersiwak sehingga boleh membuka ruang
mencarik maqasid ibadah puasa teruatamanya bagi orang awam yang suka mengambil
peluang. Dalam keadaan objektif itu boleh dicapai tanpa menggunakan air yang
berlebihan (kumur) atau ubat gigi.
Maka
dalam hal ini, mengabungkan dua ‘maqasid’ tanpa membuka ruang masalah adalah
terpilih pada hemat saya. Justeru, saya berpandangan, lebih elok menghindarkan
diri dari ubat gigi bagi mengelakkan berkumur mengguna air berlebihan tatkala
berpuasa, khususnya selepas zohor. Di tambah pula terdapat cara lain yang boleh
menyampaikan kita ke faedah siwak itu.
Selain
itu, Nabi saw ada bersabda :-
أسبغ الوضوء وخلل بين الأصابع , وبالغ في الإستنشاق إلا أن تكون
صائماً ( ابو داود)
Ertinya
: Sempurnakan wudhu, basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan
menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu
Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn
Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)
Memasukkan
air di dalam hidung seperti ini adalah di kira sama dengan hukum berkumur
menurut kebanyakan ulama fiqh. Kebanyakkan mereka termasuk ulama hadith
biasanya menggabungkan topik menghisap air ke hidung dan kumur dalam satu bab.
Justeru, inilah dalil pertama mengapa kami mengatakan menggosok gigi dengan air
dan ubat gigi berperisa adalah makruh dan tidak digalakkan. Namun tidaklah
secara automatic membatalkan puasa.
Sebahagian
besar ulama Syafie menyebut bahawa berkumur-kumur dengan berlebihan adalah satu
perbuatan makruh ketika puasa. Dalil hadith sohih yang dipegang oleh mereka
adalah :
لخلوف فم الصائم يوم القيامة أفضل عند الله
من ريح المسك
Ertinya
: Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah
lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi"
Justeru,
menurut ijtihad mereka, memperbanyakkan berkumur terutamanya selepas zohor
mampu menghilangkan bauan mulut hasil ibadat puasa yang diberkati ini. Lalu,
bersugi menggunakan air dan ubat gigi yang mempunyai wangian sudah pasti juga
akan mengilangkan bau ini. Kerana itulah ia dikira makruh dan tidak digalakkan.
Adapun Nabi SAW yang bersiwak hanya dengan kayu sugi, saya kira ia adalah tepat
disamping tepat pula untuk membersihkan gigi dengan tidak memberi kesan
terhadap bauan mulut.
Pandangan
dan ijtihad mazhab Syafie ini juga dikongsi oleh ulama Mazhab Hanbali dan
Mazhab Maliki ( Rujuk Kassyaf al-Qina' , 2/383 ; As-Syarh as-Soghir, 1/692)
juga menyenaraikan berkumur banyak tatkala puasa itu adalah makruh. Justeru,
menggosok gigi menggunakan air dan ubat gigi sekali lagi termasuk dalam hal ini
kerana ia memerlukan kumuran yang banyak demi menghilangkan kesan ubat gigi.
Benar,
sekiranya terminum air hasil dari kumuran tidak membatalkan puasa kerana ia
adalah perbuatan tidak sengaja. Bagaimanapun, Imam An-Nawawi menyebut,
sekiranya terminum itu adalah hasil kerana berlebih-lebihan dalam berkumur
sehingga 4 kali kumuran, tatkala itu, jika tertelan air pada kumuran berlebihan
yang keempat, ia boleh membatalkan puasa ; ia adalah kerana berlebihan
itu sudah terkeluar dari hajat yang asal. ( Rawdah at-Tolibin, hlm 335 ).
Malah
terdapat ulama besar seperti Ulama hanafi, Al-Qasimiah, Imam Malik dan Imam
As-Syafie (dalam salah satu pandangannya) dan Imam Muzani yang berpandangan
puasa boleh terbatal walaupun tertelan air kumuran tanpa sengaja. Manakala
sebahagian ulama lain mengatakan tidak batal seperti Ishak Rahawaih, Awzai'e
dan ulama mazhab Syafie (Naylul Awtar, As-Syawkani, 4/521) ; Kerana itu
eloklah dijauhkan dari perbuat amalan yang ikhtilaf ini. Ia sudah tentu
terlebih baik bukan.
Benar,
Nabi SAW pernah bersabda :
أرأيت لو تمضمضت بماءٍ وأنت صائم , قلت :
لا بأس بذلك , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ففيم
Ertinya
: Nabi berkata kembali kepada (Umar ) (apabila aku bertanya apa hukum
mencium tatkala puasa ) : apakah pandangan kamu sekiranya kamu berkumur-kumur
dengan air dalam keadaan kamu berpuasa ? ; aku jawab : Tiada masalah ; Bersabda
Nabi : begitulah (juga hukumnya dengan ciuman tadi) ( Riwayat Abu Daud, no 2385
; Albani : Sohih)
Bukanlah
lebih elok dan selamat jika dihadkan gosok gigi dan kumuran yang terhad dengan
bilangan gosok gigi guna air yang terhad, selebihnya mengunakan sugi atau berus
gigi tanpa melibatkan air dan ubat gigi.
Ust.
Dr Zaharuddin Bin Abd Rahman
sumber www.zaharuddin.net/
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment