1. Apabila
seseorang melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya bulan Ramadan,
dia hendaklah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w iaitu : "Ya Allah munculkanlah anak bulan ini ke
atas kami dengan membawa keberkatan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu
adalah Allah." - Hadis riwayat al-Tirmizi, no: 3373
2. Berpuasa
bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman tetapi mesti meninggalkan
perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah
s.a.w bersabda: "Puasa adalah
perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang
keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)."
– Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894.
3. Juga mesti
meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor,
mencerca orang lain dan sebagainya dan mendidik seseorang untuk menjadi
penyabar. Seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca dengan
mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah
s.a.w: "Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang
mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil
(menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah
berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ”
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894
4. Juga
jangan bercakap bohong ketika berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan
dusta dan melakukan perbuatan itu terus menerus, Allah langsung tidak berhajat
(memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)."
- Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903
5. Membanyakkan
bersedekah. Ibn Abbas r.a berkata: Nabi s.a.w adalah
manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan
baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat
al-Bukhari, no: 1902
6. Bertadarus
(membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus
al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a
berkata: "Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w )
pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w
memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." - Hadis riwayat
Imam al-Bukhari, no: 1902.
7. Jika
berkemampuan, berusahalah untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan
kerana pahalanya menyamai pahala mengerjakan ibadah haji. Rasulullah s.a.w
bersabda: Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah
umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji."
- Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1782.
8. Mengambil
berat amalan membaca al-Quran pada bulan Ramadan yang pintu Rahmat (kasih
sayang) dan pintu keampunan Allah dibuka seluas-luasnya serta ganjaran pahala
dilipat gandakan kepada hamba-Nya. memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon
keampunan kepada-Nya kerana pahalanya akan digandakan jauh lebih tinggi
berbanding bulan-bulan yang lain.
9. Pada bulan
Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding melakukan ibadah selama
seribu bulan yang dipanggil sebagai lailatulqadar. Surah al-Qadr: 1-5.
10.
Solat Tarawih atau Qiyam Ramadan merupakan satu
sunnah yang amat dituntut. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan
dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan
dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim,
no: 759.
11.
menggandakan ibadah kita pada sepuluh malam yang
akhir di bulan Ramadan terutamanya pada malam-malam yang ganjil, iaitu malam ke
21, 23, 24, 27 dan malam ke 29 demi mendapatkan malam al-Qadar. Baginda bersungguh-sungguh
merebut peluang hidup untuk melakukan ibadah sambil beri’tikaf di masjid.
Ketika beri’tikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti
solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w,
mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain. Aisyah r.a berkata: "Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh
beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah
dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim,
no: 1174.
No comments:
Post a Comment