“En
Syam, saya boleh bawa masuk Jemaah saya sampai ke Masjidil Aqsa di Baitul
Maqdis. … bukan mudah nak dapat sampai ke sana. …”
“En Syam
saya juga boleh membawa Jemaah saya menziarah tempat-tempat bersejarah seperti
Laut Mati di Jordan dan (lain-lain)…”
Saya
memberi kata-kata sokongan bagi kejayaan perniagaannya. Perniagaan macam ni
tentulah memberi kelebihan besar antaranya memberi peluang kepada wanita ini
untuk selalu pergi menunaikan umrah dan beribadah di Mekah dan Madinah dan
dapat menziarahi maqam Rasul s.a.w. Sudah banyak tempat menarik juga yang
diziarahinya.
“Tapi
puan…”
tiba-tiba saya menyuarakan sesuatu kemusykilan.
Saya
rasa pernah terbaca pandangan seorang ilmuan agama[1] tentang
larangan orang Islam melancong ke Baitul Maqdis dalam keadaan umat Palestin
masih terus ‘dibantai’ kerana ia memberi sokongan dana kepada pihak Zionis
Israel, pengiktrafan secara ‘halus’ kepada mereka dan untuk mengabui mata
masyarakat luar betapa mereka kononnya bertoleransi dan masih menghormati hak
asasi.
Saya
juga terbaca penulisan seorang ilmuan muda yang menarik untuk diberi perhatian
oleh agensi Umrah dan pelancongan Islam dan umat Islam, tentang destinasi
pelancongan yang mempunyai sejarah hitam tertentu.
Dalam Islam, perbuatan sia-sia dan membuang masa adalah ditolak oleh agama ini kerana Allah SWT telah memberikan kepada manusia waktu untuk hidup di atas muka bumi ini sebagai peluang untuk beribadah dan mengumpulkan amal bagi menghadapi hari Akhirat.
Kerana itulah Allah SWT berfirman : “Demi
masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati supaya
mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetap di atas kesabaran.” (Al-Asr
: 1-3)
Oleh yang demikian, pelancongan yang tidak
mempunyai matlamat, musafir tanpa tujuan adalah diharamkan serta ditolak oleh
agama kerana menyebabkan manusia terlepas peluang untuk beramal soleh dan
mengumpul pahala bagi menghadapi pengadilan Allah di hari Akhirat.
Bentuk pelancongan atau lawatan yang ditolak
oleh agama ialah seperti melawati tempat-tempat maksiat, tempat-tempak rekreasi
atau perlancongan yang tidak memberikan faedah kepada agama, diri dan keluarga
sebaliknya hanya mendatangkan mudharat, suka-suka dan sia-sia. Alasan untuk
bertangkap gambar, seronok-seronok adalah tidak dibenarkan, membazir dan
membuang masa serta sumber yang boleh dimanfaatkan kepada perkara yang lebih
bermanfaat.
Selain itu, antara jenis perlancongan yang
diharamkan oleh Islam ialah melancong ke tempat-tempat kaum yang dimurkai oleh
Allah SWT seperti yang kerap dilakukan oleh sebahagian orang ramai di Laut
Mati, Jordan.
Firman Allah SWT : “Dan apakah tidak menjadi
petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami
binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka
itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan
Allah). Maka apakah mereka tidak mendengar?” (As-Sajdah : 26)
Lajnah Fatwa Tetap Kerajaan Arab Saudi telah
mengeluarkan fatwa bahawa melawat kawasan kaum yang pernah diazab oleh Allah
SWT seperti kaum yang telah ditelan bumi atau dimusnahkan akibat kekufuran
mereka adalah haram bagi umat Islam untuk berjalan-jalan atau melancong
padanya.
Pada zaman Rasulullah SAW, baginda pernah pergi
ke tempat seperti itu ketika baginda hendak berangkat ke Tabuk pada tahun
kesembilan hijrah. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar ra yang telah
berkata: “Rasulullah SAW ketika berada di Hijr (daerah kaum Thamud), maka
baginda pernah bersabda:
لا تدخلوا على هؤلاء القوم المعذبين إلا أن
تكونوا باكين فإن لم تكونوا باكين فلا تدخلوا عليهم أن يصيبكم مثل ما أصابهم
Maksudnya : “Janganlah kalian masuk ke tempat
orang-orang yang disiksa itu kecuali jika kalian dalam keadaan menangis. Jika
tidak dapat menangis, maka janganlah kalian memasukinya, dikhuwatirkan kalian
tertimpa seperti apa yang telah menimpa mereka.” (Hadith riwayat Bukhari no.
3200, Muslim no. 2980 dan Ahmad)
Kemudiannya diriwayatkan bahawa baginda menutup
kepala dan menyuruh kenderaannya bergerak laju sehinggalah dapat meninggalkan
kawasan tersebut.
Imam Ibn Qayyim ra menyebut : Barangsiapa yang
melalui kawasan kaum yang dimurkai oleh Allah SWT atau terkena azab-Nya maka
hendaklah dia tidak memasuki atau menginap disitu sebaliknya perlu segera
beredar dan menjauhkan diri serta menutup kepala dengan pakaiannya sehingga dia
meninggalkan kawasan tersebut. Dia juga sepatutnya tidak memasuki kawasan
seperti itu kecuali dalam keadaan menangis kerana mengambil pengajaran. Bahkan
rasulullah Salallahualaihiwassalam pernah menunjukkan contoh dan sunnah kepada
kita apabila melalui lembah Muhsir sebuah kawasan di antara Mina dan Mudzalifah
kerana di situ pernah berlaku pemusnahan pasukan tentera bergajah. (Lihat Kitab
Zaad al-Ma’aad 3/560)
Al-Hafiz Imam Ibn Hajar ra juga turut
mengutarakan pendapat bahawa hukum perbuatan nabi SAW tersebut turut berlaku
kepada semua tempat dan kawasan yang ditimpa bala dan azab serta tidak hanya
kepada kaum Thamud sekalipun hujah yang diberikan adalah berkenaan mereka
(Lihat Fathul Bari 6/380)
Oleh yang demikian maka perbuatan sebahagian
umat Islam yang jahil akan hal ini perlulah ditegur apabila ramai dikalangan
kita pergi melancong ke laut mati yang merupakan tempat kaum terdahulu (Sodom)
diazab dan dimusnahkan oleh Allah SWT bahkan bergembira serta bergelak ketawa,
menangkap gambar kenang-kenangan. Perbuatan ini bahkan dilakukan oleh ramai
pelajar termasuk para bakal ustaz dan ustazah yang berkelulusan agama.
Tidak hanya itu, perbuatan melancong atau
menziarahi peninggalan Piramid, makam Firaun dan juga kapal-kapal yang dimurkai
oleh Allah SWT seperti kapal Flor De La Mar di Melaka yang dijadikan
sebagai tarikan perlancongan adalah patut dilarang tanpa keperluan yang
mustahak.
Kapal Portugis itu telah dikaramkan oleh Allah
SWT di lautan Selat Melaka bersama kapal-kapal Portugis yang lain setelah
berhasil menawan Melaka dan membunuh ramai umat Islam, memperkosa anak gadis
dan menjarah harta-harta umat Islam Melaka. Hari ini anak-anak Melayu Islam
menangkap gambar tanpa ada rasa malu atau terhina maruah bahawa itulah kapal
yang membawa kekufuran, menjajah tanahair Islam Melaka dan kapal yang dimurkai
oleh Allah SWT.
Inilah bukti lemahnya umat Islam dalam aqidah
Al-Wala Wal Bara’ yang perlu diperingatkan dan selalu dijadikan muhasabah dan
bahan tazkirah oleh para pendakwah agar generasi Islam kembali menyedari akan
susur galur perjuangan agama mereka.
Digalakkan membaca : Majmoo’at Abhaath Hay’at
Kibaar al-‘Ulama’ fi’l-Mamlakat al-‘Arabiyyah al-Sa’oodiyyah berkenaan isu ini
untuk pemahaman lebih lanjut.
Segala puji hanyalah bagi Allah SWT
No comments:
Post a Comment