“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke
atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang
sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa” (Al-Baqarah : 183).
“Apabila
tibanya bulan ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup
pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan” (hadith sahih
riwayat Bukhari no. 1899 dan Muslim no. 1079).
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaga-jaga serta keikhlasan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 38 dan Ibn Majah no. 1641).
Hadith
qudsi bahawa Allah berfirman : “Setiap amalan anak adam itu ialah ialah untuk
dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa itu ialah untuk Aku (Allah)
dan Akulah (Allah) yang akan memberinya ganjaran, dan puasa itu ialah
pendinding..” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).
“Sesungguhnya demi Yang jiwa Muhamamd itu di tangan-Nya bahawa bauan mulut mereka yang berpuasa itu di hari akhirat lebih harum di sisi Allah dari wangian misik dan bagi mereka yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui tuhannya..” (hadith sahih Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).

Sebuah
pintu syurga yang khusus seperti dari riwayat Sahl ibn Said ra dari baginda
nabi yang bersabda : “ Sesungguhnya di syurga itu terdapat pintu yang
dinamakan ar-rayyan yang dikhususkan untuk golongan yang berpuasa dan pada
hari kiamat tiada yang masuk melalui pintu itu melainkan hanya golongan yang
berpuasa yang akan diseru mereka itu dengan ditanya : Siapakah golongan yang
berpuasa ? Lalu mereka pun bangun dan memasuki pintu tersebut dan kemudiannya
ditutup setelah mereka selesai melalui pintu tersebut dan tidaklah masuk
selepas itu sesiapa pun” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1896 dan Muslim no.
1152).
No comments:
Post a Comment